Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,556
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 12
Kampung Baru, semakin malam semakin ramai pengunjung datang. Kedai-kedai makan kanan kiri jalan memang penuh. Gerai-gerai kecil menjual makanan ringan juga tersusun. Macam-macam makanan dijual. Banyak pilihan. Semua golongan ada. Memang meriah tempat itu dengan makanan. Harga pun berpatutan. Cuma sedap atau tidak je. Biasalah tu nama pun kedai makan.

 Matanya fokus pada Nadhila yang berselera sungguh makan. Nasi goreng kampung pilihannya. Senyum melihat Nadhila. Betul-betul lapar ni, kata hatinya. Redup wajah Nadhila. Tenang dia lihat wajah comel itu. Nadhila menghirup pula air limau suam. Berkerut memandang Shakil. Gelas berisi air limau suam itu diletakkan dihadapannya.

" Apa sengeh-sengeh? Ingat hensem..!!" Nadhila menjeling. Serius wajahnya.

"Hahaha.." Shakil gelak. Terhibur dengan si Nadhila ni.

" Pelik..!! Gelak pula. Awak ni dah kenapa. Sakit ekk..!"Menjeling lagi. Garang betul.

" Makanlah.. Habiskan nasi tu.." Shakil senyum.

" Tak nak dah. Pedih pula perut ni.." Nadhila menolak pinggan nasi goreng yang masih ada baki setengah pinggan lagi ke tengah meja. Tangannya menekan perut.

" Dah masuk angin dah tu. Minum air suam tu.."
Gelas air suam diambil dan diminum. Nadhila menundukkan kepala pandang ke bawah. Menahan pedih perut. Dan mengangkat muka semula. Buat-buat okey.

" Lepas ni saya bawa awak balik rumah abang awak ya..!!" Kata Shakil.

" Taknak.. Taknak..!! Saya taknak balik rumah abang. Awak hantar je saya dekat Puduraya. Saya tunggu kat sana je.." pinta Nadhila.

" Kan rumah abang awak. Bukan rumah orang lain pun.."

" Shakil.. Please!! Saya tak nak. Awak ada beritahu abang ke awak dengan saya ni?!" Tanya Nadhila.

"Tak cuma tadi dia ada call minta saya carikan awak dekat Puduraya tu. Selamat jumpa.." jawab Shakil.

"Awak ada beritahu awak dengan saya?! Aduhhh..!!" Terbeliak mata Nadhila.

" Taklah. Saya tak beritahu dia pun lagi." Jawab Shakil lagi. Wajah Nadhila berubah. Sayu dan sedih. Memandang ke arah meja. Senyap je. Shakil melihat bibir Nadhila. Masih nampak bengkak dan kesan luka di bibir Nadhila.

" Masih sakit lagi mulut tu?!" Nadhila mengangkat muka pandang tepat ke anak mata Shakil. Pandang semula ke meja. Senyap lagi. Tak jawab pun.

" Saya tahu Dhila. Abang awak ada cerita tadi. Dia risau dekat awak sebab tu dia minta tolong saya cari awak sampai dapat. Dia menyesal dengan apa yang dia dah buat.." Shakil buka cerita. Nadhila masih membisu. Terkebil-kebil matanya.

"Sakit dekat mulut ni boleh sembuh. Tapi sakit dihati ni tak semudah itu.." Kata Nadhila perlahan. Senyum pada Shakil. Senyuman kecewa dan sedih. Shakil memahami maksud Nadhila.

" Tak ada manusia yang tak lakukan kesalahan kan. Memaafkan itu lebih baik.." Lembut sungguh suara Shakil cuba melembutkan hati Nadhila.

" Iya.. Memang tak ada manusia yang tak melakukan kesalahan dan kesilapan. Dan.. memang betul sangat, memaafkan itu lebih baik... Tapiii..." Nadhila juga bersuara lembut dengan senyuman pada awalnya. Dan, percakapan Nadhila terhenti. Dia bangun, berdiri, ambil tisu, pandang tepat muka Shakil. Terus serius dan berkerut wajah Nadhila.

