Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 5
Berjalan perlahan menghampiri Nadhif. Nadhif bersama seorang rakan memandangnya dengan pandangan tajam. Serius je muka Nadhif. Nadhila masih tersengeh-sengeh. Terus salam dan cium tangan Nadhif.

" Kenapa Abang Dip datang sini? Sibuk je.." Nadhila sengaja, menjeling pada Nadhif.

" Bertuah punya adik. Abang datang dari jauh, ini dicakapnya. Kau tengok adik aku ni, Sha.. Mana aku tak angin.." Kawan Nadhif hanya gelak.

"Hmm..Abang outstation kat sini kut. Macamlah Dhila tak tahu?" Dhila mengejek.

"Iya.. Sekalilah tu. Ni kenalkan, kawan abang. Shakil. Dia ni orang KL tapi membesar dekat Johor ni.." Nadhila senyum pada Shakil. Hensem juga, kata hati Nadhila. Shakil membalas senyuman. Tapi kenapa Nadhif nak kenalkan pada Nadhila. Tak pernah pula selama ni dia nak kenalkan kawannya pada dia.

" Dia pun satu uniform abang ke?!" Nadhila bertanya.

"Iyalah. Kenapa tak ada gaya ke dia?" Nadhif pandang Shakil atas bawah.

"Kalau dah namanya anggota tutttt.. Hmm.. Bosanlah abang. Lagi-lagi Abang Dip. Menyampah..!!" Selamba je Nadhila cakap siap buat muka bosan lagi.

" Ooo Menyampah..!! Okey kalau menyampah, start bulan ni abang tak bagi elaun dah ye. Sorry..!!" Saja Nadhif mengusik.

"Alaa Abang Dip. Mana aci. Okey.. Okey..!! Dhila minta maaf ya. Abang Dip lah lelaki paling hensem, paling macho, paling segak bergaya di dunia ni. Kan Shakil kan..!" Nadhila senyum manis. Membodek si abang. Shakil dan Helmi gelak je.

"Tak payah nak puji sangatlah. Hati abang dah tawar dah.."

" Merajuk konon. Dah tualah Abang Dip, buruk muka tu merajuk.."

"Baru je puji abang, dah kutuk balik. Hmm..!"  Mereka gelak. Shakil hanya pandang Nadhila je.

" Abang datang sini, nak jemput Dhila balik kampung. Dua bulan tak balik kampung kan, dah lupa ibu ke.." Nadhila tercengang. Memang dia dah dapat agak dah yang Nadhif datang tiba-tiba nak bawa dia balik. Nadhila pandang pada Helmi, Helmi angkat bahu.

" Tapi Abang Dip. Dhila kan tengah kerja ni. Mana boleh suka-suka balik. Kerja Dhila macam mana? Abang Dip ni kan, sukalah terjah je bukan nak bagitahu dulu. Orang tak prepair apa-apa pun.." Nadhila merungut.

" Kalau Abang Dip bagitahu awal, ada je plan Dhila ni nak mengelak. Macamlah abang tak kenal Dhila ni macam mana, sebab tu abang terjah je.." Kata Nadhif.

" Tapi abang...!!"

"Tak ada tapi-tapi. Abang datang sini nak bawa Dhila balik. Mana boss kau Mie, abang nak jumpa.." Nadhila merungut dan merungut.

"Tak payahlah Abang Dip. Kacaulah dia ni. Hujung bulan ni orang baliklah. Tiap hari orang call ibu, ibu tak cakap apa-apa pun. Ibu okey je kut. Abang Dip ni yang poyo sangat.." Nadhila berkerut marah. Menjeling pada Nadhif.

" Kalau abang cakap balik, maknanya kena balik. Jangan bantah!!" Nadhif tetap berkeras.

"Aduhhh!! Abang Dip ni kan. Paksa.. Paksa.. Paksa..!! Nak kena dengar cakap dia je. Fahamlah sikit kerja orang.." Dah sudah! Bergaduh pula mereka berdua ni. Helmi dan Shakil hanya mendengar dan melihat.

" Menyesal bagitahu abang Dhila dekat sini. Awak pun sama juga..!!" Nadhila menjeling pada Shakil. Tercengang Shakil. Tak pasal-pasal dia pula yang kena. Garu kepala dia.

" Aik!! Saya pula yang kena..!" Berkerut Shakil pula.

"Mie.. Mana boss kau.."Nadhif membiarkan Nadhila mengomel sendiri. Helmi terus bawa Nadhif jumpa Kak Katty yang sedang duduk membuat sedikit kerja. Nadhila memeluk tubuh sendiri, hanya memerhati Nadhif dan Helmi menuju ke arah Kak Katty. Tension Nadhila.

" Awak sama pangkat Abang Dip ke?!" Tanya Nadhila pada Shakil. Mereka berdiri bersebelahan.

" Ishh!! Taklah. Dia pegawai saya. Saya ni baru je join dia. Kenapa?!" Jawab Shakil.

" Macam mana awak boleh kerja dengan harimau jadian tu ha? Tak sakit jiwa ke? Atau tak sakit otak ke?" Tanya Nadhila dengan perasaan geram yang teramat sangat.

"Hahaha.. Dia baiklah. Cuma tegas dan penuh disiplin. Saya seronok kerja dengan dia tau..!" Jawab Shakil, jujur.

"Iyeke..!! Ke awak takut dengan dia. Dan jawab ni kerana terpaksa. Cakap jujur cepat..!" Nadhila sinis pada Shakil.

"Demi Allah..!! Tuan memang baik. Jujursaya cakap.." jawab Shakil lagi.

" Abang Dip tu memang. Dengan korang dia baik,  pijak semut pun tak mati. Tapi dengan saya, garang, asyik nak marah je.. Geram.. geram.. geraammm!!" Nadhila melepaskan rasa geramnya. Muka memang tension. Shakil gelak je dengan gelagat Nadhila.

" Manalah Tuan tak garang. Adiknya pun sama macam abangnya" kata hati Shakil. Gelak kecil.

Nadhila berjalan malas menuju ke arah Kak Katty. Senyum Kak Katty memandang Nadhila yang muka mencuka itu. Sebenarnya, Nadhila rasa segan juga dengan Kak Katty. Mana tidaknya, sampai Nadhif datang mahu jemputnya balik. Dalam waktu kerja pula tu. Entah apalah yang Nadhif cakapkan pada Kak Katty. Risau juga dia kalau Nadhif cakap yang bukan-bukan.

" Dhila kemaslah. Boleh balik kampung. Ibu Dhila rindu dekat Dhila, baliklah bercuti. Lagipun Dhila dah capai personal target kan. Hari Khamis datang balik sini. Sebab Jumaat tu kita ke Komtar pula.."jelas Kak Katty lembut. Serba salah pula Nadhila jadinya.

" Baiklah.. Terima kasih Kak Katty. Dhila tak balik rumah ye, Dhila terus ikut abang balik KL.." kata Nadhila.

" Tak bawa baju ke?!"

" Tak payahlah. Malas nak balik, tak apa. Abang saya boleh belikan baju.." jawab dengan perasaan geram. Menjeling pada Nadhif.

"Iyelah. Hati-hati ye. Maaflah Encik Nadhif, beberapa bulan ni banyak event. Tu yang tak dapat nak bagi Dhila cuti. Lagipun, dalam tranning.." Kak Katty memohon maaf pada Nadhif.

" Tak apa. Saya faham. Ini pun kebetulan saya outstation kat JB ni dan ada hal sikit kat kampung. Tu yang bawa dia sekali. Saya pun minta maaf jugalah ye, tiba-tiba ambil Dhila.." Nadhif pula memohon maaf. Kak Katty mengangguk perlahan tanda faham. Nadhila mengemas segala fail dan begnya.

" Kak Katty.. Saya minta diri dulu ye. Maaf Kak ,saya tak tahu abang nak ambil saya.." Nadhila menghulurkan tangan berjabat tangan dengan Kak Katty.

"Tak apalah. Kak faham.. Jaga diri baik-baik. Kirim salam dekat ibu ya..!" Balas Kak Katty.

" Insha Allah..!!" Nadhila, Nadhif dan Shakil terus berjalan menuju ke pintu keluar Plaza Angsana. Muka Nadhila langsung tak senyum. Mencuka je. Nadhif tahu, Nadhila memang marah padanya dan dibiarkan Nadhila dengan perasaan marahnya itu.

Mereka menaiki kereta. Nadhila masih diam membisu dan muka mencuka. Nadhif tanya pun, langsung dia tak jawab. Muncung je mukanya. Menggeleng Shakil tengok gelagat Nadhila. Nadhif memecut laju meredah lalulintas. Nadhila melayan perasaan, menyandarkan kepala di seat kereta dan memejamkan mata. Nak lelaplah kononnya tapi tak dapat nak lelaplah pula. Dengar perbualan Nadhif dan Shakil, dengan gelak tawa mengganggu niatnya nak tidur. Entah apalah yang mencuit hati mereka. Gangguan betul lah.

" Kejab Sha Aku nak call adik aku yang sorang ni pula.." kata Nadhif dengan memasang earphone. Shakil mengangguk.

" Waalaikumsalam.. Biha, abang baru gerak dari JB ni. Biha tunggu dekat mana nanti?!" Nadhila terus buka mata. Mendengar perbualan Nadhif.

" Biha tunggu dekat Bandar Melaka ye bang. Kawan Biha ajak jalan sini pula.." jawab Nabiha lembut.

" Okeylah.. Abang dengan Kak Dhila ni.." lembut je suara Nadhif. Nadhila mencebik. Mula rasa cemburu.

" Baiklah Abang Dip. Nanti Abang dah masuk Melaka, abang bagitahu Biha tau.."

" Okey.. Jumpa nanti!" Terus talian dimatikan.

" Abang Dip.. Abang ambil Biha dekat mana? Kelantan?!" Tanya Nadhila terus.

"Taklah. Ambil dekat Bandar Melaka.."

" Biha dekat Melaka? Buat apa?!" Tanya Nadhila lagi. Terkejut jugalah.

" Biha ikut kawannya balik Bandar Melaka.." jawab Nadhif.

"Dari Kelantan ke Melaka? Semata-mata ikut kawan? Abang Dip tak marah dia pula. Tapi kalau Dhila. Abang membebel je. Marah je. Abang Dip memang pilih kasih. Sama je macam arwah ayah dulu.." Nadhila mencebik sedih. Nadhif melihat wajah Nadhila dari cermin belakang. Senyum sendiri. Bertambah mencuka wajah Nadhila.

" Dah.. Dah.!! Perjalanan kita ni jauh. Dhila tidurlah, membebel je mulut tu.." Nadhif mengelak dari menjawab soalan Nadhila tadi.

"Tengoklah tu. Kalau cakap pasal Biha je. Terus tukar tajuk cerita.."balas. Geleng kepala dia sendiri. Ni yang tak best ni. Elok-elok kawan, tiba-tiba timbul perasaan sayanglah, rindulah. Terus lemah Nadhila jadinya. Bukan lemah sebab orang suka nak bercinta tapi lemah sebab tak ada jiwa nak brcinta. Aduhaii.. Dahlah kawan lepas tu nak bercinta bagai. Bukan Nadhila tak tahu, yang Helmi tu berkenan dengan dia. Terbongkar bila Hidayu cerita semua pada Nadhila. Masalah betul lah orang ramai peminat ni. Yang peliknya, kawan sekolah pun macam tu, kawan kolej pun macam tu juga. Kenapa kawan-kawan yang syok dekat aku? Kenapa tak orang luar je. Baru mencabar!! Hahaa.. Nadhila terlepas  gelak tiba-tiba. Lawak pula dia rasa.

"Aik!! Gelak tiba-tiba. Apasal tu..!" Tegur Nadhif. Nabiha tidur lena.

" Tak ada apalah.." jawab Nadhila bersahaja.

"Ingat pakwe lah tu.."

"Hellooo..!! Sorry okey. Abang Dip ingat, Dhila ni jenis melayan lelaki ke, Sorry lah. Sakit jiwa je fikir lelaki.. Tak ada pakwe lagi aman hidup.."

"Memang patut pun kalau Dhila tak ada pakwe. Sebab lelaki pun takut nak dekat dengan Dhila. Malanglah nasib siapa yang jadi pakwe kau tu nanti.."

"Tak hairanlah. Ingat orang hadap sangat ke dengan lelaki. Dahlah.. Malas layan abang. Tidur lagi baik. Ha lagi satu..!! Kalau nak borak ke nak ketawa ke. Tolong perlahankan sikit volume tu ye. Iye Encik Shakil ye. Jangan ganggu orang nak tidur.." Nadhila menyandarkan kepala di seat. Berkerut Shakil. Tak pasal-pasal, terkena lagi dia. Garu kepala lagi. Suka pula Nadhila mengusik Shakil.

" Kena lagi saya Tuan.. !!" Nadhif senyum. Nadhila gelak kecil. Sempat Shakil menjeling manis pada Nadhila dibelakang. Nadhila buat tak endah je. Terus tutup mata. Tapi senyum. Nak tidur dalam iman kut.

Nadhif geleng kepala dengan perangai Nadhila. Tanpa pengetahuan Nadhila, sebenarnya Nadhif paling sayang pada Nadhila cuma tak nak tunjuk je. Dia sengaja cari pasal dengan Nadhila. Nadhila je yang suka cari gaduh dengannya. Bila gaduh kan meriah. Berbalas-balas marah, berbalas-balas perli. Dengan Nadhila je Nadhif macam tu. Tapi tidak dengan Nabiha. Senyap sunyi je.

Kadang-kadang tak perlu tunjuk sayang pada orang yang kita sayang. Sebenarnya dengan selalu mengambil berat, bersikap prihatin, bagi perhatian pun dah cukup baik. Itu dah menunjukkan rasa kasih dan sayang sebenar. Dari bercakap kasih dan sayang, sentiasa meluah tapi tidak mengambil berat, tidak dipedulikan saat diperlukan, nak prihatin dan beri perhatian jauh sekali. Itu umpama tin, diketuk bunyi lebih tapi kosong. Kata- kata sayang yang tiada tindakan itu langsung tak ada nilai. Terlalu murah bagi Nadhila.

Ah sudah!! Malas nak fikir. Tidur lagi baik!! Kata hati Nadhila. Dan akhirnya.. Berjaya melelapkan mata. 
Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.