“Inilah
bilik tidur kita sayang,” ujar ASP Ramnath sambil meletakkan beg Seetha di tepi
sofa dalam bilik itu dan berbaring di atas katil.
Gulp!
Apasal laki ini tidur di sini. Macam suami isteri pulak tidur satu bilik tapi
memamg pun kami suami isteri. Adoi kena tidur sekali dengan dia ke? Macam-macam
suara bermain diotaknya sekarang. Walauapapun biar aku pergi
mandi,melekit-lekit badan aku ujar Seetha pada dirinya lalu masuk ke bilik air
dalam bilik.
Ketika
Seetha keluar dari bilik air, ASP Ramnath sedang berdiri di hujung bilik
berbual dengan telefonnya. Terperanjat Seetha melihat ASP Ramnath lelaki itu
hanya memakai tuala. Gelabah Seetha melihat badan sasa lelaki itu. Semuanya
yang dibuat tidak betul, ada ke patut dia krim siang pada waktu malam. Nasib baik
tidak pakai seluruh muka kalau tidak mesti membazir. Ingatkan toner
dipakaikannya rupa-rupanya make up removal pula diletakkan pada mukanya. Seetha
masuk semula ke bilik untuk mencuci mukanya.
Bila
pintu bilik air dibuka terserentak Seetha melihat ASP Ramnath sedang standar di
tepi bilik air sambil silang tangannya. Lelaki itu merenung tajam ke arahnya,
membuatkan Seetha lebih gabra.
“Nak
mandi dengan saya ke?” Soal ASP Ramnath, menahan ketawanya melihat Seetha yang
serba tidak kena sejak melihat lelaki itu tidak berbaju. Meletus juga ketawa
ASP Ramnath bila Seetha mengeleng kepalanya.
“Kalau
tak nak mandi saya, tolong keluar dari bilik air, saya nak mandi,” usik ASP
Ramnath.
Ketika
kelam-kabut hendak keluar dari bilik air, kaki Seetha tersadung dekat pintu bilik
air menyebabkan Seetha terarah ke depan berlanggar dengan dada bidang ASP
Ramnath. Seetha mengangkat kepalanya dari dada lelaki sambil memegang
hidungnya. Merah muka Seetha menahan malu yang teramat.
“Nasib
baik batu itu tidak pecah. Jenuh nak jawab dengan papa,”ucap lelaki itu sambil
melangkah ke dalam bilik air sambil menahan ketawanya.
Aik
kaki aku yang tersadung tidak di risau tapi batu itu dirisaunya bebel Seetha
dalam hati. Bila melihat bilik air ditutup sepantas kilat Seetha menyiapkan
diri, lalu berdiri di tepi tingkap. Ketika pintu bilik air di buka Seetha sudah
pun berdiri di tepi tingkap menghadap luar sambil menggunakan tab Di tingkap
itu, Seetha masih lagi boleh melihat bayang lelaki itu membuat jantungnya
memainkan lagu rock yang sumbang. Aghhh Seetha mengeluh kuat gara-gara cuak dia
kalah dalam permainan aplikasi Clash of Clan (COC) yang digemari oleh golongan
muda.
ASP
Ramnath sudah melebarkan senyuman bila melihat aksi isterinya yang serba tidak
kena. Bila dah siap berpakaian dia menghampiri isterinya, diambilnya tab dari
tangan isterinya dicampak ke atas katil. ASP Ramnath mencempung isterinya.
Terperanjat Seetha bila badannya tiba-tiba
melayang dia merangkul leher suaminya dan menutup matanya. Aksi Seetha
mengundang senyuman di bibir ASP Ramnath. Dia membawa isterinya ke katil dan
membaringkanya dan mengucup dahi serta pipinya. Seetha terbuai sebentar dengan
aksi suaminya.
“Selamat
malam sayang,” bisik ASP Ramnath di telinga membuatkan Seetha membuka mata. Dia
sempat menyambut tangan lelaki itu.
“Tak
nak tidur ke?”
“Kenapa
nak tidur dengan saya ke?” soal ASP Ramnath membuatkan Seetha bisu seribu
bahasa.
“Sayang
tidurlah. Saya ada panggilan
kerja,”balasnya bila Seetha diamkan diri. Sekali lagi dia menunduk mencium dahi
isterinya dengan penuh syahdu sebelum keluar dari bilik itu.