"Tak payahlah nak pujuk saya supaya maafkan abang. Tak ada maaf bagi Abang Nadhif. Fahamm?!! Byee..!!" Kasar suaranya. Shakil tercengang. Terkedu sekejab dengan tindakan Nadhila. Garu kepala dia. Tadi punyalah cakap lembut tapi tiba-tiba jadi garang pula. Sabar jelah.

"Hey Dhila.. Tunggu kejab..!!" Shakil cepat-cepat keluarkan duit dan letak diatas meja. Terus berlari mengejar Nadhila. Laju pula Nadhila ni jalan. Jenuh Shakil mengejar.

" Awak nak ke mana pula ni Dhila?"

" Saya nak pergi masjid tu. Tak solat lagi ni. Kalau awak nak ikut, awak ikut jelah.." Nadhila terus berjalan. Tak endahkan Shakil pun. Penat Shakil mengejar.

" Okey.. Okey..!! Tapi naik kereta ya. Kita pergi sekali. Kalau jalan kaki ke masjid tu, nanti kena patah balik sini.. Jom..!!" Pujuk Shakil. Nadhila berhentikan langkah. Pandang Shakil dan angguk. Mereka berdua jalan ke kereta.

Letih juga Shakil nak melayan si Nadhila ni. Emosinya kejab baik kejab tidak. Naik semput juga melayan.

Tapi Shakil faham keadaan Nadhila. Dalam keadaan emosi yang terganggu memang macam-macam ragamnya. Salah dia juga, nasihat tak kena tempat dan tak kena waktu. Hati Nadhila tengah panas lagi, masih sakit hati lagi. Tunggulah dua tiga hari. Biar sejuk sikit hati dan perasaanya. Waktu tu barulah boleh slow talk dengannya.

Mereka menaiki kereta. Nadhila senyap. Mata dah mula mengantuk. Letih badan masih tak hilang lagi. Dia menyentuh bibirnya, ditekan-tekan perlahan. Bahagian dalam mulut terasa perit lagi. Betul-betul kuat tamparan Nadhif siang tadi. Tak sanggup Nadhila nak ingat semula. Sejarah hitam hidupnya kena tampar kuat dengan abang kandung. Semuanya disebabkan hati busuk adik kandung sendiri. Ahh!! Sudahlah. Buat apa nak ingat semua tu lagi. Hanya menyakitkan hati je, kata hati Nadhila.

Kereta memasuki perkarangan masjid. Shakil memberhentikan kereta di hadapan pintu masjid. Nadhila minta izin untuk masuk masjid dan solat. Shakil mengangguk dan senyum. Sejuk hatinya melihat Nadhila. Memandang Nadhila berjalan masuk ke dalam masjid. Sekarang ni, Shakil jadi dua hati. Mahu beritahu Nadhif mengenai Nadhila atau tidak. Jadi serba salah pula dia. Nanti saja dia bertanya pada Nadhila. Mungkin selepas Nadhila solat akan lembut hatinya. Shakil menunggu Nadhila didalam kereta. Dia sudah solat di rumah tadi sebelum keluar mencari Nadhila.

Setengah jam Nadhila keluar dari masjid. Jalan  perlahan ke arah kereta. Senyum Shakil melihat Nadhila. Murah betul senyuman Shakil. Senyuman ada makna kut. Nadhila masuk dalam kereta.

" Sorry lambat.!" Kata Nadhila memulakan perbualan.

" Tak apalah. Bukan ke mana pun" jawab Shakil.

" Dah jam berapa ni?!" Nadhila menoleh pada Shakil.

" Dekat jam satu dah..!"

" Awak hantar saya dekat Puduraya ya. Lepas tu awak baliklah. Kasihan awak, menyusahkan awak je.." kata Nadhila lembut. Rasa bersalah pula dia.

"Tak apa. Saya temankan awak. Saya tak kan biarkan awak sorang-sorang dekat Puduraya tu.." balas Shakil.

"Tapi...!"

"Dhila.. Kalau terjadi macam tadi lagi macam mana? Mujur saya cepat sampai, tahu tak budak tadi tu, nak pukul awak dengan batu tau. Kalau dia pukul awak tadi, kut-kut awak dah arwah dah tau.." jelas Shakil.

"Iyeke?! Tak nampak pun.." Nadhila berkerut.

" Memanglah awak tak nampak. Budak tu nak pukul dari belakang awak.." sambung Shakil lagi.

