Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,764
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 13
Anak tangga bas didakinya perlahan, ambil tempat duduk di bahagian tengah seperti biasa. Begnya dipangku, memandang keluar tingkap. Bau asap bas menusuk ke dalam rongga hidungnya. Perit sungguh. Sejuk pula rasa. Dia memeluk tubuh. Tiba-tiba kedengaran keadaan kecoh dibawah. Suara kuat seorang lelaki menjerit-jerit tapi tak jelas. Nadhila biarkan, malas nak ambil tahu. Semakin lama, semakin kuat kekecohan itu.

"Aku nak bawa dia balik. Suruh dia turun sekarang juga..!!" Suara kasar lelaki itu. Nadhila cuba menjengah, tapi tak nampak. Dia mengintai dari celah-celah kerusi. Hanya nampak kepala saja. Ah!! Biarlah.. Tu mesti masalah laki binilah tu. Bini nak balik kampung, si laki tak izinkan kut. Teka Nadhila. Suka-suka dia je meneka. Hahaha..!! Dia kembali menyandarkan badan.

"Tuan.. Tuan.. Jangan macam ni. Tak baik buat kecoh macam ni.." Nadhila amati suara itu. Macam pernah dengar je. Berkerut.

" Peduli apa aku..!!" Lelaki itu naik atas bas.

" Nadhilaaaa..!!" Terkejut sungguh Nadhila. Lelaki bersuara kasar itu adalah suara abangnya. Berdegup laju jantungnya. Terus berdiri dengan wajah yang ketakutan. Menggigil seluruh badan. Semua penumpang tertumpu padanya.

Wajah Nadhif bengis memandang tepat ke dalam anak matanya. Mata Nadhif merah seperti mata naga. Turun naik nafasnya menahan api kemarahan. Telan liur Nadhila. Shakil dibelakang Nadhif, cuba menenangkan Nadhif tapi tidak diendahkan. Nadhila terpaku kaku terdiam seribu bahasa.

" Kau memang suka buat hal kan. Balik sekarang..!!" Nadhif dengan kasar menarik tangan Nadhila dan bawanya turun ke bawah.

" Abang. Sakitlah..!! Dhila nak balik JB, Dhila nak kerja..! Janganlah buat Dhila macam ni.." Dhila merayu. Sakit tangannya disentap dengan kuat. Hampir saja dia jatuh ditangga.

" Aku dah cakap, jangan pergi..!! Kenapa kau degil sangat ha?! Turunn!!" Semakin ramai yang melihat perbuatan Nadhif. Simpati. Tapi apa mereka boleh buat hanya melihat.

" Tuan jangan buat macam tu. Kasihan Dhila tu tuan.. Ya Allah..!!" Shakil cuba juga menenangkan Nadhif. Airmata Nadhila mengalir deras. Matanya memandang pada Shakil, mengharapkan sesuatu dari Shakil. Shakil sangat simpati.

" Kau diam!! Ini adik aku, aku tahu nak ajar dia.." Jari telunjuk Nadhif dihalakan tepat ke muka Shakil.

Turun saja mereka ke bawah. Nadhila ditolak oleh Nadhif sampai tersungkur tiang besi. Mujur kepala Nadhila tidak terhantuk di tiang itu. Nadhila menangis teresak-esak. Nadhif menyapu muka dengan tangannya. Shakil mengangkat Nadhila lembut, dipeluk Nadhila dalam dakapannya. Menangis Nadhila.

" Dhila tak nak balik. Dhila nak kerja. Tolonglah..!!" Terketar-ketar suara Nadhila. Dia tetap juga tidak mahu balik. Makin meradang Nadhif. Dengan kasar, terus lengan Nadhila ditarik kuat.

" Kau memang nak mati ke..!!" Nadhila tak boleh buat apa. Hanya berserah saja. Apapun yang abangnya mahu lakukan, redha jelah.

"Sha.. Tolong saya Sha.. !!" Dengan tangisan minta simpati. Shakil hanya mampu melihat Nadhila diperlakukan oleh abangnya. Tidak terdaya mahu melawan.

" Sha.. Tolong saya..!!" Airmata terus mengalir. Pipi Nadhila terasa perit ditampar kuat.

" Abang jangan abang. Sakit..!! Sha.. Tolong saya Shaaaa!!" Nadhila menjerit-jerit minta dilepaskan.

" Allahuakhbar..!! Dhila.. Bangun Dhila..!!" Shakil memegang kuat tangan Nadhila dari terus meronta. Nadhila membuka mata. Melihat Shakil ditepinya. Terpinga-pinga.

" Abang.. Abang pukul saya. Abang tak bagi saya pergi. Saya takut...!!" Airmata mengalir.

" Mana ada. Awak mimpi ni. Tak ada abang awak dekat sini pun. Saya je ada ni.. Tengok tu, masjid tu..!" Nadhila menoleh ke arah masjid. Terdiam sebentar.

"Astagfirullah Al Azim. Subhanallah.. Allahuakhbar..!! Saya mimpi rupanya.." Nadhila menyapu muka dengan tapak tangan. Mengesat airmata sendiri.

" Iya.. Awak cuma mimpi je. Dahlah.. Dah masuk waktu subuh. Pergi solat dulu. Minta Allah tenangkan hati. Lepas tu nanti balik rumah saya sekejab, awak mandi kemudian baru saya hantar awak ke Pudu. Okey?!"

" Tapi...!"

"Jangan risau, kawan saya kerja. Nanti saya tunggu kat luar.. Dahlah jom..!!" Nadhila angguk. Pintu kereta dibuka. Dan jalan masuk ke masjid.

Usai solat, Nadhila kembali ke kereta. Shakil sudah menunggunya. Terus Nadhila masuk dalam kereta. Shakil memulakan pemanduan. Senyap dan sunyi. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulut Nadhila. Shakil pun tak bertanya apa-apa. Membiarkan Nadhila bersama perasaan. Sampai di hadapan rumahnya, dia parkir kereta di luar pagar saja. Mengajak Nadhila masuk supaya Nadhila dapat membersihkan diri.

Pada mulanya, Nadhila teragak-agak mahu masuk. Takut pula dia. Tapi Shakil menyakinkan. Shakil akan tunggu diluar rumah dan menyuruh Nadhila kunci pintu dan memberikan kunci pada Nadhila, baru Nadhila yakin. Jadi security guard sekejablah Shakil. Setengah jam kemudian, Nadhila keluar dengan senyuman. Nampak berseri wajahnya. Pintu dibuka.

" Dah siap? Kejab je. Mandi ke tak ni?!" Shakil mengusik.

"Mandilah pun. Nah!! Thank you..!!" Nadhila menghulurkan kunci rumah pada Shakil.

" Sama-sama. Saya masuk kejab, nak mandi. Awak tunggu sini tau. Duduk situ..!" Arah Shakil.

"Iye..! Jangan lambat..!"

"Okey!! Jangan lari pula. Tunggu je sini. Tunggu saya..!"

"Iye.. Iye..!! Saya tunggu.. Dahlah pergi masuk..!" Nadhila duduk di kerusi. Senyum sendiri. Memandang sekeliling. Bersih dan kemas je. Tersusun kasut di satu sudut. Terdapat sebuah motor Honda EX5 berwarna hitam berkilat. Baru lepas cuci kut. Tekanya. Rumah bujang, kosong tak ada barang pun. Pokok bunga pun tak ada.

Nadhila duduk termenung. Sebelum naik bas nanti dia nak call Helmi, minta Helmi jemputnya di Perhentian Bas Larkin. Bolehlah dia masuk exhibition nanti. Tak silap mereka di Komtar. Boleh terus kerja.

"Eh!! Handphone ek? Kedai tak buka lagi kut. Tak apalah, beli kat JB jelah nanti..!" Katanya sendiri.

Tidak lama kemudian, Shakil keluar. Pintu dikunci. Duduk di sebelah Nadhila.

" Kejab je siap? Tak mandi ek?!" Nadhila pula memulangkan soalan dari Shakil tadi.

"Mandilah. Lelaki simple je. Kejab je siap..!" Nadhila gelak kecil. Sengaja mengusik.

" Jom makan. Lapar dah ni.. Awak nak makan apa?" Mereka berjalan ke kereta bersama. Pintu pagar ditutup dan terus masuk dalam kereta. Memulakan pemanduan. Shakil bawa Nadhila makan nasi lemak sotong. Nasi lemak paling sedap yang pernah dia makan, warung tepi jalan. Tempat dia beli sarapan selalu. Tapi sejak dua tiga minggu ni, jarang ke warung itu. Sibuk dengan kerja. Inilah masa terluangnya. Bolehlah melepaskan rindu makan nasi lemak sotong. Orang tak berapa ramai lagi yang minum di warung tu. Tapi biasanya ramai yang bungkus dan makan di office atau rumah.

" Hmm.. Sedapnya..!!" Berselera sungguh Nadhila makan.

"Kan..!! Ni lah tempat saya selalu beli sarapan kalau tak busy kerja. Makan banyak-banyak. Kalau tak cukup, order lagi. Makanlah sampai gemuk..!!"

" Hahaha.. Sha.. Terima kasih banyak-banyak..!" Ucap Nadhila.

" Saya tolong mana boleh je. Lepas ni awak nak terus ke Pudu ke atau ada nak pergi mana-mana?!" Tanyanya.

" Pudu jelah. Nak ambil bas cepat. Nanti sampai JB boleh terus masuk kerja.." jelas Nadhila.

" Tak penat ke?! Rehatlah dulu.."

" Tak penatlah. Bukan kerja angkat berat pun" Nadhila meminum air teh tarik panas. Kenyang perutnya.

" Nanti dah sampai JB, bagitahu saya ye. Ambil nombor saya..!"

"Saya tak ada handphone lah..!" Pelik Shakil.

" Aik!! Mana handphone awak?!"

"Kat kampung. Saya tak bawa. Malas guna handphone. Biar abang tak dapat call saya.." kata Nadhila. Shakil senyum.

"Pula dah. Macam mana saya nak call awak. Kut rindu awak nanti.."

"Tak payah nak rindu-rindulah..!" Nadhila menjeling tajam. Shakil gelak.

" Awak guna dulu handphone saya ni. Saya ada dua handphone. Tak guna pun..!"

" Tak payah.. Tak apa! Nanti sampai JB saya beli. Simpan jelah handphone awak tu. Terima kasih!!" Nadhila menolak. Tak berani dia nak ambil barang orang. Tahu dek Nadhif, mati dia kena marah.

" Tak apalah. Saya tak guna pun..!"

" Orang cakap tak nak. Tak naklah. Degil betul lah dia ni. Nak paksa terima kenapa? Ishh!!" Kan Nadhila dah bengang.

"Hahaha.. Janganlah marah. Saya nak bagi Tak nak pula. Tak nak sudah..!!" Shakil gelak.

"Saya bukan suka nak ambil barang oranglah walaupun orang bagi. Lagipun, kalau Abang Dip tahu, mati saya kena marah. Saya ada duit, boleh beli sendiri..!" Shakil sambung gelak lagi.

Suka pula dia menyakat Nadhila. Ada sesuatu yang menarik pada Nadhila ni. Buat dia rasa tenang dan gembira. Setelah perut kenyang dan hati pun senang. Mereka meninggalkan warung nasi lemak sotong itu. Shakil memandu menuju ke Puduraya pula. Mahu menghantar Nadhila. Dia akan pastikan Nadhila selamat naik atas bas baru dia akan beredar.

Di Puduraya, suasana tetap sibuk. Sesak dengan orang ramai, memang tak pernah tak sibuk. Semua Shakil yang uruskan, tiket pun Shakil yang belikan. Dia rasa bertanggungjawab ke atas Nadhila. Jadi serba salah pula Nadhila atas kebaikkan Shakil. Takut baik ada makna. Parah tu..!!
 
Bas akan bertolak tak lama lagi. Shakil menemani Nadhila hingga di parkir bas. Pintu bas belum buka lagi. Pemandu pun belum sampai. Jadi, mereka berbual.

"Jaga diri baik-baik ye. Nanti kalau kebetulan saya balik kampung, saya jumpa awak kat sana.  Sampai nanti jangan lupa call saya. Boleh?!" Pesan Shakil.

" Tengoklah nanti kalau tak lupa.." Nadhila jawab malas.

" Janganlah lupa, nanti kalau abang awak tanya. Saya nak cakap apa.." Nadhila pandang Shakil bersahaja. Takut pula dia nak pandang mata Shakil. Renungan mata Shakil ni, menakutkan pula.

" Awak janganlah bagitahu apa-apa pasal saya dekat abang. Saya tak nak.." Nadhila buat muka sedih.

