Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 31
Kereta terus memasuki perkarangan rumah Wahida. Berhenti disebelah kereta Wahida. Tanpa berlengah terus masuk ke dalam rumah. Cemas..!!

" Kak... Kak Ida..!!" Menjerit-jerit memanggil Wahida. Di carinya di dapur tiada. Eh..!! Bubur ni. Kenapa tak dimakan. Nadhila?? Terus berlari menuju ke bilik Nadhila. Pintu tidak berkunci, hanya dirapatkan saja. Perlahan-lahan dia menolak daun pintu. Berdiri di tengah pintu memandang sayu pada kakaknya dan mata beralih pula pada tubuh yang sedang terbaring itu. Sayu dan sebak hatinya. Jalan menghampiri Wahida. Terus berlutut dilantai menghadap Nadhila yang sedang terbaring lemah.

"Tadi akak balik nak hantar makanan. Akak ke dapur tengok bubur tu atas meja. Akak masuk bilik tengok dia baring. Mungkin tidurlah kut. Akak kejutkan dia. Dia cakap, tak dapat makan. Sakit sangat kepalanya. Akak sentuh dahinya. Panas sangat. Badannya pun panas sangat. Pucat muka, lemah sangat badannya. Akak nak bawa dia ke hospital tapi dia tak nak. Dia takut nanti doktor tanya luka muka dia ni. Puas akak pujuk. Dia tetap tak nak..!" Terang Wahida. Risau dia melihat keadaan Nadhila. Sedih sangat. Shakil menyentuh dahi, muka dan tangan Nadhila.

"Panas lagi ni kak. Tak boleh jadi ni. Nak kena bawa pergi hospital juga ni.." Semakin risau dan risau.

"Elok bawa jelah Sha. Risau tengok keadaan dia macam ni. Langsung tak makan pula tu. Kasihan dia..!" Kata Wahida setuju dengan pendapat Shakil.

"Dhila.. Dhilaa..! Bangun Dhila.. Sha ni.." Shakil mengejutkan Nadhila. Lembut suaranya. Pergelangan tangan Nadhila yang lebam ditengoknya. Semakin membengkak pula.

"Tangannya makin bengkaklah kak. Baru Sha perasan.." Sedihnya dia tengok.

"Terseliuh kut. Nanti bagitahu doktor sekali.." kata Wahida. Shakil mengejutkan Nadhila lagi. Tapi tak juga bangun. Risaunya Shakil hanya Allah yang tahu.

"Dhila.. Bangun Dhila..!! Sayang bangun..!" Di tepuk-tepuk bahu Nadhila. Keadaan menjadi cemas.

"Sha angkat dia Sha.. Cepat bawa ke hospital..!" Wahida mula menggeletar badan. Takut sesuatu terjadi pada Nadhila.

" Saya mengantuk.!!" Nadhila bersuara perlahan. Tangannya terus memegang tangan Shakil tanda tidak mahu diangkat. Nadhila membuka mata perlahan-lahan. Berkerut kepala menahan sakit kepala dan mulutnya.

" Saya tak nak pergi hospital.." Nadhila menolak.

"Tak boleh! Awak kena pergi hospital. Keadaan awak ni lemah, nanti jadi bertambah teruk Dhila.." Shakil memujuk.

"Nanti kalau doktor tanya macam mana? Saya tak nak libatkan Abang Dip" Nadhila cuba tersenyum. Dia tak nak beritahu doktor yang dia kena pukul dengan Nadhif. Takut nanti doktor laporkan pada polis pula. Itu yang Nadhila fikir. Dalam keadaan macam ni pun boleh dia fikir Nadhif.

"Saya ada Dhila. Saya tak kan bagitahu doktor perkara sebenar. Tahulah saya nak jawab dengan doktor nanti. Awak jangan risau ya..!!" Kata Shakil memujuk Nadhila.

