Bab 48

BAB 48

"MAAFKAN ayah, Aly..."

Aku membisu tidak bersuara apa-apa. Luqman yang menjelaskan semuanya pada ayah. Ibu di sebelah sudah menangis. Aku ingin menangis tetapi aku cuba tahan.

"Sayang... ayah tunggu sayang tu. Cakaplah..." Luqman memeluk bahu aku sambil tangannya mengusap bahuku. Aku menundukkan wajah, mengumpul semangat untuk menghadapi semua ni. Sungguh aku marah kerana ayah sanggup bersengkokol dengan Yazid.

"Aly... Aly tak tahu nak cakap apa ayah. Hati Aly luluh bila dengar cerita ni dari mulut Firdan, abang Luqman dan juga ayah. Kenapa ayah sanggup buat pekara terkutuk macam tu ayah? Kenapa ayah kejam sangat bunuh seseorang yang tidak bersalah?"

Akhirnya empangan air mata aku pecah, tak mampu menahannya dari keluar lagi. Sekali lagi aku menangis teresak-esak. Sungguh perit untuk menerima kenyataan ini.

"Maafkan ayah, Aly. Ayah tahu yang Aly marah...."

"Ya ayah, memang Aly marah. Marah sangat. Aly langsung tak kisah dulu ayah sakitkan hati Aly tapi pekara yang ayah buat ni dah melampau. Ayah dan ibu idola Aly. Aly nak jadi doktor yang bertauliah macam ayah. Tapi kenapa ayah buat macam ni ayah? Seorang doktor bukan membunuh pesakit dia, ayah tapi bantu untuk merawat." Laju aku menggelengkan kepala, tidak sangka dengan perbuatan ayah yang tergamak itu.

"Ya Aly... ayah tahu... maafkan ayah. Kalau Firdan nak buat laporan polis, ayah akan serahkan diri...."

Aku terdiam tidak berkutik. Tidak tegar aku mahu ayah duduk di penjara itu tetapi apa yang ayah telah buat tetap menjadi satu kesalahan yang besar.

"Abang... jangan tinggalkan saya..." Perlahan ibu memujuk ayah. Ibu tidak mahu ayah dimasukkan ke dalam penjara. Begitu juga dengan aku. Anak mana yang sanggup tengok seorang ayah yang dia sayang duduk di tempat yang tak pernah terfikir dalam otak pun selama ini. Penjara... tiada siapa yang mahu pergi kecuali dia sendiri yang memerangkap dirinya untuk masuk ke situ.

"Ayah, tak apalah. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Sekarang ni kita tengah cari Yazid sebab dia mula ganggu Aly dan selama ni Luq rasa dia yang ganggu Aly sewaktu Aly di rumah dulu."

Ayah sekadar menganggukkan kepalanya.

"Tapi betul ke Firdan yang ganggu Aly dulu semasa Aly di kolej?" soal ayah.

Aku menganggukkan kepala. Dua kali kejadian yang sama, Luqman menyelamatkan aku dari Firdan. Ketika itu Firdan terlalu ikutkan dendamnya. Dia mahu menuntut hak kematian maknya itu. Aku tak boleh salahkan dia seorang kerana hal ini berpunca dari ayah dan Yazid.

"Luq, tolong jaga Aly. Luq saja yang ayah boleh harapkan sebab ayah tahu ayah dah tak mampu nak melindungi anak ayah sendiri..."

Hiba hati aku mendengar ayat ayah itu. Walau sejahat mana pun dia, dia tetap ayah aku. Aku tak boleh nak menghukum dia kerana aku tahu kerja menghukum itu bukan kerja aku tetapi tugas Allah.

*****

DAHI aku picit beberapa kali. Sudah beberapa hari ini kepala aku selalu berpusing dan selera makan aku berkurangan. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Emosi aku mula berubah. Terlalu sensitif. Sikit-sikit mahu menangis. Kadangkala, Luqman bergurau pun aku ambil hati. Biasanya tak ada pun. Dah kenapalah dengan diri aku ni. Terlalu banyak memikir, inilah padahnya.

"Sayang..."

Aku hanya tersenyum kecil memandang Luqman yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik kami bersama semangkuk bubur dan segelas air jus buah-buahan campuran.

"Sayang tak sihat, ya? Makan sikit ya. Dari pagi tadi tak makan. Nanti masuk angin lagi teruk. Meh abang suapkan..."

Aku mengangguk kecil lalu duduk bersila menghadapnya.

"Uwerkk..."

Aku terus berlari ke tandas setelah menerima beberapa suapan bubur. Luqman segera mendapatkan aku yang sedang memuntahkan isi perut di mangkuk tandas. Tengkukku diurut-urut lembut.

"Sayang okey? Mual ke?" soalnya lembut. Aku menganggukkan kepala lemah. Paling tak suka kalau muntah. Perit tekak rasanya.

"Tak apa. Kita pergi hospital. Sayang kena check ni. Tak boleh dibiarkan..."

Aku mengangguk, akur saja dengan kata-katanya.

*****

"TAHNIAH anak ayah. Anak ayah mengandung tiga minggu...," ujar ayah selepas sudah memeriksa keadaan aku. Aku menekup mulut terkejut dengan khabar berita yang diberitahu oleh ayah.

Sebaik saja sampai di hospital tadi, Luqman terus dipanggil oleh rakan sekerjanya. Jadi, Luqman meminta bantuan ayah untuk memeriksa keadaan aku.

"Ayah, serius ke ni ayah?" soal aku dengan nada tidak percaya.

"Ya sayang. Aly mengandung tiga minggu. Masih baru lagi. Kena banyak jaga."

"Ya Allah... kalau abang Luqman tahu ni mesti dia happy sangat!"

Ayah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Aku terus memeluk tubuh ayah erat. Air mata gembira mengalir ke pipi. Sungguh aku tidak menyangka yang aku bakal menjadi seorang ibu.

"Maafkan ayah ya, sayang..."

Aku memandang wajah ayah yang kelihatan sayu itu. Kepala aku gelengkan dan terus memeluknya kembali.

"Memang Aly marah bila Aly dapat tahu ayah buat semua ni tapi marah Aly hanya sekejap saja ayah. Aly sayang ayah, tak tergamak Aly nak pinggirkan ayah. Tak mungkin pekara macam tu berlaku. Abang Luq dan Aly akan cuba cari jalan penyelesaian..."

Ayah menganggukkan kepala. Aku meminta diri untuk mencari keberadaan Luqman. Tidak sabar mahu memberitahu berita gembira ini.

"Sayang?"

Aku terus menoleh ke arah pintu bilik kerja Luqman, rupanya dia dekat situ. Segera aku masuk ke dalam bilik itu bersamanya. Aku melabuhkan punggung di atas sofa memandangkan Luqman masih lagi berbincang dengan rakan sekerjanya itu.

"Aku minta diri dulu, Luq. Nanti kau dah siapkan laporan tu. E-melkan dekat aku okey?" Luqman menganggukkan kepalanya. Tak lama itu, rakan sekerjanya itu melangkah keluar dari bilik.

Aku lihat Luqman sedang tekun menaip pada papan kekunci komputernya itu. Dia ni lupa ke aku ada dekat sini. Aku dah lah tak sabar nak beritahu berita gembira dekat dia ni. Memang saja aje nak buat aku sergah dia.

Perlahan aku bangun lalu menapak mendekatinya tanpa dia sedar lalu aku membongkokkan badan, mendekatkan bibir pada cuping telinganya lalu berbisik.

"Abang... Aly mengandung..."

"Ceit!"

Aku tertawa kecil saat Luqman terkejut apabila disergah halus begitu.

"Ap... apa sayang?" Luqman seperti teringat semula apa yang aku bisikan tadi. Aku tersengih sambil mengoyang-goyangkan badan ke kiri dan ke kanan.

"Sayang, say it! What is it?"

"I am pregnant. 3 weeks!" jawab aku dengan nada teruja. Luqman pandang aku sehingga tidak berkelip matanya.

"Are you not kidding, right?"

"Nope! I am telling you the truth. I am pregnant and you gonna be a father, Prof. Luqman Rafhael!" Tertawa aku memandang wajahnya yang masih tak beriak itu. Terkejut sangat nampaknya.

"Sayang! Seriously!"

Dia terus merangkul pinggang aku lalu dahiku dikucup.

"Ya abang..." Aku menyembamkan muka pada dadanya. Dia meletakkan dagu di atas kepala dan rambut aku dibelai perlahan.

"Abang bersyukur sangat. Kita diberi peluang untuk menjadi suami isteri dan kini, kita akan jadi ibu dan ayah."

Tangan Luqman menyentuh perutku lalu diusap perlahan sambil matanya merenung wajahku.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih... serius abang terharu..." Air mata Luqman menitis jatuh tatkala dia mengungkapkan ayatnya itu. Aku menyeka air matanya sambil tersenyum lebar.

"Jangan berterima kasih. Kita sama-sama... tanpa abang... Aly tak akan rasa sebahagia ini walaupun kita diuji banyak ujian. Walau sejauh mana kita, jodoh kita tetap bersama."

Dia menganggukkan kepala sekali sambil tersenyum.

"Pegang kata-kata abang ni, sayang. Abang akan melindungi sayang dan baby kita walaupun abang harus berkorban sekalipun. Kerana sayang dan baby adalah nyawa abang."

Aku tersenyum. Tersentuh aku mendengar ungkapan ayatnya itu.

"Sayang abang sangat-sangat. Tak terungkap dengan kata-kata...," ujar aku sambil memeluknya erat.

"Abang sayangkan Nur Alyna lebih dari nyawa abang sendiri...," balas Luqman. 


Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.