Langkah Seetha
berhenti. Dia sedang mencongak ke mana perlu dia pergi dulu. Jumpa Dato Raj ke
atau Tuan Kamaruddin. Seetha mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Tuan
Kamaruddin dulu. Seetha ketuk pintu dahulu sebelum masuk.
“Seetha tolong ambil alih kes ini bagi pihak Dato Raj.”
Arah Tuan Kamaruddin sambil menyerah fail kes kepadanya.
“Tuan, Dato Raj kat bilik dia kan? Kalau dia tahu nanti
dia marah saya pulak.” Terang Seetha serba salah nak mengambil kes ini.
“Jangan bimbang Seetha. Dato Raj tengah cuti. Dia arahkan
semua kesnya diserahkan pada awak. Lagipun saya yakin awak mampu melakukannya.”
Terang Tuan Kamaruddin sambil senyum. Dia cukup memahami gadis di hadapannya
cukup manja orangnya tetapi dedikasi dalam kerjanya amat menakjubkan.
“Mana klien ini tuan?” Tanya Seetha sambil membelek fail
di tangannya itu.
“Mereka pergi makan dulu. Hari kamu lambat masuk ya?
Jenuh mereka tunggu awak tadi Seetha.” Terang Tuan Kamaruddin sambil mengangkat
keningnya.
“Sorry Tuan. Tadi singgah melawat bapa mertua di
hospital. That’s why I’m late.” Seetha memberitahu hal sebenar kepada Tuan
Kamaruddin sambil melihatkan barisan giginya. Comel lah tu.
“Seetha jangan main-main boleh tak? Umur dah boleh jadi
mak budak sekarang ini tapi nak main-main lagi. Sudah pergi ke bilik kamu, bila
Encik Kassim dan isterinya sampai, mereka akan ke bilik awak.” Arah Tuan
Kamaruddin sambil mengeleng kepala. Patutlah Dato Raj selalu kata pening kepala
bila layan Si Seetha.
“Wong,
nanti ada klien nama EncikKassim dan isterinya. Benarkan mereka masuk dalam.”
Seetha menyampaikan maklumat yang diperoleh dari Tuan Kamaruddin.
Sebaik sahaja Seetha duduk, Telefon pintarnya
mengeluarkan bunyi menandakan ada pesanan masuk.
‘Miss u sayang. I
love u.’ Husband
Terkaku Seetha melihat pesanan ringkas itu. Nak balas apa
ye? Seetha mula berfikir. Blank! Ketika itu pintu biliknya di ketuk.
“Masuk.”
Wong menjenguk masuk bersama pasangan tua. “ Seetha ini
Encik Kassim dan isterinya. Saya keluar dulu Seetha.
“Selamat Pagi. Saya Seetha. Peguam yang akan menolong
Encik Kassim dan Puan?” Seetha memperkenalkan dirinya dan bertanya nama isteri
Encik Kassim.
“Saya Maya. Panggil aje Kak Maya, Tak perlu perlu puan
semua.” Isteri Encik Kassim memperkenalkan dirinya.
“Apa tujuan Encik Kassim dan Kak Maya ke sini?” soal
Seetha walaupun dia telah membaca fail secara kasar tapi masih mahu dengar dari
mulut mereka sendiri.
“Aku nak saman polis! Meraka tak bertanggungjawab! Boleh
tolong ke tak?” Lantang suara Encik Kassim. Terkedu Seetha dibuatnya.
“Encik nak saman polis boleh tapi saya perlu tahu kenapa
nak saman polis?” Seetha menjawab dengan tenang.
“Cucu kami Saliha berumur lima belas tahun dah tujuh hari
menghilang. Dia pergi tuisyen dan tidak balik selepas itu. Laporan polis sudah
dibuat tapi sehingga sekarang cucu kami tidak pulang. Kami risau sangat. Dialah
satu-satunya cucu kami. Bila kami tanya kat polis mereka suruh aje.” Puan Maya bercerita
sambil menangis.
“Jangan menangis Kak Maya. Saya akan menolong tapi Encik
Kassim perlu berikan saya dua hari. Saya perlu buat sedikit selidikan sebelum
kita failkan kes ini ke makamah. Saya sendiri akan ke rumah Encik untuk
pengesahan nanti.” Janji Seetha kepada pasangan itu