Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,057
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
14

“Abang Sam!” suara jerkahan menyebabkan lelaki yang kusyuk bermain Candy Crush tergolek ke bawah kerana terkejut dan telefon pintar jenama Apple tercampak beberapa kaki jauh darinya.

“Ohh sorry Abang Sam,” lelaki yang menjerkah tadi menolong lelaki yang jatuh itu bangun dan mengutip telefon pintar lalu memberi kepadanya sambil menayang gigi yang tak seberapa putih.

“Kau apa hal Joel? Tak reti ketuk pintukah? Nasib aku jatuh aje kalau aku ada sakit janting dah arwah aku sekarang ini.” Bebel lelaki yang bernama Abang Sam sambil tangannya membelek telefon pintarnya.

Kalau ada sakit jatung, tak daknya nak buat kerja terkutuk ini, mungkin dah insaf kot, kutuk lelaki yang bernama Joel dalam hati.

“Abang Sam polis dah jumpa mayat-mayat kita,” Joel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Lelaki yang di panggil Abang Sam itu tidak menyahut kata-kata Joel. Sebaliknya tangannya mencapai kotak rokok di atas meja. Dengan kasar jarinya mencapai sebatang rokok, lalu diketuknya tiga kali di meja dan diletakkan rokok itu di celah bibirnya sambil tangannya menyalakan api di hujung rokok itu. Disedut dan dilepaskan asap rokok membentuk gelang diudara dan hilang mencemari udara bilik itu.

“Macam mana polis boleh menemui tempat itu Joel? Aku suruh tanam hari itu kau orang tak dengar. Kata campak kat gaung itu lagi baik kerana tiada orang nampak dan biar binatang liar makan,” tanya Abang Sam sambil mengeluh.

Joel menceritakan serba sedikit, berdasarkan apa yang dia dengar dari mulut orang ramai di kawasan itu. Abang Sam mendengar tanpa mencelah, dia dapat merasakan gelombang panas dalam bilik yang tidak seberapa sejuk.

“Telefon Inspektor Nathan sekarang, aku nak tanya lebih lanjut mengenai perkara ini.” dalam kegusaran Abang Sam cuba menenangkan dirinya.

“Abang Sam, Inspektor Nathan ditugaskan di Bukit Aman. Balai Cheras diambil alih oleh ASP Ramnath dan kawannya ASP Kamal. Lagipun setiap panggilan ke telefon Inspektor Nathan tengah dipantau oleh pihak atasannya. Bahaya kalau telefon dia,” pinta Joel.

Abang Sam menyedut asap pembunuh sedalam yang mampu sebelum menjentik puntung rokok jatuh tergolek atas lantai batu mozek dan dibiarkan padam sendiri. Nasib lantai mozek kalau lantai karpet mahu terbakar Wisma Shiva. Dia berjalan ke tingkap, dari situ dia dapat melihat mercu kebanggaan Negara, bangunan berkembar berdiri megah.

“Suruh Ben berhenti dahulu. Suruh Kesh keluar dari Malaysia. Kita tunggu keadaan reda dulu. Jangan lupa peringatkan Arvin sekali, suruh dia pantau dari jauh segala pergerakan peguam itu,” Abang Sam mula mengaturkan strategi. Dia perlu pastikan orang suruhannya tidak tertangkap. Dengan itu dirinya juga selamat.

“Okey, Abang Sam. Macam mana dengan saya pulak?” Joel menyoal mengenai dirinya.

“Kau selesai kerja yang aku suruh itu dulu. Lepas itu balik sini jadi driver saya. Senang aku nak bagi informasi kepada lain,” arah Abang Sam lagi.

Belum sempat Joel melangkah keluar, dirinya dipanggil semula oleh Abang Sam. “Arahkan mereka semua menukar nombor, termasuk kau sekali. Pastikan mereka semua menghubungi kau sahaja. Jangan telefon aku. Faham!”

Mengangguk Joel sambil melangkah keluar.

Previous: 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.