Ketika ASP Ramnath, ASP
Kamal dan Koperal Hisham, pihak media sudah berkumpul di tempat kejadian.
Ketika mereka keluar dari kereta, mereka pula dikerumun dengan
wartawan-wartawan di situ.
“Tuan
Ram adakah anda akan menyiasat kematian ini? Adakah mereka dibunuh atau
sememangnya mereka membunuh diri?” bertubi-tubi soalan ditujukan kepada mereka
Dengan pantas koperal Hisham memainkan peranan. Dia mendepakan
tangannya membuka jalan untuk pengawai atasan bergerak ke lokasi kejadian.
Terdapat dua anggota polis yang berada di tempat kejadian berlari membantu
koperal Hashim menghalang wartawan mendekati pegawainya.
“Selamat tengah hari Tuan Ram dan Tuan Kamal. Saya Sarjan
Meor, Tuan. Sila ikut saya tuan. Mayat suami isteri telah pun di ke Hospital
Ampang untuk bedah siasat tuan. Pihak forensic ada di dalam buat siasatan. Tuan
saya menjumpai kad nama ini di tangan mayat lelaki tadi,” Sarjan Meor
menyerahkan kad nama tersebut kepada ASP Kamal.
Berkerut-kerut dahi ASP Kamal melihat kad nama tersebut
sementara ASP Ramanth berjalan sekitar kawasan kejadian.
“Ram. Tengok ini.” panggil ASP Kamal sambil menghulurkan
kad nama.
Berkerut-kerut dahi ASP Ramnath melihat kad nama itu.
Lagi terkejut bila dia melihat nama Seetha pada kad nama itu.
“Tuan. Sini.” Jerit Sarjan Meor dari hujung rumahnya. Dia
tidak dapat menyambung ayatnya dan mula muntah.
ASP Ram dan ASP Kamal segera bergerak ke tempat Sarjan
Meor. Kad nama yang berada di tangan, ASP Ramnath menyimpannya dalam kocek
bajunya. Bila mereka sampai di tempat Sarjan Meor bau busuk yang teramat.
Kembang tekak mereka berdua. Dengan pantas mereka mengeluarkan sapu tangan dan
menutup hidung.
Di
hujung rumah itu menempatkan barangan lama dan mungkin tidak digunakan lagi.
Bau busuk yang teramat itu datang dari celah barangan lama. ASP Kamalmendekati
pada
timbunan barangan lama itu. Bau busuk itu semakin kuat, dalam hatinya kuat
mengatakan ada sesuatu di sebalik timbunan barangan lama itu. ASP Kamal
mengalihkan dua tiga barang…
“Ram!” jeritnya selepas melihat mayat sedang berkulat
sebalik timbunan barangan lama.
“Panggil orang foresik ke sini,” ASP Ram mengarahkan
anggotanya selepas melihat mayat itu. Dia berjalan ke arah kereta. Serabutnya!
Mula-mula tiga mayat yang menggantungkan diri, lepas itu kad nama Seetha di
tangan mayat lelaki dan satu mayat lelaki di belakang rumah. Apa kaitan semua
ini dengan Seetha?
“Ram. Mayat lelaki di belakang tu bernama Tamar. Dia
seorang detektif persendirian. Saya faham apa bermain di fikiran kamu kala ini.
Segala-galanya akan terungkai dengan jawapan Seetha. Jom kita pergi jumpa
Seetha,” ajak ASP Kamal selepas melihat kawannya tidak senang sejak melihat kad
nama Seetha.
Dari tempat kejadian ke firma Seetha bekerja mengambil
masa lebih kurang sejam kerana kesesakan jalan raya. Selepas memakir kereta ASP
Ram dan ASP Kamal berjalan ke Wisma Raj yang juga firma Seetha bekerja. Sebaik
sahaja mereka memasuki bangunan itu, telefon ASP Ramnath berbunyi, dia
menunujukkan isyarat supaya ASP Kamal meneruskan dulu perjumpaan dengan Seetha.
