Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,293
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 5

Alisa dan Syifa berlari seperti memasuki pertandingan larian 100 meter berlari pergi ke department madam mereka kerana mereka telah lambat sampai ke college akibat jalan jem. Biasalah orang pergi kerja pagi pagi memang jem lah jawabnya dengan si Alisa yang tak berani membawa kereta laju sudah berbuih mulut Syifa menyuruh agar Alisa membawa kereta laju sedikit takut terlepas masa yang diberi oleh madam mereka.

Nasib mereka baik kerana Madam Aidawaty masih berada di ruangnya.

“Haa datang pun ingat tak nak hantar assignment korang. Mana tahu korang extend lagi 1 sem sebab nak jumpa madam lagi kan.”peril madam kerana telat hantar

“Bukan saya madam. Ni haa Alisa ni bawak kereta macam siput tambah dengan jem lagi. Ngeri saya extend 1 sem lagi, tak sanggup saya.”jawab Syifa jujur dengan nada yang tercunggap cunggap kerana mereka berlari dari tempat parking tadi.

“Aku pulak yang kena. Maafkan saya madam. Tapi kami dah hantar assignment kasi, kami pasti tidak akan mengecewakan madam. Percayalah!.” Kata Alisa dengan berani terhadap madam aidawaty walaupun kecut jugak time tu sebab madam agak cerewet bab bab assesment.

“Sudah sudah. Madam ada class, kamu berdua nie takde class ke?”Tanya madam Aidawaty kerana masih melihat mereka bersembang.

“Ada madam tapi pukul 10:30am sekarang baru 9:30am. Kami turun dulu, Assalamualaikum madam.”jujur Syifa sambil tersenyum sehingga nampak gusinya yang lawa.

Alisa bercadang nak stay dekat library memandangkan tempat tu je paling sejuk tapi penuh dan agak bising. Harap je library tapi masuk rupa macam pasar malam. Alisa dan Syifa terpaksa duduk di café sementara menunggu class mereka start.

Syifa adalah seorang sahabat yang pantang nampak lelaki handsome, kalau dia jumpa mahu terkeluar anak mata dia. Mulalah nanti misi cari crush baru, Syifa suka sangat tukar crush setiap minggu, pantang nampak lelaki handsome jadikan crush baru.

“Weyy weyy kau nampak tak lelaki yang duduk sebaris dengan kita meja tu nombor 4 tu, yang tengah sembang dengan kawan sebelah tu.”Tanya Syifa sambil memukul lengan Alisa supaya Alisa dengar apa yang Syifa cuba sampaikan.

“Haa kenapa? Nak mengatal lagi ke? Tak penat ke mata kau tu asyik usha orang je.”membebel Alisa bila dia tahu Syifa mahu buat perangai dia.

“Alaaa bukan lah weyy dia tu kawan crush kau lah. Takkan kau tak tahu, dia handsome kan, kalah nazrul kau tu.”peril Syifa. Syifa saja cakap sebegitu untuk melihat perubahan wajah Alisa bila mendengar nama Nazrul kerana Syifa tahu bertapa sayangnya Alisa terhadap Nazrul.

“Baik sikit mulut kau tu eh, sebelum aku shoot dekat dahi kau yang luas tu. Takde masa aku nak kenal kawan dia.”marah Alisa bila Syifa mengutuk kekasih hatinya itu.

“Lagi satu perlahan lah sikit suara kau tu, kau nak bagi 1 college dengar ke?”Alisa memukul lengan Syifa agar Syifa memperlahan suaranya yang nyaring tu. Kalau si Nazrul tahu yang aku dah lama dah hati dengan dia naya je Alisa.

“Nazrul takde kat sini lah, risau sangat Nazrul tahu yang kau suka dia. Kenapa eh kau takut sangat nak bagitahu Nazrul, bukan dia makan kau bukan paling tidak reject kau je.”ketawa besar Syifa bila dapat kenakan sahabat baiknya tapi dia berharap benda tu betul.

“Malas aku nak cakap pasal benda nie. Aku nak beli air, kau nak kirim apa apa tak ?”balas Alisa yang malas perbahaskan pasal Nazrul. Bukan dia taknak bagitahu tapi Alisa dengan Nazrul dah lama menjalinkan hubungan persahabatan sejak mereka kecil sama seperti Alisa dengan Syifa. Alisa tak mahu andai Nazrul dapat tahu, dia kan memutuskan persahabatan mereka.

“No thanks.”balas Syifa seringkasnya.

Alisa yang leka mencari kudap kudap untuk class Human Resoucre Management tidak perasan Nazrul yang sudah lama berdiri disebelah Alisa. Alisa yang khusyuk memilih dapat merasakan ada seseorang berada disebelahnya.

“Ya Allah! woii agak agak lah berdiri sebelah aku dekat macam nie.” Alisa yang terkejut dengan kehadiran Nazrul disebelahnya hampir tercampak air mineral ditangannya.

“Aku dah lama kat sini wey kau je yang tak perasan. Lagipun kau suka kan aku dekat dekat dengan kau.”gurau Nazrul bila melihat muka Alisa menajdi merah padam.

“Geli aku dekat dengan kau. Nanti orang pikir kau pakwe aku. Taknak aku nanti lelaki handsome yang nak kan aku lari pulak.”jawab Alisa yang sedang cuba menahan debaran yang kian gila dek Nazrul cuba bermain kata denganya.

Nazrul yang mendengar alasan yang diberikan oleh Alisa hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepalanya melihat sahabatan yang paling dia sayang. Sahabat ataupun kekasih hati ?

“Ego betul hati kau Alisa untuk luahkan isi hati kau dekat aku” desis Nazrul dalam hati.

Nazrul jalan disisi Alisa yang sedang bergerak kearah Syifa yang sedang menunggu Alisa. Nazrul tahu Alisa tak selesa lelaki berjalan dengannya terlalu dekat lalu Nazrul menjarakan dirinya dari Alisa sedikit.

“Lamanya kau pergi Alisa. Eh ada abang Nazrul kita yang handsome lah.”tegur Syifa bila dia perasan Nazrul berada disamping Alisa.

“Sorry ramai orang tadi. Dah jom naik class.”balas Alisa yang tak tentu arah bila Nazrul berada dekatnya dari tadi.

“Apa abang abang. Eh Syifa nanti lepas habis class jumpa aku jap kt sini eh ada kawan aku nak jumpa kau.” Kata Nazrul sambil mengenyit matanya tanda ada something Nazrul nak bagitahu tanpa pengetahuan Alisa.

“Eh ada mamat suka kau ke ?Walaweii cantik jugak aku ni.”tipu Syifa agar Alisa tidak perasan apa maksud Nazrul sebenarnya.

“Dah dah jom naik class. Nazrul kau kau ada class kan, jangan nak merayap pulak. Aku tumbuk muka kau satgi.”pesan Alisa terhadap Nazrul yang suka merayap before masuk class. Biasalah bila berjumpa geng lupa semua.

Nazrul kelihatan handsome walaupun mengenakan seluar slack hitam, tshirt puteh dan kemaja tanpa butang. Nazrul yang suka mengusik Alisa sejak mereka kecil, baginya Alisa kelihatan sangat cantik apabila dia dalam keadaan marah.

“Aku gerak lu weyy . Jumpa nanti.”kata nazrul sebelum dia berpusing kearah geng dia.

Ayah pulang makan tengahari dirumah kerana bagi Ayah masakan isterinya adalah paling terbaik. Hari ni ibu masak rendang udang, sayur taugeh masak lemak dan ikan goreng tanpa dilupakan sambal belacan jawa kerana Ayah amat menyukai sambal belacan jawa.

“Abang dah balik. Abang nak makan terus ke?”jawab ibu bila mendapati suaminya telah pulang sa,bil mencium tangan suaminya yang penat mencari rezeki buat keluarga.

“Boleh jugak, bau je dah buat nafsu abang tak tahan nak makan."balas Ayah sambil bergurau senda dengan ibu.

Ibu hanya tersenyum malu bila Ayah bergurau dengan ibu,

"Abang nak tanya sikit. Abang ada nampak tak perubahan anak perempuan kita tu? Ibu tengok lisa kerap sangat sakit. Risau saya bang.”jujur ibu kerana akhir akhir ini Alisa kerap sakit kepala.

“Abang perasan jugak tapi jangan dipikirkan sangatlah. Biasalah Alisa sekarangkan last sem mesti dia ada banyak kerja dia kena buat sampai dia terpaksa abaikan kesihatan dia. Nanti buatkan dia air halia, inshaallah okay lah dia tu.”pujuk ayah agar ibu tidak terlalu risaukan Alisa. Kalau ibu risaukan anak perempuannya apatahlagi dia. Alisa satu satunya gadis yang ada dalam rumah ni.

‘Yelah abang nanti saya buatkan.”kata ibu dengan nada agak sedih.

Ibu bukan apa dia hanya risau dengan keadaan Alisa sebab Alisa bukanlah seorang anak yang selalu sakit. Ibu risau jika ada apa apa dengan kesihatan Alisa, lebih lebih lagi kerap keluar di berita tentang sakit sakit yang dihadapi ketika ini.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee