Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,082
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
10

ASP Kamal menunggu buah hatinya, Simran di Chillies Mid Valley. Ada perkara penting yang perlu dibincangkan bersama buah hatinya hari ini. Dari jauh kelihatan Simran berjalan ke arahnya sambil senyum. Simran memakai gaun berwarna pink yang mempunyai ikatan reben bahagian dadanya, dia melepaskan rambutnya yang panjang sehingga bahu, dan mekap nipis. Gadis ini yang menyebabkan dirinya tidak tidur siang malam, makan tak kenyang dan mandi tak basah… fuhhh kerana sayang ASP Kamal sanggup bertunang dan menuggunya selama lima tahun

“Hi darling,”tegur Simran sambil memeluk tunangnya seerat-eratnya.

“Rindu ke?” ASP Kamal menghadiahkan kucupan pada ubun-ubun kepala tunangnya. Lima tahun bertunang inilah kali pertama dirinya dipeluk sedemikian. Selama ini Simran menjaga tingkah laku ketika bersamanya. Selalunya bila mereka berdating mesti ada orang ketiga menemani tapi bila petang tadi ASP Kamal mengajak bertemu berdua sahaja Simran terus bersetuju. Tiba-tiba kedengaran esakan kecil.

“Kenapa sayang menangis ini? Saya buat buat salah ke?” cuak rasanya bila melihat Simran menangis

“I miss u so much,” jawapan Simran membuatkan ASP Kamal tersenyum.

“Kita kahwin? Dua bulan dari sekarang. Ok?” Simran hanya menjawab dengan anggukan membuatkan ASP Kamal ketawa besar.

“Hoi! Kalau ye pun kau sedang cinta bagai rak pun cuba tengok sekeliling korang,” tempelak ASP Lingam sambil mengeleng kepala. Disebelahnya kelihatan Aruna isterinya, ASP Kannan dan isterinya Tina turut tersenyum melihat pasangan itu berpelukan. Nasib baik ketika itu tiada orang dalam restoran itu.

“Tak de restoran lain ke kat Mid Valley ini? Restoran ini jugak korang nak masuk lepas tu kacau feeling orang,” marah ASP Kamal.

“Banyak la kau punya feeling. Malas nak layan kau ini kami nak makan. Nak join tak?” ajak ASP Kannan.

ASP Kamal dan Simran berturut serta dengan mereka untuk makan malam rancangan dating mereka di ketepikan dahulu. Bagi mereka hubungan persahabatan lebih penting lagipun niat untuk dating telah tercapai. Mereka duduk bertentangan dengan pasangan masing-masing.

“Aku dengan Simran akan berkahwin dua bulan dari sekarang. Bulan Ogos.”ASP Kamal membuat pengumuman sambil mengosok tangan Simran yang duduk bertentangan mereka.

“Baguslah. Tak de lah engkau membujang sampai terlajak. Lepas ini tinggal Ram aje untuk cari pasangan. Jangan dia ikut kau sudah, tunang sampai lima tahun,” kutuk ASP Lingam.

“Tak dak maknanya, Ram dah berkahwin lapan tahun lepas.” Terbeliak mata semua yang berada di meja itu.

“Biar betul kamu Kamal, Ram dah kahwin?” soal ASP Lingam

“Dengan siapa?” ASP Kannan pula menyoal.

“Ya Ram dah berkahwin. Isterinya adalah Seetha. Sekarang Ram dalam proses pikat Seetha balik. Pantang dia jumpa minah mesti dipeluk dan dicium. Dia dijangkiti penyakit angau yang kronik,” terang ASP Kamal tanpa menyedari ASP Ramnath berdiri belakangnya.

“Sedap kutuk. Kenyang ke?” ASP Ramanth berdiri sambil menyilang tangan.

“Yo bro! Lama tak jumpa you bro.” tegur ASP Kannan lalu memeluknya diikuti ASP Lingam dan juga ASP Kamal.

“Kau buat apa kat sini?” soa ASP Kamal.

“Ingatkan nak dating tapi bila tengok kau orang semua terus tak jadi,” jawab ASP Ramnath selamba.

ASP Ramnath datang ke Midvalley untuk membeli CD tapi bertemu dengan Seetha di Popular. Dia telah minta Seetha menemaninya makan di Chillis tapi sekarang lain pulak jadinya.

“Ram it’s you my sweetheart. I miss you so much. You balik Malaysia langsung tak call I pun. Tak rinduI ke? Bila you balik Malaysia, sweetheart,” bertubi-tubi soalan Jessie atau Jacinta sambil memeluk erat ASP Ramnath dan mengucup mesra pipinya.

“Sengal betul,” gumam ASP Kamal perlahan tapi masih dapat didengari oleh Simran. ASP Kannan dan ASP Linggam buat muka bosan, Mereka semua mengenali Jc ketika berada di UK dahulu. Jc suka meminati ASP Ram walaupun tidak pernah dilayan tapi aksi berani Jc hari ini memeranjatkan semua orang termasuk ASP Ram sendiri.

Ketika itu Seetha, melangkah masuk ke dalam restoran itu. Terperanjat dia melihat wanita lain memeluk dan mencium ASP Ram. Seetha terus keluar dari restoran dengan perasaan kecewa. Kakinya sedang melangkah ke tempat letak kereta. Perasaannya tidak dapat digambarkan sekarang.

Tiba-tiba tangannya ditarik ke arah tangga kecemasan, Seetha tidak sempat menjerit kerana mulutnya ditutup. Di sebalik pintu tangga kecemasan, Seetha dilepaskan.

“Datuk Raj! Datuk kenapa tarik saya macam tu? Bukankah Dato pergi bercuti? Bagaimana boleh berada di sini? Dato ok ke?” bertubi-tubi soalan Seetha sambil menilik tubuh Dato Raj. Wajah lelaki ini kelihatan cengkung dan kurang bermaya, tubuhnya juga kelihatan kurus daripada biasa.

“Seetha, nyawa saya dalam bahaya. Saya terpaksa sembunyikan diri kerana tidak mahu Datin terlibat sama. Saya tengah menyiasat mengenai kehilangan gadis-gadis di sekitar Selangor. Saya tidak boleh tonjolkan diri saya buat masa sekarang. Kamu jaga diri kamu, saya yakin kamu akan dicari juga oleh mereka. Tolong saya bekukan harta Dato Shiva sehingga saya datang. Saya dah poskan kamu dokumen itu. Ok Seetha, saya pergi dulu jaga diri kamu.” Arah Dato Raj kepada Seetha, kerana dialah satu-satunya harapan Dato Raj sambil turun ke tingkat bawah.

Belum sempat Seetha buka mulut kelibat Dato Raj hilang dari pandangannya. Tiba-tiba Seetha berasa takut berada di situ. Dengan segera Seetha, keluar dari situ bertembung dengan ASP Ramnath yang sememangnya sedang mencari dia.

“Sayang buat apa kat sana?” soal ASP Ramnath sambil menguak pintu tangga kecemasan itu. Seetha mengerdipkan matanya sebagai jawapan soalan ASP Ramnath. Bajet comel.

“Sayang jangan cuba goda saya. Karang saya angkat awak balik rumah. Cukup sepuluh bulan sayang akan jadi mama. Setuju?’ soal ASP Ramnath sambil senyum nakal dan mengangkat kedua-dua keningnya. Dengan pantas Seetha mengelengkan kepalanya. Fuhh bahaya sungguh lelaki ini. Orang buat muka comel dia kata muka goda dia pulak.

“Hmmm disebabkan sayang larikan diri dari jumpa saya tadi. Jom teman saya makan KFC. Saya lapar, jom,” ajak ASP Ramnath sambil menarik tangan Seetha menuju ke KFC.

Selepas makan ASP Ramnath menghantar Seetha ke apartmentnya dan pulang ke rumahnya. Dia tidak membenarkan  Seetha memandu seorang diri pada waktu malam dan ada agenda tersembunyi.

Previous: 9
Next: 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.