Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 34
Turun naik nafasnya, tak tahulah sama ada dia marah atau pun bengang. Tapi untuk apa dia marah dan untuk apa dia bengang. Siapa dia nak marah dan bengang pada Shakil. Dia bukan sesiapa pun pada Shakil. Memang bermasalah Nabiha ni.

Handphone dicampak atas tilam. Dia duduk bersila dan memeluk bantal. Berkerut sejuta muka.

"Patutlah banyak kali aku ajak keluar dia tak nak. Rupanya dah ada kekasih. Eeee sakitnya hati aku. Boleh pula nak dinner dengan kekasih malam ni. Sengaja nak menunjuklah tu. Kekasih a.k.a bakal tunang. Pooodah!! Ada aku kisah?! Huwaaaa!! Memang aku kisah pun sebab aku dah syok dekat kaulah Abang Sha. Tak boleh jadi ni. Aku nak kena tanya Abang Dip lagi. Aku nak betul-betul confirm kan benda ni.." kata Nabiha seorang diri. Lantas, tanpa fikir panjang. Terus Nabiha keluar dari biliknya dan mencari Nadhif di ruang tamu.

Nadhif tengah lena tidur di sofa. Kepenatan baru balik outstation, sampai rumah terus terlelap. Penatlah sangat. Yang memandu dari Penang ke KL pun si Shakil. Dia hanya berdengkur di sebelah.

" Abang Dip..!! Oh abang.. Bangunlah kejab..!!" Nabiha mengejutkan Nadhif. Berkali-kali.

"Nak apa Biha. Abang mengantuklah, penatlah.." serak suara Nadhif. Mata masih terpejam. Gangguan betul si Nabiha ni.

"Bangunlah. Kejab je. Ada hal penting Biha nak tanya ni. Lepas tu nanti abang tidurlah balik.. Abang Dip.. !! Eee bangunlah..!" Masih tak putus asa, tetap mahu Nadhif bangun juga. Digoncang-goncang bahu Nadhif.

" Penting apanya, cakap jelah. Abang dengar ni.." kata Nadhif. Mata masih tertutup rapat.

" Ishh!! Bangunlah. Duduk. Kejab jelah..!" Tetap Nabiha paksa. Dan akhirnya Nadhif duduk juga. Muka serabai je. Nabiha senyum.

" Apa dia. Cepatlah cakap.." Tanya Nadhif bengang.

" Abang..!! Biha nak tanya hal penting sangat-sangat ni. Biha nak abang tolong jawab dengan jujur. Boleh?!" Tanya Nabiha.

" Hmm.. Iya.." jawab Nadhif malas.

" Abang Dip.. Betul ke Abang Sha tu dah ada kekasih dan nak bertunang?" Tanya Nabiha menyusun ayat.

" Yang Biha tiba-tiba tanya ni kenapa. Biarlah dia nak ada kekasih ke nak bertunang ke. Biha menyibuk kenapa? Pelik..!" Terus jadi segar mata Nadhif. Menjeling pada Nabiha.

" Abang Dip.. ! Biha cuma nak tanya tu je. Bukan nak menyibuk pun. Cuma bertanya.. bertanya!!" Nabiha membalas jelingan Nadhif.

"Iya.. Dia dah ada kekasih. Puashati..!!" Jawab Nadhif geram. Sibuk je nak tahu hal orang.

" Confirm ke? Kekasih dia orang mana? Kerja dekat mana?" Nabiha masih tak berpuashati.

" Confirm ke?! Hey Biha.. Dah namanya pun kekasih, memang sah confirmlah tu. Peliklah dia ni.." Nadhif geleng kepala. Bengang pula dengan sikap Nabiha.

"Hmm.. Kekasihnya orang mana? Kerja apa?" Tanya Nabiha lagi. Soalan yang tidak dijawab oleh Nadhif tadi.

" Orang Selangor katanya tapi kerja mana, entahlah abang tak tahulah. Dahlah Biha, abang nak tidurlah..!" Nadhif pula yang bengang.

" Orang Selangor je kut. Biha pun orang Selangor juga. Abang..!! Apa kata, malam ni kita keluar makan nak? Biha belanja.." Cadang Nabiha semangat.

" Banyak duit kau nak belanja abang?! Duit tambang duit makan pun abang yang bagi.." Perli Nadhif. Nabiha sengeh-sengeh.

" Adalah duit tapi tak banyak. Setakat nak belanja Abang Dip, ada je.."penuh keyakinan bercakap.

" Tapi.. Tapi.. Ada syarat.!!" Berkerut lagi Nadhif.

" Aikk!! Nak belanja abang pun kena bersyarat? Pelik betul. Apa pula syaratnya.." Geleng kepala Nadhif. Nabiha senyum lebar.

"Syaratnya Abang Dip kena ajak Abang Sha sekali.. Okey?! " Nabiha kenyit mata pada Nadhif.

" Pula dah. Kau ni dah kenapa, makin lama abang tengok makin menggatal pula dengan Shakil tu..!" Keras suara Nadhif. Geram betul dia.

" Menggatal apanya. Nak ajak keluar makan je kut bukan ajak masuk hotel. Bisinglah abang ni.." Selamba Nabiha cakap.

" Kau ingat abang tak perasan ke, asyik tanya pasal Sha, lepas tu menggedik depan Sha. Hey Biha.. Malu tau tak abang ni. Abang selalu cerita dekat dia, kau ni lemah lembut, dengar cakap, pendiamlah pemalu tapi macam ni pula kau sekarang..!" Marah Nadhif. Senyum lebar lagi Nabiha.

" Ha!! Abang cerita pasal Biha dekat Abang Sha? Ya Allah..! Bestnya...!!" Tergedik pula Nabiha ni. Tercengang Nadhif.

" Laillahailallah Biha..! Apasal teruk betul perangai kau ni. Pening akulah.." Mengeluh keras Nadhif.

"Ishh!! Abang Dip ni.. Relax lah. Abang! Masa abang cerita pasal Biha tu kan. Abang Sha ada cakap apa-apa tak? Ada tak dia cakap dia berkenan dekat Biha ke. Iyalah kan.. Biha kan baik, lemah lembut, dengar cakap. Tak macam Kak Dhila tu.. Jahat!!" Memang tak sayang mulut betul Nabiha ni, mulut puaka pun kalah.

" Eh.. eh..!! Yang kau nak libatkan Kak Dhila tu kenapa? Dia ada kacau hidup kau ke? Setahu abang.. kau yang kacau hidup dia selama ni. Selalu tabur fitnah.." Menjeling geram Nadhif pada Nabiha. Terus Nabiha mengajuk-ajuk cakap Nadhif. Sakit hati sendiri.

" Biha tanya kan.. Ada tak Abang Sha cakap apa-apa pasal Biha? Jawablah..!!" Nabiha bertanya dan bertanya. Naik rimas Nadhif.

" Tak ada pun. Jangan nak perasan. Kau ingat dia tu meggedik macam kau..!" Nadhif kembali baring. Malas mahu layan Nabiha. Nabiha berdengus geram.

" Abang cepatlah. Call lah Abang Sha, ajak dia keluar makan malam ni. Cepatlah..!!" Beriya-iya betul Nabiha ni. Memang langsung tak ada rasa hormat dah pada Nadhif. Hilang semua perasaan malunya. Nadhif pejamkan mata. Mahu sambung tidur.

" Tak payahlah Biha. Dia pun tak ada dekat KL ni. Dia dekat Shah Alam..!" Jawab Nadhif dengan mata yang tertutup.

" Shah Alam? Buat apa? Kekasih dia orang Shah Alam ke?" Nabiha bertanya lagi.

" Manalah abang tahu..! Mungkinlah kut.." Nadhif menutup muka dengan bantal pula.

" Patutlah aku ajak keluar dia tak nak. Layan call aku pun tak nak. Rupanya... !!" Nabiha terlepas cakap.

" Apa?? Biha ajak Sha keluar makan? Biha contact dia ke?!" Nadhif dengar dan terus duduk. Pandang tepat ke wajah Nabiha. Terkedu Nabiha sekejab.

" Eh mana ada. Mana pula Biha dapat nombor dia. Apalah Abang Dip ni.." Nadhif masih pandang wajah Nabiha. Nabiha macam biasalah buat muka tak bersalah. Pandai berlakon.

" Biha jangan macam-macam ye. Sampai abang tahu. Siap kau!! Makan pelempang kau nanti. Jangan ingat abang tak pernah lempang Biha, Biha boleh buat sesuka hati. Jangan malukan abang..!!" Marah Nadhif. Bagi amaran pada Nabiha. Tapi Nabiha tak faham bahasa pun.

" Alaa.. Nak berkawan je kut salah ke Abang Dip. Biha ni dah besarlah, ada hati dan perasaan. Nak juga rasa bercinta dan dicintai.." Menjawab je Nabiha ni.

" Berkawan je kut!! Memanglah berkawan tu boleh tapi agak-agaklah. Kau tu perempuan, nak menggatal menggedik semua tu. Elok ke? Dah tahu kan, Sha tu dah ada kekasih tapi yang mengada sangat nak berkawan dengan dia tu kenapa? Dah tak ada jantan lain ke nak berkawan.." Nabiha mula rasa rimas dengan bebelan Nadhif.

" Tapi masalahnya.. Biha tak nak jantan lain. Biha nak dengan Abang Sha.. Abang Sha je. Apapun terjadi, Biha akan usahakan buat Abang Sha suka Biha. Eleh.. Abang Dip kan nak rekomenkan Biha dengan Abang Sha. Lupa ke apa yang Abang Dip dah cakap.." Terdiam Nadhif. Nasib..!! Nabiha senyum sinis.

" Abang cakap tu sebab abang tak tahu dia dah ada kekasih. Sekarang ni abang dah tahu. So, tak payah nak menggatal dengan Sha..!" Nabiha gelak kecil.

" Abang Dip..!!  Pepatah melayu kata. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata. Maka teruskan.. So, abang kena tunaikan kata-kata abang tu dan abang kena tolong Biha untuk dapatkan Abang Sha. Okey?!" Fuh!! Nadhif pula yang kena dengan Nabiha.

" Kau jangan nak mengajar abang pula ye. Ni abang nak bagitau. Kalau sampai kau buat benda tak elok, siap kau. Abang boleh buat kau lebih teruk dari abang buat Kak Dhila. Ingat!!" Mereka ni asyik bagi amaran dan bagi amaran. Hmm..

" Bosanlah Abang Dip ni. Tak habis-habis. Dhila.. Dhila.. Dhila..! Malaslah nak dengar nama dia. Dan, Biha pun tak peduli. Kalau abang tak tolong Biha dengan Abang Sha. Biha akan pergi jauh dari hidup abang. Macam Kak Dhila buat. Tapi Kak Dhila bodoh, pergi takat JB je. Senang nak cari. Tapi Biha akan pergi oversea. Biar padan muka abang. Dua-dua adik abang tak ada dengan abang. Macam mana, okey tak Abang Dip.!!" Selamba Nabiha cakap.


Senyum sinis pada Nadhif.

" Kau jangan nak kurang ajar ye Biha. Makin lama makin menjadi perangai kau kan. Dah pandai melawan, jangan sampai tangan abang ni hinggap dekat muka kau pula. Kau tak pernah kena lagi kan..!" Nadhif dah mula baran. Tapi cuba dikawal perasaannya. Masih ingat akan perbuatannya pada Nadhila dan ingat pesanan Shakil.

" Hmm... Okeylah Abang Dip. Malaslah Biha nak dengar bebelan abang ni. Masuk bilik tidur lagi baiklah..!!" Nabiha terus bangun dan menuju ke biliknya dengan perasaan sakit hati. Pintu bilik ditutup sekuat hati.

" Astagfirullah Al Azim.. Apa nak jadi dengan kau Biha. Perangai makin... Huh!! Sakit otak aku dibuatnya. Degil-degil Dhila pun, tak pernah dia cakap macam tu dekat aku.. Sambung tidur lagi baiklah..!!" Baru Nadhif tahu dan baru perasan. Dua sikap adiknya yang jauh sangat beza.

Kalau ikutkan api kemarahannya. Memang Nadhif nak je bagi penampar pada Nabiha tapi kalau boleh nak elak semua tu dan nak kawal perasaan tu. Tak nak terjadi lagi. Cuba untuk berubah. Tapi itulah, perubahan Nabiha lebih cepat dari perubahan dia. Nabiha dah makin berani dan melawan padanya. Nasiblah kau Nadhif. Yang jahat tak semestinya jahat dan yang baik tak semestinya baik tapi lagi dasyat bila yang jahat berpura-pura baik.

" Geram.. geram.. geram..!! Aku ajak pergi makan je kut. Abang Dip ni memang saja cari pasal. Tak apa, biarkan aku uruskan sendiri. Tak perlu pertolongan dari Abang Dip pun boleh lah. Ni Nabiha lah. Silap haribulan aku dan Abang Sha bersanding atas pelamin. Padan muka kekasih a.k.a bakal tunang Abang Sha. Menangis tak berlagulah kau.. Hahaahaa!!" Gelak kuat Nabiha. Ishh!! Angau dah Nabiha ni.

Melabuhkan badan di katil. Bernyanyi-nyanyi sendiri. Bermain dengan handphone. Layan facebook, instagram, twitter, telegram, whatsapp memang betul-betul sibuk dengan media sosial.

Kemudian, kembali duduk. Memikirkan sesuatu. Mencari idea.

"Aku kena cari jalan macam mana nak rapat lagi dengan Abang Sha. Kalau setakat call dan whatsapp bukan dia layan pun. Hmm... Apa ek?! Tak apalah. Nanti mesti dapat idea. Relax Nabiha. Relax..!!" Nabiha gelak lagi. Sakit jiwa kut Nabiha ni.

Entah apalah rancangannya lepas ni. Darah muda yang sedang melonjak mengikut kata hati   mengikut hawa nafsu. Tak fikir panjang pun, yang dia fikir keseronokan je. Hmm.. Nabiha.. Nabiha..!!

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.