"Awak janji, awak tak bagitahu doktor? Klinik je ye tak nak hospital.." Shakil mengangguk-anggukkan kepala. Okeylah. Klinik pun kliniklah.

" Iya sayang.!!" Shakil menoleh pada Wahida. Wahida angguk. Sangat bersimpati dia pada Nadhila. Nadhila senyum tawar. Kuatkan badan untuk bangun. Shakil membantunya. Shakil memimpin Nadhila sampai ke kereta. Kalau ikutkan mahu saja dia mendukung Nadhila tapi Nadhila menolak sekeras-kerasnya.

Hari ni Wahida kerja setengah hari saja, mahu menemani Nadhila. Tak sampai hati membiarkan Nadhila. Sudah lama Nadhila ni tak demam, sekali demam memang terus terduduklah. Lagi pula mungkin sebab terkejut kerana kejadian malam tadi kut. Kasihan. Mujurlah ada Shakil dan kakaknya yang sudi membantu.

Sampai saja di klinik, Nadhila di bawa ke bilik doktor kerana keadaannya yang lemah. Shakil dan Wahida duduk ruang menunggu sementara Nadhila di periksa doktor. Mujur juga tidak ramai pesakit.

"Kasihan dia Sha. Akak tak sampai hati tengok keadaan dia macam tu Sha. Sedih sangat!! Tak tahulah macam mana sakitnya dia rasa masa ditampar, sakitnya kepala terhantuk. Nak makan tak dapat. Ya Allah.. Kasihan sangat..!!"Menitis airmata Wahida. Memang betul-betul dia tersentuh hati melihat penderitaan Nadhila.

" Memang sedih pun kak. Tapi dah takdir Allah, ini bahagian dia. Kita hanya mampu tolong setakat yang boleh je. Tapi apapun, Sha tak kan biarkan dia dipukul lagi. Itu janji Sha pada diri Sha sendiri kak..!!" Kata Shakil penuh keyakinan.

" Baguslah macam tu Sha. Akak akan sentiasa sokong Sha. Tapi.. Baik hati betul lah Dhila tu. Abang dia dah buat teruk macam tu pun, dia tetap jaga baik nama abang dia. Tak nak ambil tindakan pun. Ishh!! Kalau orang lain, rasanya dah kena tangkap dah abang macam tu..!" Shakil senyum. Kelakar melihat gelagat kakaknya ni.

" Dhila bukan jenis macam tu kak. Dhila bukan  pendendam. Dia sayang abang dan adik dia. Rela disakiti janji abang dan adiknya gembira. Biar diri menderita asal abang dan adiknya bahagia. Itulah Nadhila kak.." terang Shakil. Itu apa yang Shakil lihat pada Nadhila selama ini. Memang benar semua itu.

Kalau Nadhila nak bertindak kerana marah dan dendam pada Nadhif, rasanya dah lama juga kut Nadhif di ambil tindakan. Tak pegang jawatan sekarang ni.

"Baiknya lah hati dia. Patutlah Sha terpikat dekat dia ya..!! Tapi jangan kerana simpati je Sha terima dia tau. Biarlah Sha terima dia kerana rasa kasih sayang dan cinta yang ikhlas dari hati Sha.." Pesan Wahida.

"Kak.. Untuk pengetahuan akak. Sejak pertama kali lagi, Sha jumpa dia Sha dah terpikat dekat dia tau. Tapi tak tahu nak buat macam mana. Nak minta nombor dia dekat abang dia. Sha segan. Tapi tulah.. Masa dia lari balik JB dulu tu, abang dia minta tolong carikan dia dekat Pudu. Rezeki kut. Jumpa dia. Dari situlah dia luah cerita pasal abang dia dan adik dia. Kasihan sangat. Dan bermula sejak itulah kami rapat...!" Cerita Shakil semangat. Seronok Wahida dengar.

"Ooo alkisahnya. Jadi, korang ni baru bercinta lah ni ye.. Patut sweet.. sweet semacam je.." perli Wahida.

