Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,267
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 10

Alisa, Syifa,Nazrul dan beberapa rakan membaling topi diploma tanda mereka sudah berjaya menamatkan zaman Diploma mereka. Setelah mereka berhempas pulas untuk beberapa bulan terakhir, akhirnya mereka berjaya menamatkan zaman diploma mereka dengan grade yang sudah pasti tinggi. Mereka memeluk antara satu sama lain dan berkongsi tangisan bersama. Segala kepayahan mereka sudah pun terbalas dengan satu penghargaan iaitu segulung diploma ditangan mereka.

“Tahniah korang! Ya Allah happy dapat graduate sesama. Tak ada sorang pun tertinggal kita berjaya menamatkan perjalanan kita bersama.’sebak Nisya yang dari tadi memeluk Alisa

“Alhamdulillah. Berkat kita tak give up walaupun ada banyak masalah yang kita hadapi.”ujar Syifa yang masih bergenang air mata bila terkenang zaman zaman dial struggle , menangis buat assessment yang diberikan oleh lecture mereka tak masuk lagi dengan group buat hal.

Alisa yang dari tadi menangis melihat setiap tingkah laku kawannya, sedih sebab lepas ini mereka ada kehidupan mereka sendiri dan kemungkinan jarang lepak.

“Lisa jangan nak nangis lagi harini haru yang bahagia buat kita”kata Syifa yang cuba menenangkan sahabatnya.

“Ye lah aku tahu lah. Jom ambil gambar sesame kita buat kenangan.”ujar Alisa sambil memanggil seseorang untuk menolong Alisa untuk merakam mereka.

“Satu….Dua…Tiga…Sayyy cheeseeee!!”ujar seorang lelaki yang membantu Alisa.

Alisa mengucapkan terima kasih membantu mereka. Hampir sejam mereka bersama akhirnya mereka berpecah untuk kembali ke pangkuan ahli keluarga. Mereka berjanji untuk keluar dinner malam ini.

“Ibu….Ayah !!!! Alisa did it .. Alisa berjaya buat ibu dengan ayah bangga dengan Alisa. Ibu Ayah terima kasih sebab percayakan Alisa. Terima kasih kerana selalu memberi lisa dokongan untuk terus bersemangat menjalani halangan yang mendatang.”ujar Alisa yang sudah pun berada didalam pelukkan ibu dan ayah Alisa.

“Kami tak pernah kecewa dengan setiap yang anak kami tunjukan. Alisa dah buat ayah berbangga mempunyai anak perempuan yang tak pernah jemu berputus asa. Keputusan yang lisa dapat menunjukkan hasil Alisa semalam ini. Ayah berbangga nak..”balas Ayah sambil mencium ubun ubun Alisa. Dia sangat berbangga ketika ini dengan kejayaan yang diperoleh Alisa.

“Saayang.. Selama ini kamu bernangis, sanggup abaikan kesihatan kamu. Ini adalah ubatnya. Ubat yang selama ini kamu harap harap kan. Hajat ibu dan ayah sudah pun tercapai utuk melihat anak perempuan kami mendapat keputusan yang cemerlang.”kata ibu yang dari tadi memegang tangan Alisa. Gadis yang sudah besar panjang bahkan lagi tinggi darinya .

“Here we go… This is for you sis. Congratulation kak lisa , kami sangat berbangga ada kakak seperti kak lisa . Kakak yang sanagt bertanggungjawab dan pandai. Ini hadiah yang simple dari kitorang. Yelah kitorang laki tak reti bab bab sweet nie.”kata Alias dan Asyraf sambil menunjukkan bunga coklat yang mereka hiasi semalaman tanpa pengetahuan Alisa.

“Thank you so much ibu, yah dan my brothers.. I love you.”sambung Alisa dengan tangisan yang tidak mampu dikawal.

Nazrul menawarkan diri untuk merakam detik detik terindah bersama dengan  ahli keluarga Alisa. Kelihatan diwajah mereka ketenangan dan senyuman yang manis diberikan kepada kawan kawan Alisa yang turut berjaya. Alisa tidak tahu ini adalah kali terakhir dia akan tersenyum seperti ini.

Mereka menghabiskan masa dengan ahli keluarga dan rakan rakan mereka sebelum mereka pulang ke rumah masing masing. Ayah Alisa sudah pun memberitahu ahli keluarga yang lain yang dia akan mengadakan doa selamat atas kejayaan Alisa. Ibu dan Ayah Alisa adalah manusia yang paling bahagia ketika ini bila anaknya berjaya sampai ketahap ini.

Alisa yang meminta izin ke atas untuk membersihkan diri manakala ibu dan ayah keluar sebentar untuk membeli barang untuk majlis yang akan di buat hujung minggu ini. Alisa masih memandang scroll hitam  berisikan sijil tamat belajar, Alisa tidak sangka bahwa dia sudah berjaya menamatkan pelajaran diploma dengan segala masalah dan rintangan. Kini bermulalah kehidupan Alisa yang lebih sukar dengan berganjak ke alam pekerjaan yang selama ini yang dikatakan senang daripada belajar yang kena baca setaiap hari.

Alisa yang selesai menunaikan solat asar menerima WhatsApp dari Syifa.

“Babe malam ini onn kay. Aku pick up kau lepas isyak tau.”

“Okay babe see you soon!!”

Tanpa Alisa sedari dia sudah tertidur dengan hati yang sangat tenang yang tak pernah Alisa rasakan sebelum iniAlisa yang lena tertidur terjaga akibat alarm yang sudah berbunyi tanda waktu asar . Tanpa melengahkan waktu terus Alisa menuju ke toilet.

“Lina.. Alisa tu dah bangun ke belum? Kita yang dah lama balik dari beli barang masih tak nampak batang hidung dia.”ujar Ayah kerana masih tak nampak Alisa berada di ruang tamu. Selalunya time macam nie Alisa akan bising sebab nak tengok cerita kegemarannya.

“Tadi kitowang ade masuk bilik kak lisa ingat nak ajak turun tapi tengok masih tertidur dengan make up yang belum dicuci.”kata Asyraf kepada ayahnya.

“Penat sangat lah tu. Satgi dia turun lah tu dah waktu asar ini.”ujar ibu yang sudah faham dengan perangai Alisa.

Syifa sempat singgah ke rumah sebelum mereka pergi keluar jalan bersama rakannya lain. Ayah Alisa pesan agar tidak balik lewat malam kerana tak elok angin malam lagi lagi dengan anak perempuan yang masih muda lagi.

Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dimana disitu banyak kenangan manis yang mereka cipta bersama sama. Alisa yang datang bersama Syifa dan jugak Nisya berjalan menuju kearah geng lelaki mereka yang sudah pun sampai sebelum mereka.

"Lambat! Kalau tak lambat tak sahkan korang ni." bebel Afiq bila melihat rakan perempuannya baru saja datang dengan senyuman manis dibibir seperti tiada buat salah anything.

"Alamak itu pun nak kecoh lah mamat nie, lambat minit je bukan berjam boleh lah sembang." balas Nisya dengan nada menyampah.

Syifa yang dari tadi termenung melihat Nazrul yang segak berpakaian serba hitam dengan cap di kepala membuatkan dia hampir gila. Begitu juga Alisa dia perasan malam nie semua sahabatnya cantik belaka. Alisa jugak perasan perubahan riak muka Syifa melihat Nazrul, dia nampak bahagia.

Malam itu tiada apa yang terjadi hanya banyak kenangan manis yang tercipta di situ. Berada di sisi sahabat yang susah senang bersama mampu membuat Alisa menitis air mata.

"Wey asal nangis? Kau okay tak lisa?" tegur haqiem bila dia terperasan mata Alisa berkaca.

Semua memandang Alisa untuk mendengar penjelasan kenapa dia menangis secara tiba tiba dan itu membuatkan Alisa malu kerana ramai anak mata memandang dirinya.

"Aku okay. Tak perlulah pandang aku macam tu. Aku cuma sebak sebab tak sangka kita dah habis belajar dan korang masih ada disini dan aku harap semua akan sama sampai bila bila." terang Alisa bila semua anak mata tertumpu kepadanya.

"Relax lah lisa. We always here till we died."ujar Nisya untuk menenangkan Alisa. Dan malam itu adalah malam yang terindah buat mereka semua.

Hampir 3 jam mereka melepak bersama, pergi ke KLCC ,dan banyak lagi mereka tuju malam itu. Alisa yang membawa kerata Syifa kerana dia sudah kepenatan dan tak larat untuk driver. Nazrul sudah menawar mereka naik kereta bersamanya tetapi Alisa berkeras tak nak sebab kereta Alisa akan di tinggalkan dikawasan KL.

Alisa selamat sampai ke rumahnya pada pukul 12:30 malam dan menyuruh agar Syifa menginap dirumahnya malam ini kerana kelihatan Syifa terlalu penat tetapi Syifa tetap berdegil akhirnya Alisa hanya memberikan segelas coffee kepada Syifa agar Syifa masih boleh bertahan sehingga dia sampai ke rumahnya.

Alisa kau dah sampai rumah ke ?Syifa mana, aku message dia , dia tak reply pun.”

Alisa yang mahu ke bilik air mendengar bunyi dari telephone nya.

Aku dah sampai rumah dah. Syifa kemungkinan pun dah sampai tapi tadi aku ajak dia tidur rumah aku tapi dia taknak so aku just bagi dia minum coffee je supaya segarkan mata dia balik.”  Balas Alisa sambil tersenyum senyum bila terkenangan Nazrul yang memakai smart malam tadi.

“Ohh esok dia reply lah kut message aku. Aku risaulah korang tu perempuan.”  Nazrul

Tak payah nak risaulah , macam lah kau baru kenal kitorang . Aku nak bersihkan diri , solat and terus tidur takot prince charming aku dah tunggu.”  Alisa

“Prince Charming kau tu yang tengah message dengan kau ini haa ! Goodnight lisa. Aku harap kau masihkan fikiran tentang haritu. Love ” Nazrul

Alisa yang terkejut melihat ayat terakhir yang Nazrul hantar sebentar tadi membuatkan muka Alisa secara tiba tiba bertukar merah.

“Beraninya mamat ini . Aku belum bagitahu apa apa pun”Desis Alisa didalam hati yang sudah berbunga bunga yang melihat message terakhir dihantar oleh Nazrul.

Nazrul yang tak tahu disampuk oleh apa sampai berani menghantar pesanan yang mampu membuatkan hatinya gembira. Nazrul yang sudah lama menyimpan perasaan dekat Alisa akhirnya berjaya mengeluarkan perkataan I love you walaupun dalam message. Dia yakin Alisa pasti dapat merasai apa yang dia rasai ketika ini.

Syifa yang selesai mandi setelah berjam spend masa dengan sahabatnya kini berada di katil sambil memandang gambar yang mereka ambil tadi. Terlihat di setiap raut wajah sahabat mereka terlihat bahagia. Syifa memandang wajah Alisa yang manis yang telah membuatkan dia menangis kerana masih ada benda yang Syifa rahsiakan dari Alisa. 

Malam itu berkahir dengan Syifa tertidur didalam dakapan bantal peluk kesayangan dia dan berharap hari hari akan membuatkan dia gembira.

 

 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee