Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,288
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 8

Hari yang tidak baik untuk Nazrul kerana motor kesayangannya kena hantar ke bengkel untuk dibaiki. Nazrul yang bosan duduk dirumah hadap PS4 lalu membuat keputusan untuk menelefon Alisa. Akibat tiada apa apa info dari Syifa, maka Nazrul buat keputusan sendiri untuk gerak lebih awal dari Syifa.

“Assalamualaikum Alisa. Kau buat apa? Busy tak?”sapa Nazrul apabila mendengar sesuatu bising dari arah phonenya.

“Waalaikumusalam naz. Jap eh ada benda nak settle kan.”jawab Alisa yang menjauhkan phone dari mulutnya,

Nazrul yang mendiamkan diri hanya mendengar bebelan Alisa yang memarahi adik adiknya. Automatik Nazrul tersenyum dan cuba bayangkan keadaan Alisa bila Alisa tengah marah.

“Haa naz kenapa kau call aku?”sapa Alisa yang sudah selesaikan urusannya sebentar tadi.

“Tak ada apa. Saja call kau rindu kau je. Kau tak rindu aku ke?”tanya Nazrul yang cuba bermain tarik tali dengan Alisa

“Kau demam ke nazrul ? Tetiberrr je nak rindu aku.”jawab Alisa malu. Kalau Nazrul ada depan mata Alisa ketika ini pasti Nazrul ketawa besar kerana melihat muka Alisa yang merah padam, akibat pertanyaan Nazrul sebentar tadi

“Aku tanya kau nie kau rindu aku tak ?”tanya Nazrul dengan soalan yang sama tapi dengan nada yang serious.

“Mestilah rindu. Aku rindu kau, aku rindu Syifa.”jawab Alisa dengan jujur. Memang Alisa rindukan mereka kerana Alisa tahu yang dia agak busy akhir akhir ini sebab tu dia jarang lepak sama.

“Hmmm okay. Weyy aku ada benda nak cakap dengan kau sebenarnya tapi aku takot kau marah.”ujar Nazrul yang berada di depan tv.

“Cakap je lah. Aku bukannya makan orang pun. Alamakk kau macam tak kena laku pulak.”jawab Alisa dengan nada ala ala kasar.

“Aku… aku.. aku… err..” cemas Nazrul ketika ini tidak boleh dibendung lagi samapi gagap dibuatnya.

“aku aku. Cakap lah elok elok. Sejak bila kawan aku gagap ini.”bengang Alisa bila Nazrul tergagap gagap nak jawab.

“Aku sebenarnya… sebenarnya… err suka kau Nur Alisa.”jawab Nazrul dengan laju tapi Alisa mungkin boleh dapat apa yang Nazrul cuba sampaikan.

“A..a..apa kau bilang tadi Nazrul ??? Kau suka aku ? Kau budak terkenal era zaman persekolahan kita suka budak yang selekeh ini.”balas Alisa yang agak terkejut dengan pengakuan Nazrul sebentar tadi. Ini bermaksud bukan dia soranglah syok sendiri. Nazrul pun ada hati dengan Alisa.

“Aku tak main main lah. Aku jujur ini dengan kau. Aku memang sukakan kau. Dah lama aku simpan perasaan nie aku takot kalau kau tak suka aku tapi bila Syifa bagitahu yang kau suka pun ada perasaan dengan aku, aku ada lah sikit keberanian untuk bagitahu kau.”ujar Nazrul dengan jujur kerana dia tak boleh tahan dengan perasaan dia. Benda tu buat Nazrul tak boleh berfikir lurus kerana dikepala otaknya hanya fikirkan Alisa.

“Apa maksud kau yang Syifa bagitahu kau yang aku suka kau? Dia bagitahu kau semuanya ke?”tanya Alisa yang terkejut bila Nazrul memberitahu Syifa yang Alisa sukakan Nazrul.

