Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 19
Sampai saja di rumah, Nadhila terus meletakkan begnya dan duduk rehat di atas katil. Tudung dibuka dan diletakkan ditepi. Tak larat rasa hari ni. Dia mengurut-urut bahunya yang terasa sakit itu. Biasa kalau bahu sakit, ibunya yang akan urutkan. Ahh!! Rindunya pada ibu.

Jam tangan dibuka dan diletak diatas meja. Tudung tadi diambil dan dimasukkan pula ke dalam bakul baju kotor. Terus mencapai tuala mandi yang tersidai kemas. Dia masuk ke dalam bilik air dan membersihkan badan. Setengah jam kemudian, selesai mandi, dia bershirt dan berkain batik saja. Tuala disidai semula di penyidai. Ambil pula tikar sejadah dan kain telekung yang terlipat kemas didalam almari baju. Mahu menunaikan solat pula.

Usai solat, melipat pula tikar sejadah dan kain telekung. Dimasukkan semula ke dalam almari. Handphone dikeluarkan dari dalam beg. Dan duduk di katil. Handphone digenggam. Memandang kosong ke dinding. Mengukir senyuman. Melihat handphone, mendail nombor telefon rumah ibunya. Beberapa kali berbunyi tapi tiada jawapan. Berkerut dahinya. Lalu, cuba menghubungi lagi.

" Assalammualaikum..!!" Suara lembut Makcik Alimah di talian.

" Waalaikumsalam ibu..!!" Airmata menitis serta merta apabila mendengar suara ibunya. Suara yang amat dirinduinya.

" Dhila..!! Dhila ke ni.." Tanya Makcik Alimah.

"Iya ibu.. Ini Dhila.. Ibu apa khabar, ibu sihat tak?!" Tanya Nadhila dalam esak tangis. Suara Makcik Alimah juga dalam tangisan.

"Allahuakhbar.. Alhamdulilah.. Ibu sihat sayang.!! Dhila macam mana? Dhila sihat tak?" Makin deras airmata kerinduan dua beranak itu. Terubat kerinduan.

" Dhila okey, Dhila sihat. Dhila rindu ibu.."

"Syukurlah.. Iya Dhila.. Ibu pun rindu Dhila juga. Ibu suruh Abang Dip cari Dhila, tapi abang tengah sibuk kerja. Kenapa Dhila langsung tak nak telefon ibu? Dhila marah kan ibu ke?!" Sebak hati Nadhila dengar. Tersedu-sedu dia menangis.

" Tak ibu.. Dhila tak marah ibu, ibu tak ada apa-apa salah dekat Dhila pun. Cuma Dhila je terlalu ikut perasaan. Dhila kecil hati dengan abang dan Biha. Dhila minta maaf bu. Dhila minta maaf..!" Nadhila mengesat airmatanya.

" Tak apa Dhila. Ibu faham perasaan Dhila. Ibu tahu apa Dhila rasa. Ibu cuma risau keadaan Dhila. Risau kesihatan Dhila.." Nadhila terharu sangat. Hanya ibunya saja yang faham hati dan perasaannya.

" Ibu jangan risau ya.. Dhila sihat, Dhila okey je.." Nadhila senyum.

"Baguslah kalau macam tu. Lega ibu dengar..!! Ibu yakin pada Dhila dan ibu percaya Dhila boleh bawa diri sendiri. Dhila kena jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan tu.." Seronok Nadhila dengar.

" Insha Allah bu. Ibu pun jaga diri dan jaga kesihatan juga ye. Ibu..!! Dhila rindu nak makan sambal tumis ikan bilis ibu...!!"

" Kalau rindu sambal tumis. Baliklah.. Nanti ibu masakkan. Lepas tu kita makan dengan lempeng dan air kopi. Nak??!" Terliur Nadhila dengar. Aduhai.. Sedapnya lempeng dan sambal tumis ikan bilis ibu, kata hatinya.

