Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 28
Selesai solat subuh, Nadhila duduk di tepi katil. Menyentuh kepalanya yang masih berbalut, kemudian memicit-micit pergelangan tangannya yang masih lagi ada kesan lebam dan agak bengkak. Mungkin terseliuh. Dia mahu keluar tapi seganlah pula. Lagipun masih awal lagi. Handphone dikeluarkan dari dalam begnya. Banyak panggilan tak dijawab dan juga whatsapp.

Panggilan dari Nadhif?? Huh!! Mengeluh keras dia. Untuk apa abang call Dhila? Abang kan benci Dhila.. katanya sendiri.

Kemudian, membaca whatsapp pula. Juga dari Nadhif dan juga Helmi.

" Dhila.. Kau okey tak? Aku terpaksa tinggalkan kau dengan Sha. Dia nak jaga kau sementara sampai kau sihat. Kau jaga diri baik-baik ya.." whatsapp dari Helmi. Terima kasih Helmi. Prihatin dekat aku, kata hati kecil Nadhila.

" Abang minta maaf Dhila.. Abang minta maaf!"

Whatsapp dari Nadhif pula. Airmata jernih menitis lagi.

" Abang tak patut buat Dhila macam tu. Abang menyesal Dhila. Salah abang terlalu ikut perasaan marah. Dhila pun tahu abang tak suka ditipu kan? Abang marah sangat bila nampak Dhila tadi, abang rasa sangat tertipu. Maafkan abang ! Abang sayang Dhila lebih dari abang sayang Biha tapi abang tak mampu nak tunjuk pada kau Dhila.  Abang sayang kau, dik.!" Makin deras airmata Nadhila.

Abang..!! Adakah ini sekadar untuk memujuk hati yang terluka? Adakah ini juga hanya untuk menyedapkan hati? Inikah tanda sayang abang pada Dhila? Dengan kesakitan ini.. Kata Nadhila sendiri. Terketar-ketar suaranya sendiri.

Tersedu-sedu dia menangis. Deras airmatanya jatuh membasahi pipi. Sedih mengenang nasib diri.

Perlahan-lahan pintu dikuak, Shakil muncul dengan senyuman. Apabila nampak Nadhila sedang menangis terus berubah mukanya menjadi risau. Berlari terus mendapatkan Nadhila. Duduk disebelah Nadhila.

"Dhila.. Kenapa ni? Awak sakit ke?!" Punyalah risau Shakil. Nadhila terus memberikan handphone pada Shakil, memberi Shakil baca whatsapp dari Nadhif. Nadhila masih menangis.

" Abang tak pernah cakap yang dia sayang saya. Kalau cakap pun dalam keadaan marah.." Nadhila menundukkan kepala. Shakil hanya berdiam. Handphone Nadhila diletak diatas tilam dan Nadhila meletakkan kepalanya di bahu Shakil. Menangis dan menangis. Shakil membiarkan Nadhila bersama perasaannya sebentar. Setelah agak tenang, Nadhila mengangkat kepalanya.

"Sorry.. Sorry Sha..!!" Nandhila mengesat airmatanya sendiri. Malu pula dia pada Shakil. Boleh pula dia menumpang bahu Shakil.

"Tak apa. Nak saya peluk pun boleh.." Shakil bergurau. Senyum manis. Nadhila menjeling. Dalam kesedihan pun boleh menjeling.

" Ishh!! Awak ni.." Shakil gelak kecil.

" Dhila.. Macam mana sekalipun, abang awak tetap sayang awak. Cuma cara dia tunjuk kasih sayang tu salah. Lelaki ni ego tinggi, kadang apa yang dia buat tu salah, dan tak ngaku. Sebab dia fikir, dia betul. Tapi sebenarnya dia tahu dia salah. Ego.. Biasalah.." kata Shakil.

"Sebab tu saya takut. Takut dengan lelaki. Entahlah Sha.. Tak tahu nak cakap macam mana. Memang takut sangat..!" Nadhila meluahkan lagi rasa traumanya. Iya.. Apa yang berlaku jadikan dia takut mendekati lelaki.

"Tak semua lelaki macam tu Dhila.."

"Memang tak semua tapi orang yang paling saya sayangi Sha.. Arwah ayah dan Abang Dip. Saya jadi takut..!" Sambung Nadhila lagi.

"Itu kan ujian dari Allah. Selama ni hidup awak didampingi dengan mereka yang selalu menyakiti awak, mungkin Allah akan berikan jodoh berupa seorang suami yang penyayang, yang mencintai awak, yang sanggup bersusah payah dengan awak dan yang beriman.." nasihat lagi. Shakil senyum lagi. Murah betul dengan senyuman. Nadhila terdiam. Mata saja terkebil-kebil.

" Okeylah sayang..! Jom ke dapur.." Ajak Shakil.

