Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,063
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
3

"Seetha, kamu kenal ke ASP Ramnath tadi itu?" Soal Kak Shima sebaik sahaja mereka memasuki ke dalam kereta. Shima memandang ke arah Seetha yang sepi seribu bahasa.

"Seetha kamu dengar tak soalan akak ini?" Shima menepuk paha Seetha mengejut Seetha.

"Ye kak. Kita dah sampai rumah Dato Shiva ke?" Tanya Seetha sambil memandang sekelilingnya. Hah mengelamun aku ini soal Seetha dalam hati. Gulpp apasal Kakak Shima memandang aku semacam ini.

"Seetha kamu belum lagi menjawab soalan akak?" Shima mengulang semula soalannya.

"Akak soalan itu saya belum mampu menjawabnya, biarlah orang itu yang memberi jawapan untuk soalan akak. Akak tunggu jawapannya," balas Seetha sambil meletakkan tangan di atas tangan Shima mengharapkan dapat memahami dirinya.

"Okey akak akan menunggu untuk jawapannya nanti. Jom pergi rumah Dato Shiva, nanti lambat pulak kita sampai di sana," balas Shima mula memandu kereta.

Dari hospital ke tempat tinggal Dato Shiva mengambil masa setengah jam. Kak Shima memberhentikan keretanya dihadapan rumah banglo seperti istana.

"Ini ke rumahnya atau istana? " soal Seetha sambil senyum kepada Shima.

"Jom Seetha kita masuk ke dalam. Tinggal sikit untuk kekaguman kamu tu untuk dalam rumah nanti. Belum lagi kamu tengok interior dalaman rumah ini. Lagi satu Seetha berhati-hati dengan tiga jejaka dalam rumah ini, mereka tu anak sedara Dato Shiva, handsome," serius suara Shima memberi arahan.

"Kenapa kak?" Soal aku beria-ria.

"Bukan apa Seetha, ASP Ramnath baru aje minta nombor telefon kamu, kalau kamu terpikat dengan salah seorang mereka gigit jari ASP. Akak lebih suka kamu dengan ASP tu berbanding dengan jejaka dalam rumah ini," balas Seetha sambil mengetuk pintu rumah itu. Terbuntang mata Seetha mendengar jawapan Shima. Belum sempat Seetha membuka mulut, pintu rumah itu di buka dari dalam, wanita dalam lingkungan 40 an menjenguk.

"Nak apa?" Tanya wanita itu. Ayat memang bahasa jiwa bangsa betul, entah kat mana dia belajar budi bahasa itu. Terperanjat Seetha, tapi Shima masih dengan gaya selambanya.

"Nak jumpa Dato Shiva. Dari pejabat guaman. Kami bawa draf wasiat," terang Shima dengan tegas.

Wanita itu membenarkan kami masuk dan menunjukkan jalan bilik Dato Shiva. Seetha dan Shima hanya menyepikan diri hingga ke bilik Dato Shiva. Lelaki yang bernama Dato Shiva tidak seperti aku bayangkan,badannya kurus sangat, mata mencengkung ke dalam,dan dia kelihatan seperti tidak sihat tapi kenapa dia discharge awal dari wad,fikir Seetha.

"Dato kami di sini atas arahan Dato Raj. Kami ada membawa draf. Cik Seetha akan membacanya untuk Dato. Setuju ke?" Begitu professional Shima mengenalkan Seetha. Seetha mengambil tempat di sebelah Dato Shiva sambil senyum Seetha mengeluarkan dokumen untuk dibaca.

"Seetha baca dulu akak ke dapur jap. Nak minta air sedikit,"kata Shima hanya Seetha balas dengan anggukkan.

"Boleh kita mulakan Dato?" Tanya Seetha yang sudah bersedia dengan dokumen ditangannya.

"Sekejap. Simpan surat ini, jangan bagi orang nampak termasuk Shima. Beri kepada Dato Raj kamu, minta dia sediakan wasiat mengikut surat ini. Berhati-hati dengan surat ini. Jangan tercicir. Ini sangat penting," belum aku mula apa-apa Dato Shiva memberikan satu surat yang diambilnya dari bawah bantal sambil matanya melilau memerhatikan keaadan sekeliling seoalah-olah bimbang ada orang datang. Seetha pun mengambil surat itu dan menyimpannya dalam beg tangan.

"Tak perlu baca draf itu, saya tiada mood untuk dengar bacaan draf itu. Saya penat awak boleh keluar,"kata Dato Shiva ketika Shima masuk ke dalam bilik itu. Seetha kaku sebentar sebelum bahunya dicuit oleh Shima dan mengajaknya keluar.

"Akak kenapa orang dalam rumah itu kelihatan pelik dari rupa dan kelakuan?" Tanya Seetha sambil menoleh ke arah rumah besar itu.

"Entahlah Seetha waktu akak datang mula-mula dulu lagi teruk. Hari ini kita tidak berjumpa dengan adik Dato Shiva dan anak-anaknya yang perasan handsome,"Shima mencebik dan berlalu ke keretanya. Aik tadi kata handsome sekarang kata perasan handsome. Sambil merungut Seetha membuntuti Shima ke kereta. Masing-masing senyap melayani perasaan sambil mendengar radio.

Kami sampai ke pejabat 4.00pm.

"Seetha akak nak ke bilik air dulu lepas tu nak solat kemudian baru nak jumpa dengan Dato," terang Shima satu per satu.

"Kalau macam tu akak biar saya ke bilik Dato Raj dulu, nak report duty dulu dengannya," kata Seetha sambil berjalan ke bilik Dato Raj, Seetha merasakan dia perlu menyampaikan amanat Dato Shiva tanpa kehadiran Shima. Bila Seetha sampai di hadapan bilik Dato mendapati di bilik itu gelap menandakan tiada orang dalam bilik itu.

"Cheng, Dato pergi mana?" Tanya Seetha bertanya kepada Cheng kerani kanan di firma itu. Cheng hanya mengeleng kepala sebagai jawapan. Seetha berlalu dari situ sambil senyum.

Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.