“Cis! Boleh terlepas
lagi perempuan itu,” sambil mengetuk stereng keretanya. Diambilnya rokok dari
dashboard. Dinyalakan dan dihisap kemudian dihembuskan dengan perlahan. Nampak
gayanya dia sedang menikmati saat itu bersama rokoknya. Otaknya berligat berfikir
apa yang perlu dibuat seterusnya.
Perempuan itu perlu diculik. Kalau tidak dapat culik,
hapuskan sahaja. Dia tidak mahu menghapuskan perempuan itu sebegitu sahaja.
Perempuan itu terlalu cantik dan sempurna dimatanya. Rugi jika dihapuskan tanpa
menikmatinya.
Tiba-tiba telefonnya menyanyi nyaring meminta dijawab.
“Dahkah settle?” belum sempat dia menjawab helo suara
dari sebalik sana menerjah telinganya.
“Belum lagi Abang Sam. Perempuan itu terlepas. Pegawai
Polis, ASP Ram masuk campur,” balas lelaki sambil menjentik punting rokoknya.
“Dengar sini Arvin, kamu diberi masa sehingga hujung
bulan ini. Kalau kau tak mampu buat apa-apa. Biarkan Kesh yang lakukannya.
Faham?” Lelaki yang dipanggil Abang Sam itu memberi arahan.
Ketika
ASP Ramnath sampai ke lokasi kejadian pukul dua pagi, terdapat lima buah kereta
peronda, dua ambulan dan satu kereta bomba. Dalam dua ratus meter pita kuning
polis dirantaikan,bagi mengelakkan orang awam atau pihak media menceroboh.
“Apahal
ini? Apa yang berlaku di sini? Kenapa ada sampai dua ambulan?” Soal ASP Ramnath
sambil berjalan ke arah rakan setugasnya, ASP Kamal dan ASP Kannan.
“Accident.
Mangsa mengandung dan selamat cuma mangsa trauma. Mangsa berada dalam gaung
lebih tiga jam,”terang ASP Kannan. Terbeliak mata ASP Ramnath mendengarnya.
“Macam
mana boleh berlaku ini? Macam mana Accident itu berlaku? Apa kena mengena kita
dalam kes ini? Ini bukan kes trafik ke?” Bertubi-tubi soalan ASP Ramnath. Dia
tahu rakannya itu belum lagi membuka cerita kenapa mereka berada di lokasi itu.
“Ram,
kalau ini kes kemalangan biasa memang kita tidak terlibat tetapi pihak bomba
jumpa mayat perempuan di bawah. Bukan satu tapi lima. Pihak bomba baru sahaja
mengesahkan kawasan yang terdapat mayat itu selamat tetapi perlu berhati-hati
kerana curam. Mereka juga ada memasang sport light kuasa tinggi menerangi
lokasi kejadian,” terang ASP Kannan
ASP Ramnath diam mendengar penerangan rakan.
Dia terletakkan tangannya pada pelipis bibirnya menekannya perlahan. Dia sedang
fikiran sesuatu.
“Mana
pihak forensik? Saya nak jumpa dengan wakil mereka. Jom kita jumpa mereka dulu.
Lepas aku nak turun ke lokasi kejadian sebelum itu aku nak tahu macam boleh
tahu ada kereta di bawah?” Soal ASP Ramnath memandang tajam kawan-kawannya.
“Hujan
lebat tadi mungkin faktor kemalangan. Apa pun kita tunggu sehingga mangsa sedar
dan soal dia. Dia bertuah kerana ada kereta di belakangnya perasan kereta itu
jatuh gaung,” jawab ASP Kannan.
“Ram
kenapa dengan Seetha? Di mana dia sekarang? Dia ok ke?” pelbagai soalan
dilontarkan oleh ASP Kamal.
Berkerut-kerut
dahi ASP Ramnath mendengar soalan. Aik lain macam aje prihatin laki ini, bicara
hati lakinya.
“Sudah
jangan jealous dengan aku. Ini semua soalan Simran bila kau call tadi. tak kan
lah dengan aku kau jealous?” bebel ASP Kamal mengundang ketawa di bibir
sahabatnya.
“Seperti
aku cakap tadi rumahnya kena pecah masuk. Sasaran mereka adalah bilik Seetha
sahaja. Bilik kawan-kawannya langsung tidak di sentuh. Baik betul mereka di
setiap pintu bilik dilabel dengan nama penghuninya. Dia tinggal seorang kat
bilik utama. Seetha ok cuma terkejut sahaja. Tadi dia dah masuk tidur sebelum
aku datang sini,” dengan panjang lebar ASP Ramnath menerang.
“Ram,
ini Encik Fong dari unit forensik,” ASP Kannan mengenalkan mereka berdua.
Setelah
berbincang sepuluh minit, ASP Ramnath, ASP Kamal dan Encik Fong serta dua belas
orang dari unit forensik turun ke kawasan. Mereka juga didahului oleh pihak
Bomba. ASP Kannan turut ingin serta tetapi ditegah oleh ASP Ramnath, dengan
alasan isteri rakannya sedang bersarat menunggu masa. Penurunan ke gaung mengambil
masa dua puluh minit, walaupun ada laluan kecil di buat oleh pihak bomba.
Bau
bangkai menyusup ke deria bauan walaupun memakai mask jenis N95. Sebaik sahaja
sampai ke lokasi kejadian amat memeranjat mayat bergelempangan di kawasan itu.
Meruntun perasaan sesiapa yang melihatnya. Secara kasar En Fong mengandaikan
bahawa mayat-mayat itu dicampak dari atas. ASP Ramnath dan ASP Kamal meninjau
sekitar kawasan itu tanpa berkomunikasi. Mereka sebenarnya terkejut dengan
sikap pembunuh ini dan motifnya. Pembunuhan yang cukup sadis. Setelah mengambil
beberapa gambar di lokasi kejadian dua pegawai polis naik semula ke atas.
Pukul
enam pagi kesemua mayat sudah dibawa naik ke atas dan dihantar HKL untuk bedah
siasat. ASP Kannan ke HKL mengikut kumpulan polis yang mengiringi mayat-mayat
tersebut.
ASP
Ramnath dan ASP Kamal turun semula ke lokasi kejadian membuat peninjauan
terakhir sebelum kembali ke ibu pejabat.
“Apa
yang kau sedang fikirkan Ram? Apakah kita sedang berhadapan dengan pembunuh
bersiri?” soal ASP Kamal bila sahabatbya bisu seribu bahasa.
“Aku
rasa tak. Jom kita balik IPK. Aturkan satu masyuarat dengan Tuan Rashid dan
lain-lain,” arah ASP Ramnath.