"Mestilah nak bu..!! Ibu saja buat Dhila terliur kan..!" Makcik Alimah gelak kecil. Gembira hatinya dan terubat rindu pada anak perempuannya itu.

" Dhila.. Dhila tak telefon Abang Dip?!" Tanya Makcik Alimah. Nadhila terdiam.

" Tak.." jawab Nadhila ringkas. Perlahan.

" Dhila masih marah pada abang?!" Nadhila pejam mata, tarik nafas dan hembus perlahan.

" Dhila tak marah Abang Dip dah. Dhila nak call abang tapi...!" Terhenti kata-katanya.

"Tapi Dhila takut abang marah kan?! Dhila.. Abang selalu telefon ibu. Tanya Dhila ada telefon rumah atau tak. Dia risau.." Tepat tekaan Makcik Alimah.

" Iya ibu.. Dhila takut abang marah. Dhila tak nak kena pukul lagi. Ibu tahu kan, kalau abang dah marah macam mana.. " luah Nadhila.

" Dhila telefonlah dia. Cakap baik-baik. Insha Allah Abang Dip tak kan marah. Kalau Dhila terus melarikan diri, mendiamkan diri macam ni. Nanti lagi dia marah..! Tak pasal-pasal dia pergi JB, ambil Dhila dan tak bagi Dhila kerja lagi. Macam mana?!" Nasihat dari seorang ibu.

" Janganlah macam tu bu.. Dhila belum sedia nak cakap dengan abang. Nanti bila Dhila dah sedia nak cakap dengan abang. Dhila akan call dia.. " Perlahan je suara Nadhila.

"Iyelah.."

"Ibu.. Ibu jangan bagitahu abang ya Dhila call ibu ni.." pinta Nadhila. Risau dan risau.

" Dah kenapa pula?!"

" Tolonglah ibu. Jangan bagitahu abang. Nanti Dhila akan call abang juga. Buat masa ni Dhila tak nak abang tahu. Tolong lah ibu.. Dan tolong jangan bagitahu Biha juga ya bu.. !" Nadhila merayu dengan penuh harapan.

" Tak kan ibu nak tipu? Kau ni ajar ibu menipu pula ye.." Nadhila gelak kecil.

"Tipu sunat bu. Hehe..!! Ibu janji tau, jangan bagitahu Abang Dip dan Biha. Kalau ibu bagitahu, nanti Dhila bawa diri pergi oversea pula.."

" Amboi...!! Ugut ibu pula. Hmm.. Anak bertuah betul kau ni. Iyalah, ibu tak bagitahu Abang Dip dan Biha.." Mengalah juga si ibu. Betul-betul lah Nadhila ni.

" Yeahh!! Saaaayang ibu..!!" Nadhila membodek.

" Bila nak balik ni. Dah tak ingat jalan balik kampung ke? Dah tak nak jumpa ibu ke.." Perli si ibu.

" Hahaha.. Mana ada bu. Dhila naaakkkk sangat jumpa ibu. Naaakkk sangat balik kampung. Tapi sekarang ni Dhila tengah sibuk. Nanti dapat cuti, Insha Allah Dhila akan balik jumpa ibu. Dhila pun nak jumpa angsa juga.." jawab Nadhila gembira.

" Angsa di ingatkannya. Hmm.. Iyelah..!"

" Ibu.. Dhila minta maaf ya ibu. Ampunkan dosa Dhila. Dhila banyak sangat buat salah, buat jahat dari kecil sampai sekarang ni. Dhila banyak menyusahkan ibu dan Abang Dip. Dhila tahu, semua masalah memang dari Dhila. Dhila tak nak jadi anak derhaka bu. Kadang, Dhila rasa kalau Dhila tak ada kat dunia ni pun tak apa. Bila Dhila mati, mesti Abang Dip dan Biha akan gembira.." luah Nadhila lagi.

