Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,095
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
4

Pukul 8.30 malam,baru Seetha dapat memasuki rumah sewanya, Mala, Asha dan Sheila sedang duduk bersila dengan makanan.

"Jom makan Seetha. Kita ada beli roti jala untuk kamu,"pelawa Asha sambil menunjukkan bungkusan makanan kat Seetha. Mala, Asha dan Sheila bekerja di hospital yang menempatkan Dato Siva sebagai jururawat hanya Seetha aje berlainan profesional dalam rumah itu. Sewaktu Seetha menyewa bilik di apartmen itu, mereka bertiga jarang bercakap dengan Seetha mungkin janggal kot tapi sekarang keadaan sudah berubah.

"Terima kasih Asha. Saya pun lapar dengan penat, banyak kerja luar," adu Seetha sambil mengeliat dihadapan mereka.

"Eeee tak senonoh betul Seetha ini. Tahulah badan tu sexy. Nasib baik kami ini semua perempuan kalau tak mesti dah kena rogol." Tegur Sheila menyuap yong tau foo ke mulut.


"Saya tahu tak kan jadi apa pun pasal tu saya mengeliat,"balas Seetha, mula bersila di sebelah Mala. Seetha mula menyuap roti jala dengan kari ayam yang menjadi kegemarannya dengan penuh nikmat.

"Seetha, esok kita pergi movie nak tak? Dr Satish ajak,"pelawa Mala dengan penuh harapan.

"Dr Satish ajak, dia tak kerja ke?" Seetha menyambung semula suapannya. Seetha pernah bertemu dengan Dr Satish dua kali kerana Mala, kali pertama ketika dia menghantar cuti sakit dan kali kedua menghantar makanan untuk Mala. Sejak itu Mala menjadi pembawa utusan tidak bertauliah dari Dr Satish.

"Tak jadi kot. Jangan bagi dia harapan Mala. Aku tak suka," aku terus terang bagi jawapan, status Seetha membuatkan dia menolak ajakkan mana-mana lelaki.

"Mungkin Seetha tunggu ASP Ram kot?" Ujar Asha sambil senyum. Seetha terkejut bila mendengar ASP RAM menelan suapan terakhir roti jalanya seolah-olah menelan batu.

"Betul Seetha, handsome dia. Cuba bayangkan pagi lagi dia ada kat kecemasan bawa father dia sakit jantung dan dirinya sendiri kena tembakan bahagian bahu kanannya.

"Why don't you try have a date with him?" Terbeliak mata Seetha mendengar cadangan Asha.

"Awak kena tengok cara dia memandang, cara dia berjalan dan cara dia bersembang dengan rakan sekerjanya semuanya membuatkan saya tergoda tengok dia. Kalau saya kahwin hujung tahun ini, confirm saya akan mengurat dia,"sambung Asha membuatkan Sheila dan Mala ketawa sambil memegang perut, Seetha hanya mengeleng kepala sahaja melihat reaksi Asha.

Di hospital.

ASP Ramnath sedang duduk di birai tingkap wad VIP menghadap bulan yang mengembang penuh hari ini. Mata sahaja melihat bulan tapi mindanya sedang berfikir tentang Seetha. Ini kali pertama Ram melihat Seetha lepas lapan tahun berpisah. ASP Ram tersenyum sendiri sambil melihat bulan tanpa menyedari ada sepasang mata sedang melihat gelagatnya.

"Nampak Seetha ke kat bulan itu?" Tanya Dato Siva sambil mengeleng kepala. Dah angau anak teruna aku ini.

"Hmmm," jawab ASP Ramnath sambil menoleh, terkejut melihat papanya juga sedang sandar di birai tingkap sambil senyum. Merah muka ASP Ramnath

"Papa belum tidur lagi ke?" ASP Ramnath cuba menukar topik.

"Sabar Ram tak akan lari gunung dikejar. Bagi Seetha ruang dahulu untuk menyesuaikan diri dengan kita. Lapan tahun itu bukan jangka masa sikit,"lirih Dato Siva. Kekesalan jelas terpancar pada wajahnya, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata.

"Relax papa. Seetha is mine. I won't let her go. Cukuplah papa lapan tahun kami berpisah, tahun ini Seetha akan mula tinggal dengan saya as my wife. As soon as posible. Mungkin sebelum reception Seetha akan mula tinggal serumah dengan saya. Trust me papa," ujar ASP Ramnath dengan yakin wajah Seetha yang merona merah bermain dalam fikirannya. Seetha akan kekal sebagai isterinya dan ia akan diwar-warkan kepada semua orang dalam bulan Jun ini, lagi tiga bulan.

"Papa tidur dulu Ram. Kamu pun tidur awal mana tahu Seetha datang dalam mimpi untuk lagu duet ke,"seloroh Dato Siva sambil berjalan ke katilnya.

Previous: 3
Next: 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.