“Haah takkan aku nak tipu. Dia cakap kau dah lama simpan perasaaan ini kat aku. Aku fikirkan Syifa dah bagitahu kau tentang hal ini sebab dia cakap dia akan bagitahu kau yang dia dah bagitahu aku.”balas Nazrul dengan nada serba salah.

“Aaaa.. Naz nanti bila aku dah ready aku call kau balik . Aku perlukan masa.”ujar Alisa kerana perkara ini berlaku dengan pantas sehingga otak Alisa tak boleh berfikir apa yang terjadi.

“Take your time. I'm sorry if this confession make you feel uncomfortable with me.”ujar Nazrul dengan nada sedih. Bukan niat Nazrul untuk buat Alisa jadi seperti ini.

“Nahh its okay. I just need a time. I'm gonna call you back when I'm ready to talk about this.”jawab Alisa sebelum dia mematikan perbualan mereka.

Alisa yang masih terkejut dengan pengakuan Nazrul dan bertambah terkejut bila Nazrul bagitahu yang Syifa bagitahu yang Alisa menyimpan perasaan bertahun lama dekat Nazrul. Alisa tidak percaya apa yang terjadi hari ni. Alisa tidak percaya sahabatnya sanggup bocorkan rahsia dia yang sudah lama dia simpan. Alisa fikir biar diri dia yang akan bagitahu sendiri tetapi sahabat karibnya sudah membocorkan rahsia .

Malam itu Alisa meminta Asyraf untuk masuk ke biliknya untuk minta pertolongan dari adiknya. Mungkin Asyraf boleh membantu Alisa sebab dia bukan faham pun jiwa lelaki macam mana.

“Kakak kenapa panggil Asyraf, kacau betul lah orang nak main game.”bebel Alias bila Alisa menyuruh Asyraf datang ke biliknya.

“Alaa game tu nanti nanti boleh main. Akak nak tanya betul ke kalau lelaki suka kita dia akan bersungguh sungguh nak kan kita?”tanya Alisa kepada Asyraf yang setia menunggu Alisa.

“Ada orang suka kau ke kak? Hahahaha macam tak percaya je.”jawab Asyraf sambil gelak besar. Alias suka bergurau dengan Alisa.

Alias yang memikir lama tentang soalan yang ditanya oleh Alisa memandang wajah Alisa. Alisa memang cantik tidak dinafikan kerana kecantikkan Alisa datang dari ibu mereka. Dengan wajah seperti anak anak mak saleh cuma warna kulit Alisa sawo sawo matang. Alias tertanya siapakah gerangan lelaki yang berjaya menambat hati Alisa.

“Ahhh macam mana eh. Macam nie kakak kalau kau nak tahu if lelaki tu suka kau , kau boleh nampak dari, cara dia layan kau dengan cara dia layan kawan dia. Semua tu ada perbezaan. Kak kalau ada orang suka akak, akak jangan lah lurus bendul sangat pergi terima. Alias tak mau lelaki yang Alias tak kenal. Alias dengan Asyraf kena tengok dulu.”ujar Alias panjang lebar terhadap kakaknya.

Sebab itu kenapa Alisa memanggil Alias bukan Asyraf sebab Alias lebih pandai dan memahami perasaaan orang lain berbanding dengan Asyraf yang dia tahu buku buku dan buku berbeza dengan Alias nak dikatakan playboy tak, nak dikatakan ada awek pun tak. Taktahulah dia dalam golongan yang mana.

“Okay akak faham. Kau kenal lelaki tu siapa Alias. Akak malu sebenarnya .”balas Alisa yang tiba tiba senyum sendiri.

“Abang Nazrul ke? Kidding me?”jawab Asyraf dengan muka beruk dia bila dapa tahu hal sebenar.

“Yes!! He’s my crush since I was 15 and now he already confess to me that he also feels the same way towards me.”jawab Alisa dengan tenang walaupun ketika itu muka terkejut Asyraf memang tak boleh dibendung lagi.

“But h..how can abang nazrul confess dekat akak ?”tanya Asyraf pelik sebab Nazrul bukan lah seorang yang berani confess dekat orang.