" Ya Allah Dhila..!! Kenapa cakap macam tu sayang. Dhila anak ibu, tak ada menyusahkan pun. Dhila.. Abang Dip sayang Dhila cuma dia tak nak tunjuk je. Maafkanlah Abang Dip ya sayang ya..!" Lembut suara Makcik Alimah memujuk.

" Hmm.. Ibu..!! Dhila dah ngantuk ni. Esok nak kena pergi kerja awal. Esok-esok Dhila call ibu lagi ye. Ibu jaga diri baik-baik tau..!" Nadhila menukar tajuk perbualan.

" Hmm.. Nak mengelak dari jawablah tu. Iyelah. Dhila pun jaga diri ya, kerja elok-elok.." Nadhila gelak kecil.

" Okey ibu..!! Saaaayang ibu. Selamat malam.. Asalammualaikum..!!"

" Waalaikumsalam..!!" Senyum Nadhila. Mula ceria hatinya. Seronok hatinya. Nadhila melabuhkan badan di tilam.

Lalalalalaaaa... Bernyanyi pula Nadhila. Tiba-tiba teringat pada si jejaka nun di sana tu. Makin senyum lebar Nadhila. Membuka aplikasi whatsapp. Dan menaip sesuatu..

" Hai Encik Aliyan Shakil.. Saya Nur Nadhila nak melaporkan bahawa saya sudah menghubungi ibu saya di kampung pada jam 9.15 malam tadi.  Di sini saya sertakan bukti yang sangat-sangat kukuh iaitu gambar screenshot panggilan. Di harap, Encik Aliyan Shakil berpuashati dengan bukti yang saya sertakan. Kalau tak percaya, call ibu tanya sendiri. Okey!!" 

Kemudian, terus hantar. Hahahaa.. Gelak sendiri.

Nadhila bangun dari baringan dan membuka pintu bilik. Jalan ke menuju ke dapur. Handphone tak lepas dari tangan. Sunyi sepi. Kak Siti dan Hidayu masing-masing didalam bilik. Nadhila menuang air suam ke dalam gelas dan minum. Kemudian, cuci gelas dan letak di tempat pengering.

Jalan pula ke ruang tamu. Kunci pintu pagar yang tersangkut di tepi dinding diambil. Pintu utama dibuka, menyarungkan selipar jepun. Jalan ke pagar, mengunci pagar. Dan berpatah semula mahu masuk dalam rumah. Baru saja mahu menanggalkan selipar, handphone berbunyi. Gembiranya hati. Terus jawab panggilan dari Shakil. Dan, duduk pula di buaian besi.

" Haii Cik Nur Nadhila. Laporan diterima. Tapi bukti tak kukuh. Jadi, tak boleh disahkan.."  Suara ceria Shakil ditalian.

" Atas sebab apa bukti saya tak kukuh.?! Boleh Encik jelaskan detail.." Nadhila balas.

" Sebab tiada rakaman suara dibuat antara Cik Nur Nadhila dan ibu.." Bergurau lagi mereka.

" Mana boleh rakam. Malulah saya kalau Encik Aliyan Shakil dengar kisah airmata kami.."

" Hahahaa.. So, macam mana dah call ibu? Lega tak rasa?!" Senyum lebar Nadhila.

"Iya Sha.. Lega sangat. Alhamdulilah.. Rasa macam, terlepas satu bebanan.."

" Syukurlah.. Lepas ni kalau rasa tak tenang, serabut ke atau apa je. Seeloknya terus call ibu. Insha Allah.. Bila dengar suara ibu, hati akan rasa tenang.." nasihat Shakil.

" Terima kasih Sha..! Saya terharu sangat. Saya rasa seronok kawan dengan awak. Saya.. saya tak pernah rasa dihargai macam ni. Tak pernah dapat nasihat seperti ini kecuali dari ibu je. Abang Dip dan arwah ayah kalau nasihat saya mesti dengan kemarahan. Tapi tak apalah. Ini bahagian saya.. Thanks Sha..!!" Ada sendu di suara lembut Nadhila.

