Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,107
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
5

Seetha membeli satu bungkusan roti bijirin dan biskut kreamer di kedai dekat apartmen di diaminya. Dengan perasaan bercampur aduk dia berjalan ke bilik Dr Simran merangkap kakak angkatnya. "Good morning sis," dengan ramah Seetha menegurnya.

"Good morning to you too Seetha,"balas Simran sambil memeluknya. "You nak ke bilik Dato Siva kan? Come, I rasa ASP Ramnath tiada di bilik."

Seetha membuntuti Simran ke bilik VIP yang menempatkan Dato Siva. "Dr Simran ada panggilan dari kecemasan," jururawat dari kaunter memanggilnya. Dr Simran meminta Seetha pergi dahulu Ke bilik Dato Siva. Belum sempat Seetha menolak pintu, pintu tersebut dibuka dari dalam. Terperanjat Seetha melihat susuk tubuk di depan matanya.

ASP Ramnath terperanjat bila buka pintu, Seetha berdiri di muka pintu. Rasa macam mimpi pulak. Tindakan refelks kot, ASP Ram terus memeluk Seetha dan menghadiahkan ciuman di pipi kiri dan kanannya.

"Good morning, my sweethearth," ucap ASP Ramnath sambil merapatkan dahinya dengan dahi Seetha. Seetha tidak membalasnya, dia masih lagi terkejut dengan tindakan refelks ASP Ramnath terhadap dirinya.

'Hish laki memang tak makan saman sungguh. Tahulah dia berhak atas aku tapi jangan buat aku macam ini'.

"Good morning Seetha," sekali lagi lelaki di hadapan aku ini mengucap, Suaranya ditekankan sedikit. "Good morning," pelahan aje suara Seetha. Ram melagakan hidungnya dengan Seetha sambil senyum mengoda. Seetha menundukkan kepalanya, yang pasti wajahnya mesti seperti udang bakar. Ram suka melihat Seetha malu dengan dia. Geram rasanya. 'Tunggu Ram belum masanya' pujuk Ram dalam hatinya.

"Seetha nak jumpa Papa ye? Masuklah. Saya nak ke bawah sekejap jumpa anggota. Will be back in 15 minutes then we go breakfast," terang Ram sambil memberi ruang untuk Seetha masuk ke bilik sambil senyum mengoda sambil scan diri Seetha.

Terkejut beruk Seetha bila melihat Dr Satish dalam bilik Dato Siva yang merenungnya tajam ke arahnya. Mesti laki akan khabarkan insiden sebentar tadi kat Asha.

"Good Morning Uncle. Good Morning Doctor." Seetha tersenyum manis ke arah Dato Siva sambil meletakkan roti dan biskut yang dibeli di atas meja sisi.

"Good Morning" kedua lelaki dihadapannya membalas serentak.

"Saya keluar dulu Dato nanti tengah hari saya datang lagi. Mungkin esok boleh keluar wad bila keputusan ujian menujukkan penurunan. Terutamanya BP Dato," ujar Dr Satish sambil tajam ke arah Seetha.

"Jangan bimbang doctor menantu saya dah ada di sini lepas ini pressure saya confirmtakkan naik lagi. Saya nak tengok cucu-cucu saya dulu kan Seetha," selamba aje jawapan Dato Siva.

Lagi membahang wajah Seetha. Hi biar betul orang tua ini anak lelakinya belum bagi kata putus. Pening aku.

Dah 30 minit aku dalam bilik macam-macam soalan ditanya Dato Siva tapi anaknya yang kata akan balik dalam 15minit itu batang hidung pun tak nampak.

“Uncle, saya minta diri dulu. Petang nanti saya datang.” Kata Seetha sambil memandang jam tangannya.

“Seetha tak nak tunggu Ram ke?” Tanya Dato Siva.

Seetha tersenyum mendengar soalan Dato Siva. Walaupun Seetha tidak mahu bertemu dengan Ram tapi Seetha tidak berani meninggalkan bilik itu sebelum kehadiran lelaki itu.

“Saya ada temujanji dengan klien pukul 11.00 nanti. Takut nanti lambat pulak saya masuk firma.” Terang Seetha.

“Kalau macam tu. Pergilah. Nanti papa beritahu Ram.” Lelaki di hadapan Seetha mengelarkan dirinya papa. Seetha diam sebentar dan membalas dengan senyuman.

Ketika Seetha melepasi bilik rehat staff di wad VIP, tangannya ditarik ke dalam bilik itu. Terperanjat Seetha melihat Dr.Satish berdiri di hadapannya sambil senyum sinis.

“Apa ini doctor tarik tangan orang macam ini?” Seetha mula meradang.

“Aik. Saya baru tarik tangan. Belum lagi kena cium. Dah marah? Tadi macam suka aje bila kena cium?” Perli Dr Satish.

“Itu bukan masalah doktor. Dia berhak.” Seetha mengeraskan suara.

“Hak apa? Kamu ini perempuan simpanan ke?” Dr Satish ternyata luka bila keinginnan hatinya ditolak. Lebih terluka bila melihat gadis pujaannya dipeluk dan dicium oleh lelaki lain.

“Boleh saya jawab soalan tu?” ASP Ramnath berdiri di tepi sambil berpeluk tubuh. Matanya mengisyaratkan agar Seetha keluar dari bilik itu.

I’m sorry my dear. Saya tidak dapat keluar sarapan dengan sayang. Saya sibuk minggu ini. Nanti saya call sayang. I love you. I will settle this problem, sayang. Men’s talk will be better.” Sempat ASP Ramnath menangkap tangannya sambil melihat matanya.

It’s okay. Thank you.” Seetha membalas pandangan matanya sebelum melarikan anak matanya.

Previous: 4
Next: 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.