Seetha membeli satu bungkusan
roti bijirin dan biskut kreamer di kedai dekat apartmen di diaminya.
Dengan perasaan bercampur aduk dia berjalan ke bilik Dr Simran merangkap kakak
angkatnya. "Good morning sis," dengan ramah Seetha menegurnya.
"Good morning to you too
Seetha,"balas Simran sambil memeluknya. "You nak ke bilik Dato Siva
kan? Come, I rasa ASP Ramnath tiada di bilik."
Seetha
membuntuti Simran ke bilik VIP yang menempatkan Dato Siva. "Dr Simran ada
panggilan dari kecemasan," jururawat dari kaunter memanggilnya. Dr Simran
meminta Seetha pergi dahulu Ke bilik Dato Siva. Belum sempat Seetha menolak
pintu, pintu tersebut dibuka dari dalam. Terperanjat Seetha melihat susuk tubuk
di depan matanya.
ASP Ramnath terperanjat bila
buka pintu, Seetha berdiri di muka pintu. Rasa macam mimpi pulak. Tindakan
refelks kot, ASP Ram terus memeluk Seetha dan menghadiahkan ciuman di pipi kiri
dan kanannya.
"Good morning, my
sweethearth," ucap ASP Ramnath sambil merapatkan dahinya dengan dahi
Seetha. Seetha tidak membalasnya, dia masih lagi terkejut dengan tindakan
refelks ASP Ramnath terhadap dirinya.
'Hish laki memang tak makan
saman sungguh. Tahulah dia berhak atas aku tapi jangan buat aku macam ini'.
"Good morning
Seetha," sekali lagi lelaki di hadapan aku ini mengucap, Suaranya
ditekankan sedikit. "Good morning," pelahan aje suara Seetha. Ram
melagakan hidungnya dengan Seetha sambil senyum mengoda. Seetha menundukkan
kepalanya, yang pasti wajahnya mesti seperti udang bakar. Ram suka melihat
Seetha malu dengan dia. Geram rasanya. 'Tunggu Ram belum masanya' pujuk Ram
dalam hatinya.
"Seetha nak jumpa Papa ye?
Masuklah. Saya nak ke bawah sekejap jumpa anggota. Will be back in 15 minutes
then we go breakfast," terang Ram sambil memberi ruang untuk Seetha masuk
ke bilik sambil senyum mengoda sambil scan diri Seetha.
Terkejut beruk Seetha bila
melihat Dr Satish dalam bilik Dato Siva yang merenungnya tajam ke arahnya.
Mesti laki akan khabarkan insiden sebentar tadi kat Asha.
"Good Morning Uncle. Good
Morning Doctor." Seetha tersenyum manis ke arah Dato Siva sambil
meletakkan roti dan biskut yang dibeli di atas meja sisi.
"Good Morning" kedua
lelaki dihadapannya membalas serentak.
"Saya keluar dulu Dato
nanti tengah hari saya datang lagi. Mungkin esok boleh keluar wad bila keputusan
ujian menujukkan penurunan. Terutamanya BP Dato," ujar Dr Satish sambil
tajam ke arah Seetha.
"Jangan bimbang doctor menantu
saya dah ada di sini lepas ini pressure
saya confirmtakkan naik lagi. Saya
nak tengok cucu-cucu saya dulu kan Seetha," selamba aje jawapan Dato Siva.
Lagi membahang wajah Seetha. Hi
biar betul orang tua ini anak lelakinya belum bagi kata putus. Pening aku.
Dah 30 minit aku dalam bilik
macam-macam soalan ditanya Dato Siva tapi anaknya yang kata akan balik dalam
15minit itu batang hidung pun tak nampak.
“Uncle, saya minta diri dulu. Petang nanti saya datang.”
Kata Seetha sambil memandang jam tangannya.
“Seetha tak nak tunggu Ram ke?” Tanya Dato Siva.
Seetha
tersenyum mendengar soalan Dato Siva. Walaupun Seetha tidak mahu bertemu dengan
Ram tapi Seetha tidak berani meninggalkan bilik itu sebelum kehadiran lelaki
itu.
“Saya
ada temujanji dengan klien pukul 11.00 nanti. Takut nanti lambat pulak saya
masuk firma.” Terang Seetha.
“Kalau
macam tu. Pergilah. Nanti papa beritahu Ram.” Lelaki di hadapan Seetha
mengelarkan dirinya papa. Seetha diam sebentar dan membalas dengan senyuman.
Ketika
Seetha melepasi bilik rehat staff di wad VIP, tangannya ditarik ke dalam bilik
itu. Terperanjat Seetha melihat Dr.Satish berdiri di hadapannya sambil senyum
sinis.
“Apa ini
doctor tarik tangan orang macam ini?” Seetha mula meradang.
“Aik.
Saya baru tarik tangan. Belum lagi kena cium. Dah marah? Tadi macam suka aje
bila kena cium?” Perli Dr Satish.
“Itu
bukan masalah doktor. Dia berhak.” Seetha mengeraskan suara.
“Hak
apa? Kamu ini perempuan simpanan ke?” Dr Satish ternyata luka bila keinginnan
hatinya ditolak. Lebih terluka bila melihat gadis pujaannya dipeluk dan dicium
oleh lelaki lain.
“Boleh
saya jawab soalan tu?” ASP Ramnath berdiri di tepi sambil berpeluk tubuh.
Matanya mengisyaratkan agar Seetha keluar dari bilik itu.
“I’m sorry my dear. Saya tidak dapat
keluar sarapan dengan sayang. Saya sibuk minggu ini. Nanti saya call sayang. I love you. I will settle this problem, sayang. Men’s talk will be
better.” Sempat ASP Ramnath menangkap tangannya sambil melihat matanya.
“It’s okay. Thank you.” Seetha membalas
pandangan matanya sebelum melarikan anak matanya.