" Hahahahaa.. Aduh akak ni. Malulah Sha..!!" Shakil menundukkan kepala pandang lantai.

" Eh!! Tadi Sha cakap. Dhila lari balik JB? Kenapa lari balik JB pula.." Wahida masih bertanya. Ingin kepastian.

" Iya kak..! Masa tu pun dia lari balik JB sebab kena tampar dengan abang dia..!" Shakil melihat jam ditangannya dan duduk bersandar.

" Ha?? Kena tampar juga. Kasihan betul lah Dhila tu. Memang hidup Dhila tu asyik kena tampar je ke dengan abang dia. Dan abang dia tu memang kerjanya asyik nak menampar Dhila je ke. Eee geram betul lah aku. Kalau aku jumpa Nadhif tu, memang aku cili-cili mukanya. Sakit hati betul lah.." Berkerut-kerut dahi Wahida menahan rasa geramnya pada Nadhif.

" Hahaha... Relax kak relax. Dah bahagian Dhila macam tu. Nak buat macam mana kak.." Shakil gelak. Lawak dengan gelagat kakaknya. Wahida ni memang seorang yang penyayang. Cepat sangat tersentuh hatinya.

Lama juga Nadhila diperiksa, hampir sejam lamanya. Risau pula Shakil. Mahu saja dia masuk ke dalam bilik doktor bertanyakan keadaan Nadhila. Tapi sewaktu dia mahu menolak pintu, seorang jururawat memberitahu yang Nadhila sedang diberi rawatan. Kena masuk ubat dan kena tunggu beberapa minit lagi. Shakil akur dan kembali duduk. Kembali berbual. Dan tak lama kemudian, seorang jururawat muncul.

"Encik Shakil.. Doktor nak jumpa sekejab..!" Shakil mengangguk perlahan. Menoleh pada Wahida dan terus masuk melangkah ke dalam bilik kecemasan. Risau pula dia. Berdebar hatinya. Pintu bilik kecemasan ditolak. Kelihatan seorang doktor lelaki sedang menulis sesuatu diatas meja. Nadhila pula sedang duduk bersila diatas katil. Senyum Nadhila padanya.

"Encik Shakil? Sila duduk..!" Doktor lelaki itu memberi senyuman. Shakil angguk dan duduk didepan doktor. Hairan pula dia tengok Nadhila.

" Awak dengan Cik Nadhila ni.."

" Dia bakal isteri saya.." selamba Shakil jawab. Nadhila beliakkan mata.

"Oh okey!! Maaf bertanya. Luka dan lebam di tangannya seperti ada berlaku... "

" Doktor..!! Kan saya dah cerita tadi. Kalau doktor tanya tunang saya pun, dia pun akan cerita benda yang sama juga. Ni hal peribadi saya dengan family sayalah doktor. Tak payahlah nak tahu.." Nadhila terus potong cakap doktor itu. Geram pula dia, sudah diceritakan masih lagi bertanya itu dan ini. Shakil hanya senyum.

" Bukan apa, saya cuma nak tahu je. Takut ada unsur keganasan. Luka kat mulut Nadhila, luka dekat kepala dan kesan lebam tangan tu buat saya curiga pula.." Jelas doktor.

"Tak ada apalah doktor. Semuanya okey. Biasalah gaduh mereka adik beradik..!" Balas Shakil.

" Ha dengar tu. Kan saya dah cakap..!" Nadhila menyampuk.

"Okeylah kalau macam tu. Nadhila cuma demam je, tapi tadi dah bagi ubat. So, nampaklah dah okey lah tu. Suhu badan masih panas, sebenarnya tak okey lagi pun. Tapi dia buat-buat okey. Nanti jangan lupa makan ya. Tekanan darah rendah, kena banyak rehat. Kena makan nasi ya Nadhila. Tak payah nak diet sangat. Badan dah macam ikan bilis nak diet lagi..!" Terang doktor selamba. Shakil tahan gelak.

