Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,095
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
6

Langkah Seetha berhenti. Dia sedang mencongak ke mana perlu dia pergi dulu. Jumpa Dato Raj ke atau Tuan Kamaruddin. Seetha mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Tuan Kamaruddin dulu. Seetha ketuk pintu dahulu sebelum masuk.

“Seetha tolong ambil alih kes ini bagi pihak Dato Raj.” Arah Tuan Kamaruddin sambil menyerah fail kes kepadanya.

“Tuan, Dato Raj kat bilik dia kan? Kalau dia tahu nanti dia marah saya pulak.” Terang Seetha serba salah nak mengambil kes ini.

“Jangan bimbang Seetha. Dato Raj tengah cuti. Dia arahkan semua kesnya diserahkan pada awak. Lagipun saya yakin awak mampu melakukannya.” Terang Tuan Kamaruddin sambil senyum. Dia cukup memahami gadis di hadapannya cukup manja orangnya tetapi dedikasi dalam kerjanya amat menakjubkan.

“Mana klien ini tuan?” Tanya Seetha sambil membelek fail di tangannya itu.

“Mereka pergi makan dulu. Hari kamu lambat masuk ya? Jenuh mereka tunggu awak tadi Seetha.” Terang Tuan Kamaruddin sambil mengangkat keningnya.

“Sorry Tuan. Tadi singgah melawat bapa mertua di hospital. That’s why I’m late.” Seetha memberitahu hal sebenar kepada Tuan Kamaruddin sambil melihatkan barisan giginya. Comel lah tu.

“Seetha jangan main-main boleh tak? Umur dah boleh jadi mak budak sekarang ini tapi nak main-main lagi. Sudah pergi ke bilik kamu, bila Encik Kassim dan isterinya sampai, mereka akan ke bilik awak.” Arah Tuan Kamaruddin sambil mengeleng kepala. Patutlah Dato Raj selalu kata pening kepala bila layan Si Seetha.

“Wong, nanti ada klien nama EncikKassim dan isterinya. Benarkan mereka masuk dalam.” Seetha menyampaikan maklumat yang diperoleh dari Tuan Kamaruddin.

Sebaik sahaja Seetha duduk, Telefon pintarnya mengeluarkan bunyi menandakan ada pesanan masuk.

Miss u sayang. I love u.’ Husband

Terkaku Seetha melihat pesanan ringkas itu. Nak balas apa ye? Seetha mula berfikir. Blank! Ketika itu pintu biliknya di ketuk.

“Masuk.”

Wong menjenguk masuk bersama pasangan tua. “ Seetha ini Encik Kassim dan isterinya. Saya keluar dulu Seetha.

“Selamat Pagi. Saya Seetha. Peguam yang akan menolong Encik Kassim dan Puan?” Seetha memperkenalkan dirinya dan bertanya nama isteri Encik Kassim.

“Saya Maya. Panggil aje Kak Maya, Tak perlu perlu puan semua.” Isteri Encik Kassim memperkenalkan dirinya.

“Apa tujuan Encik Kassim dan Kak Maya ke sini?” soal Seetha walaupun dia telah membaca fail secara kasar tapi masih mahu dengar dari mulut mereka sendiri.

“Aku nak saman polis! Meraka tak bertanggungjawab! Boleh tolong ke tak?” Lantang suara Encik Kassim. Terkedu Seetha dibuatnya.

“Encik nak saman polis boleh tapi saya perlu tahu kenapa nak saman polis?” Seetha menjawab dengan tenang.

“Cucu kami Saliha berumur lima belas tahun dah tujuh hari menghilang. Dia pergi tuisyen dan tidak balik selepas itu. Laporan polis sudah dibuat tapi sehingga sekarang cucu kami tidak pulang. Kami risau sangat. Dialah satu-satunya cucu kami. Bila kami tanya kat polis mereka suruh aje.” Puan Maya bercerita sambil menangis.

“Jangan menangis Kak Maya. Saya akan menolong tapi Encik Kassim perlu berikan saya dua hari. Saya perlu buat sedikit selidikan sebelum kita failkan kes ini ke makamah. Saya sendiri akan ke rumah Encik untuk pengesahan nanti.” Janji Seetha kepada pasangan itu


Previous: 5
Next: 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.