Tok! Tok! ASP Kamal mengetuk pintu dan masuk selepas
mendengar perkataan masuk dari orang dalam.
“Hi Seetha,” ASP Kamal menegur Seetha.
“Duduklah.
Bagi saya dua minit. Saya save document dulu,” terang Seetha. Ketika itu juga
pintu diketuk lagi.Seetha menyuruh masuk.
“Hi,
sayang,” ASP Ram berjalan ke arah Seetha dan mengucup dahinya dengan penuh
syahdu.
“Seetha.
Kami ada beberapa soalan. Harap awak dapat menjawab soalan kami dengan jujur.”
ASP Kamal memulakan mukadimah selapas rakannya mengambil tempat di sebelahnya. Seethe
mengangguk sambil mengerutkan dahi.
“Kamu
kenal ke pasangan suami isteri Kassim dan Maya?” Soal ASP Kamal sementara ASP
Ramnath hanya memerhati dan merekod perbualan mereka.
“Kenal.
Mereka adalah klien saya. Petang nanti saya akan pergi ke rumah mereka. Dia orang
nak saman polis,” jawab Seetha.
“Hah!
Nak saman polis! Kenapa?” terkejut beruk ASP Kamal dan ASP Ramnath mendengar
jawapan Seetha.
“Cucu
mereka hilang. Bila buat laporan, polis buat kerja sambil lewa,” balas Seetha
sambil senyum melihat rupa dua jejaka yang terkejut.
“Siapa
nama cucu mereka?” ASP Ramnath pula menyoal.
“Saliha.”
“Ok
Seetha kita berhenti dulu. If anything we will be back to you. Another one more
thing, kamu tidak perlu berjumpa dengan Kassim dan Maya. There are gone. Mereka
bunuh diri,” terang ASP Ramnath sambil mencium dahi Seetha sebelum
keluar dari bilik sambil ketawa. ASP Kamal hamya mengeleng kepala melihat aksi
kawannya.
Seetha
juga bangun dan mengikuti mereka sehingga ke pintu. Setelah mereka keluar,
Seetha berdiri di hadapan pintunya menegur Wong.
“Wong
sudahkah kamu hubungi Tamar? Dapat tak?
“Tidak
dapat Seetha. Asyik ke voice mail aje. Nanti saya cuba call Tamar lagi,” balas
Wong.
Nama
Tamar menarik minat ASP Ramnath dan ASP Kamal. Mereka berdua berkalih serentak
dan berjalan ke arah Seetha.
“Siapa
itu Tamar Seetha,” soal ASP Ramnath sambil memandang tajam.
Gulp.
Jealous pulak laki ini. Seetha menarik nafas sedalam- dalamnya sebelum
menghembus keluar.
“Tamar
adalah penyiasat peribadi Dato Raj.Dua hari lepas dia hubungi saya dan minta
berjumpa dengannya. Katanya ada maklumat mengenai Dato Raj. Itu sahaja. Sampai
hari ini call tak dapat. Batang hidung dia pun tak nampak. Teruk betul dia,”
merungut Seetha seketika dia terlupa mengenai ASP Ramnath juga berdiri dihadapannya.
“Mana
Dato Raj?” Soal ASP Ramnath dengan keras.
Perubahan
suaranya membuatkan Seetha mengigit bibirnya. Cemberuke laki ini? Seethe mengangkat
kepala memandang ASP Ramnath dan senyum.
“Dato
Raj cuti. Tidak tahu di mana lokasinya dan sehingga bila cutinya pun tidak
tahu,” terang Seetha dengan senyuman dan kerdipan mata.
Terpegun
sebentar ASP Ramnath melihat senyuman menawan Seetha dan juga kerdipan matanya.
“Ok.
Jom Kamal kita balik,” ajak ASP Ramnath. Tangannya sempat menarik Seetha dan
mengucup pipinya. Membahang wajah Seetha lagi-lagi bila dilakukanya di hadapan
Wong dan Kak Shima.