Home Novel Cinta Maaf Aku Sudah Berkahwin
Maaf Aku Sudah Berkahwin
N.Nitha
11/5/2015 06:38:21
15,119
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
12

“Inilah bilik tidur kita sayang,” ujar ASP Ramnath sambil meletakkan beg Seetha di tepi sofa dalam bilik itu dan berbaring di atas katil.

Gulp! Apasal laki ini tidur di sini. Macam suami isteri pulak tidur satu bilik tapi memamg pun kami suami isteri. Adoi kena tidur sekali dengan dia ke? Macam-macam suara bermain diotaknya sekarang. Walauapapun biar aku pergi mandi,melekit-lekit badan aku ujar Seetha pada dirinya lalu masuk ke bilik air dalam bilik.

Ketika Seetha keluar dari bilik air, ASP Ramnath sedang berdiri di hujung bilik berbual dengan telefonnya. Terperanjat Seetha melihat ASP Ramnath lelaki itu hanya memakai tuala. Gelabah Seetha melihat badan sasa lelaki itu. Semuanya yang dibuat tidak betul, ada ke patut dia krim siang pada waktu malam. Nasib baik tidak pakai seluruh muka kalau tidak mesti membazir. Ingatkan toner dipakaikannya rupa-rupanya make up removal pula diletakkan pada mukanya. Seetha masuk semula ke bilik untuk mencuci mukanya.

Bila pintu bilik air dibuka terserentak Seetha melihat ASP Ramnath sedang standar di tepi bilik air sambil silang tangannya. Lelaki itu merenung tajam ke arahnya, membuatkan Seetha lebih gabra.

“Nak mandi dengan saya ke?” Soal ASP Ramnath, menahan ketawanya melihat Seetha yang serba tidak kena sejak melihat lelaki itu tidak berbaju. Meletus juga ketawa ASP Ramnath bila Seetha mengeleng kepalanya.

“Kalau tak nak mandi saya, tolong keluar dari bilik air, saya nak mandi,” usik ASP Ramnath.

Ketika kelam-kabut hendak keluar dari bilik air, kaki Seetha tersadung dekat pintu bilik air menyebabkan Seetha terarah ke depan berlanggar dengan dada bidang ASP Ramnath. Seetha mengangkat kepalanya dari dada lelaki sambil memegang hidungnya. Merah muka Seetha menahan malu yang teramat.

“Nasib baik batu itu tidak pecah. Jenuh nak jawab dengan papa,”ucap lelaki itu sambil melangkah ke dalam bilik air sambil menahan ketawanya.

Aik kaki aku yang tersadung tidak di risau tapi batu itu dirisaunya bebel Seetha dalam hati. Bila melihat bilik air ditutup sepantas kilat Seetha menyiapkan diri, lalu berdiri di tepi tingkap. Ketika pintu bilik air di buka Seetha sudah pun berdiri di tepi tingkap menghadap luar sambil menggunakan tab Di tingkap itu, Seetha masih lagi boleh melihat bayang lelaki itu membuat jantungnya memainkan lagu rock yang sumbang. Aghhh Seetha mengeluh kuat gara-gara cuak dia kalah dalam permainan aplikasi Clash of Clan (COC) yang digemari oleh golongan muda.

ASP Ramnath sudah melebarkan senyuman bila melihat aksi isterinya yang serba tidak kena. Bila dah siap berpakaian dia menghampiri isterinya, diambilnya tab dari tangan isterinya dicampak ke atas katil. ASP Ramnath mencempung isterinya.

Terperanjat Seetha bila badannya tiba-tiba melayang dia merangkul leher suaminya dan menutup matanya. Aksi Seetha mengundang senyuman di bibir ASP Ramnath. Dia membawa isterinya ke katil dan membaringkanya dan mengucup dahi serta pipinya. Seetha terbuai sebentar dengan aksi suaminya.

“Selamat malam sayang,” bisik ASP Ramnath di telinga membuatkan Seetha membuka mata. Dia sempat menyambut tangan lelaki itu.

“Tak nak tidur ke?”

“Kenapa nak tidur dengan saya ke?” soal ASP Ramnath membuatkan Seetha bisu seribu bahasa.

“Sayang tidurlah. Saya ada panggilan kerja,”balasnya bila Seetha diamkan diri. Sekali lagi dia menunduk mencium dahi isterinya dengan penuh syahdu sebelum keluar dari bilik itu.

Previous: 11
Next: 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.