Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mak Mertuaku CEO
Mak Mertuaku CEO
N.Nitha
20/12/2016 03:13:43
3,711
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3

“Macam mana papa boleh terlupa tentang perkara ini. Buat malu aje depan perempuan tua dan anaknya itu,” bentak Ravi sambil menghentak meja komputer abangnya.

“Mana papa tahu hal itu. Dato Alwi pun tak cerita. Papa bayar wang pendahuluan kat laki itu sebanyak RM 2 juta untuk persetujuan menjual saham tidak termasuk harga penjualan saham itu,” rungut Encik Sonnu,terasa dirinya tertipu.

“Orang tua itu mesti tahu tentang hal ini tapi dia tipu papa,” balas Ravi sambil melirik ke arah abangnya yang menyepi ketika ini.

“Entahlah. Mungkin betul mungkin tidak. Kamu Raju apa kena? Senyap aje,” soal Encik Soonu, dia perasan juga anak sulungnya dari tadi asyik mengelamun.

“Papa, anak perempuan wanita tua tadi. Cunkan? Rasanya saya jatuh cinta pandang pertama dengan wanita itu,” luah Raju sambil melangkah ke tingkap bilik itu. Dari tingkat 23, setiap manusia yang lalu-lalang di bawah kelihatan seperti semut.

Sepuluh bulan lepas

Setelah tujuh tahun merantau dan menuntut ilmu di pelbagai Negara akhirnya, Harin pulang semula ke tanah air atas permintaan ibu yang dikasihi. Harin kini Malaysia.

Selesai segala urusan bersama pihak imigresen, langkahnya diaturkan ke restoran makanan ringan. Perutnya yang tidak diisi sejak semalam perlu dialas bagi mengelakkan gastrik kembali. Belum sempat tangannya mencapai tombol pintu, Harin berlanggar dengan seseorang. Badannya terasa hangat pijar. Rupa-rupanya kopi panas di tangan gadis yang dilanggarnya itu tumpah atasnya. Baju putihnya bertukar warna. Gadis di hadapannya kelihatan kecil besar dimatanya.

“Sorry. Sorry. Sorry. Sorry. Please. Please. Please. Sorry. Sorry.” Dua perkataan itu menguncikan mulutnya dari memarahi gadis itu. Comel pulak gadis ini bila minta maaf. Beria-ria sungguh.

“Encik jom kita ke klinik berhampiran. Kopi panas itu mungkin melecurkan kulit encik,” ajak gadis itu, merah wajah itu. Mungkin menahan malu atau takut dengan dirinya yang serius dari tadi.

“Sorry encik. Baju encik pun dah kotor. Encik nak saya gantikan baju baru pun boleh. Saya tak sengaja,” tawar gadis itu, perasaan bersalah kelihatan pada wajahnya.

“Tak payah ganti. Awak takkan mampu ganti baju semahal ini. Sudahlah, hilang selera makan saya disebabkan awak. Lain kali jalan tengok depan, bukannya tengok lelaki handsome aje,” jerkah Harin, saja nak melihat reaksi gadis itu. Dalam hatinya dia bertekad kalau dia jumpa sekali lagi gadis ini, akan menjadi suri hatinya.

Bulat mata, Shammitha mendengar jerkahan lelaki itu. Walaupun melanggar lelaki itu bukan kesalahannya tapi hanya disebabkan kopi panasnya tumpah atas lelaki itu. Dia merendahkan diri minta maaf.

“Kalau mata encik itu jalan tengok depan, kenapa langgar saya yang tengok lelaki lain. Apa mata encik pun miang tengok perempuan skirt pendek itu,” balasnya sambil melangkah. Tidak pasal-pasal peramugari itu menjadi mangsa mereka.

Terbeliak mata Harin mendengar teguran itu, belum sempat dia membalas kata-kata wanita itu, bahunya ditepuk.

“Ehh… kenapa dengan baju kau? Terjun lombong atau kau tak sempat mandi sebelum naik flight tadi?” soal Hakimi tanpa mengetahui pangkal cerita.

Tanpa menjawab soalan sahabat, Harin menuju ke tandas berhampiran. Lima minit kemudian, dia keluar semula dengan baju baru. ‘Nasib baik tadi terlintas dalam hati nak letak sehelai baju dalam beg ini’ bisik hatinya. Matanya melilau mencari sahabat baiknya merangkap pengurus di syarikat maknya. Persahabatan dari zaman sekolah lagi.

Seperti dijangka, sahabatnya sedang melakukan hobi kegemarannya mengusik pramugari-pramugari yang lalu lalang di hadapannya. Tapi hari ini berlainan sikit, ada pramugari bersembang dengannya. Nampak gayanya mereka sedang menukar nombor telefon.

“Eh… Harin. Kenalkan ini Sarah, baru jadi kawan lima minit tadi. Sarah kenalkan ini Harin kawan baik saya,” Helmi mengenalkan mereka gara-gara terkejut dengan kehadiran sahabatnya.

“Hi. Nice to meet you,” ujar Sarah sambil meneliti lelaki dihadapannya. Bibirnya meleret senyuman manis kepada lelaki itu.

“Me too. Ok bye,” balas Harin acuh tidak acuh sambil menarik tangan Helmi bergerak dari sana.

“Eh… Ok bye Sarah. Keep in touch,” sempat lagi Helmi sampaikan pesanan kat wanita itu.

“Hmmm… Dua-dua kacak dan menarik. Satu aktif satu pasif. Pasif lebih menyerlah tapi tak salah kalau cuba dua-dua,” bibir bergincu merah mengukir senyuman, matanya memerhati langkah dua sahabat melangkah pergi.

“Macam mana dengan awek tadi, suka tak? Aku ada nombor telefonnya,” canang Helmi, mendahului sahabatnya sambil mendepakan tangannya.

“Bila putus cinta dengan Farah?” soalan dari sahabatnya menghalang dirinya terus melangkah malah menoleh. Kaku.

“Bila masa aku putus dengan Farah?” soal Helmi pada dirinya sendiri. Walaupun perlahan, tapi masih boleh didengar Harin.

“Tak putuslah. Hujung bulan depan kami nak nikah.”

“Kalau dah nikah, kenapa gatai nak nombor pramugari itu. Cari pasal ya?” tegur Harin, bukannya dia tidak kenal dengan pasangan itu.

“Saja, test market,” balas Helmi yang masih tidak mahu kalah. Farah Fariza satu-satunya wanita yang membuatkan dirinya tidak tidur malam. Hampir nanar penenangan wanita bila cinta tidak diterima oleh wanita itu. Nasib baik dengan bantuan Harin, hati kedua-dua ibu bapa wanita itu dipikat dulu sebelum anak mereka menerima cintanya.

“Hoi mengelamun ke?” tegur Harin sambil menumpuk perlahan bahu kawannya. Benggang bila mendapati dirinya bercakap seorang diri sambil berjalan. Ketika itu matanya terpaku pada susuk tubuh yang memimpin tangan wanita tua berjalan. Menarik dan pasti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.