Dua hari kemudian.
Pap!
ASP Kamal melemparkan fail ke arah ASP Ramnath. Wajahnya
kemerahan menahan marah. ASP Ramnath memandang kawan baiknya dengan perasaan marah
tapi dengan segera dia menutup mata menenangkan diri sendiri.
“Kenapa marah ini? Teruk ke kena bambu kat mesyuarat tadi?”
Tanya ASP Ramnath membelek isi kandungan fail yang bertajuk ‘SULIT’ tapi dia
tidak membacanya dan meletakkan sebelah.
“Sejak tiga bulan lepas lima belas gadis berumur diantara
lima belas hingga enam belas hilang. Enam daripadanya hilang di kawasan Cheras.
Paling menarik adalah anggota kita yang bertugas di Balai Polis Cheras
mengeluarkan laporan budak-budak itu lari dengan teman lelaki,”panjang lebar
penerangan ASP Kamal. Terbeliak mata ASP Ramnath mendengar perkara itu.
“Hal ini sampai ke telinga Tuan Rashid, kerana bapa salah seorang budak itu adalah abang
sepupunya. Kita berdua akan bertugas di Balai Polis Cheras mulai esok.
“Aik! Kenapa pulak aku ikut bertugas di Cheras? Kerja aku
kat sini siapa nak buat?” Tanya ASP Ramnath bertubi-tubi.
“Tuan Rahsid take it this case more personally. Aku
diberikan mandat untuk memilih satu rakan tugas. Jadi aku pilih kau. Ada dua
sebab aku pilih kau,” balas ASP Kamal.
Tok! Tok! Tok!
“Boleh saya masuk Tuan?” kedengaran suara minta kebenaran
untuk masuk.
“Masuk,” serentak ASP Ramnath dan Asp Kamal memberi
kebenaran.
“Saya Sarjan Malik dari unit mahkamah. Tuan Ram hendak
berjumpa dengan saya. Apa yang saya boleh bantu tuan?” soal Sarjan Malik.
“Duduk dulu Sarjan,” arah ASP Ramnath. Diekor matanya dia
melihat ASP Kamal sedang merenung tajam ke arahnya. ASP menelan air liur
sebelum menyambung ayat seterusnya. Dia berasa berdebar sangat. Entah kenapa.
“Begini Sarjan,
saya sebenarnya nak minta tolong. Saya dalam proses memikat seseorang. Jadi
saya perlu megetahui sesuatu mengenainya
sebelum saya mulakannya,” sudah merah wajah ASP Ramnath menahan malu.
Sarjan Malik sudah mengorak senyuman. Ish, tuan aku
malu-malu kucing la pulak, getus hatinya. ASP Kamal pula menempatkan dirinya
tepi Sarjan Malik sambil memandang ke arah sahabatnya.
“Siapa wanita yang bertuah tu tuan? Apa yang saya boleh
bantu tuan? Tuan nak saya posmen ke?” seloroh Sarjan Malik. Mengundang ketawa
ASP Kamal.
“Seetha. Saya nak tahu pasal dirinya.” Terlopong Sarjan
Malik dan ASP Kamal mendengar jawapan ASP Ramnath. Dia sememangnya dah agak
reaksi dua manusia di hadapannya.
“Kalau ya pun terkejut
janganlah buka mulut macam itu. Satu rombongan lalat dah masuk dan keluar dari
mulut tu,” kutuk ASP Ramnath. Sarjan Malik dan ASP Kamal tersenyum mendengar
kutukan itu.
“Are you serious Ram? Awak baru sekali tengok dia. Tak
kan cinta pandang pertama kot? Biar betul engkau ini!” ASP Kamal bukan berniat
menghalang kawannya bercinta tapi dia tidak mahu mereka terluka. Baik Ram atau
Seetha.
“Bukan cinta pandang pertama tapi cinta lapan tahun,”
balas ASP Ramnath. Meraup wajahnya.
“Seetha isteri saya. Kami berkahwin lapan tahun
lepas.”sambung ASP Ramnath selepas melihat wajah cemberut dua manusia
dihadapannya. ASP Ramnath menceritakan serba ringkas apa yang berlaku lapan
tahun lepas. Mulut Sarjan Malik dan ASP Kamal ternganga luas. Entah berapa
banyak lalat yang buat rombongan ke dalam mulut mereka.
“Apa yang tuan hendak tahu mengenai Cik Seetha? Opss!
Puan Seetha?” soal Sarjan Malik selepas mendengar penjelasan ASP Kamal. Dia
berasa kagum dengan kesungguhan pegawainya.
“Saya nak dengar pandangan Sarjan mengenai Cik Seetha.
Ceritalah apa yang sarjan tahu. Saya nak dengar aje,” terang ASP Ramnath.
Belum sempat Sarjan Malik membuka mulutnya, pintu bilik
itu di ketuk dan kedengaran orang meminta kebenaran untuk masuk.
“Masuk.” ASP Kamal memberi arahan.
“Tuan, saya bawa arahan dari Tuan Rahsid. Beliau meminta Tuan
berdua ke Ampang sekarang. Ada tiga kes kematian serentak,” Koperal Hisham
menyampaikan arahan tapi sebelum habis penyampaian arahannya. Telefon bilik itu
berbunyi.
ASP Kamal menjawab panggilan bagi pihak ASP Ramnath. Di
corong telefon kedengaran suara Tuan Rashid. ASP Kamal mengangguk-angguk
menjawab panggilan itu dan menyerahkan panggilan itu kepada ASP Ramnath.
“Tuan.”
“Ram, saya secara peribadi minta kamu dan Kamal mengendalikan
kes ini. Tolomg saya Ram, tapi ini bukan arahan tapi permintaan Ram. Saya percaya
ganbungan kamu dengan Kamal mampu menyelesaikan masalah ini,”lirih benar suara
Tuan Rashid.
“Jangan bimbang Tuan. Kes ini akan selesai secepat
mungkin. Saya akan ke Cheras bersama Kamal sekarang juga Tuan,” balas ASP Ramnath
dengan tegas.
Selepas menjawab panggilan itu ASP Ramnath dan ASP Kamal
bergerak ke Cheras bersama dengan Koperal Hisham. ASP Ramnath sempat meminta
Sarjan Malik menyimpang rahsia mengenai perkahwinannya.