Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,074
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
20

“Joh-eun-ah-chim-imnida. Eo-seo-o-sib-si-o. (Selamat pagi. Selamat datang)” bagaikan halwa di telinga mendengar suara lembut pramugari Korean Air. Penerbangan dari KLIA ke Seoul Icheon Airport mengambil masa enam jam, melenguhkan segala sendi dalam badan.

Selepas selesai pemeriksaan pihak Imergresn, Kesh mengatur langkah ke arah wanita yang memakai gaun hijau pucuk memegang sepanduk yang tertulis namanya.

“I’m Kesh. You’re Miss Lee Hou Ree,” tegur lembut sambil menghadiahkan senyuman manis pada gadis kelahiran negara K-Pop.

Anggukkan balas dari gadis itu, melebarkan lagi senyuman lelaki itu. Dangan pantas, gadis itu mencapai beg ditangannya, sambil mengisyarat mengikuti jejak langkah dia. Sedikit terperanjat bercampur kaget dengan aksi gadis itu. Gadis itu meloloskan dirinya ke dalam sebuah kereta pacuan empat roda. Seolah-olah kenderaan itu sememangnya menanti kehadiran mereka. Tanpa bicara panjang, Kesh juga meloloskan diri dalam kenderaan itu.

Kereta pancuan empat roda itu berhenti di satu lokasi agak baru bagi diri Kesh. Ini bukanlah kali pertama lelaki itu menjejak kaki ke negara itu. Kesh keluar dari kenderaan sambil memandang sekeliling kawasan tersebut, diikuti gadis Korea. Dihadapan mereka satu bangunan pencakar langit berdiri megah dihadapan mereka. Entah berapa tingkat sukar dijangka, cahaya matahari tegak di atas membataskan pandangan mata.

“Selamat datang kawan. Apa khabar kamu?” tegur Mr Kim Joeyee dalam Bahasa Melayu, menampakkan barisan giginya. Dia memeluk tetamunya dari Malaysia.

“Hello Mr Kim. Wah, sudah pandai cakap Melayu. Saya baik. Awak?” tegur Kesh sambil membalas pelukkan lelaki itu.

“Saya baik, kawan. Bos apa khabar? Lama tidak dengar berita dari dia. Ini Miss Lee akan jadi awak punya teman di sini. Dia semua boleh buat,” terang lelaki badan gempal sambil senyum nakal. Dengan pantas dia menepuk pinggul gadis yang membawanya. Gadis itu ketawa manja.

“Ohh terima kasih Mr Kim. Saya penat. Di mana hotel saya? Saya mau tidur dulu,” sambil mengeliat menayangkan lengannya berotot.

“Kawan awak tinggal di penthouse saya di apartment ini. Miss Lee akan bawa awak ke sana dan teman awak. Jumpa malam nanti kawan,” terang lelaki yang tuturannya ala-ala Bangla di Malaysia.

Kesh terpegun sebentar, bila pintu kayu penthouse dibuka. Bagaikan syurga di bumi serasi dengan konsep warna putih dalam rumah itu. Sofa putih. Langsir putih. Kabinet putih. Pendek kata semuanya putih.

“Bilik kita di atas sana.”

“Hah! Awak pun boleh cakap Bahasa Melayu?” bulat mata Kesh memandang wanita bermata galak di sisinya. Kenapalah banyak kejutan di negara K-Pop hari ini?’ getus hati lelakinya.

“Saya belajar macam bos. Jom kita ke bilik,” terang Miss Lee sambil menarik tangan berotot lelaki menuju ke bilik. Bagaikan lembu dicucuk hidung, Kesh mengikuti langkah gadis itu tanpa bicara.

Sekali lagi Kesh terpegun melihat bilik itu. Juga menggunakan konsep warna putih. Sebuah katil bulat bersama kelambu di tengah bilik, sebelah kiri katil satu kolam jakuza menghadap menghadap tingkap. Sebelah kanan katil itu terletak meja mekap sekali dengan cermin, almari empat pintu dan satu pintu ke bilik air.

“Jom mandi,” ajakkan gadis itu, dibiarkan sepi. Jari jemari gadis itu pula memainkan peranan menanggal butang bajunya.

“Seetha, aku suka padamu.” Luah Kesh sambil mengenggam jari Miss Lee yang disangkanya Seetha. Dagu wanita disentuh lembut dan diangkat perlahan agar bertentang mata. Dia menunduk merapati ke bibir gadis itu. Tindakannya terbantut bila wajah Seetha hilang kembali kepada wajah Miss Lee. Dia menjarakan kedudukannya.

“Siapa Seetha? Teman wanita? Isteri? Atau skandal?” soal Miss Lee sambil memerhati jarinya yang berwarna hijau pucuk sepadan dengan gaunnya.

“Bakal isteri saya,” jawab Kesh sambil menarik gadis K-Pop itu menghampirinya. Jari kasar lelaki itu bermain sekitar wajah Miss Lee dan berhenti di bibir wanita itu.

“Seetha dalam epik Ramayanam, milik Putera Ayodhya Rama tapi Seetha ini milik awak? Atau awak ini Ravana, berkenan dan menculik isteri orang?” soalnya lagi sambil ketawa besar.

Soalan Miss Lee benar-benar menguji kesabaran lelaki dari Malaysia itu. Dengan pantas tangan yang mengusap wajah, mencengkam leher gadis itu. Terbeliak mata Miss Lee bila diperlakukan begitu oleh tetamu bosnya. Cengkaman kuat dari Kesh menyesakkan pernafasan wanita itu.

“Seetha hak milik aku seorang aje. Hanya aku dan aku akan pastikan dia jadi milk aku!” suara tengkingan Kesh bergema di bilik itu seraya itu dia melepaskan cengkamannya. Jatuh terjelepok Miss Lee, tangannya meraba leher masih terasa cengkaman lelaki itu. Matanya merah menahan marah yang teramat tapi kudrat wanita apa yang boleh dilakukan.

Kata-kata Miss Lee ada benarnya walaupun seketika tadi dia berang mendengarnya. Lantas dia mencapai telefon pintarnya. Nombor sepupunya Marina menjadi pilihan. Tahap kesabaran menipis bak kulit bawang, ketika voice massage menjawab panggilan. Nasib telefon pintar itu baik, kalau tidak sudah pasti dihempas telefon itu.

Dr Marina baru selesai melakukan FNAC (Fine Neddle Aspiration Cyctology) bagi pesakitnya, terperanjat terdapat melihat terdapat sepuluh panggilan yang tidak dijawabnya. Semua panggilan itu dari satu nombor yang dikenalinya. Bibirnya meleret senyuman. Belum sempat Dr Marina mendial kembali nombor itu, telefonnya bergetar sekali lagi.

“Vanakam. May I help you, Mr Cousion?” soal doktor itu dengan nada gurau.

“Marina! Saya ada soalan untuk awak. Awak pasti yang Seetha itu masih single?” bagaikan ledakan peluru M16. Bercantum bulu kening, Dr Marina mendengar soalan sepupunya. ‘Bertuah betul salam sejahtera aku tidak dibalas tapi aku pula disoal siasat,’getus hati wanita itu.

“Setahu aku Seetha masih solo. Taman hatinya belum ada kumbang yang menyinggah apatah lagi nak berumah,” begitu yakin sekali dengan sahabat baiknya. Marina berasa sedikit geram dengan sikap sepupunya sangsi terhadap Seetha.

“Begitu yakin. Bagaimana jika sekarang dia ada pemilik hatinya? Bagaimana jika perempuan tak bagi tau kau?” soal Kesh menduga persahabatan sepupunya bersama wanita yang disukainya.

“Mr.Kesh Jeeva kalau awak nak sangsi pasal Seetha, lupakan dia. Dia bukan pilihan awak. Saya kenal Seetha lebih sepuluh tahun. Kami tiada rahsia dan tiada sebab untuk berahsia. Sesiapa saja pilihan Seetha, saya orang pertama akan tahu. Faham?” tahap kesabaran Dr Marina mula merundum. Begitu yakin Marina dengan sahabat baiknya, tanpa mengetahui rahsia Seetha.

Perbualan telefon selama dua puluh berakhir bila Marina berjanji akan berbincang dengan Seetha bagi pihak sepupunya Kesh Jeeva. Apa sahaja keputusan Seetha, Kesh berjanji akan menerima dengan hati dan minda terbuka.

Walaupun perbualan dengan Kesh Jeeva tamat sejam lalu. Pemikiran Marina masih memikirkan mengenai Seetha. Hatinya berdebar semacam. Lantas Iphonenya dicapai dari atas meja mendial nombor sahabatnya. Sambil mendial matanya melirik ke arah jam dinding, menunjukkan pukul tiga petang.

Lagu Hips Don’t Lie kedengaran sayup pada Seetha. Berhenti. Dia mengemaskan lagi baringannya. Sekali lagi lagu yang sama menampar deria pendengarannya, Seetha membuka mata beberapa saat kemudian memejam matanya bila semula ASP Ramnath mengemaskan lagi pelukan. Lagu nyanyian Shakira itu berhenti. Bila kali ketiga lagu yang berkumandang, Seetha membuka mata. Dengan pantas, dia menolak tangan ASP Ramnath di pinggangnya, bangun mencapai telefon sebelum terhenti.

“Hello.”

“Hoi, tidur siang-siang! Telefon bunyi pun tak dengar,” jerkah Marina sambil menahan ketawa. Dia boleh bayangkan wajah kawannya ketika ini.

“Penat. Apasal call? Anything urgent?” soal Seetha sambil menonyoh matanya.

“Aik. Ada undang-undang baru untuk saya, bila urgent saja kena call. Sejak bila? Tak urgent pun saja rindu dengan awak. Tak palah kalau urgent saja boleh call. Bye.” Lirih suara Marina bila disoal begitu. Terasa sebentar.

Seetha bersalah bertanya sedemikian dengan sahabat baiknya. “Sorry Rina. Saya masih mamai. I miss you too. Bila boleh berjumpa?”

Antara sedar atau tidak perbualan mereka mencecah sejam tiga puluh minit. ASP Ramnath pun sudah bangun, mandi dan berpakaian tapi Seetha masih lagi bergayut. Hati lelaki itu sedikit tersuntik rasa cemburu. ASP Ramnath memandang isterinya, yang tidak mempedulikannya. Seolah-olah dia tidak wujud dalam kamar peraduan itu.

“Saya belum suka siapa-siapa pun. Bila ada saya bagi tau awak. Ok? Bye.” Seetha menamatkan panggilan telefonnya terperanjat bila melihat suaminya merenung tajam kepadanya. Dengan pantas tangan mencapai tuala dan melangkah ke bilik air.


**FNAC (fine needle aspiration for Cytology) ujian awal bagi mengesan jenis tumbuhan di badan. Biasanya dicucuk dengan jarum pada benjolan dan mengeluarkan sedikit cecair dari benjolan tersebut dan akan dihantar ke makmal Sitologi untuk diperiksa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.