"Hmm.. Tapi tak apalah. Biarlah saya arwah pun. Bukan ada orang sayang saya. Semua benci saya.." Kata Nadhila dengan nada sedih. Memandang ke tangan, mematah-matahkan jarinya. Shakil senyum.

" Siapa yang benci awak?" Shakil saja bertanya.

" Abang dan adik sayalah. Dulu, arwah ayah  pun benci saya. Yang sayang saya cuma ibu je." Luah Nadhila.

" Ha tu ibu awak kan sayang awak. Ada juga orang yang sayang awak kan. Taklah semua benci awak. Saya pun sayang awak. Sayang saudara seislam.." Shakil cuba bergurau. Tapi sikit pun Nadhila tak layan. Makin menjeling padanya.

" Dhila..!! Kadang, mereka bukan tak sayang tapi mereka tak tunjuk rasa sayang tu. Yang tak tunjuk sayang tulah yang paaaling sayang awak. Percayalah cakap saya.." Shakil menyedapkan hati Nadhila.

"Awak tak tahu apa yang saya hadapi. Awak cuma tahu cerita sekadar cerita je. Tapi hakikatnya. Ini ha orangnya, yang tanggung, yang hadapi, yang tempuh semua sejak saya kecil sampai sekarang. Dulu, saya disisihkan, di abaikan oleh arwah ayah. Yang jahat semua saya, yang baik hanya Abang Dip dan Biha. Walaupun saya tak buat, tapi saya juga yang kena. Dan sekarang, Abang Dip pula sisihkan saya. Tahu nak marah je. Apa saya buat semua tak kena. Tak pernah betul. Abang lebihkan Biha. Abang Dip cuma sayangkan Biha tapi Abang benci saya. Ni bukti.. Abang tampar saya. Tengok ni tengok. Cacat dah ni tau.. " Nadhila luah isi hatinya. Shakil dengar saja.

" Saya pun ada hati dan perasaan. Nak juga rasa macam mana disayangi, dikasihi dilayan dengan baik oleh Abang kandung dan adik kandung. Dengan arwah ayah saya tak dapat rasa semua tu. Ayah dah tak ada. Saya cuma nak rasa kasih sayang dari Abang Dip. Hanya dia je yang saya ada selain ibu. Tapi ... Entahlah. Dah nasib saya macam ni.." Luahan demi luahan. Rasa lega sikit hatinya dapat meluahkan rasa hati yang selama ini dia pendam sampai rasa sesak. 


" Saya simpati dengan awak. Tapi semua ni kan dah tertulis sejak azali lagi. Sabarlah banyak-banyak ya. Saya tahu awak seorang yang kuat semangat. Saya faham perasaan awak.." Shakil memberi semangat pada Nadhila.

" Tak apalah. Kalau dah ini bahagian saya yang Allah beri. Insha Allah.. Saya redha. Sorrylah. Terluah pula. Saya tak pernah cerita dekat sesiapa pun pasal ni. Tapi kan.. Peliklah.." Nadhila kerut dahi. Melirik mata pada Shakil.

" Pelik? Apa yang pelik?"

"Macam mana saya boleh terluah dekat awak ni. Awak jampi saya yee..!!" Nadhila saja menyakat Shakil.

" Astagfirrulah Al Azim.. Tak baik fitnah tau..!!"

"Hahahaha...  Janganlah marah gurau je lah.." Nadhila gelak. Menutupi kesedihan. Shakil ikut gelak kecil.

" Hmm.. Eh!! Tolong ye jangan bagitahu Abang Dip awak jumpa saya ni. Saya tak nak abang tahu. Nanti Abang Dip marah saya, saya tak nak kena tampar lagi. Tolonglah.. Saya merayu pada awak. Boleh kan Shakil kan..?!" Nadhila mengalihkan duduknya menghadap Shakil. Mengharap Shakil memahaminya. Wajahnya sedih. Shakil membalas renungan mata Nadhila. Serba salah pula dia.

" Shakil..! Boleh tak?!" Nadhila bertanya lagi mahu kepastian.

" Saya cuba tapi saya tak janji tau. Sebab saya dah janji pada tuan akan bagitahu dia kalau jumpa awak.." jawab Shakil jujur.