" Ha? Apa? Sayang..?!" Nadhila berkerut. Shakil gelak kecil.

" Iyalah. Sayang. Saya kan sayang awak, so, panggil awak sayanglah. Kan..!" Selamba saja Shakil jawab. Nadhila tercengang.

"Bila masa pula kita bercinta? Saya tak cakap apa-apa pun? Rasanya tak ada pengakuan rasmi dari saya. Sidang akhbar pun saya tak buat?" Shakil gelak besar. Mencebik pelik Nadhila.


" Hahahahaa.. Betul ni tak sayang saya?" Tanya Shakil.

"Ish!! Taklah. Awak kan polis, saya tak nak kawan dengan polis. Jauh sekali nak bercinta.." Nadhila buat muka bosan. Saja nak menyakat Shakil.

" Hahahahaaa..!! Betul ni tak sayang saya?! Betul..?!" Tanya Shakil berulang-ulang. Nadhila  mengalihkan pandangan ke pintu.

"Betul lah. Buat apa nak tipu. Tak sayang pun..!" Jawab Nadhila.

"Okey..!! Kalau betul tak sayang saya. Meh sini pandang ke dalam anak mata saya. Renung betul-betul mata saya dan saya nak awak cakap yang awak tak sayang saya. Boleh?!" Shakil menghadap Nadhila. Merenung mata masing-masing. Nadhila ikut apa yang Shakil cakapkan. Telan liur Nadhila.

"Cakaplah yang awak tak sayang saya.." kata Shakil lembut. Tak berkedip mata pandang Nadhila. Dari sinar mata pun boleh membuktikan rasa sayang. Nadhila terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. Takut dengan renungan mata Shakil. Shakil terus senyum lebar.

" Hahahahaha.. Nampak tak? Tu maknanya awak sayang saya." Malu Nadhila. Merah muka. Sabar jelah. Boleh pula Shakil buat game macam tu. Malu Nadhila. Mulut boleh menafikan dan berkata tidak sama sekali tapi dari sinaran mata dan hati tak kan boleh menafikan.

Hohohoho.. Hati sudah terbuka untuk Shakil ke?! Macam tak percaya je. Yang tak suka itulah yang dapat. Orang kata, jangan terlalu sayang nanti jadi benci, jangan terlalu benci nanti jadi sayang. Sekarang, terbukti apa yang Nadhila benci dah menjadi sayang.

" Saya tak cakap ek!" Nadhila masih menafikan.

" Hahahaha.. Kalau sayang, cakaplah sayang. Malu-malu konon. Hahaha.. Tengok tu, merah muka. Malulah tu.." Gelak besar Shakil. Menyakat lagi. Gembiranya dia.

" Ish!! Dia ni kan cari pasal je. Tak.. Tak.. tak..!!" Bahagia mereka. Seronok je hati. Shakil tetap mengusik dan mengusik.

"Amboiii.. Bahagianya pasangan ni. Apa yang tak.. tak tu..!!" Eh!! Alamak..!! Muncul pula Wahida di muka pintu. Tersenyum-senyum melihat kemesraan mereka. Nadhila terdiam. Bertambah-tambah malu Nadhila jadinya.

" Dah jom sarapan! Jom Dhila.." pelawa Wahida. Lembut suara. Nadhila mengangguk perlahan. Dan, Wahida terus berlalu.

"Awak ni kan. Malu saya tau. Saja je kan.." Nadhila menjeling. Shakil tetap gelak. Senang betul Shakil ni gelak. Memang hidup dia untuk mudah gelak dan senyum je kut. Kata hati Nadhila.

" Elehh... Malu tapi mahu. Jom..!!" Perli Shakil. Terus bangun dan tarik perlahan tangan Nadhila. Nadhila merungut dan membebel terus sampai ke dapur. Apalah yang dia tak puashati. Tapi bebelannya tetap disambut dengan gelak tawa Shakil.

Melangkah je ke dapur, abang ipar Shakil, Abang Musa dan anak perempuanya Anis berusia enam tahun sedang duduk di meja makan. Menyambut Nadhila dengan senyuman.

" Kenalkan ni suami Kak Ida, Abang Musa dan yang kecil dan yang kuat membebel macam awak ni namanya Anis.." Shakil memperkenalkan mereka pada Nadhila.

"Meh duduk. Kita sarapan sama-sama.." Jemput Abang Musa, peramah. Wahida memberikan nasi lemak pada Nadhila. Dan menuang air kopi untuk Nadhila. Nadhila hanya senyum.

" Makanlah Dhila. Jangan malu-malu. Tu sambal sotong, Sha cakap Dhila suka sambal sotong. Makan banyak-banyak.." Pelawa Wahida.

"Terima kasih kak..!" Segan Nadhila. Terharu pula dia dengan layanan kakak dan abang ipar Shakil. Baiknya mereka. Kalaulah adik-beradik aku macam ni kan bagus, kata hati kecil Nadhila.

"Paksu.. Siapa tu?" Tanya anak kecil itu yang dari tadi hanya memandang Nadhila saja.

" Ni kawan Paksu. Anis boleh panggil dia hmm.. Acik Dhila.." Jawab Shakil.

"Ooo Acik Dhila. Haii Acik Dhila..!"

"Hai.. Anis..!" Balas Nadhila. Tercuit pula hatinya.

" Kenapa kepala Acik tu Paksu. Acik jatuh ke?!" Telan liur Nadhila. Berubah airmukanya. Malu pula dia.

"Aha sayang..!! Acik jatuh, kepala Acik terhantuk batu sikit. Tapi sikit je.." jawab Shakil jujur.

" Kasihannya.. Acik hati-hati tau. Nanti acik makan ubat tau biar cepat baik..!" Alahai anak kecil ini. Petah bercakap.

"Insha Allah Anis.. Nanti acik makan ubat.." jawab Nadhila.

" Dah makan cepat. Nanti lambat nak pergi sekolah.."

" Okey mama!! Siapa hantar Anis?!"


" Pagi ni papa hantar Anis, petang nanti mama ambil. Okey?!" Jawab Abang Musa pula. Mesranya family ini. Seronok Nadhila tengok kemesraan dan kebahagiaan mereka.

" Okey papa!!" Berlari Anis ke ruang tamu. Meninggalkan mereka yang sedang menikmati makanan.

" Sorry ye Dhila. Anak akak tu memang banyak mulut sikit. Ada je dia nak cakap.." Kata Wahida.

" Tak apa kak. Budak banyak cakap ni, seorang yang bijak.." Nadhila menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut. Kunyah perlahan-lahan. Aduh..!! Sakitnya. Berkerut dahi menahan sakit.

" Dhila tak dapat kunyah ke?! Kasihannya. Masih luka lagi tu kut. Sha.. Nanti Sha belikan bubur nasi untuk Dhila ya.." Wahida menoleh pada Nadhila. Simpati.

" Dekat gerai nasi lemak depan tu ada jual bubur nasi. Sedap juga bubur tu.." sampuk Abang Musa.

"Eh..! Tak apa. Saya boleh makan perlahan-lahan.." Serba-salah pula Nadhila jadinya. Rasa menyusahkan Shakil pula. Terharu Nadhila. Nadhila menyuapkan nasi lagi ke dalam mulut. Ditahan rasa peritnya. Perlahan-lahan dikunyah. Aduh.. duh..duh..!! Arhh!! Memang tak boleh nak kunyah.

"Kalau tak boleh, jangan paksa. Nanti jadi makin sakit. Kejab lagi saya beli bubur.." Kasihannya Nadhila. Nak makan pun tak boleh.
Minum jelah yang dapat. Mereka berbual mesra. Kenal mengenali antara satu sama lain. Dalam kerancakkan berbual, timbul satu perasaan cemburu dalam hati Nadhila.

Cemburu melihat keakraban antara Shakil dan kakaknya serta abang iparnya. Cemburu dengan kebahagiaan mereka. Duduk semeja, bergurau senda, usik mengusik, sungguh mesra.

Kenapalah keluarga aku tak macam ni? Kenapa  adik-beradik aku tak macam adik-beradik Shakil. Bertuahnya kau Shakil, miliki mereka yang menyayangimu, walaupun ibumu sudah tiada tapi adik-beradik tetap ada bersamamu. Sungguh aku sangat cemburu akan kamu.. Kata hati kecil Nadhila.

Senyap dan sebak pula hatinya bila mengenangkan abang dan adiknya yang tidak pernah melayannya dengan baik tapi melayannya dengan penuh kebencian.

Selesai makan dan kemas bersama. Nadhila duduk di ruang tamu. Abang Musa dan Anis sudah pergi. Shakil pula pergi gerai nasi lemak untuk membeli bubur buat Nadhila dengan menaiki motor. Gerai dihujung simpang je. Dekat dengan rumah. Tinggallah Nadhila dan Wahida.

" Dhila.. Kak Ida nak pergi kerja ni. Nanti tengahari Kak Ida balik. Dhila boleh kan duduk kat rumah sorang-sorang?" Wahida duduk sebelah Nadhila.

"Boleh Kak. Jangan risau..!" Jawab Nadhila.

" Kalau nak buat air ke, nak makan biskut ke. Pergi je buat ye. Apa yang ada jelah ye. Jangan malu-malu. Buat je macam rumah sendiri. Apa-apa nanti call je Sha ye.." sambung Wahida lagi. Nadhila hanya senyum dan angguk.