" Sama-sama. Hanya nasihat jelah yang saya boleh berikan pada awak. Saya nak beri hati saya pada awak, tapi awak tak nak.." 

"Hahahaa...!! Bertuah mak awak dapat anak baik macam awak Sha.. Sejuk perut ibu mengandung.." Puji Nadhila.

"Mak saya dah tak ada.." Terkedu Nadhila sekejab.

" Ha? Maafkan saya Sha.. Saya tsk tahu.." Terasa bersalah pula Nadhila.

"Tak apalah. Saya okey. Sebab tulah selagi ibu awak masih ada, buatlah ibu gembira, bahagiakan ibu, berbakti pada ibu." nasihat demi nasihat.

Tanpa Nadhila sedar, dari celah-celahan batu tiang dinding, Azar mencuri-curi dengar perbualannya bersama Shakil. Turun naik nafas Azar menahan perasaan cemburu mendengar kemesraan perbualan itu.

" Sha.. Lusa saya balik kampung. Cuti tiga hari, lepas cuti ada annual dinner company dekat KL.." Nadhila teringat akan cutinya. Siang tadi mahu beritahu Shakil tapi terlupa.

" Oh yeke.. Baguslah. Dapat jumpa ibu. Mesti ibu happy.."

" Tapi saya tak bagitahu ibu nak balik ni. Nak surprise dekat ibu.. Hehe..! " Nadhila bangun dan jalan menuju ke tengah halaman pula. Mendongak melihat keindahan bintang-bintang berkelipan dan keindahan bulan terang. Begitulah indah hatinya juga.

" Baguslah macam tu..Hmm..  Awak tak nak jumpa saya ke?!"

" Jumpa?? Hmm.. Awak tak busy ke?" Nadhila tak jawab pun soalan Shakil tapi dia pula yang tertanya soalan balik.

"Beberapa hari ni saya tak ada operasi, duduk office je. Standby. Insha Allah.. Kalau kebetulan waktu awak dekat KL nanti saya free, kita jumpa. Boleh?!" Jelas Shakil. Alamak!! Dua hati pula Nadhila nak jawab.

Kalau boleh memang nak jumpa, cadangnya nak belanja Shakil makan sebagai tanda terima kasih Shakil beri jam dan nasihatinya. Tapi...

" Tak janji tapi Insha Allah kut. Sha..!! Kalau awak tak busy, maknanya Abang Dip pun tak busy lah kan. Alamak...!!" Satu perasaan risau menerjah dalam hati Nadhila.

"Iyalah.. Dah kami satu team. Hehe..!! Janganlah risau, dia tu orang penting. Nama je tak busy tapi tetap busy juga. Kadang duduk office pun tapi nak jumpa dia, payah. Tak lama lagi naik pangkatlah tu.. " Sikit lega hati Nadhila dengar. Takut dia. Manalah tahu, kalau balik kampung nanti, tiba-tiba muncul muka Nadhif. Mana Nadhila nak lari. Risau pula dia.

" Okeylah. Risau saya kut-kut dia balik kampung pula nanti. Aduhai... Mati..!!" Shakil gelak.

" Okeylah Sha.. Dah lewat ni. Lama dah kita bergahut ni. Apapun, terima kasih banyak-banyak atas segala nasihat awak ya.."ucap Nadhila sambil jalan perlahan masuk ke dalam rumah.

"Sama-sama kasih. Dan harap kasih saya akan diterima nanti.." Terkedu Nadhila sekejab. Gelak sendiri.

"Selamat malam..!" Nadhila menarik nafas dan lepaskannya perlahan. Senyum bahagia. Pintu rumah dikunci, lampu dipadamkan. Terus masuk ke dalam bilik.

Melabuhkan badan di tilam. Memeluk bantal yang lembut itu. Masih tersengeh-sengeh lagi. Kenapa rasa lain pula hati ini. Rasa sangat bahagia bila berbual dengan Shakil. Seperti ada sesuatu melanda. Tenang saja bila dengar suara lembut Shakil.

