Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,090
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
1

Selepas lapan tahun.

Hi Seetha apa khabar?" seronok pulak Marina, kawan aku ini, maklumlah dah lama tidak berhubung tidak bertemu.
"Saya sihat. Kamu?" sambil membalas pelukan Marina.
"Tahniah dan selamat pengantin baru Marina. Saya sangat gembira." Seetha dan Marina berkawan sejak zaman sekolah lagi tapi berpisah sambung pengajian tinggi. Marina mengambil jurusan perubatan manakala aku mengambil jurusan perundangan. Nasib baik teknologi sudah maju dari telepon rumah ke telefon bimbit yang sentiasa menghubungkan aku dengan Marina. Esok Marina akan menjadi isteri orang jadi malam ini ada berinai.
"Hoi, mengelamun ke? Teringat kepada sesiapa yang aku tak kenal ke?" Suara Marina menyedarkan Seetha. Sempat pulak aku mengelamun kutuk aku dalam hati.
"Tak de lah," Seetha menafikan kanyataan Marina.
"Seetha bila kau nak jemput aku makan nasi minyak kat rumah kau?" tanya Marina dengan lembut.
"Kau nak makan nasi minyak ye? Nanti aku suruh mama masakkan bila kau datang rumah aku nanti"balas Seetha sambil bergurau walaupun aku faham maksud tersirat dalam nasi minyak?
"Pap! Aku tanya bila ko nak awin?" padan muka kau Seetha kan dah kena pukul.....
"Belum ada jodoh,nanti bila dah ada jodoh chek kahwin na", balas Seetha dalam loghat utara membalas loghat Perak Tengah Marina. Fuuuhhhh pedih rasanye kene pukul dengan Marina. Marina aku rahsia yang tidak pernah kongsi dengan sesiapa pun. "Seetha ada orang kirim salam kat kau."
"Kat aku? Siapa?"
"Nanti kau akan jumpa dia," balas Marina sambil mengenyit mata pada Seetha.
"Hi Marina. Hi Seetha" terperanjat aku bila mendengar suara menyebut nama ku.
"Did i know you?" walaupun soalan Seetha kurang sopan tapi itu sahaja cara untuk mengetahui siapa tuan badan dihadapannya sekarang. Sibuk aje laki baru nak manja dengan kawan baik seorang dah ada pulak pengacaunya sekarang.
"Jadi benarlah aku semakin kacak sampai kamu tidak kenal saya," sungguh angkuh jawapan lelaki itu. Seetha melihat lelaki di hadapan, tingginya dalam 6 kaki, badannya tegap, berjangut ala gaya goatie.
“Kacak ke?" Seetha mencebik. Reaksi Seetha benar-benar membuatkan Marina dan orang sebelahnya terkejut.
"Seetha, ini Jeeva. Sepupu saya. Kamu dah lupa ke?" terang Marina sambil memandang ke arah aku. Aku faham pandangan mata tersebut, itu adalah amaran untuk Seetha agar berkelakuan baik.
"Baiklah kamu berdua sembang dulu, saya mahu masuk ke dalam ada kerja sikit nanti mak andam akan sampai untuk berinai. Seetha kamu berinai sekali saya sudah khabarkan kepada mak andam untuk inaikan tangan kamu sekali," terang Marina dan bergerak dari sana munuju ke dalam rumah tanpa menunggu jawapan dari Seetha.
Kini Seetha berdua di gazebo itu dengan lelaki yang perasan dirinya kacak, Jeeva. "Awak maafkan saya ye saya pun nak masuk dalam tolong apa yang patut," Seetha memberitahu lelaki itu dan terus melangkah pergi sebelum lelaki itu buka mulut.
"Seetha awak semakin hari semakin comel dan cantik. Saya akan pastikan awak akan menjadi milik saya secepat mungkin," Jeeva berikrar dalam hatinya.
Bila Seetha masuk dalam rumah Marina menarik aku masuk dalam biliknya. Cantik bilik itu catnya warna kombinasi ungu dan putih, cadar katilnya juga warna ungu lembut dan segala sari dan set perkahwinan berterabur di atas katil menyakitkan mata. " Kenapa katil kamu begini rupanya?" dengan pantas Seetha mula mengambil sari dan mula melipat. Marina hanya berdiri di pintu sambil melihat Seetha mulakan lipatan saree. Aku faham pandangan mata tersebut.
" Marina aku tidak berminat la untuk berkenalan dengan Jeeva. Saya minta maaf ya. Tolong jangan paksa saya Marina," aku memberitahu Marina sambil mengemas katilnya. Aku mendengar Marina mengeluh dan duduk di penjuru katil. Seetha tinggalkan sari itu lalu berlutut di hadapan Marina. "Marina maafkan aku kalau kecewa dengan sikap aku . Aku belum bersedia untuk berkenalan dengan sesiapa lagi," Marina terus memeluk aku dan menangis
" Maafkan aku Seetha aku tidak sepatutnya memaksa awak,” lirih suara Marina membuatkan Seetha serba salah.

Marina saya faham awak nakkan yang terbaik untuk saya, dah jangan menangis nanti sesiapa melihat awak menangis fikir awak tidak mahu berkahwin dengan Mahendran pulak," balas aku sambil bergurau.
Dalam 30 minit kami berdua sudah mengemaskan bilik itu dan bersiap untuk hari esok.
Selepas seminggu bercuti sempena Marina berkahwin hari ini Seetha kembali bertugas. Sebaik sahaja Seetha menampak kaki di pejabat Dato Raj sudah menegur aku " Selamat bertugas Seetha. Ini baru kawan baik kamu kahwin dah cuti seminggu kalau kamu kahwin mahu cuti sebulan". Dato Raj seorang peguam kanan di firma guaman terkenal dalam mengendalikan wasiat kebanyakan ahli perniagaan dan koprat merupakan klien dia. Orang yang tidak rumit malah apa-apa masalah pun diselasai dengan senyuman. Walaupun dah berumur kacak juga Doto Raj mananya tidak jika asyik senyum aje.
"Seetha kamu ada temujanji dengan klien kamu ke hari ini?" soal Dato Raj. "Rasanya tidak ada Dato, tapi kena pastikan dengan Wong. Kenapa nak belanja saya makan Pizza ke?"Seetha mengangkat kedua-dua kening aku dengan senyuman nakal. "Kami pun nak ikut juga ," Shima pembantu peribadi Dato Raj, Miss Chong dan Mr Kumar dari sebalik ruangan pantri.
"Dato Raj mengeleng kepala" Sikap tak padan dengan usia dan profesen. Haiyahhh.... Seetha saya nak minta tolong kalau kamu ada kelapangan masa sila ke bilik saya."
"Berikan saya sepuluh minit biar saya pastikan tiada temu janji untuk hari ini dan saya akan ke bilik Dato selepas itu", balas Seetha sambil langkah ke biliknya.
"Selamat pagi, Wong," tegur Seetha sebelum masuk ke biliknya. Sebaik sahaja Seetha duduk di mejanya, Wong masuk ke bilik Seetha.
" Cik Seetha, tiada temu janji hari ini. Jadi boleh berehat hari ini dan pergi shopping," usik Wong. Dah tiga tahun Wong menjadi PA Seetha, hubungan mereka lebih dari majikan, Seetha menganggap Wong sebagai kawan malah mereka selalu juga keluar makan bersama.
" Wong, saya ke bilik Dato Raj. Kalau ada apa-apa cari saya di sana," pesan Seetha.

Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.