Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,662
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 2
Tutt... Tutt...!! Handphone berbunyi. Terkejut sendiri dia, bunyi nada dering handphone nya agak mengganggu penumpang lain yang sedang nyenyak tidur. Terlupa mahu slow kan volume. Dia minta maaf pada penumpang di sebelah apabila penumpang itu memandang semacam je padanya. Pandangan bengang. Eleh..!! Bukan aku sengaja pun. Handphone ni yang buat hal, katanya dalam hati.

Skrin handphone dilihat. Ketuk dahi sendiri. Nak jawab atau tidak. Jadi dua hati dia. Beberapa kali panggilan itu tidak dijawab. Akhirnya apabila teringat ibunya. Dengan terpaksa. Jawab jelah.

" Hello...!" Jawabnya perlahan.

"Dhila dekat mana? Kenapa abang call tak jawab?" Berkerut dahi mendengar pertanyaan Nadhif.

"Atas bas lah ni. Orang tengah tidur kut mana nak perasan.." Amboi.. Membohong pula Nadhila ni.

" Dah naik bas? Hey..!! Kan abang cakap, sebelum beli tiket call abang dulu. Kau ni kan.." Mula dah Nadhif marah.

" Lupa. Alaa.. Kalau Dhila call Abang Dip pun, nanti abang marah. Lebih baik tak payah.." jawab Nadhila.

" Susah sangat ke nak call. Abang ada dekat Puduraya ni tau tak. Tunggu Dhila call dari tadi.  Pula dah naik bas, bertuah betul lah.."

"Ha tengok tu tengok. Abang Dip nak ambil Dhila kan. Tak bagi Dhila pergi JB. Dah agak dah taktik Abang Dip ni.." Nadhila senyum sinis. Dia dapat rasakan sesuatu. Mujur dia tak call Nadhif.

"Hmm... Abang tak tahulah nak cakap macam mana lagi dengan Dhila ni. Ada je jawabnya. Dilarang pun pergi juga. Siapa ambil Dhila kat JB nanti.." perlahan suara Nadhif.

" Helmi lah ambil. Abang Dip janganlah risau. Dhila tahulah jaga diri. Abang kenalah yakin dengan Dhila, Dhila pun ada target dalam hidup. Dhila dah besarlah abang. Dhila cuma nak Abang Dip izinkan Dhila pergi dan doakan untuk Dhila. Dhila nak kerja dan cari pengalaman je. Bukan cari jantan pun.." jelas Nadhila. Bagi keyakinan pada Nadhif.

" Okey tak apa. Kali ini Abang maafkan. Abang izinkan. Tapi kalau abang sampai dengar Dhila buat hal. Siap kau!! Ingat tu.. Bagi nombor Helmi dekat abang sekarang!!" Dhila senyum.

" Thank you Abang Dip. Saaaayang Abang ketat-ketat. Nanti Dhila bagi. Okeylah.. Dhila nak tidur, ngantuklah.."

" Apa ketat? Dah sampai JB call abang. Jangan sampai tak call. Kalau tak call, malam ni juga abang turun JB. Bagi nombor Helmi cepat..!" Keras nada suara Nadhif. Mencebik mengejek.

" Iyelah.. Iyelah.. Nanti orang call lah kalau tak lupa. Ishh!! Dahlah abang. Kejab lagi Dhila SMS nombor Helmi. Okey bye..!! " Terus saja talian dimatikan. Malas dia mahu dengar bebelan Nadhif. Meleret-leret nanti marahnya. Dari dia layan marah si Nadhif, lebih baik dia matikan talian. Tenang..

Mencari-cari nombor Helmi di handphonenya. Dan apabila sudah jumpa, terus dia hantar melalui SMS pada Nadhif. Kemudian, handphone di silent dan memasukkannya dalam beg. Jam dilihat, baru jam 8.40 malam. Lambat pula rasanya jarum jam ini bergerak. Rasanya dah kematu punggung dan rasa dah lama dah dalam bas ini.

Nadhila pejamkan mata. Aduhai.. Mata tak dapat nak lelap pula. Apa masalahnya ni. Pandang keluar, tak nampak apapun. Bosan. Termenung melayan perasaan lagi.

Tinggg!! Teringat pada Azwar, terus senyum ke telinga. Peminat pertamanya sejak semester pertama di kolej dulu. Hari orientasi untuk pelajar baru second intake. Pagi pendaftaran dan selepas zohor semua pelajar baru diminta turun ke padang kawad. Acara kenal mengenali antara pelajar. Memang ketat undang- undang tapi undang-undang tak rasmi pun. Pelajar-pelajar senior yang atur semua. Nadhila ketika itu tiada kawan lagi. Sorang-sorang saja dia. Tengok kawan-kawan yang lain, punyalah berbual mesra tapi dia buat hal sendiri je. Senyum je.