" Iyeke?! Tak apalah kalau macam tu. Ni awak nak bawa saya ke mana ni.. " Nadhila bersandar semula.

" Hmm.. Saya pun tak tahu. Saya nak hantar awak ke rumah abang awak, awak tak nak. Tak kan nak balik rumah saya pula kut. Tak pasal-pasal kena tangkap basah, kahwin free pula nanti. Nak kahwin free?!" Shakil pula bergurau.

" Gila.!! Tak kuasa aku.!!" Nadhila membeliakkan mata. Shakil gelak.

" Atau pun.. Saya hantar awak ke hotel. Awak tidur sana. Saya tidur dalam kereta. Boleh?!" Cadang Shakil.

" Tak payah. Membazir duit je. Ni pun dah jam satu lebih. Saya tak ngantuk pun, kalau saya ngantuk nanti saya masuk dalam masjidlah. Tumpang tidur sekejab. Tapi awak tak apa ke ni, temankan saya. Atau pun awak pergilah balik. Esok saya boleh pergi Puduraya naik teksi je.."

" Kan saya dah cakap, saya tak kan tinggalkan awak. Awak tidurlah. Biar saya tidur sana.." Shakil senyum.

" Sukahati awaklah. Adik- beradik awak berapa orang? Mesti baik-baik dengan awak kan?!" Tanya Nadhila.

Mereka berbual mesra. Diselang-seli dengan gurau senda. Borak punya borak, Nadhila pun terlelap dengan berpeluk tubuh. Kesejukkan dia. Shakil menoleh padanya.

"Tidur dah?! " kata Shakil perlahan. Aircond diperlahankan suhunya. Shakil keluar dari kereta dan jalan pula ke pintu tempat duduk Nadhila. Seat di turunkan. Lena betul Nadhila tidur, rasanya baru je lelap. Penat sangat kut. Bisik hati Shakil. Jaket hitam yang dipakainya di buka, dan menyelimuti badan Nadhila. Pintu ditutup semula.

Shakil jalan masuk ke masjid dan berdiri ditiang. Handphone dikeluarkan. Ada panggilan tak berjawab dan whatsapp. Panggilan dan whatsapp dari Nadhif. Melihat jam, tak tidur lagi si Nadhif. Mengangkat muka memandang Nadhila yang sedang lena di dalam kereta. Kemudian, fokus melihat handphone pula. Menghubungi Nadhif.

" Hello Sha. Jumpa tak adik saya?!" Belum sempat Shakil beri salam terus Nadhif jawab.

" Ada. Dia tengah tidur..!" Jawab Shakil lembut.

" Alhamdulilah..!! Jumpa dekat mana?" Nadhif menarik nafas lega. Baru tenang hatinya.

"Kat Puduraya, tunggu bas tapi bas tak ada dah.."Shakil tidak beritahu perkara sebenar.

"Habis dia tidur dekat mana?!"

"Tadi saya bawa dia makan, kemudian dia minta hantar ke masjid, solat. Masih kat masjid ni, dia tidur dalam kereta. Saya kat dalam masjid ni. Esok saya hantar dia ke Puduraya semula.." jelas Shakil.

"Okeylah kalau macam tu. Terima kasih Sha. Sorry menyusahkan awak. Saya terpaksa minta tolong awak. Risau sangat..! Dah jumpa, lega sangat..!" Shakil senyum.

"Tak apa tuan. Saya tolong setakat yang mampu je. Janganlah risau, dia okey..!"

"Terima kasih banyak.!!" Shakil senyum dan senyum. Talian dimatikan.

Selama Shakil bekerja dengan Nadhif, memang tak dinafikan. Nadhif memang seorang yang amat tegas dan berdisiplin sesuai dengan kerjanya. Walaupun begitu, Nadhif yang dia kenali seorang yang baik hati, dan penyayang. Selalu ambil berat pada anggota sepasukan, lagi-lagi pada keluarga mereka. Tapi Shakil tak sangka pula layanan Nadhif pada adik-adiknya begitu. Dia sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tak berani mahu berprasangka buruk. Apapun, sebagai kawan, dia hanya mampu berdoa. Agar tiada penindasan, penganiayaan dan pengkhianatan pada ikatan persaudaraan antara Nadhif dan adik-adiknya. Kasihan Nadhila. 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs