Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,281
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 7

Pagi yang cerah membuatkan Syifa lebih bersemangat lebih lebih lagi “kesayangan” yang kejut Syifa pagi pagi. Syifa berangkat ke college awal pagi kerana dia mempunyai class pada pukul 8:30 pagi.

Syifa menunggu Alisa hampir naik kematu punggungnya kerana Alisa yang suka lambat datang college. Syifa mencari contact number Alisa yang tertulis sebagai “perempuan lambat”.

“Wahai Alisa dimanakah kamu sekarang ini? Aku dah lama tunggu kau tau.”marah Syifa. Syifa tidak suka seseorang yang tidak menepati janji.

“Walaikumusalam. Aku tengah park kereta aku, kau sabar kejap boleh macam ada benda penting je.”bidas Alisa. Bukan niat Alisa untuk mendatangkan kemarahan Syifa.

Assalamualaikum. Kau kalau tak kenakan aku tak sah eh?Aku tunggu kau dekat library.”jawab Syifa sebelum memantikan panggilan.

Alisa membeli air mineral kerana dia pulak bawak botol pink disebabkan lambat siap pagi tadi dan dia terserempak dengan beberapa coursemates Alisa yang sedang beratur untuk membayar makanan mereka. Alisa yang suka menegur setiap orang yang dia kenali bahkan yang baru dia kenal.

“Eh nisya takada class ke?”tegur Alisa

“Alisa..lamanya tak nampak kau. Aku class satgi nie beli hacks takot ngantuk dalam class.”jawab nisya dengan jujur sambil memicit micit lengan Alisa.

“Kau dah berisi sikit lah Alisa, makin cantik tak ada lah kurus je memanjang.”kata nisya sambil ketawa.

Alisa yang hampir gelak besar bila mendengar kata kata nisya yang badannya sudah berisi.

“Lisa aku nak pesan sikit dekat kau. Tak kira berapa lama kau kawan, kau kenal, kau sayang seseorang dia akan membalas sama seperti kau berikan. Jangan jadi lurus bendul sangat.”pesan nisya secara tiba tiba.

“Eh apa maksud kau nisya aku tak faham lah.”jawab Alisa yang masih blur dengan kata kata yang dibicarakan oleh nisya.

Nisya hanya tersenyum dan melambaikan tangan tanda dia perlu beredar dari situ. Alisa yang masih mentaksir setiap perkataan yang dikeluarkan dari mulut nisya membuatkan kepalanya agak pening kerana Alisa tidak faham satu apa pun.

“Apa yang kau cuba sampaikan nisya.”desis Alisa dalam hati.

Alisa menyapa Syifa dan Nazrul yang berada dihujung penjuru library .Tempat mereka selalu menghabiskan masa jika tidak pergi ke café.

“Bila kau sampai Nazrul? Syifa tak bagitahu aku pun kau join.”tanya Alisa yang pelik kenapa Nazrul boleh ada dengan Syifa.

“Baru je sampai sahaja nak tengok muka kawan aku yang cantik manis nie.”gurau Nazrul sambil memandang Alisa tepat ke anak matanya walaupun dalam hatinya berkata benar.

“Menyampah aku. Syifa ada apa sampai nak jumpa dekat library?tanya Alisa kepada Syifa sebab Alisa tidak boleh lama lama kerana dia mempunyai urusan lain.

 “Tak apa pun aku cuma nak bagitahu  2 atau 3 harinie aku tak ada kat KL tau. Aku ikut sepupu pergi jalan jalan. Aku nak kau cover untuk aku buat beberapa hari nie boleh tak?”rayu Syifa agar Alisa bias menolongnya kali ini.

“Asal tak bagitahu awal awal faa. Tengok lah macam mana nanti kau jangan lupa bagi execuse letter before pergi tu.”jawab Alisa dengan jujur walaupun kepalanya sakit memikirkan hal Syifa.

Nazrul yang memandang Alisa dari tadi pelik kerana perangai Alisa yang agak berbeza.

“Wey kau okay tak? Asal mood yang tak berapa nak onn je?”tanya Nazrul bila melihat Alisa kerap mengedutkan dahinya.

“Aku okay nie hal perempuan je tahu. Kau laki dok diam diam sudah.”balas Alisa sambil menjelir lidah .

“Korang ini kalau tak gaduh tak sah.”sampuk Syifa tiba tiba yang dari tadi diam.

Alisa meminta izin keluar untuk bertemu dengan rakannya yang lain atas urusan yang tertentu. Alisa mengingati Syifa supaya tidak lupa apa yang dia pesan kepada Syifa. Syifa yang melihat Alisa yang sudah hilang dari ruang tengah terus memandang Nazrul sambil menjengkitkan keningnya yang teratur.

“Syifa kau kena buat apa yang kita bincangkan semalam.”kata Nazrul secara tiba tiba selepas ketiadaan Alisa.

