Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 6
" Dah.. Dah.. Bangun..!! Dah sampai dah. Syoknya korang tidur ek, sampai keluar air liur basi.." Nadhif mengejutkan adik-adiknya yang lena dibuai mimpi.

Nadhila menggosok-gosok mata, terpinga-pinga memandang sekeliling. Nabiha terus saja keluar.

"Dekat mana ni?!" Tanyanya dengan muka selebet.

" Aik!! Dah tak kenal rumah sendiri dah ke?! Dah turun cepat, tu ibu dah tunggu tu.." Nadhila  mengambil begnya dan keluar dari kereta. Lesu betul rasa badannya. Melangkah lemah menuju ke arah si ibu yang sedang tersenyum menantinya.

" Assalammualaikum ibu.. Ibu apa khabar, rindunya dekat ibu..!" Terus saja dipeluk Makcik Alimah.

" Waalaikumsalam.. Alhamdulilah ibu sihat. Kenapa kurus ni Dhila. Tinggal tulang je ni.." Dipicit-picit badan Nadhila.

" Mana ada tulang macam ni ibu. Maintain je ni. Ibu.. Dhila lapar. Ibu masak apa?!" Dhila memeluk pinggang Makcik Alimah. Terus tanya masakan.

" Lapar? Tak makan ke tadi?" Berkerut Makcik Alimah.

" Abang kedekut. Dia belanja adik kesayangannya je. Dhila dia tak belanja pun.." Nadhila mengadu.

" Betul ke Dip. Tak kan sampai hati kau buat Dhila macam ni.." tanya Makcik Alimah. Marah pada Nadhif. Terkejut Nadhif dengar.

" Mana ada ibu, Dip ajak makan tadi tapi dia yang tak nak. Merajuk. Pandai kau nak kenakan abang kan.." Marah Nadhif. Nadhila gelakkan.

" Hahahaa.. Padan muka.." Mengejek Nadhif.

" Hey korang ni. Dah.. Dah jom masuk. Ibu ada masak kari ayam. Pecal pun ada.." Makcik Alimah terus jalan masuk ke dapur. Nadhila dan Nadhif mengekori. Nabiha dah lama masuk bilik, dia tak berapa nak mesra sangat. Ulat buku katanya. Kurang bercampur.

Di dapur, Nadhila terus buka tudung saji rotan. Telan liur dia melihat hidangan. Kari ayam, pecal pucuk ubi, ikan masin pekasam, sayur peria tumis. Sambal tumis ikan bilis. Dan ulam-ulaman kampung. Fuh!! Memang menyelerakan. Ditambah pula dengan nasi panas. Memang berpinggan-pingganlah makan. Semua sayur ni Makcik Alimah yang tanam sendiri di belakang rumah. Rajin bercucuk tanam.

Nadhila dan Nadhif terus duduk. Tak lama, Nabiha muncul, dah siap mandi dan berwangi-wangian. Duduk di sebelah Makcik Alimah. Selepas doa dibaca oleh Nadhif, mereka memulakan makan. Seperti tak makan setahun mereka adik-beradik ni. Gelojoh. Senyum bahagia Makcik Limah melihat gelagat anak-anaknya. Seronok dan gembira dia. Masakan si ibu memang sedap sangat. Makan tak pandang kiri kanan.

" Korang tahu tak, kenapa Abang Dip bawa korang balik kampung?" Tanya Nadhif pada kedua-dua adiknya. Nadhila dan Nabiha berpandangan dan menggeleng kepala. Meneruskan makan.

" Sebenarnya esok, nak buat kenduri sikit.." sambung Nadhif.

" Kenduri? Kenduri apa bang? Tiba-tiba pula. Ibu pun tak cakap apa-apa.." Tanya Nabiha ingin tahu. Nadhila terus je menikmati makanan. Tak layan pun perbualan mereka.

" Ada orang nak meminang Nadhila ni.." jawab Nadhif.

" Oiiiitttt..!! Kurang asam..!! Pengotor betul lah.." Terus tersembur air tepat ke arah muka Nadhif. Marah betul Nadhif. Berkerut sejuta dahinya. Makcik Alimah dan Nabiha gelak.

" Apa? Apa Abang Dip cakap? Ada orang nak meminang Dhila?" Tanya Nadhila dengan muka tak bersalah.

"Iya.. Ada orang nak meminang kau.. !" Keras suara Nadhif.

" Gila ke apa? Abang Dip jangan nak cari pasal dengan Dhila. Suka-suka pula dia. Ingat ni zaman tok kadok ke. Dhila tak naklah.."arah Nadhila. Sakitnya hati dia. Menjeling tajam pada Nadhif.

" Apasal pula tak nak? Dah orang nak dekat Dhila. Kahwin jelah. Lepas kahwin, duduk rumah. Tak payah susah-susah nak kerja. Laki tanggung semua, cakap je nak apa. Laki boleh bagi. Laki kaya kut. Dah sah-sah rumah dah ada, kereta dah ada, duit berkepul.."  Mula dah mereka bertengkar. Naik terus darah Nadhila dengar.

"Amboi.. Amboi.. Amboiiii.. Senangnya cakap. Abang Dip ingat Dhila ni apa? Mata duitan? Hey abang.. Dhila tak hairanlah dengan duit lelaki. Tak hadap pun. Dhila boleh cari duit sendiri.." Balas Nadhila. Geram.

"Alaa Kak.. Dengar jelah cakap Abang Dip tu. Dah dia suruh kahwin, kahwin jelah. Akak juga yang senang lenang nanti.." sampuk Nabiha. Terus pandang tepat ke anak mata Nabiha.


" Engkau kalau membodek Abang Dip. Memang nombor satu. Kau jelah yang kahwin, kau kan dengar cakap abang. Aku ni kuat melawan.." Makcik Alimah geleng kepala. Nadhila terus berhenti makan. Seleranya jadi terputus. Dia terus mencuci tangan. Sakitnya hati, sakitnya jiwa.

" Biha ni belajar lagi. Mana boleh kahwin. Lagipun tak naklah kahwin awal, Biha ada plan hidup sendiri.." kata Nabiha.

" Ha!! Tahu pun kau kan. Abang Dip.. Abang nak marah ke, nak meroyan ke, nak belasah Dhila ke. Buatlah. Dhila tetap tak nak terima pinangan orang tu. Minta maaf zahir batin. Dhila tak setuju, Dhila tak nak.. tak nak.. taknakk!! Tolong hormati keputusan Dhila dan tolong jangan paksa Dhila. Dhila ada impian Dhila sendiri.. " Tepat Nadhila pandang Nadhif. Kecewa betul dia dengan abangnya. Nadhila bangun dan terus meninggalkan mereka.

" Dhila..!! Abang tak habis cakap lagilah. Dhilaaa..!!" Jerit Nadhif panggil Nadhila.

"Tak payah cakaplah. Dhila benci abang..!!" Jerit Dhila dari ruang tamu dan terus masuk ke dalam biliknya. Melabuhkan badan di tilam. Memandang kosong ke arah bumbung syiling. Mengambil bantal dan menekup muka sendiri.

" Arhhh!!" Menjerit sekuat hati. Geram, sakit hati, benci, sedih semua perasaan bercampur. Rasa stress sangat dia ketika itu. Kalau tahulah Nadhif ambilnya balik semata-mata untuk menerima lamaran orang. Memang dia tak kan ikut balik. Apapun terjadi. Tapi sekarang, dia dah ada di kampung. Esok pula tu kenduri.

" Ish!! Biar betul Abang Dip ni. Tension betul lah. Selalu buat aku macam ni, apa aku nak buat ni. Tak kan nak lari pula kut. Sampai hati betul lah.." Merungut Nadhila sorang-sorang. Makin tertekan pula dia rasa.

Pada siapa dia nak mengadu dan nak meluahkan perasaannya kini. Sahabat yang dia boleh percaya? Mana ada. Setakat kawan gelak-gelak adalah tapi yang betul-betul boleh tahu segala tentang dirinya. Tak adalah pula. Bukan Nadhila percaya pun pada orang. Helmi? Ahh!! Tak mungkinlah. Helmi tu dahlah kuat cemburu, elok-elok Nadhila nak kurangkan stress nanti jadi bertambah-tambah stress pula. Tak apalah, terima kasih jelah.

" Tak apa Nadhila. Relax. Jangan stress. Nanti kalau stress kau jadi meroyan. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas lagi dan lepas lagi. Okey..!! Macam ni.. Kalau betul apa Abang Dip cakap dan betul orang tu datang esok. Kau cakap je tak nak. Terus terang itukan lebih baik. Tapi.. tapi.. Kalau aku menolak. Dah confirmlah Abang Dip mengamuk. Mesti dia akan halau aku, benci aku ke. Aduh..!! Macam mana ni..!" Nadhila cakap sendiri. Duduk bersila diatas katil. Cuba menenangkan diri sendiri. Fikir mencari idea dari permasalahannya.

" Apapun terjadi, jadilah. Aku kena sedia tanggung. Yang penting aku taknak terima. Taknak dan taknak. Esok aku akan cakap sendiri dengan orang yang konon nak meminang tu. Tak ada orang lain ke dia nak meminang. Geram betul lah.." Dia nekad juga memang taknak terima pinangan tu, entah siapa entah. Dia pun tak tahu. Dah pastilah orang kampung kut. Taknak dia.

Nadhila bangun, keluarkan tuala mandi dari dalam almari dan masuk ke dalam bilik air. Dia taknak fikir sangat, nanti stress. Usai solat, dia duduk saja dalam bilik. Malas dia nak keluar, nak menghadap muka Nadhif. Ah! Menyakitkan hati je. Dia baring ke kanan, ke kiri. Tak dapat pula nak lelapkan mata.

Tok.. tokk..!! Pintu diketuk perlahan.

"Kak.. Abang Dip panggil. Dia tunggu tu.." suara Nabiha perlahan memanggilnya. Nadhila diam seribu bahasa. Merajuk.

Terasa sejuk pula malam itu, duduk di kampung waktu malam memang sejuk. Tenang je hati. Pokok-pokok masih banyak, redup je mata memandang. Suasana kampung yang mendamaikan, waktu malam segala serangga bersahut-sahutan. Awal pagi pula, dikejutkan dengan bunyi kokokkan ayam, kicauan burung-burung. Amat menenangkan jiwa. Hilang stress.

Ah! Tak juga. Kalau dalam keadaan Nadhila sekarang ni. Makin bertambah stress adalah. Stress sebab harimau jadian itu.

"Dhila.. Dhila.!! Udah-udahlah tu merajuk. Ibu ada goreng keropok ikan ni, jom kita makan sama-sama.."Pujuk pula si ibu. Dhila memuncungkan mulut. Masih tak sejuk lagi hatinya.

Dia tak menyahut pun. Nadhila terus masuk dalam selimut tebalnya menutupi keseluruhan badan. Diam dan terus diam.

Bila tiada jawapan dari Nadhila. Makcik Alimah terus berjalan  menuju ke ruang rehat bersama Nadhif dan Nabiha yang sedang leka menonton tv sambil mengunyak keropok ikan. Dia duduk di sebelah Nabiha.

"Tak nak keluar ke dia, ibu?!" Tanya Nadhif. Duduk dari baringan dan mengambil secawan kopi. Menghirup perlahan.

" Dah tidur kut. Menyahut pun tak.." jawab Makcik Alimah.

" Merajuklah tu..!" Kemudian, Nadhif mengambil pula keropok ikan dan dicicahnya dengan sos cili. Mengunyah perlahan.

" Kau pun satu Dip. Yang kau pergi cakap ada orang nak masuk meminang tu dah kenapa? Marahlah budak tu.." Berkerut Makcik Alimah.

" Alaa ibu. Dip gurau je. Nak tengok macam mana reaksi dia. Tak tahu pula sampai merajuk.." balas Nadhif.

