ASP
Kamal menunggu buah hatinya, Simran di Chillies Mid Valley. Ada perkara penting
yang perlu dibincangkan bersama buah hatinya hari ini. Dari jauh kelihatan
Simran berjalan ke arahnya sambil senyum.
Simran memakai gaun berwarna pink yang mempunyai ikatan reben bahagian
dadanya, dia melepaskan rambutnya yang panjang sehingga bahu, dan mekap nipis.
Gadis ini yang menyebabkan dirinya tidak tidur siang malam, makan tak kenyang
dan mandi tak basah… fuhhh kerana sayang ASP Kamal sanggup bertunang dan
menuggunya selama lima tahun
“Hi
darling,”tegur Simran sambil memeluk tunangnya seerat-eratnya.
“Rindu ke?” ASP Kamal menghadiahkan kucupan pada
ubun-ubun kepala tunangnya. Lima tahun bertunang inilah kali pertama dirinya
dipeluk sedemikian. Selama ini Simran menjaga tingkah laku ketika bersamanya.
Selalunya bila mereka berdating mesti ada orang ketiga menemani tapi bila
petang tadi ASP Kamal mengajak bertemu berdua sahaja Simran terus bersetuju.
Tiba-tiba kedengaran esakan kecil.
“Kenapa sayang menangis ini? Saya buat buat salah ke?”
cuak rasanya bila melihat Simran menangis
“I miss u so much,” jawapan Simran membuatkan ASP Kamal
tersenyum.
“Kita kahwin? Dua bulan dari sekarang. Ok?” Simran hanya
menjawab dengan anggukan membuatkan ASP Kamal ketawa besar.
“Hoi! Kalau ye pun kau sedang cinta bagai rak pun cuba
tengok sekeliling korang,” tempelak ASP Lingam sambil mengeleng kepala. Disebelahnya kelihatan Aruna isterinya, ASP
Kannan dan isterinya Tina turut tersenyum melihat pasangan itu berpelukan. Nasib
baik ketika itu tiada orang dalam restoran itu.
“Tak de restoran lain ke kat Mid Valley ini? Restoran ini
jugak korang nak masuk lepas tu kacau feeling orang,” marah ASP Kamal.
“Banyak la kau punya feeling. Malas nak layan kau ini
kami nak makan. Nak join tak?” ajak ASP Kannan.
ASP Kamal dan Simran berturut serta dengan mereka untuk
makan malam rancangan dating mereka di ketepikan dahulu. Bagi mereka hubungan
persahabatan lebih penting lagipun niat untuk dating telah tercapai. Mereka
duduk bertentangan dengan pasangan masing-masing.
“Aku dengan Simran akan berkahwin dua bulan dari
sekarang. Bulan Ogos.”ASP Kamal membuat pengumuman sambil mengosok tangan
Simran yang duduk bertentangan mereka.
“Baguslah. Tak de lah engkau membujang sampai terlajak.
Lepas ini tinggal Ram aje untuk cari pasangan. Jangan dia ikut kau sudah,
tunang sampai lima tahun,” kutuk ASP Lingam.
“Tak dak maknanya, Ram dah berkahwin lapan tahun lepas.”
Terbeliak mata semua yang berada di meja itu.
“Biar betul kamu Kamal, Ram dah kahwin?” soal ASP Lingam
“Dengan siapa?” ASP Kannan pula menyoal.
“Ya Ram dah berkahwin. Isterinya adalah Seetha. Sekarang
Ram dalam proses pikat Seetha balik. Pantang dia jumpa minah mesti dipeluk dan
dicium. Dia dijangkiti penyakit angau yang kronik,” terang ASP Kamal tanpa
menyedari ASP Ramnath berdiri belakangnya.
“Sedap kutuk. Kenyang ke?” ASP Ramanth berdiri sambil
menyilang tangan.
“Yo bro! Lama tak jumpa you bro.” tegur ASP Kannan lalu
memeluknya diikuti ASP Lingam dan juga ASP Kamal.
“Kau buat apa kat sini?” soa ASP Kamal.
“Ingatkan nak dating tapi bila tengok kau orang semua
terus tak jadi,” jawab ASP Ramnath selamba.
ASP Ramnath datang ke Midvalley untuk membeli CD tapi
bertemu dengan Seetha di Popular. Dia telah minta Seetha menemaninya makan di
Chillis tapi sekarang lain pulak jadinya.
“Ram it’s you my sweetheart. I miss you so much. You
balik Malaysia langsung tak call I pun. Tak rinduI ke? Bila you balik Malaysia,
sweetheart,” bertubi-tubi soalan Jessie atau Jacinta sambil memeluk erat ASP
Ramnath dan mengucup mesra pipinya.
“Sengal betul,” gumam ASP Kamal perlahan tapi masih dapat
didengari oleh Simran. ASP Kannan dan ASP Linggam buat muka bosan, Mereka semua
mengenali Jc ketika berada di UK dahulu. Jc suka meminati ASP Ram walaupun
tidak pernah dilayan tapi aksi berani Jc hari ini memeranjatkan semua orang
termasuk ASP Ram sendiri.
Ketika itu Seetha, melangkah masuk ke dalam restoran itu.
Terperanjat dia melihat wanita lain memeluk dan mencium ASP Ram. Seetha terus
keluar dari restoran dengan perasaan kecewa. Kakinya sedang melangkah ke tempat
letak kereta. Perasaannya tidak dapat digambarkan sekarang.
Tiba-tiba tangannya ditarik ke arah tangga kecemasan,
Seetha tidak sempat menjerit kerana mulutnya ditutup. Di sebalik pintu tangga
kecemasan, Seetha dilepaskan.
“Datuk Raj! Datuk kenapa tarik saya macam tu? Bukankah
Dato pergi bercuti? Bagaimana boleh berada di sini? Dato ok ke?” bertubi-tubi
soalan Seetha sambil menilik tubuh Dato Raj.
Wajah lelaki ini kelihatan cengkung dan kurang bermaya, tubuhnya juga
kelihatan kurus daripada biasa.
“Seetha, nyawa saya dalam bahaya. Saya terpaksa
sembunyikan diri kerana tidak mahu Datin terlibat sama. Saya tengah menyiasat
mengenai kehilangan gadis-gadis di sekitar Selangor. Saya tidak boleh tonjolkan
diri saya buat masa sekarang. Kamu jaga diri kamu, saya yakin kamu akan dicari
juga oleh mereka. Tolong saya bekukan harta Dato Shiva sehingga saya datang.
Saya dah poskan kamu dokumen itu. Ok Seetha, saya pergi dulu jaga diri kamu.”
Arah Dato Raj kepada Seetha, kerana dialah satu-satunya harapan Dato Raj sambil
turun ke tingkat bawah.
Belum sempat Seetha buka mulut kelibat Dato Raj hilang
dari pandangannya. Tiba-tiba Seetha berasa takut berada di situ. Dengan segera
Seetha, keluar dari situ bertembung dengan ASP Ramnath yang sememangnya sedang
mencari dia.
“Sayang buat apa kat sana?” soal ASP Ramnath sambil
menguak pintu tangga kecemasan itu. Seetha mengerdipkan matanya sebagai jawapan
soalan ASP Ramnath. Bajet comel.
“Sayang jangan cuba goda saya. Karang saya angkat awak
balik rumah. Cukup sepuluh bulan sayang akan jadi mama. Setuju?’ soal ASP
Ramnath sambil senyum nakal dan mengangkat kedua-dua keningnya. Dengan pantas
Seetha mengelengkan kepalanya. Fuhh bahaya sungguh lelaki ini. Orang buat muka
comel dia kata muka goda dia pulak.
“Hmmm disebabkan sayang larikan diri dari jumpa saya
tadi. Jom teman saya makan KFC. Saya lapar, jom,” ajak ASP Ramnath sambil
menarik tangan Seetha menuju ke KFC.
Selepas makan ASP Ramnath menghantar Seetha ke
apartmentnya dan pulang ke rumahnya. Dia tidak membenarkan Seetha memandu seorang diri pada
waktu malam dan ada agenda tersembunyi.