" Aikk doktor. Main kasar nampak.." Nadhila menjeling pada doktor. Masih lagi bersila atas katil.

"Hihi.. Sepatutnya kalau awak pergi hospital. Awak kena tahan tau. Saya boleh buat surat. Awak nak?!" Saja doktor menyakat. Sporting pula doktor ni. Boleh bergurau dengan pesakit.

"Ishh!! Tak naklah. Nanti doktor bagi ubat, saya makanlah. Esok mesti sihat punya.." jawab Nadhila yakin. Seronok Shakil tengok Nadhila nampak cergas sikit berbanding tadi.

" Lain-lain dia okey kan doktor?!" Tanya Shakil.

"Alhamdulilah tak ada apa-apa." Shakil angguk kepala. Lega hatinya.

" Terima kasih doktor..!" Ucap Shakil. Nadhila turun dari katil perlahan-lahan. Dan menghampiri Shakil.

" Okey doktor. Terima kasih ya!" Nadhila senyum pada doktor.

"Sama-sama. Pastikan makan ubat tu. Lagi satu, jangan nak membebel je mulut tu, nanti luka tu lambat baik pula.." sempat lagi doktor mengusik. Shakil gelak.

" Iyalah.. Iyalah.. bye..!!" Nadhila dan Shakil keluar dari bilik doktor. Dan terus menuju ke arah Wahida. Senyum manis Nadhila. Wahida terus bangun dan memegang bahu Nadhila.

" Dhila macam mana? Okey tak? Panas lagi ni.." Wahida mengajak Nadhila duduk. Manakala Shakil pergi membayar bil klinik dan mengambil ubat sekali.

" Okey kak. Dhila okey..!! Tadi dah masuk ubat, dah ada tenaga sikit. Sebab tak makan, tu yang badan lemah. Demam sikit je.." terang Nadhila.

" Syukurlah macam tu. Lega akak dengar. Apapun, Dhila kena jaga kesihatan ya. Selagi tak betul-betul sihat, selagi tu akak risau..!" Alahai.. Baiknya lah Kak Ida ni. Kata hati Nadhila.

" Terima kasih kak. Terima kasih ambil berat pasal saya. Segan saya..!!" Tersipu malu Nadhila.

" Nak segan buat apalah. Nanti jadi adik ipar akak juga kan. Hehe..!!" Eh.. Eh.. ayat tu. Tercengang sekejab Nadhila.

Muncul Shakil pula dengan membawa seplastik ubat. Matilah kena makan ubat tu. Aduhai.. Dahlah Nadhila tak suka makan ubat. Kena pula makan sebanyak tu. Ketuk dahi dia.

" Okey selesai. Jom..!! Awak larat nak jalan tak. Kalau tak larat jalan, saya boleh dukung. Nak?!" Shakil mengusik.

" Ishh!! Merepek je. Saya masih sihat lagilah. Belum nak mati lagi tau. Tengok ni larat lagi.." Wahida dan Shakil gelak bersama. Wahida terus peluk bahu Nadhila dan terus berjalan. Seronok mereka tengok perubahan Nadhila. Lagi-lagi Shakil. Dialah paling gembira.

Mereka berjalan  menuju ke kereta. Shakil dan Nadhila masuk ke dalam kereta tapi Wahida pergi ke supermarket yang tidak jauh dari situ. Mahu membeli sedikit lauk untuk makan malam.  Shakil dan Nadhila tunggu saja di dalam kereta.

" Sha.. Terima kasih sangat-sangat. Awak banyak tolong saya. Kakak awak pun baik. Saya betul-betul terharu..!" Kata Nadhila perlahan.

"Sama-sama. Dah tanggungjawab saya untuk tolong awak. Mana yang mampu insha Allah saya akan tolong.." Shakil menoleh pada Nadhila.

" Hanya Allah je yang akan balas jasa baik awak, Kak Ida dan Abang Musa dan semoga Allah permudahkan urusan awak sekeluarga" balas Nadhila.

" Alhamdulilah.. Aaminn.. Dan.. Semoga Allah satukan hati kita dan jodohkan kita.." Ha?! Nadhila terdiam.

" Oh.. Okey!!" Nadhila pandang ke arah depan.

" Okey je?! Mana Aaminn nye?!"

"Iyalah... Aaminnnn!!" Nadhila menyapu kedua tapak tangannya ke muka. Shakil gelak lagi.


Malu Nadhila jadinya. Nadhila menyandarkan kepala di seat kereta. Pejamkan mata. Terasa berpusing pula kepalanya.

" Tangan masih sakit lagi tak?!" Nadhila buka mata dan mengangkat tangannya yang masih lebam.

" Masih lagi. Doktor cakap terseliuh.." jawab Nadhila.

"Tak apa. Malam ni saya urutkan tangan tu.." kata Shakil.

" Ha?? Urut?? Tak nak.. Tak nak... Mesti sakit gila tu nanti. Tak apa..!!" Belum-belum lagi Nadhila dah menolak.

" Kena urut juga. Kalau tak diurut nanti tulang tu, jadi tak betul kedudukannya. Bila kedudukan tak betul. Jadilah cacat. Tangan jadi senget.. Nak ke cacat. Cacat seumur hidup. Nak?!" Shakil sengaja menakutkan Nadhila.

" Terseliuh je kut. Macam mana pula boleh jadi cacat.." Nadhila berkerut. Macam tak logik je.

" Tak percaya? Kalau tak percaya nanti tanya Kak Ida.." Nadhila mencebik. Buat muka bengang. Menoleh pada Shakil.

" Alaaa.. Jadi, kena urut juga ke ni. Tak ada altenatif lain lagi ke selain urut.."

" Ada. Potong tangan tu. Nak? So, pilihlah nak urut atau potong tangan?" Kata Shakil serius. Kalau tak takutkan macam tu, memang tak naknya dia buat. Orang degil memang kena takutkan sikit.

" Hmm... Okeylah. Okeylah..!!" Nadhila pandang keluar tingkap. Shakil gelak kecil.

Muncul Wahida jalan sopan santun menuju ke arah kereta. Banyak juga barang yang dibelinya. Kasihan angkat barang sorang. Shakil membuka bonet kereta dan membantu Wahida memasukkan barang dalam bonet. Kemudian, mereka masuk ke dalam kereta serentak.

" Ni akak belikan Coklat Cadbury untuk Dhila. Orang kata, kalau demam kena makan coklat biar cepat sembuh.." Coklat Cadbury sepapan besar diberi pada Nadhila. Senyum lebar Nadhila.

" Wah!! Sedapnya. Akak macam tahu-tahu je Dhila suka makan coklat Cadbury ni. Terima kasih kak. Saaayang akak!!" Terujanya Nadhila dapat coklat. Terus sembuh kepalanya. Dah tak pusing.

" Aik!! Sayang Kak Ida je ke. Saya tak sayang?!" Eh.. Eh.. Dia nak juga.

" Ish!! Sibuk je. Saya dapat coklatlah. Awak tak ada. Tak boleh minta, kalau nak beli sendiri..! Kan Kak Ida kan.." Hahahaa.. Wahida gelak besar. Terhibur dia dengan gelagat Nadhila.

" Eleh... Tak hairan, saya boleh beli dengan kilang-kilangnya pun.." Balas Shakil. Sakat menyakat. Nadhila mengejek.

" Eleh... Jelouslah tu..!!" Masih lagi bergurau. Wahida gelak je. Seronok mereka bertiga.

Patutlah Sha terpikat dengan Dhila. Memang pandai menghiburkan hati orang. Dhila.. Dhila.. Disebalik keceriaan kau, sebenarnya kau terseksa. Sabarlah sayang. Moga kau diberi kekuatan untuk terus hadapi ujian dari Allah. 

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.