" Iyelah. Abang Dip gurau je kut. Kak Dhila tu yang cepat sangat percaya. Sikit-sikit merajuk..!" Sampuk Nabiha. Menyebelahi Nadhif.

" Habis kalau Biha ditempat Kak Dhila. Biha sukalah."

"Taklah. Biha pun nak kerja dulu, cari duit, nak beli rumah, beli kereta baru fikir kahwin. Buat apa belajar tinggi-tinggi kalau kahwin cepat.." balas Nabiha.

" Tahu pun. Kak Dhila baru dua bulan kerja. Tiba-tiba Abang Dip ambil dia balik, cakap pula ada orang nak masuk meminang. Siapa yang tak kecil hati. Walaupun sekadar gurauan tapi kita tak tahu apa dia rasa.." Sambung Makcik Alimah lagi.

" Hmm.. Okeylah. Biha nak masuk bilik, nak tidur. Ni masalah Kak Dhila, malas nak campur. Selamat malam..!!" Nabiha terus meninggalkan Makcik Alimah dan Nadhif.

" Dip.. Kau tu abang. Janganlah buat Dhila macam tu. Asyik nak kena ikut cakap kau je. Marah tak tentu pasal. Padahal ibu tengok tak ada apapun yang dia buat tak elok. Makin keras hati budak tu nanti.." Nasihat Makcik Alimah pada anak bujangnya.

" Dip tahu. Saja je nak menyakat dia.."

" Itu bukan menyakat tapi memaksa, mengongkong tahu tak. Tak kasihan ke dekat Dhila. Dari dulu kau buat dia macam tu. Ibu perhatikan je. Kau tu yang cari pasal, dengan Biha tak pula kau buat macam tu. Sebab tu dia cemburu dengan Biha. Selalu dia mengadu dekat ibu. Dulu arwah ayah pun buat dia macam tu juga. Dah sekarang kau pula.. Tak fahamlah ibu.." luah Makcik Alimah. Nadhif diam je. Memang dia sendiri pun sedar yang dia memang garang tak brtempat pada Nadhila. Tapi itu tak bermakna dia tak sayang adiknya.

"Kau pun bukan budak lagi. Dah matang pun. Fikirlah baik-baik. Jangan sampai Dhila kecil hati dan terus pendam perasaan. Esok kalau dia langsung tak nak balik, pergi tempat lain diam-diam. Tak dapat dikesan. Baru kau tahu. Barulah mengelabah tak tentu pasal. Ibu taknak ada pilih kasih lagi dah dalam keluarga kita ni. Cukuplah arwah ayah buat dia dulu macam mana.." Nadhif hanya mendengar.

" Kau tak nampak ke. Masa arwah ayah sakit. Siapa yang tolong ibu jaga arwah ayah? Kalau tak Dhila. Dari Melaka balik tiap minggu, semata-mata nak jaga ayah. Risau dekat ayah. Yang masak, yang suapkan ayah makan. Nak harapkan Biha. Sibuk belajarlah konon tapi ke pekan merayap. Jangan ingat ibu tak tahu semua tu. Ibu taknak kau terus buat Dhila macam tu dan manjakan Biha sangat. Naik lemak Biha tu. Ibu tengok Biha tu pun dah lain. Cuma ibu malas je nak cakap dekat kau. Kau akan menyebelahi Biha juga tapi salah Dhila, cepat je kau melenting. Fikirlah Dip. Kau ketua keluarga, wali adik-adik. Bagilah kasih sayang seadilnya selagi mereka belum kahwin. Kita tak tahu nasib rumahtangga mereka macam mana nanti. Kaulah tempat mereka mengadu nanti Dip.." panjang lebar Makcik Alimah menasihati.

Dah lama dia tak menegur Nadhif. Kadang-kandang walaupun kita dah dewasa dah matang, kena juga ditegur salah silap. Manusia mana ada yang sempurna. Jika melakukan salah silap patut ditegur bukan dibiarkan terus dengan kesalahan.

"Dip tak perasaan kut ibu. Dip cuma nak buat yang terbaik untuk adik. Mungkin dalam kerjaya Dip berjaya jadi yang terbaik. Tegas, garang, disiplin sampai bawa kepada adik. Tapi dalam family, banyak salah silap Dip. Maafkan Dip ibu..." Baru Nadhif perasan kesalahannya selama ini. Memandang ke lantai. Makcik Alimah senyum. 


" Tak apalah Dip. Jadikan ini semua pengajaran. Perbaikilah diri. Kadang kita tak sedar apa yang kita buat ni salah. Sebab tak ada yang menegur dan fikir kita je betul tapi hakikatnya tak. Ibu tegur ni untuk kebaikan Dip juga. Berat tanggungjawab Dip nak pikul semua ni tapi kalau ibu tak tegur. Tak mustahil, Dip akan bawa ni semua ke alam rumahtangga nanti. Ibu taknak macam tu. Ibu tahu Dip nak buat yang terbaik untuk adik-adik tapi jangan sampai salah langkah. Adik-adik perlukan kasih sayang dari kita. Ibu tahu anak-anak ibu. Semua baik-baik.." senyum Makcik Alimah pada Nadhif. Nadhif bangun dan duduk di lantai. Mencium tangan ibunya dan meletakkan kepala diatas peha Makcik Alimah.

"Terima kasih ibu. Kalau ibu tak tegur. Dip tak tahu salah Dip. Dip minta maaf sangat-sangat bu. Ampunkan Dip ya ibu. Dip akan perbaiki perangai Dip yang tak elok ni. Dip minta maaf bu. Minta maaf..!" Berkali-kali Nadhif mencium tangan tua Makcik Alimah.

"Iyalah Dip. Tak apa. Ibu faham. Pergilah jumpa Dhila. Minta maaf juga dekat dia. Jangan ego sangat. Tak salah yang tua minta maaf pada yang muda.." pinta Makcik Alimah.

"Baiklah ibu..!" Jawab Nadhif. Lalu terus bangun dan berjalan menuju ke bilik Nadhila.

Makcik Alimah menyandarkan badan di kerusi kayu itu. Senyum saja dia. Kadang-kadang melayan sikap ketiga-tiga anaknya itu buat dia jadi semput. Macam-macam perangai. Itu baru tiga orang anak. Kalau 10 orang macam manalah gamaknya. Mahu tercabut nyawanya. Tapi dia bersyukur, anak-anaknya tak pernah buat hal.

 Cuma waktu mereka sekolah sajalah ada juga buat hal. Lagi-lagi Nadhila. Memang boleh dikatakan semua cikgu sekolah kenal dia. Ada je buat hal. Datang sekolah lambatlah, ponteng kelaslah, gaduh dengan pelajar lelaki dan perempuanlah, tidur dalam kelaslah. Tapi paling hot gaduh dengan pelajar lelaki berbangsa india. Sampai hampir kena gantung sekolah. Itu yang arwah ayahnya naik mengamuk. Sudahlah arwah ayahnya anggota polis di daerah itu. Anak pula buat hal. Malu betul arwah ayahnya.

Walaupun selalu buat hal tapi banyak juga Nadhila mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik. Tetap kelas pertama sampai SPM. Salah satu, Nadhila juara keseluruhan Berdebat peringkat Daerah tapi peringkat negeri naib johan je. Degil-degil Nadhila pun tapi bijak. Nadhif pula aktif bersukan. Nabiha pun tak kurang juga. Nabiha ni ulat buku dan lemah lembut. Tap lembut-lembut pun, boleh tahan menggedik juga dibelakang Nadhif. Lagi bahaya!!

Macam-macam perangai. Sekarang semua anak-anak Makcik Alimah dah besar. Lega dia. Masing-masing dah pandai bawa diri. Alhamdulilah berjaya anak-anaknya. Bersyukur tak terhingga. Itulah aset dunia akhiratnya. Penghibur dan penyeri hidupnya. 
Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.