Bab 32

BAB 32

"WOI!"

Aku yang sedang mengelamun terperanjat dek sergahan seseorang dari belakang. Mujur aku tak jatuh tergolek, kalau tak punggung aku juga menjadi mangsa. Segera aku memalingkan tubuh aku ke belakang.

"Firdan! Awak ni kenapa?" soal aku dengan perasaan sebal.

Firdan ketawa mengekek melihat muka cemberut aku. Selamba dia saja mencuit hidung aku, nasib baik Prof. Luqman tak nampak. Kalau nampak, ada yang cemburu tak tentu pasal.

"Ish! Awak ni dah kenapa? Don't touch me...."

Firdan ketawa sambil menjelirkan lidah ke arah aku. Aku mengejar dia sekeliling bilik kerja Luqman. Nasib baik aku dah siapkan modul latihan aku, kalau tak kena marah dengan Prof. Luqman Rafhael tu.

"Woi, woi apa ni?" tegur Luqman sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Firdan pula hampir nak terlanggar dia tetapi sempat brek menggunakan kedua-dua belah kakinya, diseretkan.

"Firdan ajak Aly main kejar-kejar pula," jawab aku sambil menyilangkan tangan kemudian bibirku muncungkan. Firdan hanya menayangkan reaksi tak bersalah. Eish! Geram aku dengan dia ni. Dahlah terkejutkan aku lepas tu ajak aku main kejar-kejar pulak.

"Main-main juga tapi ni bukan taska. Ni hospital. Kalau pesakit atau keluarga pesakit nampak ada dia ingat dia salah masuk hospital pulak," ujar Luqman selamba. Aku pula terpinga-pinga mendengar ayatnya.

"Apa maksud, Prof?" soal aku.

"Yelah, nanti diaorang ingat diaorang masuk hospital mental," ujar Luqman sambil melabuhkan punggung dan memandang aku serta Firdan bersilih ganti.

"Amboi, Prof. Sindir kitaorang nampak. Bukan main...," celah Firdan. Luqman ketawa sambil menggelengkan kepala.

"Latihan tadi dah siap?" soal Luqman sambil mengambil kertas aku di atas mejanya. Laju aku menganggukkan kepala.

"Okey bagus. Jadi hari ni korang boleh belajar topik seterusnya. Nak jadi doktor bukan senang tau apatah lagi Professor. Hasil tugasan Firdan sangat mengagumkan saya, Aly patut minta dia ajar Aly macam mana nak buat tugasan kemas dan sempurna macam dia buat."

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala kemudian mengalihkan pandangan ke arah Firdan.

"Doktor Firdan tolong ajar saya!" ujar aku dengan nada gembira. Firdan menyingkapkan rambutnya ke belakang sambil menayangkan wajah berlagak.

"Boleh tapi ada syarat." Terbuntang aku mendengar jawapannya. Siap nak bersyarat bagai, Luqman pun tak ada nak bersyarat dengan aku.

"Syarat? Syarat apa?" soal aku sambil mengerling sekilas ke arah Luqman yang turut memerhatikan telatah kami berdua.

"Syarat dia..."

Sengaja betul dia ni nak buat jantung aku berdebar-debar. Janganlah dia minta syarat yang bukan-bukan. Nahas dibuatnya nanti.

"Syarat dia... tak adalah gurau je. Boleh je, tiada masalah. Janji kau kena bersedia kalau nak belajar dengan aku. Aku ni kalau bab belajar serius, tak ada masa nak main-main..."

Aku mencebikkan bibir. Ye ye lah tu, tadi beria-ria sergah aku lepas tu ajak main kejar-kejar. Kacau aku tengah hafal modul aje.

"Okey! Boleh! No problem!" jawab aku dengan bersungguh-sungguh. Luqman dan Firdan tertawa kecil melihat aku.

*****

MALAM itu, aku bergayut dengan Luqman memandangkan dia ada kerja dekat hospital yang masih lagi belum siap. Dia minta aku temankan dia melalui panggilan telefon. Sejak-sejak dah jadi teman istimewa dia bukan main manja dengan aku. Ada saja permintaan yang aku kena turutkan. Kalau tak nanti, merajuklah memanjang dengan muka cemberut macam tikus cencurut tu.

"Banyak lagi ke kerja abang?" soal aku sambil menopang dagu pada bibir tingkap dan bermain dengan hujung rambut. Telefon bimbit aku letakkan di atas bibir tingkap.

"Boleh tahan. Banyak fail pesakit abang kena periksa."

"Ohh... ye ke? Abang dah makan belum ni?"

"Dah. Makan buah je. Tak selera sebab buah hati tak ada depan mata."

"Ya Allah, mengadanya. Makanlah. Kan banyak kerja memerlukan tenaga..." Menyampah pula aku dengar ayatnya tadi. Makin menjadi-jadi perangai manja dia tu.

"Alah. Dah kenyang dah makan buah betik dengan tembikai tadi. Lagi pun dengar suara si buah hati yang manja ni pun makin kenyang abang dibuatnya."

Aku ketawa mengekek mendengar ayat jiwangnya itu.

"Eh! Dah kenapa ketawakan abang? Kelakar ke ayat abang, huh?" soalnya di hujung talian. Aku menghabiskan saki baki tawaku sebelum menjawab soalanya.

"Tak ada lah. Geli hati dengar ayat abang tu! Macam tak percaya je Aly tengah cakap dengan Prof. Luqman Rafhael. Tak sangka pula dia semanja ini," jawab aku kemudian menyambung semula tawaku.

"Sampai hatimu, mentertawakan daku. Alah, abang manja bukan dengan sembarangan orang tau. Aly lah yang paling untung sebab nampak perangai manja abang. Dengan orang lain mana ada. Jauh sekali. Haaa...."

Aku terus menerus ketawa, air mata sudah meleleh aku seka.

"Abang ni ada-ada je tau. Karang kerja tu tak siap. Baik siapkan sekarang, nanti boleh tidur. Nanti asyik tak tidur je. Ingat abang tu robot ke?"

Giliran dia pula ketawa.

"Seronok juga ya kena bebel dengan kesayangan. Terasa diri ini ada yang ambil berat. Rasa tak sabar nak kahwin dengan sayang abang ni."

Aku memutarkan bebola mata tapi sebenarnya dalam hati suka.

"Eii! Menyempat!" Serentak kami berdua ketawa.

PLANG!

Aku terkejut saat terdengar seperti bunyi barang jatuh di luar bilik. Jantung aku terus berdebar-debar. Hati aku mula rasa tidak sedap.

"Aly?" suara Luqman mengejutkan aku.

"Huh.. ya abang. Erm.. abang kejap ya.."

"Kenapa ada apa? Abang dengar macam bunyi jatuh...," soal Luqman dengan nada risau.

"Entah, Aly nak pergi tengok ni. Kejap ya...," ujar aku sambil menggenggam telefon bimbit erat. Talian kami masih bersambung atas arahan Luqman, dia takut berlaku sesuatu dekat aku.

KLIK

Lampu dapur aku hidupkan dan kelihatan botol air aku sudah bergolek di atas lantai. Aku terpandang pintu dapur yang terkuak sedikit. Rasanya aku dah tutup tadi, ke aku lupa nak tutup? Ya Allah, seram pula malam-malam macam ni...

"Alyna... Kenapa? Ada apa? Kenapa senyap je? Nak abang datang sana tak?"

Aku melekapkan telefon bimbit pada telinga kananku.

"Ya abang. Tak ada apa-apa. Botol air Aly jatuh je. Angin kot...," bohong aku. Aku tak rasa angin sebab memang tak ada angin pun sekarang ni. Cepat-cepat tangan aku mengunci pintu dapur dan menyendal pintu itu dengan kerusi.

"Betul ni tak nak abang datang?" soalnya sekali lagi. Dengar suara dia pun aku tahu yang dia tak tenteram dekat sana.

"Ya abang. Aly okey saja... janganlah risau. Angin tadi tu..."

Aku ketawa buat-buat untuk mengusir perasaan risaunya itu.

"Baiklah. Abang dah siap kerja abang ni. Abang nak balik dah. Apa-apa call abang okey."

Aku tersenyum kecil lalu mengiyakan.

Setelah mematikan talian, aku masuk semula ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik. Aku memegang dada aku yang berdegup laju, aku dapat rasa seperti ada orang yang memecah masuk tapi bila aku dekat bawah tadi tak ada pula.

Haraplah bukan. Aku je yang fikir negatif. Fuh....


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.