Seetha
berasa gementar bila mendapati rakan-rakan serumahnya tiada dan keadaan
rumahnya gelap-gelita. Mengigil tangan Seetha ketika membuka kunci pintu gril
tapi pintu grilnya tidak bertutup
menyebabkan hatinya berdebar-debar. Seetha berlari semula ke lif dan ingin
tolong pak jaga memeriksa atau menelefon polis. Sampai sahaja, tingkat bawah Seetha terus mendail
nombor rakan serumahnya tapi terdail nombor ASP Ramnath.
“Asha
kenapa kau orang tak tutup pintu gril rumah. Rasanya ada orang pecah masuk
rumah kita,” belum penjawabnya cakap hello Seetha sudah membuka mukadimahnya.
“What
happen Seetha? Are you okey sayang? Wait I’m coming there now” balas ASP
Ramnath. Dalam kelam-kabut menelefon Seetha tertekan nombor ASP Ramnath. Oleh kerana terdial nombor itu Seetha meminta lelaki itu kembali.
Selepas menghantar Seetha, ASP Ramnath singgah di balai
polis Cheras untuk tujuan tinjauan. Jadi ketika Seetha menelefonnya, dia berada
di balai. Dia juga mengarahkan kereta peronda mengikutnya. Seetha duduk
memegang lututnya berhampiran bilik pengawal.
“Seetha.
What happen sayang?”soal ASP Ramnath dengan perlahan. Di belakangnya kelihatan dua anggota polis
berpakaian lengkap.
Sebaik
sahaja Seetha mendengar suara garau itu,
dia bangun dan memeluk lelaki dan mula menangis di dada lelaki itu. ASP Ramnath
membalas pelukan Seetha, dia dapat merasakan badan wanita itu gigil ketakutan.
“Jangan menangis sayang. Jom kita naik ke
apartment sayang dulu,” ajak ASP Ramnath sambil mengelap air mata dan cium
ubun-ubun isterinya.
Apartment
Seetha masih lagi gelap seperti tadi. Dua anggota polis mendahului ASP Ramnath
dan isterinya. Rumah sewa Seetha berselerak dah rupa tokang pecah aje. Rumah
itu mempunyai nama disetiap pintu bilik. Hanya pintu bilik Seetha saja dikopak
dan digeladah untuk sesuatu.
“Tuan
ada nota ditinggalkan,” anggota polis menyerahkan kertas kepada ASP Ramnath.
Seetha ini amaran pertama JANGAN
SIBUK HAL KAMI.
“Apa
yang sayang nak tengok?” tegur ASP Ramnath sambil melipatkan surat itu masuk ke
dalam kocek bajunya itu apabila Seetha memanjangkan lehernya untuk melihat
surat itu. Seetha mengeleng kepalanya.
“Bersiap
cepat Sayang. Ambil apa yang patut. Kita keluar dari sini sekarang juga.
Cepat.” Bulat mata Seetha mendengar arahan dari ASP Ramnath.
“Tempat
ini tidak selamat lagi untuk sayang. Saya akan hantarkan sayang ke tempat
selamat. Cepat siap sayang, kita keluar sebelum jadi kecoh di sini. Peceroboh
nak sayang aje bukan kawan-kawan sayang.” ASP Ramnath lebih berdiplomasi
selepas melihat reaksi Seetha .mendengar arahannya tadi. Seetha hanya
mengangguk mendengar jawapan lelaki itu. Ada benarnya.
Dalam
masa lima belas minit Seetha dah bersiap dengan sebuah beg sederhana besarnya
berdiri disebelah ASP Ramnath yang sibuk mengambil gambar pintu rumah mungkin
untuk dijadikan bahan bukti. Seetha berdeham untuk menyedarkan ASP Ramnath
kehadirannya, tanpa menyedari lelaki itu sedar kehadirannya dengan bunyi gelang
kaki Seetha.
“Dah
bersiap? Jom kita bergerak,” ajak ASP Ramnath mencapai beg Seetha dan melangkah
keluar. Aik bukannya nak pegang tangan aku tapi beg aku yang dipegangnya, kutuk
Seetha dalam hati sambil mengikuti langkah ASP Ramnath. Apabila sampai ke
keretanya ASP Ramnath meminta anggotanya balik ke balai dahulu.
“Kita
nak ke mana?” Tanya Seetha ketika ASP Ramnath membuka pintu keretanya.
Seetha
masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggan keledar bila lelaki itu tidak
memberi jawapan. Kenapalah jadi begini hari ini? Memang malang sungguh nasib
hmmmm bisik hatinya sambil mengeluh.
ASP
Ramnath menoleh ke arah Seetha bila mendengar keluhan wanita itu. Bibirnya
mengukir senyuman, lalu mencapai tangan kanan wanita itu dibawanya ke mulut.
Dikucupnya dengan sayang.
“Sayang
tinggal dulu di rumah papa. Mulai esok saya akan hantar dan ambil dari kerja.
Sayang jangan risau. Aik dah tidur pulak. Jenuh cakap,” bebel ASP Ramnanth
sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.
“Sayang,
bangun kita dah sampai ke rumah papa ini. Bangunlah sayang,”ASP Ramnath
mengelus-gelus hidungnya di pipi comel isterinya dan mencium seluruh wajah
sehingga Seetha naik lemas dan terjaga dalam keadaan terpinga-pinga.
“Dah
bangun pun, jom masuk dalam. Ada hati nak suruh orang dukunglah ini. Tak nak aku dukung buat sakit belakang aje,” bebel
ASP Ramnath sambil menahan ketawa bila melihat wajah terkejut Seetha. Dia juga
mengeluarkan beg Seetha dan membawanya masuk ke dalam rumah agam itu. Seetha
hanya membuntuti perjalanan lelaki ke dalam rumah itu.
“Hi
Aunty Eliz. Kenapa belum tidur lagi, tunggu saya ke? Papa dah tidur ke?” tegur
ASP Ramnath sambil memeluk wanita berumur itu.
“Aunty
rindu Ram. Lama Ram tidak balik rumah ini. Pasal itu aunty tunggu. Papa dah
tidur. Kamu naik ke dulu ke bilik kamu, bawa isteri kamu sekali mesti penat
kan? Cantik isteri kamu Ram,” ujar wanita itu sambil memeluk Seetha. Bila aunty
Eliz melepaskan pelukannya Seetha tunduk menyentuh kaki wanita itu sebagai
tanda menghormati orang yang jauh lebih tua dan sekaligus meminta restu.
Terpana Aunty Eliz dengan sikap Seetha.
“Semoga
tuhan kurniakan kamu kebahagian dan murah rezeki Seetha,” restu wanita sambil
meletakkan tangan pada ubun-ubunnya.