Syifa yang cuba mengingati perkara yang berlaku antara dia dengan Nazrul selepas tamat sesi pembelajaran.

“Ada apa kau nak jumpa aku ini?”tanya Syifa yang sudah mengambil tempat duduk dihadapan Nazrul.

“Dulu kau bagitahu aku yang Alisa ada simpan perasaan dekat aku kan Syifa?”tanya Nazrul yang membuatkan mata Syifa terbeliak besar.

“Ye sampai sekarang dia simpan perasaan itu.”jawab Syifa dengan nada rendah.

“Aku rasa aku pun ada hati dengan Alisa weyy. Tak tahu kenapa tiba tiba perasaan nie muncul.”jawab Nazrul dengan jujur sambil memandang Syifa yang dari tadi memandangnya.

Syifa yang agak terkejut dengan pengakuan Nazrul secara tiba tiba cuba mengawal perasaannya sedang hebat bergelora ketika ini.

“Apa kau merapu ini? Kau suka kan Alisa ?’tanya Syifa dengan nada yang kurang yakin

‘Aaaaku taktahu dengan perasaan aku sekarang ini. Aku nak sangat Alisa luahkan segala isi hati dia dekat aku.”kata Nazrul.

“Kalau macamtu aku akan tolong kau untuk buat Alisa mengaku depan kau tapi kau kena tolong aku yakinkan Alisa apa yang kita buat untuk kebaikan dia.”jawab Syifa dengan nada yakin walaupun hati dia dirobek robek oleh Nazrul ketika nie.

Nazrul mengangguk laju tanda dia sokong apa yang Syifa katakan. Nazrul inginkan cerita sebenar dari tuan empunya badan. Nazrul memandang Syifa dengan senyuman yang manis yang pernah Nazrul berikan kepada Syifa.

Syifa yang tadi termenung mengingat perkara semalam terhenti pabila Nazrul memanggilnya berkali kali.

“Kau okay tak?”tanya Nazrul bila melihat Syifa mendiamkan diri saat Nazrul bertanyakan soalan tentang plan mereka semalam.

“Okay je lah. Kau jangan risau akan buat kerja aku dan kau buat kerja kau faham.”jawab Syifa dengan yakin. Syifa yakin plan dia dan Nazrul akan berjaya danplan rahsia dia jugak akan automatic berjaya jika plan Syifa yang pertama berjaya.

Alisa yang agak busy dengan urusan club dan hal hal lain terganggur bila menerima Whatsapp dari ibunya.

“Assalamualaikum lisa. Lisa lama lagi ke kat college?”

“Waalaikumusalam ibu. Pukul 4 lisa balik yea.

“Haa nanti belikan ibu telur sepapan yea. Ayah kamu harinie balik lambat.”

“okay ibu balik lisa beli.”

Alisa yang baru sahaja habis discussion bersama coursemates meminta izin untuk pulang kerana sudah agak lewat. Alisa yang ingat janjinya dekat ibu untuk membeli telur sepapan singgah ke kedai Ah Chong yang berada tidak jauh darikawasan perumahan Alisa.

“Uncle ibu saya mahu telur sepapan ah?” tegur Alisa yang melihat uncle ahchong yang sedang membaca surat khabar cina.

“boleh boleh tunggu ah uncle pergi ambil dulu.”balas uncle lalu mengundurkan diri ke bahagian belakang.

Alisa yang cepat berasa haus kerana tahap suhu Malaysia agak bulan hari ini. Alisa membeli botol besar air mineral untuk kepuasan hati Alisa.

“Itu sahaja adik manis mahu.”sapa uncle yang sudah pun berada di tempatcashier.

“Itu saja lah sama dengan botol ini. Berapa semua uncle?”tanya Alisa sambil Alisa get ready keluarkan duit.

“12 ringgit mah.”balas uncle sambil tersenyum.

Alisa menghulurkan duit secukup agar senang untuk uncle tidak perlu memecah duit yang besar.

Alisa yang kelihatan yang agak kepenatan akibat terlalu sebok dengan urusan kampus sehingga kesihatan dia terabai. Alisa mengingati pesan Ayahnya jika sakit telan ubat Panadol.  Alisa yang kelihatan ibunya yang sedang menonton cerita kegemarannya iaitu Scarlet Heart drama korea yang tengah meletup sekarang ini.

“Assalamualaikum ibu. Alisa dah belikan telur sepapan ini, Alisa letak kat dapur eh?”tanya Alisa yang melihat ibunya yang masih khusyuk melihat babak yang tayang.

“okay okay.”balas ibu yang mengangkat tangannya tanda faham

Alisa hanya mampu mengelengkan kepalanya. Susah betul nak pisahkan ibunya dengan drama korea. Alisa mengambil buah apple untuk bawak ke bilik kerana dia sudah penat tahap yang tak boleh bawak bincang dan pesan kepada ibunya bawah dia sudah start cuti bermaksud Alisa tidak boleh solat pada waktu ini.

Alisa mencampakan dirinya ke katil queen agar kepenatan dia untuk satu hari hilang terus. Alisa yang berguling guling atas katil emputnya tiba tiba terpikirkan Syifa yang dari tadi hanya diam tanpa khabar berita. Alisa mengeluarkan phone nya yang berjenama Iphone 7plus lalu mendail number Syifa yang tertulis “ syifa sahabatku”

“Assalamualaikum Syifa. Kau kat mana ? Asal kau diam je harini?’tanya Alisa bila Syifa mengangkat panggilan dari Alisa

“Waalaikumusalam Alisa. Aku busy sikit nie nanti aku call kau tau.”balas Syifa dengan tergesa gesa

“Tapi ak…”belum sempat Alisa berkata Syifa sudah mematikan call.

Alisa yang pelik dengan perangai Syifa mungkin Syifa ada masalah dan segan untuk memberitahunya Alisa. Alisa yang bodoh bodoh alam terus sambung berangan.

Syifa yang sedang meneguk air sejuk yang di ambil dari peti ais dengan gelojoh sampai Syifa tersedak .

“Ya Allah kenapa dengan kamu ini sayang. Ada masalah ke sayang?”tegur mama Syifa yang dikenali sebagai Datin Syarifah .

“Eh mama. Tak ada lah, Syifa haus sangatlah.”jawab Syifa yang sudah berbohong dengan mamanya.

“Jangan nak tipu mama. Mama kenal anak mama, Syifa boleh tipu kawan kawan Syifa tapi Syifa tak boleh tipu mama.”tegur mama sambil mengusap kepala anaknya.

“Maa.. Kenapa Syifa yang rasa sakit ini? Kenapa Syifa yang kena mengundurkan diri sedangkan Syifa jugak berhak maa.”kata Syifa yang sudah lama pendamkan perasaannya.

“Bagitahu mama semuanya.”pujuk mama. Syarifah tahu yang anaknya sedang terseksa sekarang ini.

“Mama.. salah ke kalau Syifa mempunyai rasa yang sama dekat seseorang. Tapi kawan Syifa jugak mempunyai rasa yang suka dekat orang yang sama.”tanya Syifa  sambil menundukkan wajaknya.

“Tak salah sayang. Hati ini bukan kita yang pegang tapi Allah SWT yang pegang. Dia boleh berikan cinta itu kepada sesiapa sahaja Dia mahu.”jawab mama sambil tersenyum. Syarifah tahu yang anak tunggalnya sudah besar panjang .

“Maa. Syifa sukakan Nazrul tapi Alisa jugak sukakan Nazrul. Hati Syifa sakit sangat bila Nazrul layan Alisa lebih dari Syifa. Iye Syifa tahu Alisa terlebih dahulu bagitahu Syifa yang Alisa sukakan Nazrul tapi masa tu Syifa tak ada keyakinan nak bagitahu Alisa yang Syifa jugak mempunyai rasa yang sama seperti Alisa.”jawab Syifa dengan jujur.

“Apa maksud Syifa ini? Syifa cakap yang Syifa pun sukakan Nazrul? Syifa sedar tak apa yang Syifa cakap ni.?”tanya mama dengan nada yang agak terkejut dengan pengakuan anaknya.

“Maa I'm so sorry . But I can't hold this feeling anymore. Everytime when I saw Nazrul try to do something to Alisa , my heart hurts.”jawab Syifa yang sudah menangis teresak esak . Syifa tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi jikaAlisa dan Nazrul bersama.

“Syifa.. benda ini pasal hati. Mama tak mau diantara kamu dan Alisa sakit. Mama nak kamu settle kan masalah ini secepat yang mungkin sayang. Kalau lambat kamu bagitahu Alisa dan Alisa dapat tahu sendiri kamu sendiri tahu apa yang bakal terjadi. Jangan pernah putuskan hubungan hanya kerana seorang lelaki. Lelaki itu kawan kamu sendiri Syifa.”pesan mama terhadap Syifa. Syarifah takot jika Syifa tak bagitahu Alisa benda ini akan jadi tambah buruk kerana mereka sudah berkawan lebih dari 10 tahun.

Syifa yang dari tadi bersama mamanya minta izin naik keatas untuk berehat. Syifa termenung jauh memikirkan masalah yang dia hadapi. Satu satu yang bermain dipikiran Syifa ketika ini . Antara menolong Nazrul untuk dapatkan Alisa atau meneruskan plan dia yang dirancang. Syifa sayang kedua dua sahabatnya tapi siapa yang akan jaga hati Syifa jika Syifa terus menjaga hati kedua dua sahabatnya. Syifa hanya berlakon didepan Alisa supaya Alisa tak perasan apa yang Syifa rasakan ketika ni. Dia tahu dia tak sepatutnya sebegini tapi hati yang dia miliki bukanlah milik dia sepenuhnya. 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee