Selepas lapan tahun.
Hi Seetha apa khabar?" seronok pulak Marina,
kawan aku ini, maklumlah dah lama tidak berhubung tidak bertemu.
"Saya sihat. Kamu?" sambil membalas pelukan Marina.
"Tahniah dan selamat pengantin baru Marina. Saya sangat gembira."
Seetha dan Marina berkawan sejak zaman sekolah lagi tapi berpisah sambung
pengajian tinggi. Marina mengambil jurusan perubatan manakala aku mengambil
jurusan perundangan. Nasib baik teknologi sudah maju dari telepon rumah ke
telefon bimbit yang sentiasa menghubungkan aku dengan Marina. Esok Marina akan
menjadi isteri orang jadi malam ini ada berinai.
"Hoi, mengelamun ke? Teringat kepada sesiapa yang aku tak kenal ke?"
Suara Marina menyedarkan Seetha. Sempat pulak aku mengelamun kutuk aku dalam
hati.
"Tak de lah," Seetha menafikan kanyataan Marina.
"Seetha bila kau nak jemput aku makan nasi minyak kat rumah kau?"
tanya Marina dengan lembut.
"Kau nak makan nasi minyak ye? Nanti aku suruh mama masakkan bila kau
datang rumah aku nanti"balas Seetha sambil bergurau walaupun aku faham
maksud tersirat dalam nasi minyak?
"Pap! Aku tanya bila ko nak awin?" padan muka kau Seetha kan dah kena
pukul.....
"Belum ada jodoh,nanti bila dah ada jodoh chek kahwin na", balas
Seetha dalam loghat utara membalas loghat Perak Tengah Marina. Fuuuhhhh pedih
rasanye kene pukul dengan Marina. Marina aku rahsia yang tidak pernah kongsi
dengan sesiapa pun. "Seetha ada orang kirim salam kat kau."
"Kat aku? Siapa?"
"Nanti kau akan jumpa dia," balas Marina sambil mengenyit mata pada
Seetha.
"Hi Marina. Hi Seetha" terperanjat aku bila mendengar suara menyebut
nama ku.
"Did i know you?" walaupun soalan Seetha kurang sopan tapi itu sahaja
cara untuk mengetahui siapa tuan badan dihadapannya sekarang. Sibuk aje laki
baru nak manja dengan kawan baik seorang dah ada pulak pengacaunya sekarang.
"Jadi benarlah aku semakin kacak sampai kamu tidak kenal saya,"
sungguh angkuh jawapan lelaki itu. Seetha melihat lelaki di hadapan, tingginya
dalam 6 kaki, badannya tegap, berjangut ala gaya goatie.
“Kacak ke?" Seetha mencebik. Reaksi Seetha benar-benar membuatkan Marina
dan orang sebelahnya terkejut.
"Seetha, ini Jeeva. Sepupu saya. Kamu dah lupa ke?" terang Marina
sambil memandang ke arah aku. Aku faham pandangan mata tersebut, itu adalah
amaran untuk Seetha agar berkelakuan baik.
"Baiklah kamu berdua sembang dulu, saya mahu masuk ke dalam ada kerja
sikit nanti mak andam akan sampai untuk berinai. Seetha kamu berinai sekali
saya sudah khabarkan kepada mak andam untuk inaikan tangan kamu sekali,"
terang Marina dan bergerak dari sana munuju ke dalam rumah tanpa menunggu
jawapan dari Seetha.
Kini Seetha berdua di gazebo itu dengan lelaki yang perasan dirinya kacak,
Jeeva. "Awak maafkan saya ye saya pun nak masuk dalam tolong apa yang
patut," Seetha memberitahu lelaki itu dan terus melangkah pergi sebelum
lelaki itu buka mulut.
"Seetha awak semakin hari semakin comel dan cantik. Saya akan pastikan
awak akan menjadi milik saya secepat mungkin," Jeeva berikrar dalam
hatinya.
Bila Seetha masuk dalam rumah Marina menarik aku masuk dalam biliknya. Cantik
bilik itu catnya warna kombinasi ungu dan putih, cadar katilnya juga
warna ungu lembut dan segala sari dan set perkahwinan berterabur di atas katil
menyakitkan mata. " Kenapa katil kamu begini rupanya?" dengan pantas
Seetha mula mengambil sari dan mula melipat. Marina hanya berdiri di pintu
sambil melihat Seetha mulakan lipatan saree. Aku faham pandangan mata tersebut.
" Marina aku tidak berminat la untuk berkenalan dengan Jeeva. Saya minta
maaf ya. Tolong jangan paksa saya Marina," aku memberitahu Marina sambil
mengemas katilnya. Aku mendengar Marina mengeluh dan duduk di penjuru katil.
Seetha tinggalkan sari itu lalu berlutut di hadapan Marina. "Marina
maafkan aku kalau kecewa dengan sikap aku . Aku belum bersedia untuk berkenalan
dengan sesiapa lagi," Marina terus memeluk aku dan menangis
" Maafkan aku Seetha aku tidak sepatutnya memaksa awak,” lirih suara Marina
membuatkan Seetha serba salah.
Marina saya faham awak nakkan yang terbaik untuk
saya, dah jangan menangis nanti sesiapa melihat awak menangis fikir awak tidak
mahu berkahwin dengan Mahendran pulak," balas aku sambil bergurau.
Dalam 30 minit kami berdua sudah mengemaskan bilik itu dan bersiap untuk hari
esok.
Selepas seminggu bercuti sempena Marina berkahwin hari ini Seetha kembali
bertugas. Sebaik sahaja Seetha menampak kaki di pejabat Dato Raj sudah menegur
aku " Selamat bertugas Seetha. Ini baru kawan baik kamu kahwin dah cuti
seminggu kalau kamu kahwin mahu cuti sebulan". Dato Raj seorang peguam
kanan di firma guaman terkenal dalam mengendalikan wasiat kebanyakan ahli
perniagaan dan koprat merupakan klien dia. Orang yang tidak rumit malah apa-apa
masalah pun diselasai dengan senyuman. Walaupun dah berumur kacak juga Doto Raj
mananya tidak jika asyik senyum aje.
"Seetha kamu ada temujanji dengan klien kamu ke hari ini?" soal Dato
Raj. "Rasanya tidak ada Dato, tapi kena pastikan dengan Wong. Kenapa nak
belanja saya makan Pizza ke?"Seetha mengangkat kedua-dua kening aku dengan
senyuman nakal. "Kami pun nak ikut juga ," Shima pembantu peribadi
Dato Raj, Miss Chong dan Mr Kumar dari sebalik ruangan pantri.
"Dato Raj mengeleng kepala" Sikap tak padan dengan usia dan
profesen. Haiyahhh.... Seetha saya nak minta tolong kalau kamu ada kelapangan
masa sila ke bilik saya."
"Berikan saya sepuluh minit biar saya pastikan tiada temu janji untuk hari
ini dan saya akan ke bilik Dato selepas itu", balas Seetha sambil langkah
ke biliknya.
"Selamat pagi, Wong," tegur Seetha sebelum masuk ke biliknya. Sebaik
sahaja Seetha duduk di mejanya, Wong masuk ke bilik Seetha.
" Cik Seetha, tiada temu janji hari ini. Jadi boleh berehat hari ini dan
pergi shopping," usik Wong. Dah tiga tahun Wong menjadi PA Seetha,
hubungan mereka lebih dari majikan, Seetha menganggap Wong sebagai kawan malah
mereka selalu juga keluar makan bersama.
" Wong, saya ke bilik Dato Raj. Kalau ada apa-apa cari saya di sana,"
pesan Seetha.