Atas permintaan Dato Raj, Seetha dan Kak Shima datang berjumpa klien bagi pihak Dato Raj. "Kak Shima kita ini kat hospital ke balai polis?" soal Seetha sambil mempakir kereta bila dia melihat sekeliling hospital dipenuhi polis.
"Kamu tak dengar berita pagi ke?" soal Shima. Seetha hanya membalas dengan gelengan sahaja.
"Memang kamu ini ketinggalan zaman la Seetha. Pagi ada pengawai polis kena tembak depan rumah tapi tersasar. Bapa pengawai melihat dari balkoni rumah anak kena tembak terus kena sakit jantung," terang Shima dengan penuh perasaan.
"Siapa pengawai polis itu Kak Shima?" soal Seetha dari pagi jantungya asyik berdegup pantas entah kenapa. Seetha memandang Shima sambil menunggu jawapannya.
Berkerut-kerut dahi Shima memikirkfan sesuatu. "Tak ingatla pulak nama orang itu Seetha, tapi yang akak tahu pengawai polis itu handsome. Kalau Seetha tengok dia mesti jatuh cinta kat dia. Dah mula aura nak mengusik saya.
"Saja aje Kak Shima kacau kita," merajuk Seetha.
"Aik merajuk pulak! Akak pasti kamu akan jatuh cinta dengan pegawai polis itu". Usikan tidak berhenti di situ sahaja malah terbawa-bawa sampai ke dalam lift sehingga ke wad VIP.
Sebaik sahaja tiba di kaunter pertanyaan wad VIP, "cik tumpang tanya sikit? Bilik Dato Shiva di mana ye? Kami dari pejabat peguam, beliau yang suruh datang, "lembut sungguh suara Shima mendahului Seetha.
"Sebentar cik, saya minta kebenaran mereka," balas jururawat tersebut sambil mendail dan bercakap sesuatu di telefon.
"Cik sila ikut sebelah kanan bilik nombor satu," terang jururawat sambil senyum. Selepas mengucapkan terima kasih kami mengikut arah yang diberitahu oleh jururawat tadi.
Setibanya hadapan bilik itu, telefon bimbit Seetha berbunyi " Akak masuk dulu. Saya jawab panggilan ini dulu", kata Seetha sambil menyelokar beg tangannya. Macam tong sampah gerutu Seetha. Nasib baik Seetha berjaya menjumpai telefonnya sebelum berhenti, " hello" .
Sebaik sahaja memutuskan panggilan Seetha mencari Kak Shima lalu membuka tombol pintu satu yang tertera nama Dato Siva, entah kenapa degupan jantung memainkan irama rock pulak hari ini. Sebaik sahaja pintu dibuka tiga orang pegawai polis beruniform sedang memandang tajam Seetha dan Kak Shima. Di tengah bilik itu kelihatan seorang lelaki berumur sedang baring dan seorang lagi tanpa baju dan berplaster di bahu berdiri di sebelahnya sambil memandang tajam ke arah Seetha hinggakan Seetha tertunduk kerana tidak mampu melawan pandangan mata itu.
"Akak, Dato yang kita cari tu dah keluar wad, ini salah bilik akak," perlahan aje suara Seetha tapi masih boleh didengari oleh di hadapan mereka.
"Maaf cik kami tersalah bilik," kata Shima dengan perlahan. Ketika Seetha berpusing tangannya terlanggar meja sisi pesakit, dushh. Belum Seetha mengaduh kesakitan.
"Carefull Seetha," suara itu membuatkan jantung Seetha berirama hard metal pulak. Dengan perlahan Seetha kalih pada tuan punya suara mengangguk dan berjalan keluar. Semua yang berada dalam bilik itu kaku sebentar mendengar teguran itu.
"Jom la Kak Shima. Cepat" Seetha menarik tangan Shima yang juga kaku keluar dari bilik itu. Dia perasan ada sepasang mata asyik memandangnya.
"Seetha bila nak belanja saya makan?" suara ASP Kamal memecahkan hening di bilik itu. Seetha yang hendak keluar dari bilik itu tidak menjadi menyambung langkahnya, berpusing menghadap tuan empunya suara. Bila melihat ASP Kamal senyum kepadanya, Seetha membalas senyuman itu.
"Nanti tanya Simran bila dia free, then inform me," jawab sambil memandang ke arah lelaki berplaster di bahu dan lelaki yang berumur. Mereka juga sedang memandang ke arah Seetha.
" Anyone looking for me?" Suara yang datang dari belakangnya membuatkan Seetha berkalih pantas.
"Oh sis. How are u ?" Soal Seetha sambil memeluk Simran merangkap kakak angkatnya. Simran adalah doktor di hospital itu.
"I'm fine sweety. What brings you here?" Soal Simran sambil memandang sekeliling bilik itu.
Seetha menceritakan serba ringkas mengapa dia boleh berada di bilik itu.
"Ok sis saya perlu pergi. Sis bincang dengan En Kamal ini dan beritahu bila kita boleh keluar makan sekali, " kata Seetha sambil menjeling ke arah ASP Kamal yang senyum kepadanya.
"Seetha, can I have your number?" Semua yang ada di bilik diam dan terkejut dengan soalan ASP Ramnath termasuk Seetha. Degupan jantung Seetha bermainkan pelbagai rhytm sekarang ini. Lebih kuat bila mendapati lelaki itu berdiri dihadapannya sekarang sambil memegang handphonenya.
"Number?"
"012 5677322," jawab Seetha. Semua yang ada dalam bilik itu terkejut dengan jawapan Seetha, mananya tidak Seetha tidak gemar memberikan nombor telefon kepada sesiapa pun.
Berkerut- kerut dahi ASP Ram menaip nombor itu ke dalam telefonnya, balutan di bahunya menyukarkan dia menggunakan telefon pintar itu.
"Pain? Can I help?" Soal Seetha. ASP Ramnath terus memberikan telefon pintar itu kepada Seetha. Terlopong mulut semua orang dalam bilik itu. Seetha menaip sesuatu dalam telefon itu dan memberikannya balik kepada ASP Ramnath pusing dan terus keluar dari bilik itu sambil manarik tangan Kak Shima juga kaku dan terlopong melihat insiden yang berlaku dihadapannya itu.
"Ram kamu kenal dengan Seetha ke?" soalan dari ASP Kamal membuatkan ASP Ramnath diam seketika. Ada rahsia yang tidak diketahui oleh rakan-rakan itu.
"Ram," ketiga-tiga rakannya memandang ke arahnya dan Dato Siva.
"Lingam tolong aku belikan 100 Plus sebotol. Rasa macam dehidrasi pulak," ASP Ramnath mengelak daripada menjawab soalan ASP Kamal.
ASP Ramnath, ASP Kamal, ASP Lingam, dan ASP Kannan berkawan baik sejak zaman kanak-kanak malah sekolah yang sama dan universiti yang sama juga. Cuma bidang kursus yang berbeza, mereka berempat dari keluarga yang berada tapi menyertai PDRM untuk mencari pengalaman.
Sekarang mereka bertiga orang menemani ASP Ramnath menjaga papanya selepas insiden pagi ini. Sudah menjadi rutin kepada ASP Ramnath pergi jogging seawal enam pagi sebelum pergi kerja tapi pagi ini ketika ASP Ramnath melakukan senaman ringan dia ditembak dari arah jauh. Nasib baik peluru yang di lepaskan hanya bergeser dengan bahunya menyebabkan cedera ringan. "Ram!" jerit Dato Shiva dari balkoni terus terjelopok sambil memegang dada.
"Dad! Telefon polis dengan ambulans,"arah ASP Ramnath kepada pengawal rumahnya sambil berlari masuk ke dalam rumah.
Biarlah dulu nanti mereka akan tahu jugak rahsia itu. Seetha dah cukup matang sekarang ini, tanpa disedari ASP Ramnath senyum.
"Kau ok ke Ram? Apa pasal senyum sorang-sorang ini," tegur ASP Lingam.
"Saje aje sedekah kat kamu sedikit senyuman. Salahke?"sambil menjungkit keningnya.