Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 27
Shakil duduk bersandar. Menanti kakaknya, Wahida keluar dari bilik. Shakil terpaksa bawa Nadhila ke rumah Wahida untuk sementara waktu sehingga Nadhila sembuh. Tak sanggup dia membiarkan keadaan Nadhila begitu. Sebelum bawa Nadhila tadi, Shakil ada berbincang dengan Helmi untuk menjaga Nadhila. Helmi tiada pilihan, dia percaya pada Shakil dan Shakil minta tolong pada Helmi jika    Nadhif ada menghubunginya dan bertanya mengenai Nadhila jawab saja Nadhila dalam keadaan baik di JB. Dan tidak memberitahu Nadhif bahawa Nadhila ada bersama Shakil di Shah Alam. Shakil tak nak Nadhif ganggu fikiran Nadhila. Biarlah Nadhila berehat dan tenangkan hati dan kesakitannya. Takut Nadhila akan jadi lebih tertekan dan trauma.

Mujurlah kakak Shakil mahu menumpangkan rumah buat sementara untuk Nadhila. Jika tidak, tidak tahu mana mahu bawa Nadhila pergi. Shakil menceritakan segalanya pada Wahida. Sungguh bersimpati Wahida pada Nadhila.

Pintu bilik dirapatkan. Wahida jalan perlahan menuju ke ruang tamu. Dilihatnya Shakil sedang duduk termenung. Sunyi dan sepi. Wahida dudukdi hadapan Shakil. Shakil memandangnya.

" Kasihan dia Sha..!" kata Wahida suara lembut.

"Iya kak.. Memang kasihan. Tak sangka seteruk itu abangnya buat.." keluh simpati Shakil.

"Tapi akak peliklah. Abang diakan polis, berpangkat pula tu. Kenapa sanggup buat adik sendiri macam tu. Apa dia ingat, mentang-mentang dia polis dia boleh buat sesuka hati ke nak pukul-pukul orang. Walaupun adik sendiri. Memang tak salah kalau nak mengajar tapi agak-agaklah. Ini tidak, pukul dengan nafsu amarah. Ishh!! Geram betul lah..!!" Wahida meluah perasaan geramnya. Berkerut-kerut wajahnya.

" Entahlah kak. Shakil pun tak tahu nak cakap apa sebab Shakil tak ada ditempat kejadian. Apa yang kawannya cerita. Katanya tiba-tiba abangnya datang dan terus tampar dia. Dhila nak jelaskan tapi abangnya tak percaya. Tiga kali ditampar, ditolak sampai luka kepala terhantuk dekat pintu kereta. Itu apa yang kawannya cerita.. " Shakil menceritakan dari apa yang Kak Siti dan Hidayu nampak kejadian tadi.

" Ni kira pakai serkap jarang jelah ni.." Shakil angguk kepala.

" Abang dia tu memang jenis panas baran ke Sha?!" Tanya Wahida lagi.

"Itu Sha tak pasti. Tapi selama Sha bertugas dengan dia. Dia seorang yang tegas dan disiplin. Dia selalu ambil berat pada anak buah dia. Lagi-lagi kalau bab family, dia memang ambil berat. Penyayang jugalah.." serba sedikit yang Shakil bole ceritakan mengenai Nadhif.

" Tapi kenapa sampai hati buat adiknya macam tu. Akak tak puashati betul lah..!"

"Macam yang Sha cerita tadilah kak. Dari kecil memang Dhila agak disisihkan oleh arwah ayahnya. Konon Dhila ni degil dan selalu buat hal sampai besar. Selalu kena marah, kena pukul, kena buli dengan adik beradik, dianiaya sampai sekarang pun. Ada sifat pilih kasih antara mereka. Cuma ibu je yang menyebelahi dia.."sambung Shakil.

"Iyeke? Kasihannya. Dulu arwah ayahnya buat dia, sekarang abangnya pula. Berat betul dugaannya. Mujurlah ibu dia tak macam tu. Kalau Dhila tu tak kuat, boleh jadi tekanan perasaan tu. Mahunya berdendam. Bahaya tu Sha..!!" Kata Wahida.

"Betul tu. Tapi alhamdulilah kak. Sha yakin, Dhila kuat semangat. Dia bukan pendendam, dia sayang adik-beradiknya walau macam-macam mereka lakukan pada dia. Sebab tu sejak Sha kenal, tahu kehidupannya dan nampak sendiri depan mata. Sha nekad akan bantu dia dan akan lindungi dia sedaya Sha.." jelas Shakil penuh keyakinan.

" Eloklah tu Sha.. Akak sokong Sha. Insha Allah.. Jika niat kita baik, Allah akan permudahkan segalanya. Doakanlah untuk dia agar dia lebih kuat hadapi semua ni.." Wahida memberi semangat pada Shakil. Shakil senyum.

"Kak.. Sha nak jenguk Dhila sekejab ya?" Shakil meminta izin.

"Iyalah..!" Shakil bangun dan melangkah perlahan. Pintu bilik dikuak. Mata terus memandang tepat ke wajah Nadhila. Kepala yang luka sudah di balut, kesan luka dan lebam di mulut masih kelihatan. Jadi bengkak mulutnya. Mata Nadhila bengkak kerana menangis.

"Allahuakhbar..!!" Shakil tak sanggup melihat wajah itu. Menunduk pandang ke lantai. Perasaan simpati

terus menerjah dalam diri. Sedih teramat sedih hingga menitis airmata jantan. Tersentuh hati Shakil melihat keadaan Nadhila. Walaupun Nadhila bukan sesiapa pada Shakil. Orang luar yang tiada ikatan boleh tersentuh hati melihat keadaan Nadhila. Tapi kenapa saudara sedaging sendiri sanggup melakukan kekejaman seperti itu.

Shakil duduk di sisi Nadhila, menatapi wajah Nadhila. Wajah yang cerah bersih, sedap mata memandang, manis senyuman yang terukir, ceria wajah tatkala gelak dan tawa tapi kini wajahnya dihiasi luka yang bersisa, senyuman menjadi tawar dan hambar, kedukaan jelas diwajah. Semua itu diragut oleh abang kandung sendiri yang bersifat zalim.

Nadhila membuka mata perlahan-lahan. Berdenyut-denyut kepalanya. Pedih dan perit mulutnya. Shakil mengukirkan senyuman pada Nadhila. Nampak saja muka Shakil terus besar mata Nadhila. Terkejut.

"Sa.. sa..saya dekat mana ni? Macam mana awak ada dengan saya ni..?!" Terketar-ketar suara Nadhila menahan peritnya mulut. Nadhila terus cuba bangun mahu duduk. Shakil membantunya duduk bersandar di katil. Bantal diletak dibelakang Nadhila. Nadhila memandang tepat wajah Shakil yang masih dengan senyuman.

"Saya dekat mana? Kenapa awak ada kat sini?" Nadhila bertanya dan bertanya. Risau sangat dia.

" Jangan risau Dhila. Awak selamat. Awak ada di rumah kakak saya di Shah Alam. Saya yang bawa awak ke sini." jelas Shakil.

"Ha? Shah Alam? Tapi.. tapi saya nak balik JB. Saya nak kerja. Kenapa awak bawa saya ke sini Sha? Mana Helmi, Kak Siti, Ayu.. Mana semua? Kalau abang tahu saya dengan awak, nanti abang pukul saya lagi Sha, saya takut. Saya tak nak kena pukul Sha.. Saya takut.. Saya nak balik JB. Tolong bawa saya keluar dari sini. Saya takut.. saya takut..!!" Nadhila masih bertanya dan bertanya. Nadhila memandang sekeliling, menangis dan menangis. Jelas kelihatan dia dalam ketakutan.

"Dhila.. Dhila..!! Bawa bertenang. Dhila sabar!!" Nadhila mahu turun dari katil. Tapi ditahan oleh Shakil.

" Saya tak nak kena pukul lagi. Sakit Sha.. Sakit sangat.!!" Sebak Shakil dengar.

" Iya Dhila, saya tahu sakit. Tuan tak tahu awak dekat sini. Tak ada sesiapa tahu. Awak selamat dekat sini. Saya akan lindungi awak. Percayalah cakap saya. Saya akan lindungi awak.. Relax okey..!!" Shakil terus memujuk.

Digenggam tangan Nadhila seeratnya. Nadhila perlukan kekuatan, perlukan semangat. Mata mereka bertentangan. Shakil merenung tajam ke dalam anak mata Nadhila. Airmata masih mengalir. Shakil memberi senyuman. Mengesat lembut airmata suci itu.

"Kenapa abang buat saya macam ni Sha?! Kenapa? Saya sayang abang..!" Luahan dari hati seorang adik.

" Kenapa abang tak bunuh je saya. Biar saya mati ditangan abang. Baru puashati abang. Biar saya mati. Tak guna lagi saya hidup. Abang dan adik tak sayang saya, mereka nak saya matii.." Suasana menjadi sayu dan sebak. Esakan tangis kekecewaan.

" Jangan cakap macam ni Dhila. Tak baik..! Awak tak boleh lemah macam ni, awak kena kuat. Awak kena lawan perasaan tu. Istigfar banyak-banyak. Ingat Allah..!! Biar kita tak dikasihi oleh orang tapi dikasihi dan disayangi oleh Allah. Kita ada Allah..! " Nasihat demi nasihat Shakil berikan.

Nadhila senyap. Hanya esak tangis. Menundukan kepala. Shakil melihat penuh hiba. Dia dapat rasakan apa yang dirasai oleh Nadhila. Melepaskan genggaman tangan Shakil. Pergelangan tangan dilihatnya lalu menekan-nekan kesan lebam. Sakit berbisa hingga ke tulang.

"Aduh..!! Sha.. Tangan saya ni patah ke? Kenapa sakit ni. Boleh guna ke tak ni.." Nadhila menunjukkan tangannya pada Shakil. Mencebik muka manja. Shakil gelak kecil.

" Sakit sangat ke? Tak apa, kalau tangan ni dah tak boleh guna, nanti saya gantikan dengan tangan monkey ya.. Nak?!"

"Ha?? Shaaa...!! Ishh!! Ada ke patut. Tak apalah dah baik dah..!" Nadhila jeling manja pada Shakil. Shakil gelak lagi. Nadhila cuba untuk senyum. Berkerut muka menahan pedih mulut.

" Sha.. Kalau abang marah awak macam mana? Saya risau..!" Nadhila meluah lagi rasa kerisauannya. Memandang sayu pada Shakil.

" Tak payahlah risau. Saya tahu apa saya nak buat. Dia tak kan berani marah saya. Saya kan hebat..!!" Shakil bergurau. 


" Tapi awak tak tahu abang saya macam mana Sha.. "

"Nadhila.. Dengar sini. Awak jangan risau. Saya tahu apa yang perlu saya buat. Awak kena yakin pada saya. Saya akan pastikan abang awak tak kan pukul awak lagi. Saya akan lindungi awak. Dhila.. Saya sayang awak Dhila. Saya tak kan biarkan awak terus macam ni.." Terkejut Nadhila dengar pengakuan ikhlas dari Shakil. Tak berkedip mata Nadhila merenung tajam ke mata Shakil. Mata yang penuh dengan sinar harapan.

Rasa sangat terharu. Dalam keadaan macam ni masih ada yang mahu membantu dan memberi harapan.

"Sayang?!"

"Iya.. Saya sayang awak. Sejak pertama kali lihat awak lagi, perasaan sayang dah wujud. Saya tak boleh nafikan perasaan tu. Semakin hati semakin menebal. Saya tak terdaya nak lawan..." luah Shakil, jujur.

" Andai perasaan itu wujud kerana simpati pada nasib saya. Itu tak ada makna Sha. Ia akan jadi satu perasaan yang sia-sia. Saya ingin disayangi, dikasihi dan dicintai tulus ikhlas dari hati seorang lelaki yang boleh terima saya seadanya tapi bukan terima saya kerana simpati.." balas Nadhila. Sangat merendah diri. Menundukkan kepala memandang ke bawah.

Shakil senyum, memegang dagu Nadhila dan mengangkat wajah Nadhila pandang ke wajahnya. Mata mereka bertentangan lagi. Shakil senyum.

" Bukan kerana simpati tapi dari hati yang ikhlas mencintai kamu..!" Terharu Nadhila dengar.

" Tapi Sha..!"

" Dahlah.. Dah lewat ni. Sekarang ni awak tidur ye..!" Nadhila mengangguk dan baring.

" Terima kasih Sha..!" Ucap Nadhila. Lembut. Redup matanya. Shakil menarik selimut sehingga ke dada Nadhila.

"Sama-sama..! Dah, tidurlah.." Nadhila senyum dan menutup mata. Shakil masih lagi merenung wajah Nadhila dengan penuh rasa kasih sayang.

Dia sendiri pun tak tahu. Macam mana boleh tertarik hati pada Nadhila. Memang bahaya penangan cinta pandang pertama. Lagi pula mengetahui segala kedukaan hidup Nadhila, yang penuh berliku. Antara perasaan sayang dan cinta dari hati yang tiba-tiba menjelma tanpa diduga. Dan dari perasaan simpati yang datang menyusul menjadikan hati perasaannya pada Nadhila bertambah kuat dan nekad. Allah hadirnya Nur Nadhila dalam hidupnya mungkin untuk dia ubah hidup Nadhila dan melindungi insan yang lemah dan memerlukan kasih sayang itu.

" Tidurlah sayang..! Semoga Allah hadirkan mimpi indah dalam lenamu. Aku sentiasa akan bersamamu, melindungimu dari segala kedukaan dan kelukaanmu. Selamat malam sayang..!!" Ucap Shakil sejujurnya. Senyum. Lalu bangun dan memadamkan lampu, dan lampu tidur terpasang. Pintu ditutup perlahan.

Nadhila membuka mata. Menitis airmata. Rasa terharu dengan ucapan dari Shakil. Di saat dia diperlakukan kejam oleh Nadhif. Allah hadirkan Shakil untuk memberi pertolongan. Di kala dia dalam penderitaan dan kedukaan. Allah hadirkan Shakil untuk melindungi dan memberi bahagia. Allah hadirkan seorang insan tepat pada waktunya. Sewaktu dia amat memerlukan pembelaan.

Adakah segala penderitaannya akan berakhir? Adakah dengan hadirnya Shakil, hidup Nadhila akan berubah? Dapatkah Shakil mempertahankan Nadhila dari harimau jadian itu? Benarkah cinta Shakil ikhlas dari hati dan bukan atas dasar simpati? Dan, perlukah dia menerima cinta Shakil.

Macam-macam soalan dan persoalan yang bermain difikiran Nadhila. Dia buntu, tiada jawapan untuk itu. Dia takut. Takut pada lelaki.  Kelembutan lelaki boleh jadi seganas binatang.
Kerana sifat ego yang amat tinggi. Seperti abangnya sendiri. Pada luaran, Nadhif sebaik umat, lembut bila berbicara, penyayang dan mengambil berat, tegas dan penuh dengan sifat kepimpinan baik dalam bidang kerjaya atau kekeluargaan. Iya.. Itu yang mereka nampak tapi hakikatnya. Nadhif kejam dan zalim. Sifat pentingkan diri sendiri, baran tak bertempat, sikit pun tiada sifat kepimpinan. Pilih kasih dalam kekeluargaan. Nadhif tidak layak menjadi pemimpin. Nadhif gagal dalam membentu keluarga harmoni. Bukan kebahagiaan yang dia beri pada adiknya tapi derita. Malah lebih malang, hanya seorang yang disayangi dan seorang dimusuhi. Allahuakhbar...!! 
Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.