" Baik kak..! Terima kasih kak. Terima kasih tumpangkan saya duduk sini, maaf sangat menyusahkan akak sekeluarga. Saya tak tahu Sha bawa saya ke sini. Saya rasa bersalah sangat..!!" Nadhila pegang tangan Wahida.

"Ishh!! Apa cakap macam ni. Tak payah rasa bersalahlah Dhila. Dhila dalam kesusahan, tanggungjawab kami untuk bantu. Kami akan bantu setakat yang kami mampu. Kami faham keadaan Dhila.." Nadhila pandang sayu wajah Wahida. Hampir saja airmatanya gugur.

"Terima kasih kak. Saya sangat terharu atas layanan keluarga ni. Walaupun saya bukan sesiapa pun. Tapi akak sekeluarga layan saya dengan baik sangat. Moga keluarga akak akan terus bahagia dan dilindungi Allah.." Akhirnya airmata jernih mula menitis. Sungguh terharu.

" Aaminn.. Dahlah, jangan menangis lagi. Kalau Dhila sedih nanti si Sha tu risau je dia. Dhila.. Jangan risau, Dhila selamat dekat sini. Sha akan lindungi sayang dia ni baik-baik. Okey?!" Wahida menyentuh pipi dan mengesat airmata Nadhila penuh kasih sayang. Nadhila senyum dan angguk.

Kemudian, Nadhila menghantar Wahida ke halaman rumah. Muncul pula Shakil masuk ke perkarangan rumah dan meletakkan motor. Memberikan bubur pada Nadhila.

" Makan bubur ni ye. Habiskan.. Saya nak pergi kerja, tapi saya tak pasti balik jam berapa. Kalau ada apa-apa call saya tau. Jaga diri baik-baik. Rehat tau.!" Pesanan demi pesanan dari Shakil.

"Okey!! Thanks Sha..!" Jawab Nadhila lembut.
Risau pula Shakil mahu tinggalkan Nadhila. 


" Kak.. Nanti tengahari akak balik tak?" Tanya Shakil pada Wahida.

" Insha Allah balik kut. Nanti akak belikan makanan tengahari untuk Dhila. Kalau akak tak balik pun, nanti akak minta tolong orang hantarkan makanan. Jangan risaulah. Sha kerja je elok-elok ya..!" Jawab Wahida.

"Eh... Hmm.. Tak apalah Sha, Kak Ida.. Tak payah susah-susah. Pandailah saya cari makanan nanti..." Nadhila jadi serba salah.

" Alaaa jangan risau. Dhila jaga diri baik-baik ya. Okeylah akak pergi kerja dulu.." Wahida terus masuk dalam kereta dan memulakan pemanduan.

" Nanti tutup pagar dan kunci. Pintu kunci ya. Buatlah macam rumah sendiri. Jaga diri tau.. Makan bubur tu.." Pesannya lagi. Nadhila senyum.

"Iye.. iye..!! Saya makan nanti. Dahlah pergi kerja, nanti lambat kang kena marah. Kerja elok-elok. Hati-hati mandu.. !" Pesan Nadhila pula.

"Okey sayang..!! Bye. Assalammualaikum..!" Sengaja menyakat.

" Waalaikumsalam..!" Nadhila menutup pintu pagar dan kunci seperti yang disuruh oleh Shakil tadi. Nadhila terus masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu pula.

Apabila Nadhila sudah masuk. Baru Shakil mula memandu. Senyum dan gelak kecil. Bahagia pula hatinya.

"Dhila.. Dhila..! Tak sayang konon tapi hahaahaaa.. Orang kata kalau perempuan diam tu tanda setuju. Dhila pula, tak jawab yang dia tak sayang aku. Maknanya, dia sayang aku. Hahahaa.. Hai lah cinta. Aku pun tak tahu macam mana boleh datang tiba-tiba.. Terima kasih Allah. Kau bukakan pintu hati Nur Nadhila untuk aku.. Alhamdulilah, aaminn..!" Bahagianya Shakil. Seronok yang amat. Bahagia mula tercipta antara dua insan. Jauh perjalanan mereka. Banyak yang harus ditempuhi.

Percintaan yang harus dirahsiakan dari pengetahuan Nadhif. Tapi sampai bila? Dia sendiri pun tak tahu. Sama ada mendapat tentangan sekeras-kerasnya atau mendapat restu. Tiada seorang pun yang tahu. Shakil kena sedia hadapi apapun ujian percintaan mereka lebih-lebih lagi dalam melindungi dan mempertahankan Nadhila.

Apapun, selagi nyawa dikandung badan selagi itu dia akan terus melindungi Nadhila dan memberi sepenuh kasih sayang pada Nadhila.
Nadhila ada hak untuk dikasihi, disayangi dan dicintai. 
Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.