Mereka diminta buat satu bulatan besar dan duduk di atas padang kawad. Beberapa orang pelajar senior duduk ditengah-tengah. Meminta setiap pelajar memperkenalkan diri masing-masing kepada semua pelajar lain. Suara kena kuat. Ini yang buat Nadhila lemah ni. Nak kena kenalkan diri pula. Ikut jelah. Seorang demi seorang kena bangun dan kenalkan diri. Seorang student lelaki yang duduk setentang dengannya. Asyik memandang Nadhila je. Senyum dan senyum. Sampai giliran lelaki itu. Dia terus berdiri, senyum lagi. Tinggi lampai orangnya. Mata tetap mencuri-curi pandang Nadhila. Tapi Nadhila relax je. Buat tak tahu je.

"Nama saya Azar Afendi. Panggil saya Azs. Saya asal dari Parit Buntar, Perak. Saya suka makan Nasi Ayam. Saya kelas Pengurusan Teknologi.. "

"Oooo Azar Hai Azar..! Dah berpunya belum?!" Usik salah seorang student.

"Hahahaa.. Tengah mencari calon.." Azar gelak. Mata mengenyit pada Nadhila. Eh.. Eh..!! Dah kenapa pula mamat ni. Sakit mata ke?! Bisik hati Nadhila.

Acara diteruskan lagi. Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Nadhila senyap je dari tadi dan mendengar jelah. Sampai giliran dia pula. Dia bangun, senyum.

"Nama aku Nadhila.." Semua tercengang. Student lain bahasakan diri saya tapi Nadhila bahasakan diri, aku. Memang sempoi.

"Korang boleh panggil aku Dhila. Aku anak jati Selangor. Aku kelas Pengurusan Perniagaan.." Ringkas je.

" Okey..! Ada pertanyaan tak untuk Dhila?!" Kak Kuntum bertanya pada student lain.

" Dhila berapa orang adik- beradik?" Tanya Noni, budak Kluang.

"Aku tiga beradik je. Aku anak tengah-tengah.." jawab Nadhila bersahaja.

"Dhila.. Ada orang nak berkenalan dengan ekau ni. Ni Azar ni..!!" Jerit Husin dengan loghat Negeri Sembilan.

"Oii.. Oii.. Malulah aku..!" Azar terus tumbuk bahu Husin. Malu konon. Tak payah jadi jantanlah kalau malu, kata hati Nadhila.

"Amboiii Azs.. Cinta pandang pertama ke apa ni? Hahaaha.." usik Noni lagi. Noni ni minah kepoh sikit. Nadhila senyum je.

"Okey.. Tak ada apa-apa lagi kan. Aku nak duduk, penat dah kaki ni. Next..!" Nadhila duduk bersila semula. Sambung acara lagi sampai habis student yang terakhir. Letih dah badan Nadhila ni. Sebelum acara tamat, mereka diberi satu lirik lagu yang bertajuk "Season in the sun" nyanyian Westlife. Lirik lagu itu mereka kena hafal dan kena nyanyi sepanjang hari orientasi. Jadinya, setiap hari jugalah mereka nyanyi, dalam bilik, ke kantin, ke kampus dan kemana saja mereka pergi pasti mereka nyanyi bersama-sama. Memang meriah.

Tepat jam 6.30petang, acara bersurai. Nadhila jalan seorang ke asrama. Satu rumah ada tiga bilik, satu bilik tiga orang. Nadhila bersama Noni, kelas sama dan Zai, kelas Pengurusan Teknologi. Zai budak Palong, Negeri Sembilan. Fuh!! Punyalah pekat loghat nogori dia. Selamatlah budak Noni ni orang Johor je. Kalau orang Kelantan, mahu tercengang Nadhila. Satu apapun tah faham.

Satu yang bermasalah duduk di asrama ni adalah tandas. Kena bergilir-gilir. Time nilah semua nak mandilah, nak mencuci pakaianlah. Disebabkan mereka student baru, jadi kenalah mengalah dan beri pada student senior. Nasiblah.

" Dhila.. Aku tengok kau ni, memang relax je ek. Sorang-sorang je ek! Selamba je. Buat hal sendiri je ek!" Noni bertanya. Nadhila gelak kecil.

"Aha lah Dhila. Den pun tengok ekau macam tu.." sampuk Zai.

" Hmm.. Aku memang macam ni kut. Kalau ada orang nak kawan dengan aku, aku on je. Kalau orang tak nak kawan dengan aku. Aku okey je.." jawab Nadhila jujur.

"Oo.. Jadi kau okey lah ye kawan dengan kami ni. Kami ni kecoh sikit. Suka gelak. Tak apa ke?!"

"Hahahaa.. Aku pun suka gelak juga. Cuma bab kecoh tu, aku tak kut. Korang jangan ambil hati pula tau,." Kata Nadhila lagi. Gelak juga.

"Tengok cara kau ni, aku faham. Jangan risau. Hahaha.." Memahami si Noni pada Nadhila.

"Eh!! Noni.. Kau perasan tak yang Azar tu bokonan kat Dhila ni ha. Mata tak berkedip tengok Dhila. Husin bagitahu den, dia nak kawan dengan Dhila ni. Bertuah kau Dhila, baru masuk sehari dah ada yang bokonan. Kalah den ni ha..!" Nadhila berkerut. Bab ini paling dia tak suka. Diamkan jelah.

"Iyolah Dhila. Eh! Yang aku ikut loghat kau ni dah kenapa Zai. Hahahahaa.!!" Mereka gelak bersama.

" Hmm.. Aku nak mandi dulu dan nak solat. Perut aku dah lapar ni. Blah dulu ek..!" Nadhila ambil tuala dan terus ke bilik air. Malas dia nak komen. Tak selesa. Noni dan Zai terusan berbual. Seronok benar mereka. Lagi-lagi bercerita bab student lelaki. Macam-macam diceritanya. Yang itu hensemlah, yang ini macholah. Naik rimas pula Nadhila. Selesai mandi dan solat, Nadhila duduk atas katilnya sementara menunggu Noni dan Zai siap. Sabar jelah. Sempat terlelap Nadhila.

"Dhila.. Oh Dhila..!! Jom makan. Sorry lah ye, sampai tertidur kau tunggu kitaorang. Hahaha!!" Gelak besar mereka. Suka pula mereka ni.

Nadhila bangun dan ambil duit. Disebabkan dah lewat, kata senior makanan dah habis. Terpaksalah keluar duit sendiri. Selamat ada warung tak jauh dari asrama. Cafe pun dah tak ada makanan. Nasiblah.

Mereka berjalan ke warung, ramai pula orang. Nadhila jalan dibelakang Noni dan Zai. Layan perasaan sendiri jelah. Sampai je terus dia order makanan. Perut dah berkeroncong dah. Jadilah makan nasi goreng dan air milo. Nadhila duduk dengan kawan yang lain. Rancak berbual. Datang pula si Azar. Tersengeh-sengeh.

"Azs.. Marilah duduk sini. Ada kosong ni..!" Pula dah. Noni panggil Azar dan menyuruhnya duduk disebelah Nadhila. Nadhila buat selamba je. Dalam hati menyirap je sendiri. Aduhai.. minah ni. Suka-suka dia je. Parah betul lah. Merungut dalam hati. Azar ikut je cakap Noni betul-betul dia duduk sebelah Nadhila.

" Hai.. Makan apa?!" Azar menegurnya.

" Iya hai.. Nasi goreng.." jawab ringkas. Tak lama, nasi goreng Nadhila pun sampai. Baunya nasi goreng ni memang menyelerakan. Nasi goreng orang Melaka. Tak tahulah rasanya macam mana.

" Kau tak makan ke?! Aku makan dulu ye. Makan.. Makan..!" Senyum pun tidak Nadhila. Muka serius je.

"Sila.. Sila.. Bismillah.." Azar memerhati Nadhila je. Nadhila tak segan pun, buat selamba je makan. Yang penting kenyang. Noni dan Zai makan sambil gelak tawa. 

Selesai makan, Nadhila selamba je sendawa besar depan mereka. Terlepaslah pula. Semua gelak. Dia buat muka relax je. Tak ada perasaan.

" Aku nak kawan dengan kau boleh?!" Tiba-tiba Azar bertanya. Nadhila membetulkan duduknya.

"Eh! Kita semua memang kawan kut. Dengan semua pun aku berkawan. So, no hal lah. Kawan kan.." jawab Nadhila.

"Hmm tapi Dhila. Aku nak kawan lebih rapat lagi dengan kau.." Nadhila meneguk air terakhirnya.

" Kita satu intake kut. Memang akan rapat punyalah dengan diaorang lain. Don't worry lah beb.." Jawab Nadhila. Jujur. Azar seperti tidak puashati dengan jawapan Nadhila. Rasa tercabar Azar bila Nadhila agak jual mahal.

