Bab 24

BAB 24

SUDAH beberapa minggu aku hanya terperap di dalam bilik dan air mata hanya sentiasa menjadi peneman aku. Aku duduk di bucu katil sambil memandang polaroid yang bersepah di atas karpet berbulu itu. Kedua-dua belah kaki aku rapatkan ke dada dan dagu diletakkan di atas lutut. Polaroid itu, gambar aku bersama Luqman setiap kali kami keluar bersama. Aku memejamkan mata beberapa saat bersama air mata mengalir jatuh ke pipi.

Sedih.

Aku dalam kesedihan kerana aku tak sempat nak luahkan perasaan aku. Sampai hati dia, langsung tak beritahu aku. Pergi meninggalkan aku begitu saja. Kenapa? Salah ke kalau beritahu aku? Aku tak larang dia nak berpindah kerana itu kerjaya dia tapi apa salahnya beritahu aku.

Aku rindu dia. Rindu sangat nak berbual-bual dan menceritakan masalah sesama sendiri. Aku melentukkan kepala di atas lutut dan termenung jauh memikirkan dia. Segala bayangan dan imbauan bersamanya bermain di dalam ingatanku. Aku tersenyum kecil saat terpandang wajahnya yang manis diselitkan dengan senyuman lebar.

Tapi apakan daya, itu semua hanyalah tinggal memori. Tiada lagi dia bersama aku. Dia meninggalkan aku tanpa khabar berita. Lost contact. Andai kata aku berjumpa dengan dia semula, aku sendiri tak tahu soalan apa yang harus aku soalkan. Hati siapa yang tak sakit diperlakukan sebegini.

Ah! Stres! Mujur peperiksaan dah tamat kalau tak pasti fikiran aku terganggu. Abang Luqman! Mana abang pergi? Abang pindah dekat mana? Tolonglah, beritahu Alyna, dapat jumpa sekejap pun jadilah.

Aku merebahkan diri di atas karpet berbulu dalam keadaan meringkuk dan tangan mengusap gambar aku dan dia ketika di taman tasik dulu dan kemudian gambar kami di rumah salji itu. Kenangan yang sukar untuk aku lupakan.

Aku menangis lagi. Terus dan terus menangis.

Abang... Alyna rindukan abang. Alyna tak sempat nak beritahu abang yang Alyna sayangkan abang, cintakan abang! Abang kembalilah... jangan tinggalkan, Aly. Abang dah janji nak sentiasa bersama dengan Alyna. Alyna tak kisah kalau abang anggap Alyna adik angkat sekalipun tapi jangan macam ni. Jangan terus menghilang macam ni. Alyna hanya ada abang untuk dibuat teman susah dan senang bersama.

Teresak-esak aku sambil memeluk gambar itu erat ke dada.

*****

"HELLO...," sapa si hujung pemanggil.

"Hello...," sahut dia.

"Aku dah carikan rumah sewa dekat sekitar kawasan rumah aku ni. Kau nak pindah sini bila? Kau dah fikir masak-masak ke nak pindah dari kolej tu? Sayang kut, baru berapa lama je kau kat sana takkan kau dah nak pindah sini."

Dia hanya melepaskan keluhan kecil.

"Ya, aku dah fikir masak-masak. Aku nak pindah situ. Terima kasih sebab tolong aku last-last minit macam ni," ujarnya sambil tangan sibuk menaip pada papan kekunci untuk mengemelkan keputusan kajiannya kepada pihak Pusat Makmal Negara.

"Yelah. Nanti dah sampai sini, kita lepak."

Dia tertawa kecil lalu mengiyakan.

"Okey, bye."

Panggilan dimatikan. Dia menyandarkan belikatnya pada kusyen kerusi kerjanya. Kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang kepala. Matanya dipakukan pada sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja kerjanya. Gambar dia dan Alyna sewaktu di rumah salji. Dia mengukirkan senyuman kecil.

"Alyna... apa yang Aly tengah buat sekarang? Jujur, abang rindukan Aly. Abang penat sangat dengan kerja-kerja abang, kalau dulu Aly lah yang mampu menghilangkan segala kepenatan abang tapi sekarang tiada lagi Aly di sisi abang. Hanya kerana pekara itu, abang terpaksa tinggalkan Aly."

"Abang tak hancurkan masa depan Aly dengan berkahwin. Bila abang dapat tahu Aly akan berkahwin dengan dia, abang bangkang seratus peratus. Memang abang takkan lepaskan Alyna dekat dia walaupun abang terpaksa menyakiti hati dan perasaan kita berdua."

