“Ram sudah-sudahlah
angau kau ini,” ujar ASP Kamal menepuk bahu sahabatnya yang berfikir sesuatu.
“Apa ini Kamal main tepuk-tepuk macam ini.Kacau aje,”
marah ASP Ramnath tapi kawannya hanya sengih macam kerang busuk.
“Dari tadi aku panggil kau tak menyahut. Angau tak
habis-habis. Mesti ingat kat Seetha,” balas ASP Kamal.
“Hoi! Kau ingat aku tak ada kerja ke? Asyik nak ingat
Seetha ke? Tak perlu la, sekarang aku kan dekat dengan dia. Bila aku rindu aje
aku pergilah melihat dia,” balas ASP Ramnath sambil mengangkat keningnya dan
senyum memanjang.
“Eeeeee. Bila jumpa dia mesti engkau nak peluk cium dia
kan? Memang sengal engkau ini,” balas ASP Kamal. Dia memahami maksuddi sebalik
senyuman kawan baiknya itu.
“Biarlah, Seetha kan isteri aku dan suka aje bila aku
buat macam itu. Dia tak pernah menghalang mahupun menolak aku, so aku proceedaje,” jawab ASP Ramnath sambil ketawa melihat cemberut
kawannya. Setiap kali bertemu dengan Seetha mesti aku mengucupnya, tapi
sehingga sekarang Seetha tidak pernah memberi reaksi untuk aksi aku mungkin
sedikit melampau. Sedikit aje.
“Sudahlah malas aku nak layan miang keladi kau tu. Aku
sebenarnya nak tanya kau pasal kes ini. Ada sesuatu yang tidak kena dalam kes
ini,” wajah ASP Kamal kembali kepada serius.
“Betul tu. Itu yang Aku tengah fikir tadi. Nama budak
yang Seetha sebut tiada dalam senarai. Katanya mangsa ada buat laporan di balai
polis Cheras tapi mana laporannya. Pelik kan? Cuba kau periksa balik senarai
ini mana tau aku miss nama tu ke?”sambil menyerahkan senarai nama kepada
sahabatnya.
Berkerut-kerut dahi ASP Kamal melihat senarai nama itu. Memang
betul kata kawannya, nama yang Seetha sebut tiada dalam senarai budak hilang.
Macam mana boleh terlepas nama itu. Pelik. Konspirasi apa yang berlaku di balai
itu? Fikir ASP Kamal.
Lima belas minit kemudian ASP Ramnath dan ASP Kamal
menghadap Tuan Rahsid. Mereka menyampaikan laporan siasatan mereka pagi tadi.
Mereka juga menyatakan pertemuan dan siasatan dengan Seetha.
“Tuan, nama yang disebut oleh Puan Seetha tiada dalam
rekod tuan. Katanya laporan. polis telah dibuat tapi mana laporannya. Balai
Cheras bermisteri tuan dan ada sesuatu tidak kena di sana,”ujar ASP Kamal.
Berkerut-kerut dahi Tuan Rahsid.ASP Ramnath lebih mendengar dari menyampuk.
“Hmmm. Pelik betul,” belum habis Tuan Rahsid bercakap
pintu bilik itu diketuk. Setelah diberi kebenaran, Koperal Hisham masuk.
“Tuan ini laporan forensik mangsa petang tadi,” ujar
Koperal Hisham sambil menyerahkan fail kepada ASP Ramnath
“Terima Kasih duduk dulu Koperal. Tuan dalam misi ini,
izinkan Koperal bersama kami tuan. Beliau banyak membantu,” terang ASP Ramnath.
“Kebenaran diberikan. Koperal kamu disertakan dalam misi
ini. Saya akan buat surat meminta makluman untuk ketua polis Negara. Semua kes
penculikan akan terus ke meja kamu berdua. Selesaikan masalah ini secepat
mungkin sebelum menjadi kronik Ram dan Kamal. Nanti serahkan saya ringkasan
mengenai laporan forensik,” arah Tuan Rahsid menamatkan mesyuarat itu.
“Ram, Hisham aku nak balik dulu. Otak aku beku buat masa
sekarang. Aku nak balik mandi, dating dan makan. Jangan kacau aku. Aku pun nak
peluk Simran,” sindir ASP Kamal.
“Laa. Pelik betul kau ini. Otak beku kau tu akan cair ke
bila peluk Simran? Kalau macam tu pergilah cepat. Biar cepat cair otak kau.
Kamu macam mana pulak Koperal? Kena peluk isteri jugak ke?,” bidas ASP Ramnath
sambil katawa. Terpinga-pinga Koperal Hisham mendengar soalan pengawai
atasannya.
“Errrr. Tuan isteri saya balik rumah mak dia tengah
pantang untuk anak sulung baru dua minggu,” jawab Koperal Hisham dengan tulus.
“Hahahaha.
Koperal kami sedang bergurau. Nanti awak akan faham dengan sikap kami. Ok aku
balik dulu.” Terang ASP Kamal sambil ketawa melihat ketulusan anggotanya. Bagus
juga ada anggota macam ini, puji dalam hati.