Bab 3

BAB 3

PAP!

BAHU aku terhinjut saat ayah melemparkan kertas ujian aku di atas meja kopi. Ibu di sebelahnya merenung aku dengan renungan yang tajam. Aku tak sangka pula, Doktor Dennis beritahu mereka mengenai prestasi aku di kolej. Balik-balik rumah saja, ayah dan ibu sudah duduk terpacak dekat sofa ruang tamu. Kak Mutiara aku perasan mengintai kami di sebalik dinding dapur.

"What have you done, Nur Alyna?" Serius nada suara ayah mengajukan soalan itu kepada aku. Mulut aku bagaikan terkunci rapat, langsung tak dapat nak mengeluarkan suara.

"I am asking you!" tengking ayah.

Aku mengalirkan air mata dan menundukkan kepala.

"Nur Alyna, ayah tanya tu. Kenapa diam?" soal ibu pula yang sudah lama berdiam diri. Perlahan-lahan aku mendongakkan kepala dengan wajah yang basah dengan air mata berjuraian deras.

"I am sorry, ayah, ibu. Aly dah buat yang terbaik. Itu saja yang Aly mampu buat," jawab aku dengan nada perlahan dan agak serak.

Ayah bangun lalu berdiri di hadapan aku. Ketika itu aku berserah semuanya kepada-Nya. Salah aku dan aku kena terima sebab dah kecewakan hati ibu dan ayah.

"I am so dissapointed, Nur Alyna. My hope is only you. Ayah hanya harapkan satu-satunya anak perempuan ayah ini yang boleh mewarisi kerjaya ibu dan ayah. Tapi ni apa? Kenapa teruk sangat prestasi kamu? Apa yang kamu dekat rumah?" Bergema-gema segenap ruang utama itu dengan suara amukan ayah.

"You know what Alyna. You break my heart into pieces."

Hati aku bagaikan dipanah oleh kilat saat mendengar ayat itu terpacul dari mulut ayah. Sampai begitu sekalikah ayah kecewa? Aku dah buat yang terbaik dan itu saja yang aku mampu.

"Kalau macam ni lah, Aly. Baik kamu berkahwin saja dan tak payah teruskan pelajaran kamu tu. Kamu nak memberontak bukan dengan cara ini, Alyna. Kami berdua berhempas pulas mencari rezeki untuk kesenangan Alyna," celah ibu.

Aku kehilangan kata-kata.

"Alyna minta maaf..." Itu saja yang mampu aku keutarakan. Aku berlari naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik. Pintu aku kunci dan aku terus jatuh terduduk, bersandar pada dedaun pintu. Memeluk betis dan menangis teresak-esak.

"Alyna minta maaf. Alyna tahu Alyna tak boleh banggakan ibu dengan ayah tapi janganlah marah Alyna sampai macam ni sekali," esak aku. Bahu terhinjut-hinjut tidak dapat menahan sebak di dada lagi.

Apa aku nak buat sekarang ni? Aku nak belajar lagi. Bagilah aku peluang untuk berusaha tingkatkan semula prestasi aku. Kenapa semua orang tak boleh berikan sokongan dan dorongan dekat aku?

I just need my parents. My family. I miss to spend time with them like my childhood.

PING! PING!

Aku merangkak perlahan ke meja lampu tidak jauh dari situ dan mencapai iPhone aku yang berbunyi sebentar tadi. Aplikasi WhatApps aku buka dan beberapa perbualan terpacul di skrin. Ada satu nombor yang tidak dikenali menghantar satu perbualan kepada aku.

Unknown Number

Assalamualaikum Alyna. Saya Luqman. Doktor Dennis dah beritahu saya mengenai pembelajaran awak yang semakin merosot. Saya bersedia untuk membantu awak. Esok jumpa saya di makmal kajian pada jam 11 pagi. Bawa buku nota dan alat tulis awak. Saya akan ajar awak.

Terkebil-kebil aku membaca perbualan itu. Professor Luqman rupanya. Aku ingat siapalah tadi. Nasib baik aku tak sekat. Kalau tak, habislah. Aku kena hentam lagi dengan Doktor Dennis.

Unknown Number

Waalaikumussalam Prof. Luqman. Baiklah, terima kasih kerana sudi membantu saya. Insya-Allah saya akan datang berjumpa dengan Prof, esok pagi.

Butang hantar aku tekan dan perbualan aku sendiri dibaca semula di dalam hati.

iPhone aku letak semula di atas meja lampu kemudian merebahkan diri di atas katil. Sisa air mata aku kesat perlahan dan merenung siling bilik aku lama. Kepala otak aku sarat memikirkan masalah aku ini. Macam mana aku nak tingkatkan prestasi aku? Kepala otak aku ni lambat terima ilmu dan ambil masa yang lama untuk mahirkan topik itu.

Aku memejamkan mata dan cuba menenangkan diri.

*****

MALAM itu, aku keluar ke kedai memandangkan ibu dan ayah sudah pergi ke hospital semula. Mungkin lepas ni mereka lebih banyak habiskan masa di hospital disebabkan prestasi aku yang merosot ini. Yelah, biasanya kalau mereka marahkan aku, mereka takkan balik ke rumah sehingga berminggu-minggu. Dari aku sekolah menengah lagi sikap mereka begitu. Nak buat macam mana? Kata ustaz, seburuk-buruk mereka, mereka berdua tetap ibu dan ayah aku yang bersekang mata mencari rezeki untuk aku dari lahir lagi.

Aku berjalan menyusuri lorong yang agak gelap dengan hanya diterangi dengan lampu jalan yang seperti nyawa-nyawa ikan saja. Malap. Tapi aku dah biasa berjalan mengikut lorong ini kerana cepat sedikit sampai ke kedai ataupun 7-Eleven.

TAK.

TUK.

TAK.

TUK.

Bunyi derapan kasut seseorang itu membuatkan aku rasa tidak sedap hati dan aku mempercepatkan langkah aku untuk sampai ke kedai.

"Ahhh!"

Aku menjerit kuat saat seseorang merentap lengan aku dari belakang dan menolak tubuh aku sehingga ke dinding jalan. Tubuhku sudah menggeletar, ketakutan. Sudahlah tiada sesiapa yang ada di lorong ini selain aku dan dia.

"Kau anak Doktor Amsyar dan Doktor Noura kan?"

Aku mengetap bibir, enggan menjawab soalan lelaki itu. Dia mencengkam lengan aku kuat sehingga aku berdecit sakit.

"Jawablah!" Paksa dia dengan nada suara ditekankan. Aku mengetap bibir kuat sebelum menjawab soalanya.

"Ya, ya... awak siapa?" soal aku terketar-ketar.

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Aku nak bagi amaran dekat diaorang melalui kau. Pesan dekat mak bapak kau tu, jangan berlagak dan angkuh dengan orang lain. Silap haribulan, semua tu boleh hilang sekelip mata termasuk kau."

Ugutan dia membuatkan aku semakin mengggigil kuat.

Ya Allah, lindungilah aku. Hantarlah seseorang untuk menyelamatkan aku...

"Hoi," tegur seseorang dengan nada biasa, tidak terlalu kuat.

"Kau nak buat apa dengan budak tu?" soal si gerangan itu. Dia mengenakan kot hitam panjang dan wajahnya ditutup dengan hoodie sehingga ke paras dahi.

"Kau tak payah nak sibuk! Ni hal aku dan dia. Kau tak ada kena mengena dengan budak ni!"

Aku masih statik berdiri tersandar pada dinding bata itu.

"Siapa cakap dia tak ada kena mengena dengan aku? Kau lepaskan dia sekarang kalau tak lebam biji mata kau aku kerjakan!" Nada suara dia sudah mendatar apabila lelaki itu langsung tidak melepaskan aku.

Tanpa membuang masa, dia terus menyerang lelaki itu dan mereka bergelut sesama sendiri.

"Budak! Lari!" jerit dia.

Aku terpinga-pinga dan teragak-agak mahu melarikan diri apabila ternampak lelaki itu sudah mengeluarkan pisau untuk menyerangnya.

"RunNow!" jerit dia.

Aku memaksakan kaki aku untuk melarikan diri.

Siapa dia?

Kenapa dia selamatkan aku?

Ya Allah, banyak pula soalan kau bila Allah dah hantar pertolongan untuk kau.

Tapi, aku nak tahu siapa dia?

Aku nak berterima kasih dekat dia sebab sudi menyelamatkan aku. 


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.