Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,093
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
13

“Cis! Boleh terlepas lagi perempuan itu,” sambil mengetuk stereng keretanya. Diambilnya rokok dari dashboard. Dinyalakan dan dihisap kemudian dihembuskan dengan perlahan. Nampak gayanya dia sedang menikmati saat itu bersama rokoknya. Otaknya berligat berfikir apa yang perlu dibuat seterusnya.

Perempuan itu perlu diculik. Kalau tidak dapat culik, hapuskan sahaja. Dia tidak mahu menghapuskan perempuan itu sebegitu sahaja. Perempuan itu terlalu cantik dan sempurna dimatanya. Rugi jika dihapuskan tanpa menikmatinya.

Tiba-tiba telefonnya menyanyi nyaring meminta dijawab.

“Dahkah settle?” belum sempat dia menjawab helo suara dari sebalik sana menerjah telinganya.

“Belum lagi Abang Sam. Perempuan itu terlepas. Pegawai Polis, ASP Ram masuk campur,” balas lelaki sambil menjentik punting rokoknya.

“Dengar sini Arvin, kamu diberi masa sehingga hujung bulan ini. Kalau kau tak mampu buat apa-apa. Biarkan Kesh yang lakukannya. Faham?” Lelaki yang dipanggil Abang Sam itu memberi arahan.

Ketika ASP Ramnath sampai ke lokasi kejadian pukul dua pagi, terdapat lima buah kereta peronda, dua ambulan dan satu kereta bomba. Dalam dua ratus meter pita kuning polis dirantaikan,bagi mengelakkan orang awam atau pihak media menceroboh.

“Apahal ini? Apa yang berlaku di sini? Kenapa ada sampai dua ambulan?” Soal ASP Ramnath sambil berjalan ke arah rakan setugasnya, ASP Kamal dan ASP Kannan.

“Accident. Mangsa mengandung dan selamat cuma mangsa trauma. Mangsa berada dalam gaung lebih tiga jam,”terang ASP Kannan. Terbeliak mata ASP Ramnath mendengarnya.

“Macam mana boleh berlaku ini? Macam mana Accident itu berlaku? Apa kena mengena kita dalam kes ini? Ini bukan kes trafik ke?” Bertubi-tubi soalan ASP Ramnath. Dia tahu rakannya itu belum lagi membuka cerita kenapa mereka berada di lokasi itu.

“Ram, kalau ini kes kemalangan biasa memang kita tidak terlibat tetapi pihak bomba jumpa mayat perempuan di bawah. Bukan satu tapi lima. Pihak bomba baru sahaja mengesahkan kawasan yang terdapat mayat itu selamat tetapi perlu berhati-hati kerana curam. Mereka juga ada memasang sport light kuasa tinggi menerangi lokasi kejadian,” terang ASP Kannan

ASP Ramnath diam mendengar penerangan rakan. Dia terletakkan tangannya pada pelipis bibirnya menekannya perlahan. Dia sedang fikiran sesuatu.

“Mana pihak forensik? Saya nak jumpa dengan wakil mereka. Jom kita jumpa mereka dulu. Lepas aku nak turun ke lokasi kejadian sebelum itu aku nak tahu macam boleh tahu ada kereta di bawah?” Soal ASP Ramnath memandang tajam kawan-kawannya.

“Hujan lebat tadi mungkin faktor kemalangan. Apa pun kita tunggu sehingga mangsa sedar dan soal dia. Dia bertuah kerana ada kereta di belakangnya perasan kereta itu jatuh gaung,” jawab ASP Kannan.

“Ram kenapa dengan Seetha? Di mana dia sekarang? Dia ok ke?” pelbagai soalan dilontarkan oleh ASP Kamal.

Berkerut-kerut dahi ASP Ramnath mendengar soalan. Aik lain macam aje prihatin laki ini, bicara hati lakinya.

“Sudah jangan jealous dengan aku. Ini semua soalan Simran bila kau call tadi. tak kan lah dengan aku kau jealous?” bebel ASP Kamal mengundang ketawa di bibir sahabatnya.

“Seperti aku cakap tadi rumahnya kena pecah masuk. Sasaran mereka adalah bilik Seetha sahaja. Bilik kawan-kawannya langsung tidak di sentuh. Baik betul mereka di setiap pintu bilik dilabel dengan nama penghuninya. Dia tinggal seorang kat bilik utama. Seetha ok cuma terkejut sahaja. Tadi dia dah masuk tidur sebelum aku datang sini,” dengan panjang lebar ASP Ramnath menerang.

“Ram, ini Encik Fong dari unit forensik,” ASP Kannan mengenalkan mereka berdua.

Setelah berbincang sepuluh minit, ASP Ramnath, ASP Kamal dan Encik Fong serta dua belas orang dari unit forensik turun ke kawasan. Mereka juga didahului oleh pihak Bomba. ASP Kannan turut ingin serta tetapi ditegah oleh ASP Ramnath, dengan alasan isteri rakannya sedang bersarat menunggu masa. Penurunan ke gaung mengambil masa dua puluh minit, walaupun ada laluan kecil di buat oleh pihak bomba.

Bau bangkai menyusup ke deria bauan walaupun memakai mask jenis N95. Sebaik sahaja sampai ke lokasi kejadian amat memeranjat mayat bergelempangan di kawasan itu. Meruntun perasaan sesiapa yang melihatnya. Secara kasar En Fong mengandaikan bahawa mayat-mayat itu dicampak dari atas. ASP Ramnath dan ASP Kamal meninjau sekitar kawasan itu tanpa berkomunikasi. Mereka sebenarnya terkejut dengan sikap pembunuh ini dan motifnya. Pembunuhan yang cukup sadis. Setelah mengambil beberapa gambar di lokasi kejadian dua pegawai polis naik semula ke atas.

Pukul enam pagi kesemua mayat sudah dibawa naik ke atas dan dihantar HKL untuk bedah siasat. ASP Kannan ke HKL mengikut kumpulan polis yang mengiringi mayat-mayat tersebut.

ASP Ramnath dan ASP Kamal turun semula ke lokasi kejadian membuat peninjauan terakhir sebelum kembali ke ibu pejabat.

“Apa yang kau sedang fikirkan Ram? Apakah kita sedang berhadapan dengan pembunuh bersiri?” soal ASP Kamal bila sahabatbya bisu seribu bahasa.

“Aku rasa tak. Jom kita balik IPK. Aturkan satu masyuarat dengan Tuan Rashid dan lain-lain,” arah ASP Ramnath.

Previous: 12
Next: 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.