Baru berapa jam kenal, dah ajak kawan lebih rapat. Masalah apa pula mamat ni. Ingat aku jenis melayan ke. Aduhaii...!! Kata hati Nadhila.

" Eh.. Noni, Zai.. Aku gerak dulu ye. Ngantuk dah ni.." Pinta Nadhila.

"Awalnya.. Tunggulah kejab..!" Noni menjeling pada Azar. Plan Noni lah ni sebenarnya tanpa pengetahuan Nadhila.

"Tak apalah. Next time. Aku gerak dulu. Sorry geng..!" Nadhila terus berjalan meninggalkan mereka. Mereka masih rancak berbual.

Jalan mendaki bukit. Nadhila peluk tubuh. Sejuk terasa, walaupun dah pakai sweater. Asrama atas bukit, memang sejuk dan nyaman sekali.

" We had joy, we had fun
we had seasons in the sun
But the hills that we climbed
Were just seasons out of time.." 

Nadhila bernyanyi. Jalan menuju ke pintu masuk asrama.

" Dhila.. Tunggu kejab.!!" Azar menjerit memanggilnya. Nadhila menoleh pada jeritan itu. Azar berlari anak menghampirinya.

" Apa hal?!"

"Bole minta nombor telefon tak?" Tersipu-sipu malu Azar meminta. Nadhila berkerut.

"Nak buat apa?!" Pelik Nadhila. Suka-suka nak minta nombor telefonnya.

"Senanglah nak call kau.."

"Untuk apalah. Rasa tak ada urusan kut. Lagipun, abang aku dah sound, jangan suka-suka bagi nombor telefon dekat orang yang tak dikenali. So, sorrylah beb. Aku kena dengar cakap abang aku. Abang aku garang. Kalau dia marah, mahu satu asrama ni meletup. Aku taknak tanggung risiko. So, sorry ye beb.. aku blah dulu, bye..!!" Nadhila senyum pada Azar. Dan terus meninggalkannya seorang diri.

Terpinga-pinga Azar. Semakin tercabar dia dengan layanan Nadhila.

" Jual mahal kau Dhila. Tak apa. Aku akan usahakan juga.."katanya sendiri.

Selepas memulangkan pass keluar pelajar pada pengawal keselamatan. Nadhila terus naik ke rumahnya. Naik tangga jelah, selamat tingkat dua je. Malas nak naik liff, ramai.


" Aku datang sini nak study bukan nak bercinta. Nasib kaulah Azs.." gerutu hati Nadhila.

Pon.. Poooonnnn..!! Terkejut Nadhila dengar bunyi hon bas. Terhenti terus lamunannya. Apakes pula ni. Menjengah-jengah juga dia mahu melihat apa yang berlaku. Risau juga dah malam-malam macam ni. Jangan bas buat hal sudah.

Nadhila kembali bersandar diseat. Senyum sendiri. Kenangan di kolej, memang tak akan dilupakan. Boleh pula teringat pada Azar. Sampai merajuk Azar dengannya. Macam-macam hal. Dengar cerita dari Noni, sampai sekarang Azar masih tak move on lagi. Noni rapat dengan Azar dan masih contact lagi.

Noni lah jadi posmen Azar. Setiap kali mahu tahu perkembangan Nadhila, mesti Azar akan call Noni. Noni dan Nadhila memang masih rapat lagi hingga kini. Menurut Noni, Azar kerja di salah satu hotel di Melaka.

Hingga sekarang, Nadhila tetap jual mahal pada Azar. Bukan jual mahal tapi Nadhila malas nak bercinta-cinta bagai. Leceh nak melayan perangai lelaki. Cukuplah perangai abangnya yang menyakitkan hati. Bagi dia, lelaki semua sama je. Bila perempuan dah bagi segala sayang, lelaki buat hal. Curanglah, menipulah, kawan-kawannya ramai yang dah kahwin. Jadi, mereka meluahkan rasa hati pada Nadhila. Nadhila dah macam kaunseling pula dah. Itu yang dia malas nak fikir lelaki. Buat hal perkara yang sama.

Lebih baik hidup sendiri. Punyalah geram dia. Tapi, hati manusia. Mana boleh cakap. Benci akan jadi suka. Bila suka akan jadi benci. Lagi-lagi bab jodoh. Kata tak nak kahwin, malaslah, lecehlah, tapi bila dah sampai jodoh. Seminggu dua kenal pun terus kahwin. Semua ni kan ketentuan ilahi. Rahsia Allah.

Tersengeh sendiri Nadhila. Hmm.. Entahlah..

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs