Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,107
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
7

Dua hari kemudian.

Pap!

     ASP Kamal melemparkan fail ke arah ASP Ramnath. Wajahnya kemerahan menahan marah. ASP Ramnath memandang kawan baiknya dengan perasaan marah tapi dengan segera dia menutup mata menenangkan diri sendiri.

“Kenapa marah ini? Teruk ke kena bambu kat mesyuarat tadi?” Tanya ASP Ramnath membelek isi kandungan fail yang bertajuk ‘SULIT’ tapi dia tidak membacanya dan meletakkan sebelah.

“Sejak tiga bulan lepas lima belas gadis berumur diantara lima belas hingga enam belas hilang. Enam daripadanya hilang di kawasan Cheras. Paling menarik adalah anggota kita yang bertugas di Balai Polis Cheras mengeluarkan laporan budak-budak itu lari dengan teman lelaki,”panjang lebar penerangan ASP Kamal. Terbeliak mata ASP Ramnath mendengar perkara itu.

“Hal ini sampai ke telinga Tuan Rashid, kerana bapa salah seorang budak itu adalah abang sepupunya. Kita berdua akan bertugas di Balai Polis Cheras mulai esok.

“Aik! Kenapa pulak aku ikut bertugas di Cheras? Kerja aku kat sini siapa nak buat?” Tanya ASP Ramnath bertubi-tubi.

“Tuan Rahsid take it this case more personally. Aku diberikan mandat untuk memilih satu rakan tugas. Jadi aku pilih kau. Ada dua sebab aku pilih kau,” balas ASP Kamal.

Tok! Tok! Tok!

“Boleh saya masuk Tuan?” kedengaran suara minta kebenaran untuk masuk.

“Masuk,” serentak ASP Ramnath dan Asp Kamal memberi kebenaran.

“Saya Sarjan Malik dari unit mahkamah. Tuan Ram hendak berjumpa dengan saya. Apa yang saya boleh bantu tuan?” soal Sarjan Malik.

“Duduk dulu Sarjan,” arah ASP Ramnath. Diekor matanya dia melihat ASP Kamal sedang merenung tajam ke arahnya. ASP menelan air liur sebelum menyambung ayat seterusnya. Dia berasa berdebar sangat. Entah kenapa.

“Begini Sarjan, saya sebenarnya nak minta tolong. Saya dalam proses memikat seseorang. Jadi saya perlu megetahui sesuatu mengenainya sebelum saya mulakannya,” sudah merah wajah ASP Ramnath menahan malu.

Sarjan Malik sudah mengorak senyuman. Ish, tuan aku malu-malu kucing la pulak, getus hatinya. ASP Kamal pula menempatkan dirinya tepi Sarjan Malik sambil memandang ke arah sahabatnya.

“Siapa wanita yang bertuah tu tuan? Apa yang saya boleh bantu tuan? Tuan nak saya posmen ke?” seloroh Sarjan Malik. Mengundang ketawa ASP Kamal.

“Seetha. Saya nak tahu pasal dirinya.” Terlopong Sarjan Malik dan ASP Kamal mendengar jawapan ASP Ramnath. Dia sememangnya dah agak reaksi dua manusia di hadapannya.

“Kalau ya pun terkejut janganlah buka mulut macam itu. Satu rombongan lalat dah masuk dan keluar dari mulut tu,” kutuk ASP Ramnath. Sarjan Malik dan ASP Kamal tersenyum mendengar kutukan itu.

“Are you serious Ram? Awak baru sekali tengok dia. Tak kan cinta pandang pertama kot? Biar betul engkau ini!” ASP Kamal bukan berniat menghalang kawannya bercinta tapi dia tidak mahu mereka terluka. Baik Ram atau Seetha.

“Bukan cinta pandang pertama tapi cinta lapan tahun,” balas ASP Ramnath. Meraup wajahnya.

“Seetha isteri saya. Kami berkahwin lapan tahun lepas.”sambung ASP Ramnath selepas melihat wajah cemberut dua manusia dihadapannya. ASP Ramnath menceritakan serba ringkas apa yang berlaku lapan tahun lepas. Mulut Sarjan Malik dan ASP Kamal ternganga luas. Entah berapa banyak lalat yang buat rombongan ke dalam mulut mereka.

“Apa yang tuan hendak tahu mengenai Cik Seetha? Opss! Puan Seetha?” soal Sarjan Malik selepas mendengar penjelasan ASP Kamal. Dia berasa kagum dengan kesungguhan pegawainya.

“Saya nak dengar pandangan Sarjan mengenai Cik Seetha. Ceritalah apa yang sarjan tahu. Saya nak dengar aje,” terang ASP Ramnath.

Belum sempat Sarjan Malik membuka mulutnya, pintu bilik itu di ketuk dan kedengaran orang meminta kebenaran untuk masuk.

“Masuk.” ASP Kamal memberi arahan.

“Tuan, saya bawa arahan dari Tuan Rahsid. Beliau meminta Tuan berdua ke Ampang sekarang. Ada tiga kes kematian serentak,” Koperal Hisham menyampaikan arahan tapi sebelum habis penyampaian arahannya. Telefon bilik itu berbunyi.

ASP Kamal menjawab panggilan bagi pihak ASP Ramnath. Di corong telefon kedengaran suara Tuan Rashid. ASP Kamal mengangguk-angguk menjawab panggilan itu dan menyerahkan panggilan itu kepada ASP Ramnath.

“Tuan.”

“Ram, saya secara peribadi minta kamu dan Kamal mengendalikan kes ini. Tolomg saya Ram, tapi ini bukan arahan tapi permintaan Ram. Saya percaya ganbungan kamu dengan Kamal mampu menyelesaikan masalah ini,”lirih benar suara Tuan Rashid.

“Jangan bimbang Tuan. Kes ini akan selesai secepat mungkin. Saya akan ke Cheras bersama Kamal sekarang juga Tuan,” balas ASP Ramnath dengan tegas.

Selepas menjawab panggilan itu ASP Ramnath dan ASP Kamal bergerak ke Cheras bersama dengan Koperal Hisham. ASP Ramnath sempat meminta Sarjan Malik menyimpang rahsia mengenai perkahwinannya.

Previous: 6
Next: 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.