Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 14
Nadhila bangun pagi tadi agak segar sikit badannya. Sampai saja dari KL ke JB hari tu, terus demam dua hari tak dapat bangun. Orang jarang jatuh demam, sekali jatuh demam memang terjatuh langsung. Dasyat!! Itu pun masih juga mahu kerja. Tapi apabila dilarang oleh Kak Katty, akhirnya dia akur. Tinggallah dia dirumah seorang diri selama dua hari.

Dia dah bersiap mahu pergi kerja. Semangat hari ini. Walaupun kepala masih lagi diawang-awangan tapi tetap juga kuatkan. Lepas makan panadol nanti, sembuhlah peningnya. Seperti biasa, dalam rumah tu. Dialah yang paling awal bangun, yang paling awal bersiap dan paling awal sarapan. Nadhila dengan membawa begnya menuju ke dapur. Apa nak makan ni. Ada sebungkus roti dan ada jem nanas. Tak sedap jem nanas. Bukan dia suka sangat pun. Berkerut memikirkan apa mahu dimakannya. Perut dah berbunyi dah ni. Lalu, peti sejuk dibuka. Ada lima biji telur dan okey cun. Ada mayonis paket. Buat sandwich lah, katanya. Senyum.

Laalalaaaa... Bernyanyi kecil. Sementara buat sandwich, dia memasak air panas. Tangan ligat memotong roti. Sambil buat sarapan sambil layan perasaan. Fikiran kosong, tenang dan aman. 15 minit kemudian, siap sarapan pagi ini.  Dia senyum dan menghidangkan sandwich yang tersusun diatas pinggan panjang. Di letakkan diatas meja. Kemudian, ke dapur semula mengambil pula jug air kopi o panas bersama beberapa cawan kosong. Disusun atas dulang dan bawa ke meja makan. Kopi o panas dituang dalam cawan untuknya.

Nadhila duduk, menghadap sandwich telur yang dibuatnya tadi. Banyak juga dia makan. Betul-betul lapar perutnya. Menghirup air kopi o panas pula. Fuhh!! Panas yang amat. Sendiri buat sendiri rasa panas. Gelak sendiri.

" Assaalmmualaikum...!!" Satu suara memberi salam. Suara siapa lgi kalau tak suara Helmi. Memang waktu mereka datanglah ni.

" Waalaikumsalam. Kejab.. Kejab...!!" Nadhila terus berjalan menuju ke pintu.

" Eh!! Kau dah sihat ke?!" Tanya Helmi sebaik Nadhila buka pintu.

" Dahlah pun.." Nadhila jalan ke meja makan semula. Lani duduk di sofa. Mengambil gitar dan bernyanyi.

" Ni aku beli roti canai. Ada sandwich lah. Tahu tak payah beli ni.." Terus Helmi duduk di hadapan Nadhila.

" Makanlah tapi tak buat banyak. Rotinya sebungkus je. Lani.. Mehlah makan.. Meh duduk sini.." panggil Nadhila. Lani datang dan duduk disebelah Nadhila. Nadhila tuang air kopi dan beri pada mereka.

"Dhila.. Ada budak baru kerja tau. Budak lelaki.." Lani memberitahu. Nadhila terus makan sandwich.

" Iyeke? Budak mana? Bila dia masuk.." tanya Nadhila. Helmi menuang kuah dal roti canai ke dalam mangkuk dan membuang plastik di dapur.

" Budak Perak. Baru tiga hari.. !" Jawab Lani. Nadhila mengangguk. Nadhila mengambil sekeping roti canai. Mengunyah lagi.

" Dhila..Abang kau call aku hari tu tanya kau. Kau tak bagitahu abang kau ke dah sampai sini?!" Helmi bertanya.

" Handphone aku tertinggal dekat kampung. Macam mana nak call.." jawab Nadhila selamba.

" Laaa.. Patutlah. Banyak kali dia call asyik tanya kau je hari tu.."

" Kau bagitahu dia ke aku demam?!"

" Taklah. Hari tu je. Lepas tu tak call dah..!" Nadhila angguk.

" Nanti temankan aku beli handphone.." Helmi pula angguk.

"Assalammualaikum..!!" Suara orang memberi salam. Dan terus masuk.

" Waalaikumsalam.." Mereka jawab serentak. Nadhila meneguk air kopi. Apabila dia menoleh je ke arah orang yang beri salam tadi terus je..

" Oiiii.. Ya Allah..!! Kau dah kenapa ni Dhila. Habis kotor baju aku. Eee Pengotor.!!" Tersembur air kopi ke muka dan baju Helmi. Terkedu sekejab. Lani gelak kuat. Lelaki itu berdiri dengan senyuman. Terkejut Nadhila melihat lelaki yang... Oh My God!!!

" Ini ke yang Lani cakap tadi?" Berkerut pelik muka Nadhila.

" Iyelah. Dialah..!" Helmi mengelap-ngelap bajunya.

" Hai Dhila..! Dah sihat ke?" Nadhila pandang acuh tak acuh padanya. Dia duduk disebelah Helmi.

" Dah..!" Jawab Nadhila lemah. Pandang tepat pada Helmi. Geram betul dia pada Helmi. Kenapa Helmi tak bagitahu dia yang Azar ni kerja dengan mereka. Yang azar ni pun dah elok-elok kerja dekat hotel di Melaka, kenapa sibuk nak kerja dengan mereka. Sakit hati betul lah.

" Kenapa kau pandang aku macam tu? Macam nak makan aku je.." Helmi perasaan perubahan airmuka Nadhila. Nadhila pandangnya serius. Lani gelak kecil.

"Tu ambilkanlah air untuk Azar tu. Kawan kau kan.." Nadhila menjeling tajam pada Helmi. Azar senyum je. Nadhila tuang air kopi dalam cawan dan beri pada Azar. Diam membisu.

" Aku nak tukar baju kejab. Habis baju aku.. !" Helmi bangkit dan terus berlalu. Nadhila meneruskan makan roti canai. Hilang pula seleranya mahu teruskan makan. Senyap dan senyap. Lani sengeh-sengeh.

" Kenapa senyap je ni. Kenal-kenal lah kawan baru ni.." kata Lani. Nadhila jeling Lani pula.

" Dah kenal dah pun. Macam mana kau boleh kerja dekat sini ha Azs?!" Tanya Nadhila serius.

"Saja.. Nak cari pengalaman." Jawabnya selamba.

"Sudahlah. Kau ingat aku tak tahu ke niat kau. Kau memang sengaja kan..!" Nadhila mula bengang. Azar buat muka selamba je.

" Salah ke Dhila. Aku nak cari pengalaman. Aku tengok korang kerja macam best je. Aku pun nak juga try..!" Lani pula senyap. Hanya mendengar dan melihat.

" Cari pengalaman konon. Sudahlah kau..!" Nadhila bangun dan membawa pinggan dan cawan kotor ke dapur. Mencuci dan mengeringkan. Geram betul lah. Macamlah Nadhila tak tahu yang Azar kerja dengannya semata-mata mahu dekat dengannya. Itu sebenarnya point Azar.

Lani muncul dengan membawa cawan kotor. Beri cawan pada Nadhila dan cuci.

" Kenapa Lani tak bagitahu Dhila yang Azar tu kerja sini. Kalau Dhila tahu, Dhila tak nak datang JB ni lagi..!" Tangan masih ligat mencuci cawan.

" Mana Lani tahu. Ingat Helmi dah bagitahu Dhila. Lagipun, tak apalah dia kerja sini. Boleh tambah produk team kita.." jawab Lani.

" Lani.. Niat dia datang sini bukan sebab nak kerja. Tapi sebab Dhila. Dhila tak sukalah. Helmi ni mengada-ngada betul lah.." Nadhila memang geram. Sakit hatinya.

" Tahu..!"

" Ha..!! Tahu kan..!! Tension betul lah. Hilang mood nak kerja..!" Nadhila merungut. Lani hanya senyum.

" Amboi korang dating dekat dapur rupanya..!" Helmi muncul dengan senyuman. Nadhila menjeling tajam pada Helmi.

" Ni dah kenapa? Muka macam tu. Ada masalah ye.." Nadhila langsung tak jawab. Makin berkerut mukanya marah. Lani gelak kecil.

" Kau memang suka cari pasal.." Nadhila terus keluar ke ruang tamu. Duduk di sofa. Kak Siti dan Hidayu muncul. Terus duduk di meja makan. Kak Siti, Hidayu dan Azar berbual mesra. Termasuk Helmi dan Lani. Hanya Nadhila saja seorang diri di sofa. Mata Azar tak berkedip pandang Nadhila. Memang Nadhila tak selesa.

Selesai mereka bersarapan dan kemas. Seperti biasa sebelum pergi exibition, mereka akan adakan metting untuk membincangkan target masing-masing. Kak Katty tidak ada, bercuti balik kampung jadi Kak Siti menggantikan. Mereka duduk di sofa. Sebelum keluar rumah, mereka akan baca doa bersama. Handphone Helmi berbunyi kuat. Cepat-cepat dia jawab. Panggilan untuk Nadhila. Nadhila berkerut. Dan terus ambil handphone dari tangan Helmi.

" Iya.. Dhila ni.. Siapa ni?!" Tanya Nadhila lembut. Mereka mendengar.

" Saya ni Shakil.." Terus saja mengukir senyuman lebar Nadhila.

" Eh Sha..!! Macam mana awak tahu nombor ni. Ni bukan nombor saya tau..!!"

" Iye tahu. Awak ada call nombor ni kan guna handphone saya hari tu. Saya tak delete lagi nombor ni. Abang awak cakap awak tak sihat. Betul ke?!"tanya Shakil. Azar memandang Nadhila dengan tajam sekali.

"Ye.. Tapi dah sihat dah. Sorry tau. Saya belum beli handphone lagi. Insha Allah nanti kut. Nanti apa-apa saya call awak.." Nadhila melirik mata pada Azar. Sengaja buat-buat mesra depan Azar.

" Baiklah.."

"Abang Dip ada ke tu?!" Risau pula Nadhila kalau Nadhif tahu Shakil menghubunginya. Takut Shakil pula kena soal siasat nanti. Nadhif bukan suka adik-adiknya melayan lelaki.

"Tak adalah. Saya kursus ni seminggu.." Fuh!! Lega hati Nadhila.

"Oh..!! Jadi tak sama dengan abang lah." tanya Nadhila ingin tahu.

" Tak.. tak..!! Jangan risau.." jawab Shakil. Lega!!


"Oyeke.! Okeylah Sha. Saya nak pergi kerja ni. Awak jangan call nombor ni lagi tau. Nanti tuannya marah. Nanti saya call awak ye..!" Kata Nadhila. Senyum dan senyum.

" Okey.. !! Saya tunggu. Jaga diri ya.. Assalammualaikum.." Talian dimatikan.

"Waalaikumsalam..!" Masih senyum. Handphone diberi semula pada Helmi.

"Senyum.. Senyum..! Siapa call tu?!" Helmi bertanya. Serius. Lani gelak kecil.

" Adalah.. Sibuk kenapa?! Thank you..!!" Nadhila menjeling Helmi lagi.

" Dah.. Dah.. Jom pergi sekarang. Ingat!! Jangan nak mengular je nanti. Cari target sampai dapat.." Kak Siti dah bersuara. Semua senyap. Kalau melawan nanti tak pasal-pasal kena marah. Kak Siti ni pun sama juga seperti Nadhif. Asyik nak marah je. Tak boleh silap sikit, pasti angin satu badan. Macam-macam perangai.

Mereka menaiki kereta, sepanjang perjalanan Nadhila langsung tidak bersuara. Diam seribu bahasa. Tak ada mood dia mahu bercakap. Hari ni, dia kena cari dua order untuk personal. Dia nak capai target awal. Bila dah capai target je. Dah boleh lepak. Taklah stress. Dan yang penting tak kena bebel dengan Kak Siti. Pening dia kalau Kak Siti dah mula membebel. Mak nenek pun kalah.

Sampai di Komtar. Mereka seperti biasa. Menyusun meja dan kerusi. Kemudian memulakan kerja masing-masing. Nadhila buat kerja sendiri je. Buat hal sendiri. Bila rasa letih dia duduk sekejab.

Nadhila jalan perlahan-lahan, bernyanyi sendiri. Fikirannya kosong. Tenang. Tak fikir apapun. Azar mendekatinya.

" Dhila.. Nanti kita makan sama ya.."pinta Azar.

"Tengoklah.."

" Aku dengar kau paling top dalam team. Hebat kau..!" Azar memuji mahu mengambil hati Nadhila. Tapi Nadhila sikit pun tak peduli.

" Tak hebat mana pun.." jawab Nadhila sambil lewa.

" Kau tolong aku ye. Aku pun nak jadi macam kaulah. Baru best, betul tak..!!" Azar senyum. Nadhila buat muka bosan.

" Kenapa kau kerja sini?"

"Sebab kau..!!" Nadhila pandang sinis pada Azar.

"Aku dah agak dah. Kenapa perlu buang masa? Kau tak faham ek apa aku cakap?!" Nadhila mendongak pandang Azar. Muka serius.

" Aku tak rasa ianya buang masa. Macam yang aku cakap, aku akan usahakan untuk tawan hati kau. Aku sanggup buat apa je untuk kau.." luah Azar.

" Gilalah kau ni Azs..!!" Nadhila keluh keras.

"Memang.. Memang aku gila. Aku gilakan kau.."

"Azs.. Hati aku bukan untuk kau tau. Kau faham tak? Dah banyak kali aku cakap kan. Dari study lagi. Tolonglah faham..!" Nadhila naik pening dengan Azar. Kenapalah susah sangat dia mahu faham. Macam-macam Nadhila buat untuk fahamkan dia tapi satu pun tak jalan. Aduhai.. Serabut betul lah Azar ni.

" Aku tak tahulah Dhila. Aku tak tahu kenapa susah betul nak lupakan kau. Aku dah try tapi tak boleh. Dhila.. Kau cinta pertama aku dan kau......"

" Tapi masalahnya... Aku tak cintakan kau. Aku tak sayang kau. Aku tak ada hati sikit pun dekat kau. Please lah Azs.. Cinta tak boleh dipaksa..!! Kau kena terima hakikat..!" Nadhila potong cakap Azar. Tepat pandang ke anak mata Azar. Azar terdiam. Menyapu muka dengan tangan. Mereka diam sebentar.

" Azs.. Aku minta maaf. Aku tak boleh. Terima hakikat ni Azs. Lagipun, kita terlalu mudalah beb nak bercinta-cinta ni semua. Aku datang JB ni ada impian. Bukan suka-suka.." Nadhila menjelaskan. Azar mengalihkan pandangan ke arah lain. Diam dan diam.

Azar pergi meninggalkan Nadhila seorang diri tanpa berkata-kata. Huh!! Nadhila mengeluh keras lagi. Pening kepalanya. Ingat balik JB akan tenang. Tapi masalah lain pula timbul. Masalah memang masalah. Baru je nak sihat, jadi demam lagilah kalau macam ni. Datang pula Helmi. Ni lagi sorang. Hmm..

" Kau cakap apa dengan Azar. Serius semacam je?!" Nada cemburu. Nadhila ketuk kepala. Satu lagi masalah.

" Tak ada apalah..!" Jawab Nadhila perlahan.

" Tak ada apa macam tu. Terus berubah muka Azar.." Helmi tak puashati dengan jawapan Nadhila.

" Tak ada apalah Mi. Tak boleh ke aku borak dengan dia? Salah ke?!" Nadhila makin rasa tertekan dengan kawan-kawannya.

"Taklah salah. Tapi sekurang-kurangnya aku kena tahu.." jawab Helmi.

" Kena tahu? Kenapa kau kena tahu? Aku rasa kau tak perlu tahu apa pun. Ini hal aku kut.." Nadhila makin meradang. 


" Aku kena tahu dan berhak tahu sebab aku suka kau..!!" Terlepas cakap si Helmi. Nadhila dengan muka marah terus pandang tepat ke arah Helmi.

"Korang ni kenapa ha? Korang kawan-kawan aku tau. Sorang suka, sorang cinta. Eeeee... Lama-lama aku boleh jadi gila sebab korang tau tak. Dahlah..!!" Nadhila terus jalan laju meninggalkan Helmi. Streess.. Stress.. Stress..!! Dengan Nadhif tak selesai lagi dah pula datang masalah lain. Waduh.. Waduh..!! Gawat ni Nadhila..!!

Nadhila ambil begnya dan keluarkan wallet. Meminta izin pada Kak Siti untuk ke kedai handphone sekejab. Nadhila minta Lani temankan. Mahu hilangkan stress sebentar cari handphone lagi best, lepas tu boleh bergayut dengan Shakil. Baru padan muka Azs dan Helmi. Kata hati Nadhila. Sempat pula dia.

Shakil?! Lain macam pula Nadhila ni. Kut dia pun syok dekat Shakil tu kut. Hmm.. Ish!! Tak.. Tak..!! Jangan cari nahas, tahu Nadhif nanti. Habis Nadhila. Tak pasal-pasal Shakil yang dekat KL tu pula yang kena. Nadhif ni lain macam sikit. Kalau kebetulan moodnya baik, okeylah. Tapi kalau kebetulan moodnya kelaut. Matilah nakkk!! 
Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.