" Iyelah. Tapi janji, dah sampai call saya dan bila dah beli handphone nanti pun bagitahu saya ya. Simpan nombor saya tu tau. Saya tunggu panggilan awak. Jangan buat-buat lupa pula.." Pesanan demi pesanan.

" Eee dia ni kan. Membebel jelah. Sama je macam Abang Dip. Kecoh.!!" Nadhila merungut. Rasa tak selesa pula.

" Saya ni prihatin dekat awak. Risau dekat awak.." Wajah Nadhila tetap direnungnya.

" Buat apa nak risau. Saya dah besar panjang kut. Selama ni pun tak ada siapa nak risaukan saya. Masih hidup lagi pun saya ni. Tak payah nak risaulah Sha. Saya bukan adik awak pun, family pun bukan.. !" Shakil mengeluh.

" Kalau macam tu awak jadi bini saya jelah. Nak?!"


"Isshhh!! Gila..!! Dahlah saya nak naik bas. Apapun terima kasih ya. Selamatkan saya, temankan saya sepanjang malam, belanja saya makan, belikan tiket dan temankan saya ni. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah balas jasa hati suci awak tu.." ucap Nadhila dengan senyuman manis. Mata mereka bertentangan. Hensem juga mamat kecoh ni, kata hati kecil Nadhila. Sempat pula dia.

" Iya. Sama-sama kasih Dhila. Jaga diri baik-baik tau. Saya tunggu panggilan dari awak..!" Mata mereka masih bertentangan. Menusuk ke hati Shakil pula dah. Dari mata turun ke hati.

"Insha Allah.. Tapi kan.. Jangan terlalu mengharap panggilan tau, nanti kecewa. Hehehe.. Okeylah. Saya naik dulu. Kalau saya ingatlah saya call, kalau tak call tu maknanya saya lupalah tu.." Shakil garu kepala dengar apa yang Nadhila cakap. Senyum. Nadhila terus naik tangga bas dan melambaikan tangan pada Shakil. Shakil masih berdiri dengan senyum lebar.

" Sha..Sha..!! Kejab..!! " Nadhila berpatah balik ke pintu bas, menundukkan kepala pandang Shakil.

" Nanti awak claim makan minum, tiket saya semua dekat tuan awak ye.. claim tau jangan tak claim.. Dah.. Dah.., pergi balik sana.. Thanks tau. Byeee..!!" Shakil gelak melihat gelagat Nadhila. Nadhila melambaikan tangan pada Shakil. Dan naik semula. Shakil berdiri di tiang besi. Mahu melihat Nadhila untuk kali terakhir. Seorang demi seorang penumpang naik atas bas. Tak lama kemudian, pintu bas ditutup oleh pemandu. Bas mula bergerak. Shakil memandang Nadhila. Nadhila senyum padanya dan melambaikan tangan. Shakil membalas lambaian.

"Dhila.. Dhila..!! Kasar-kasar kau, degil-degil kau tu buat aku tertarik dekat kau pula. Hai lah hati. Kalau tahu tuan ni, macam mana agaknya ek? Haahahaaa...!! " Shakil gelak sendiri. Macam tak percaya pula dia. Baru dua kali jumpa Nadhila tak kan terus terpikat. Macam pelik je.
 
Hati.. Tiada siapa boleh tahu. Kalau dah mula timbul perasaan itu. Memang tak boleh buat apa. Usahakan jelah untuk memikat.

Selagi si bunga belum dipetik orang, selagi itulah peluang cerah untuk si kumbang. Nak mendekati si bunga ini macam agak mencabar juga. Boleh tahan keras tangkainya, payah tu mahu patahkan ditambah pula dengan duri-duri yang tajam. Berbisa juga kalau salah patah. Tapi kalau kena gayanya dan dapat cari point nya. Mudah dan lembut je untuk patahkan. Yang penting kena pandai membelai. Belai sampai lembut. Insha Allah.. !!

Nadhila pula tersenyum-senyum atas bas. Seronok pula dia menyakat Shakil. Hmm..

" Ish!! Apa aku fikir Shakil pula ni. Tak.. Tak.. Jangan nak merepek ye Dhila. Shakil tu polis kut. Kawan Abang Dip pula tu. Tak nak.. tak nak...!!"Nadhila cakap sendiri.

Perjalanan mengambil masa dalam lima enam jam waktu siang. Lama lagi, Nadhila membuka ikatan langsir dan menutup tingkap. Layan mata dan lelap. 
Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs