Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,292
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 3

( Throwback 3 tahun lepas )

Dirumah agam yang mempunyai 2 tingkat tidak terlalu kecil dan tidaklah terlalu besar, terdengar riuh rendah seperti bakal ada majlis malam ini. Nur Alisa yang sibuk berada di dapur menolong ibunya didapur manakala adik adiknya menolong ayah dihadapan .

“Alisa.. tolong ibu siapkan bahan bahan BBQ, nanti biar pakcik kamu aje yang bakar ni semua.”arah ibu yang sedang membasuhsalad.

Alisa yang mendapat arahan dari ibunya terus mengeluarkan bahan bahan untuk membuat BBQ tanpa melengahkan masa lagi. Alisa yang selalu menolong ibunya walaupun dia busy dengan assignment college.

“Asyraf jangan lah kacau nanti bersepahlah.”marah Alisa yang busy dengan urusan didapur manakala adiknya yang bongsu sibuk menganggu kakaknya. Asyraf agak nakal walaupun dia selalu bermanja dengan Alisa.

“Asyraf.. jangan kacau kakak kamu, kang bersepah kau bukan nak kemas nanti, kakak kau jugak buat.?” ibu membebel melihat anak bongsunya yang masih lagi mengganggu kakaknya membuat kerja rumah.

“Taknak! Asyraf nak join main dengan Alias kat atas lah.bye!”terus berlari bila melihat ibunya sedikit angin dengann perangainya.

Alisa yang melihat adiknya itu hanya mampu tersenyum. Alisa sebak melihat adik adiknya membesar menjadi lelaki yang boleh diharapkan. Alisa tidak menyangkakan sekejap je adik adiknya membesar , dulu masih comel yang boleh didukung sekarang nak melayanankan karenah setiap sorang boleh bawak azab.

Malam itu, rumah Alisa full house dengan kehadiran sedara mara yang datang melawat. Terpancar muka bahagia disetiap wajah ahli keluarga Alisa. Alisa bersyukur dengan keluarga yang dia miliki ketika ni. 20 tahun Alisa dijaga dan diberi kasih sayang secukupnya oleh ahli keluarganya.

“Alisa mari sini sekejap.”Ayah memanggil Alisa dengan senyuman yang manis, menyuruh Alisa duduk bersama ahli keluarga yang lain.

“Dah besar dah Alisa kita ni. Dah ada boyfriend ke belum?”usik pakcik aku yang bernama Kamal. Tiap kali ada perjumpaan keluarga pasti ayat ini jugak bakal didengari oleh Alisa.

“Hish cikmal nie kesitu pulak perginya. Belum ada lagi, takde yang berkenan lagi”jawab Alisa sambil ketawa besar.

“Tahun ni kamu habis kan diploma kan?Ayah nak tanya kamu nak sambung belajar atau kerja, inshaallah ayah boleh tolong.”ujar ayah yang melihat anak yang yang sudah besar panjang, sebak didada rasa suatu hari nanti Alisa akan menjadi hak milik orang.

“Kerja dulu kut ayah, nak cari pengalaman baru gitu. Degree bebila boleh sambung”balas aku sambil makan sosej yang baru di isi oleh Asyraf.

“Bagus lah jangan lelama kerja, lagipun tempat kerja ayah ada tempat kosong sesuai dengan course yang kamu ambil.”sambil yang mengusap kepala aku yang sudah aku tutupi dengan tudung sarung hitam yang menjadi kegemaran Alisa.

Alisa hanya mengangguk tanda faham apa yang ayahnya katakan. Malam itu Alisa menghabiskan masa dengan sepupu yang sudah lama dia tidak berjumpa. Layan movie dibilik Alisa, bermain di halaman rumah. Itu adalah perkara yang tidak pernah Alisa lupakan seumur hidupnya. Mempunyai keluarga yang sangat harmoni serta penuh kasih sayang didada. Alisa amat bersyukur kerana mempunyai itu.

Pagi itu Alisa bangun agak lewat dek kerana tidur lambat akibat bermain dengan sepupu. Alisa mengemas katil dan membersihkan badan sebelum turun kebawah. Melihat semua ahli keluarga sudah bangun membuatkan Alisa merasa segan kerana bangun lambat hari ni.

“Lambatnya anak ibu bangun hari ni.”usik ibu bila Alisa sudah berada di meja makan dengan pipi kemerahan akibat tahan malu.

“hehehe sorry ibu , tak sengaja lagipun pun tu haa Qila ajak Alisa bergosip.”balas Alisa dengan mengunakan nama Anis supaya dia jugak kena.

Ibu hanya gelak bila melihat air muka Alisa berubah menjadi malu. Qila di hujung meja hanya tersenyum gembira bila dapat mengenakan sepupu yang sama baya denganya.

“Sudah sudah makan nanti sejuk tak sedap”sampuk ayah yang dari tadi diam kerana sedang makan.

Kesemua ahli keluarga Alisa sudah beransur pulang kerana esok sudah hari Isnin, mereka perlu berkerja dan ada anak anak mereka perlu hadir ke sekolah. Alisa juga perlu hadir ke class kerana kena submit assignment .

Ayah menyuruh Alisa naik ke atas dan menyiapkan segala kerja yang aku tangguhkan, risau jika Alisa terlupa akan assignment. Ayah mengambil alih mengemas dapur dan periuk belangga ibu , Asyraf dan Alias mengemas sisa sia yang berada di meja makan.

“Weyy kau dah siap belum assignment International Business sakit otak aku pikir”bising Alisa bila dia melihat laptopnya yang masih kosong. Alisa akan mencari Syifa jika dia tidak faham sesuatu subject kerana bagi Alisa , Syifa adalah seorang kawan yang paling bijak yang pernah dia ada.

“Eh kau nie! Call aku semata mata nak tanya pasal nie je ke? Ingat nak cakap rindu aku ke apa ke?”bebel Syifa bila dapat tahu Alisa call hanya untuk bertanya tentang assignment mereka.

“Esok kan jumpa, kita luahkan lah segala isi hati kau tu. Hahahah geli aku. Nanti kau tolong send aku point kau, aku nak faham kan”ujar Alisa kerana dia sudah tiada masa untuk memain dengan sahabatnya.

“Yelah aku tahu lah. Weyy kau taktahu tadi, aku nampak Nazrul dekat mall dengan sorang awek.”kata Syifa dengan nada yang agak serious. Syifa tahu yang Alisa suka dekat Nazrul dari mereka tingkatan 3 tapi Alisa tak berani luah takut menjejaskan hubungan persahabatan mereka yang telah mereka jalinkan bertahun lama.

“Yeke weyy!!?? Cantik tak perempuan tu? Mesti dia BERJAYA menawan hati crush aku tu kan?”nada Alisa bertukar sedih dek ketahuan yang Nazrul keluar dengan wanita lain.

“Bagi aku yang cantik, perempuan tu biasa biasa je. Mana kau tahu dia berjaya entah entah kawan je \. Jangan pikir sangat lah . I have to go now  because I have something to be done. I will send the point as soon as possible okie.”pesan Syifa sebelum dia mematikan telephone.

Alisa kembali tersenyum memikirkan seorang lelaki iaitu Mohd Nazrul yang sudah memenangi hati Alisa kerana sifatnya yang agak nakal dan pakai memujuk, itu yang menyebabkan hati Alisa tertawan dengan seseorang lelaki yang digelar Nazrul. Alisa sudah berkawan dengan Nazrul sejak mereka kecil sehingga mereka sudah besar panjang.

Alisa tersedar dari reality akibat mendapat notification dari Syifa dan terus ketawa bila melihat email yang dikirim oleh Syifa

 

AssalamualaikumNur Alisa. Sebelum kau ambil point aku baca ini dulu

Mohd Nazrul kirim salam kat kau katanya rindu,

Hahahahahah


“its okay Syifa esok memang kau kena dengan aku teruk teruk.”desis Alisa dalam hati .

Hampir 3 jam Alisa bertungkus lumus depan laptop untuk menyiapkan tugasan yang diberika oleh Madam Aidawaty, akhirnya dia berjaya tanpa sebarang gangguan. Dek kerana kepenatan mengunakan otak, Alisa terus ke katil untuk take a break dari segala benda. Tanpa Alisa sedar dia sudah pun diulit mimpi yang indah.

Ibu mengejut Alisa bangun dari tidur yang panjang kerana sudah petang, walaupun kesian melihat wajah Alisa yang kepenatan. Alisa yang masih mamai ditarik perlahan dan mengosok tubuh belakang Alisa agar sedar dengan cepat.

“Ibu.. dah pukul berapa ini ibu?”tanya Alisa yang terpisat-pisat memandang wajah ibunya yang ayu.

‘Dah petang sayang, bangunlah. Lama betul Alisa tidur akhir akhir ini, lisa tak sihat ke?”ujar ibu kerana melihat anaknya yang kerap tidur dan letih.

“Lisa sihat je mungkin penat kut ibu. Ibu jangan lah risau sangat. Lisa pergi mandi dulu.”Alisa mencium ibunya sebelum dia masuk kebilik air untuk membersihkan badannya dan menunaikan solat Asar.

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee