“Macam mana papa boleh terlupa tentang perkara
ini. Buat malu aje depan perempuan tua dan anaknya itu,” bentak Ravi sambil menghentak
meja komputer abangnya.
“Mana
papa tahu hal itu. Dato Alwi pun tak cerita. Papa bayar wang pendahuluan kat
laki itu sebanyak RM 2 juta untuk persetujuan menjual saham tidak termasuk
harga penjualan saham itu,” rungut Encik Sonnu,terasa dirinya tertipu.
“Orang
tua itu mesti tahu tentang hal ini tapi dia tipu papa,” balas Ravi sambil
melirik ke arah abangnya yang menyepi ketika ini.
“Entahlah.
Mungkin betul mungkin tidak. Kamu Raju apa kena? Senyap aje,” soal Encik Soonu,
dia perasan juga anak sulungnya dari tadi asyik mengelamun.
“Papa,
anak perempuan wanita tua tadi. Cunkan? Rasanya saya jatuh cinta pandang
pertama dengan wanita itu,” luah Raju sambil melangkah ke tingkap bilik itu.
Dari tingkat 23, setiap manusia yang lalu-lalang di bawah kelihatan seperti
semut.
Sepuluh bulan lepas
Setelah
tujuh tahun merantau dan menuntut ilmu di pelbagai Negara akhirnya, Harin
pulang semula ke tanah air atas permintaan ibu yang dikasihi. Harin kini
Malaysia.
Selesai
segala urusan bersama pihak imigresen, langkahnya diaturkan ke restoran makanan
ringan. Perutnya yang tidak diisi sejak semalam perlu dialas bagi mengelakkan
gastrik kembali. Belum sempat tangannya mencapai tombol pintu, Harin berlanggar
dengan seseorang. Badannya terasa hangat pijar. Rupa-rupanya kopi panas di
tangan gadis yang dilanggarnya itu tumpah atasnya. Baju putihnya bertukar
warna. Gadis di hadapannya kelihatan kecil besar dimatanya.
“Sorry.
Sorry. Sorry. Sorry. Please. Please. Please. Sorry. Sorry.” Dua perkataan itu
menguncikan mulutnya dari memarahi gadis itu. Comel pulak gadis ini bila minta
maaf. Beria-ria sungguh.
“Encik
jom kita ke klinik berhampiran. Kopi panas itu mungkin melecurkan kulit encik,”
ajak gadis itu, merah wajah itu. Mungkin menahan malu atau takut dengan dirinya
yang serius dari tadi.
“Sorry
encik. Baju encik pun dah kotor. Encik nak saya gantikan baju baru pun boleh.
Saya tak sengaja,” tawar gadis itu, perasaan bersalah kelihatan pada wajahnya.
“Tak
payah ganti. Awak takkan mampu ganti baju semahal ini. Sudahlah, hilang selera
makan saya disebabkan awak. Lain kali jalan tengok depan, bukannya tengok
lelaki handsome aje,” jerkah Harin, saja nak melihat reaksi gadis itu. Dalam
hatinya dia bertekad kalau dia jumpa sekali lagi gadis ini, akan menjadi suri
hatinya.
Bulat
mata, Shammitha mendengar jerkahan lelaki itu. Walaupun melanggar lelaki itu
bukan kesalahannya tapi hanya disebabkan kopi panasnya tumpah atas lelaki itu.
Dia merendahkan diri minta maaf.
“Kalau
mata encik itu jalan tengok depan, kenapa langgar saya yang tengok lelaki lain.
Apa mata encik pun miang tengok perempuan skirt pendek itu,” balasnya sambil
melangkah. Tidak pasal-pasal peramugari
itu menjadi mangsa mereka.
Terbeliak
mata Harin mendengar teguran itu, belum sempat dia membalas kata-kata wanita
itu, bahunya ditepuk.
“Ehh…
kenapa dengan baju kau? Terjun lombong atau kau tak sempat mandi sebelum naik
flight tadi?” soal Hakimi tanpa mengetahui pangkal cerita.
Tanpa
menjawab soalan sahabat, Harin menuju ke tandas berhampiran. Lima minit
kemudian, dia keluar semula dengan baju baru. ‘Nasib baik tadi terlintas dalam
hati nak letak sehelai baju dalam beg ini’ bisik hatinya. Matanya melilau
mencari sahabat baiknya merangkap pengurus di syarikat maknya. Persahabatan
dari zaman sekolah lagi.
Seperti
dijangka, sahabatnya sedang melakukan hobi kegemarannya mengusik pramugari-pramugari
yang lalu lalang di hadapannya. Tapi hari ini berlainan sikit, ada pramugari
bersembang dengannya. Nampak gayanya mereka sedang menukar nombor telefon.
“Eh…
Harin. Kenalkan ini Sarah, baru jadi kawan lima minit tadi. Sarah kenalkan ini
Harin kawan baik saya,” Helmi mengenalkan mereka gara-gara terkejut dengan
kehadiran sahabatnya.
“Hi.
Nice to meet you,” ujar Sarah sambil meneliti lelaki dihadapannya. Bibirnya
meleret senyuman manis kepada lelaki itu.
“Me
too. Ok bye,” balas Harin acuh tidak acuh sambil menarik tangan Helmi bergerak dari sana.
“Eh…
Ok bye Sarah. Keep in touch,” sempat lagi Helmi sampaikan pesanan kat wanita
itu.
“Hmmm…
Dua-dua kacak dan menarik. Satu aktif satu pasif. Pasif lebih menyerlah tapi
tak salah kalau cuba dua-dua,” bibir bergincu merah mengukir senyuman, matanya
memerhati langkah dua sahabat melangkah pergi.
“Macam
mana dengan awek tadi, suka tak? Aku ada nombor telefonnya,” canang Helmi,
mendahului sahabatnya sambil mendepakan tangannya.
“Bila
putus cinta dengan Farah?” soalan dari sahabatnya menghalang dirinya terus
melangkah malah menoleh. Kaku.
“Bila
masa aku putus dengan Farah?” soal Helmi pada dirinya sendiri. Walaupun
perlahan, tapi masih boleh didengar Harin.
“Tak
putuslah. Hujung bulan depan kami nak nikah.”
“Kalau
dah nikah, kenapa gatai nak nombor pramugari itu. Cari pasal ya?” tegur Harin,
bukannya dia tidak kenal dengan pasangan itu.
“Saja,
test market,” balas Helmi yang masih tidak mahu kalah. Farah Fariza
satu-satunya wanita yang membuatkan dirinya tidak tidur malam. Hampir nanar
penenangan wanita bila cinta tidak diterima oleh wanita itu. Nasib baik dengan bantuan Harin, hati
kedua-dua ibu bapa wanita itu dipikat dulu sebelum anak mereka menerima
cintanya.
“Hoi
mengelamun ke?” tegur Harin sambil menumpuk perlahan bahu kawannya. Benggang bila
mendapati dirinya bercakap seorang diri sambil berjalan. Ketika itu matanya
terpaku pada susuk tubuh yang memimpin tangan wanita tua berjalan. Menarik dan
pasti.