"Abang sayangkan Alyna. Sampai mati abang akan tetapkan cinta abang hanya untuk Alyna. Abang percaya, sekiranya berjodoh kita akan berjumpa suatu hari nanti dan abang harap ketika itu Alyna maafkan semua perbuatan abang. Abang harap Aly tak buat pekara yang tak sepatutnya bila abang tak ada," getus hatinya sendiri. Dia mengusap rambutnya sendiri sambil melepaskan keluhan panjang.

Bingkai gambar itu ditarik rapat ke dadanya.

"I love you, Nur Alyna," gumamnya sambil mengusap gambar gadis yang di dalam bingkai gambar itu.

*****

ABANG, I love you. Ucap aku sambil merenung ke arah langit. Di tangan aku terdapat sekeping gambar aku dan dia ketika di rumah salji. Tangan aku mengusap gambarnya sambil mengoyakkan senyuman kecil.

Aly tahu, abang ada alasan atau masalah abang tersendiri. Ada sebab abang buat semua ni. Aly harap, abang takkan pergi selamanya dari Aly. Aly tunggu abang sampai bila-bila. Hanya abang saja, lelaki yang berjaya ketuk pintu hati Aly dan timbulkan perasaan cinta itu dalam diri, Aly. Abang jaga diri walau di mana abang berada. Jauh atau dekat, pasti kita akan berjumpa semula dengan izin-Nya. Terima kasih sebab jadi mentor Aly sampai Aly berjaya meningkat prestasi Aly dan berjaya menjawab soalan-soalan peperiksaan akhir dengan mudahnya.

Kalaulah satu hari kita berjumpa semula, Aly tak lepaskan peluang untuk meluahkan segala isi hati Aly dekat abang. Masa itu juga, Aly akan luahkan segalanya walaupun banyak rintangan yang harus Aly tempuhi.

Tok! Tok! Tok!

Perlahan aku menyeka air mata yang hampir menitis. Segera aku menyimpan gambar tadi ke dalam sebuah kotak khas. Kaki aku hayunkan ke arah pintu, tombol pintu dipulas perlahan dan menjengah melihat ke luar.

"Alyna... ibu dan ayah Alyna panggil...," beritahu kak Mutiara. Aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum kecil.

*****

"AYAH, dengar Aly nak menjalani latihan industri dekat luar daerah ni, betul?"

Aku hanya menganggukkan kepala sambil anak mata memandang kedua-dua orang tua yang sudah banyak berkorban untuk membesarkan aku. Walau mereka banyak menyakitkan hati aku, mereka tetap ibu dan ayah. Tanpa mereka, siapalah aku ni...

"Ya, ayah. Aly dah fikir masak-masak. Aly nak menjalani latihan industri dekat hospital luar daerah. Aly nak cari pengalaman dengan lebih luas. Lagipun waktu Aly menjalani latihan industri, umur Aly dah 23 tahun, dah layak sangat hidup berdikari sendiri tanpa menyusahkan ibu dan ayah...," jawab aku dengan panjang lebar. Ibu dan ayah terdiam seketika.

"Baiklah, ayah izinkan. Walau macam mana sekali pun kamu nak berdikari, ayah akan pindahkan duit dekat Aly setiap bulan dalam akaun. Kalau ada yuran tambahan atau apa-apa kecemasan beritahu, ayah atau ibu."

Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala.

"Tu sajalah yang ayah nak tanya." Ayah dan ibu sudah mahu bangun untuk masuk ke dalam bilik. Segera aku menghalang mereka.

"Ayah, ibu nanti dulu...." Serentak mereka berdua menoleh ke arah aku.

"Boleh tak Aly nak peluk ibu dan ayah? Sekejap pun tak apa...." Mereka memandang sesama sendiri sebelum memandang aku semula. Tanpa menunggu jawapan mereka. Aku memeluk mereka berdua erat, mahu melepaskan rindu yang selama ini terbuku di dada.

"Aly sayang dan rindu ibu, ayah sangat-sangat...," kata aku dengan nada sebak. Suara cuba aku kawal untuk tidak kedengaran aku seperti mahu menangis. Perlahan-lahan aku terasa tubuhku dipeluk oleh mereka.

Aku tersenyum. Gembira di hati kerana dapat memeluk mereka dan pada masa yang sama sedih kerana insan yang aku cinta jauh dari aku.


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.