" Hmm.. Aku ni dah terpikat ke dengan Sha? Biar betul. Ishh!! Tak mungkinlah. Mana boleh terpikat dengan polis tu. Aku dah lah tak suka polis. Merepeklah. Mengarutlah. Tapi.. Walaupun dia polis, tapi tak nampak pula perangainya macam harimau jadian tu. Tengok perwatakannya pun cool je. Lembut je. Taklah garang macam Abang Dip. Muka ganas, nak makan orang, nak mengamuk je tahu. Hmm.."  Nadhila duduk pula. Dah kenapa pula dengan Nadhila ni. Angau dah kut.

" Alaaa baru kenal kut. Taklah nampak lagi perangai sebenar. Contact pun jarang. Lelaki semua sama je. Kut-kut dia dah ada makwe. Kata busy bagai, tapi busy dengan makwe. Plastik je semua. Walaupun dah ada makwe tapi nak pasang lain. Ceh!! Tak guna. Lagi-lagi polis. Perangai semua sama. Tak logiklah Sha tu tak ada makwe. Rupa ada, ada kerjaya, agama boleh tahan, baik pun baik. Mana mungkin tak ada perempuan nak. Ini saiko je ni. Nak aku jadi kekasih sandaran je kut. Time bosan makwe busy, cari aku buat isi kebosanan. Time gaduh dengan makwe cari aku buat kawan borak-borak. Ahhh!! Lelaki semua sama. Polis semua sama. Lelaki buaya darat. The crocodile man... Arhhhh!!! Kau dah kenapa ni Dhila. Haahahaha.. Hmm. Tidur lah Dhila..!!" Nadhila bercakap sendiri. Ketuk dahi. Macam-macam telahannya.

Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Kerana seorang polis buat hal, habis semua polis di blacklist nya. Sabar jelah.

Nadhila mematikan lampu dan memasang lampu tidur pula. Kain selimut yang tebal itu ditarik hingga ke dadanya. Terasa dingin pula. Mata masih terkebil-kebil. Dah kenapa tak boleh nak tidur pula ni.

Bippp..!! Eh.. eh..!! Siapa pula yang hantar whatsapp malam-malam ni. Kacau je dia nak tidur. Handphone di sebelahnya dicapai. Terpancar cahaya terang dari skrin handphone. Tak ada orang lain dah yang bagi whatsapp padanya. Shakil lah tu.

" Nur Nadhila..
Jika kau inginkan secebis kasih,
Aku pula menanti sejuta harapan.
Andai ada ruang dan peluang untukku,
Izinkan aku bertahta dihatimu.
Jika kau impikan kebahagiaan,
aku juga ingin bawamu ke syurga ilahi..

-Bismikallaahuma Ahyaa Wa Amuut-

Nadhila mencebik.

" Amboii ayat.. Memang betul-betul poyo ni. Ingat aku kisah. Tak ada makna. Baru kenal dah nak jiwang-jiwang. Lainlah kalau dah kenal tiga tahun ke, lapan tahun ke. Okeylah juga. Ini baru berapa bulan. Hmm.. Dahlah malas nak fikir.." Dah pula tiba-tiba jadi emosi si Nadhila ni. Hahaha..!!

Tak pasal-pasal negatif pula pada Shakil. Orang tu niat baik kut. Hai lah Nadhila. Cepat sangat berprasangka buruk pada Shakil. Tapi apa boleh buat, semua tu kerana kehidupan pahitnya yang memang amat terkesan dalam dirinya.

Kalau Shakil pandai ambil hati Nadhila dan buktikan pada Nadhila yang tak semua lelaki berjawatan polis itu perangai sama. Boleh je Nadhila on terima dia tapi kalau Shakil tak mampu buktikan. Jadi,, Hai.. Hai dan bye.. bye jelah.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.