Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,123
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
9

“Ram sudah-sudahlah angau kau ini,” ujar ASP Kamal menepuk bahu sahabatnya yang berfikir sesuatu.

“Apa ini Kamal main tepuk-tepuk macam ini.Kacau aje,” marah ASP Ramnath tapi kawannya hanya sengih macam kerang busuk.

“Dari tadi aku panggil kau tak menyahut. Angau tak habis-habis. Mesti ingat kat Seetha,” balas ASP Kamal.

“Hoi! Kau ingat aku tak ada kerja ke? Asyik nak ingat Seetha ke? Tak perlu la, sekarang aku kan dekat dengan dia. Bila aku rindu aje aku pergilah melihat dia,” balas ASP Ramnath sambil mengangkat keningnya dan senyum memanjang.

“Eeeeee. Bila jumpa dia mesti engkau nak peluk cium dia kan? Memang sengal engkau ini,” balas ASP Kamal. Dia memahami maksuddi sebalik senyuman kawan baiknya itu.

“Biarlah, Seetha kan isteri aku dan suka aje bila aku buat macam itu. Dia tak pernah menghalang mahupun menolak aku, so aku proceedaje,” jawab ASP Ramnath sambil ketawa melihat cemberut kawannya. Setiap kali bertemu dengan Seetha mesti aku mengucupnya, tapi sehingga sekarang Seetha tidak pernah memberi reaksi untuk aksi aku mungkin sedikit melampau. Sedikit aje.

“Sudahlah malas aku nak layan miang keladi kau tu. Aku sebenarnya nak tanya kau pasal kes ini. Ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini,” wajah ASP Kamal kembali kepada serius.

“Betul tu. Itu yang Aku tengah fikir tadi. Nama budak yang Seetha sebut tiada dalam senarai. Katanya mangsa ada buat laporan di balai polis Cheras tapi mana laporannya. Pelik kan? Cuba kau periksa balik senarai ini mana tau aku miss nama tu ke?”sambil menyerahkan senarai nama kepada sahabatnya.

Berkerut-kerut dahi ASP Kamal melihat senarai nama itu. Memang betul kata kawannya, nama yang Seetha sebut tiada dalam senarai budak hilang. Macam mana boleh terlepas nama itu. Pelik. Konspirasi apa yang berlaku di balai itu? Fikir ASP Kamal.

Lima belas minit kemudian ASP Ramnath dan ASP Kamal menghadap Tuan Rahsid. Mereka menyampaikan laporan siasatan mereka pagi tadi. Mereka juga menyatakan pertemuan dan siasatan dengan Seetha.

“Tuan, nama yang disebut oleh Puan Seetha tiada dalam rekod tuan. Katanya laporan. polis telah dibuat tapi mana laporannya. Balai Cheras bermisteri tuan dan ada sesuatu tidak kena di sana,”ujar ASP Kamal. Berkerut-kerut dahi Tuan Rahsid.ASP Ramnath lebih mendengar dari menyampuk.

“Hmmm. Pelik betul,” belum habis Tuan Rahsid bercakap pintu bilik itu diketuk. Setelah diberi kebenaran, Koperal Hisham masuk.

“Tuan ini laporan forensik mangsa petang tadi,” ujar Koperal Hisham sambil menyerahkan fail kepada ASP Ramnath

“Terima Kasih duduk dulu Koperal. Tuan dalam misi ini, izinkan Koperal bersama kami tuan. Beliau banyak membantu,” terang ASP Ramnath.

“Kebenaran diberikan. Koperal kamu disertakan dalam misi ini. Saya akan buat surat meminta makluman untuk ketua polis Negara. Semua kes penculikan akan terus ke meja kamu berdua. Selesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum menjadi kronik Ram dan Kamal. Nanti serahkan saya ringkasan mengenai laporan forensik,” arah Tuan Rahsid menamatkan mesyuarat itu.

“Ram, Hisham aku nak balik dulu. Otak aku beku buat masa sekarang. Aku nak balik mandi, dating dan makan. Jangan kacau aku. Aku pun nak peluk Simran,” sindir ASP Kamal.

“Laa. Pelik betul kau ini. Otak beku kau tu akan cair ke bila peluk Simran? Kalau macam tu pergilah cepat. Biar cepat cair otak kau. Kamu macam mana pulak Koperal? Kena peluk isteri jugak ke?,” bidas ASP Ramnath sambil katawa. Terpinga-pinga Koperal Hisham mendengar soalan pengawai atasannya.

“Errrr. Tuan isteri saya balik rumah mak dia tengah pantang untuk anak sulung baru dua minggu,” jawab Koperal Hisham dengan tulus.

“Hahahaha. Koperal kami sedang bergurau. Nanti awak akan faham dengan sikap kami. Ok aku balik dulu.” Terang ASP Kamal sambil ketawa melihat ketulusan anggotanya. Bagus juga ada anggota macam ini, puji dalam hati.
Previous: 8
Next: 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.