“He already knew that I like him from Syifa. Syifa told him everything without telling me anything about this and now I'm abit upset of her action. How can she do this to me Alias? Why? Akak nak bagitahu sendiri dekat Nazrul yang akak suka dia but now Nazrul dah tahu tapi bukan dari mulut akak.”balas Alisa dengan nada sedih.

“Kakak maybe apa yang kak syifa buat semua ini ada sebab kak… kak jangan pikir benda yang bukan bukan. Tak baik tau kita fitnah seseorang tanpa kita ketahui kebenaran dari dua dua belah pihak. Akak baru je dengar dari abang Nazrul belum dari kak syifa.”balas Asyraf untuk menenangkan emosi Alisa yang tengah hebat bergelora.

Alisa yang mendiamkan diri selepas dengar apa yang dibicarakan oleh Alias. Alisa pikir mendalam apa yang dikatakan oleh Asyraf. Alisa meminta Asyraf agar perkara ini dirahsiakan dari sesiapa even ibu bapa mereka.

Setelah lama Alisa berfikir dengan bantuan Alias akhirnya Alisa membuat keputusan untuk mendail nombor Nazrul, bak kata orang rezeki yang ditolak musuh jangan di cari.

“Ermm assalamualaikum naz..”Alisa memberi salam apabila dia dengar panggilannya diangkat.

“Waalaikumusalam. Kak Alisa nie Nasuha, abang Nazrul tak ada sebab dia pergi jumpa kak Syifa. Kakak tak join diorang sekali ke?”jawab Nasuha. Satu satunya adik yang Nazrul ada.

“Nasuhaa. Diorang pergi mana? Akak tak dapat apa apa message dari diorang pun. Abang tertinggal phone dia ke?”jawab Alisa yang pelik kenapa mereka berdua pergi tanpa dia.

“Abang tertinggal phone dekat meja makan. Nasuha tak tahu pulak abang pergi mana. Maaf kak.”jawab Nasuha dengan jujur.

“Akak off dulu yea. nanti kirim salam family yea.”

“Inshaallah. Bye kak!”

Fikiran Alisa tak dapat berfikir dengan tenang. Hasutan syaitan yang semakin menjadi jadi yang boleh mendatangkan amarah Alisa. Alisa malas nak masuk campur hal mereka, lagipun itu hal mereka. Alisa terus ke bilik air mengambil wuduk sebelum tidur, sudah tabiat Alisa bila dia hendak tidur dia akan mengambil wuduk agar Alisa tak dapat mimpi yang pelik pelik.

Tidur Alisa diganggu apabila telephone Alisa berbunyi berkali kali dan membuat Alisa rasa annoying terus dicapai.

“Hello! Siapa nie ganggu malam malam buta.”marah Alisa tanpa memberi salam bagai.

“Emm nie aku lah nazrul. Weyy sorry ganggu kau time tidur. Tadi aku keluar kejap, kenapa call aku tadi.”jawab nazrul dengan nada lembut. Alisa yang tadi marah terus cair dengan suara Nazrul.

“Ohh sorry tak perasan. Tak ada saja kau call time tu. Aku nak ngantok nie bye!.” Jawab Alisa. Alisa tidak mahu hatinya sakit dengan memikirkan perkara malam tadi. Walaupun tadi dia hampir terpedaya dengan suara Nazrul tapi dia kena tahan. Alisa kena tahu perkara yang Nazrul sembunyikan dari dia dan tentang Syifa juga.

Nazrul terkejut dengan perbuatan Alisa tiba tiba mematikan panggilan denga nada agak marah. Nazrul buntu dengan semua benda yang terjadi dalam hidupnya. Kepala Nazrul serabut selepas berjumpa dengan Syifa malam tadi. Nazrul cintakan Alisa tetapi dia juga sayangkan Syifa seperti adiknya sendiri.

 

"Apa hal memalam buta nak jumpa aku ni?"tanya Nazrul yang disuruh datang kedai mamak.

"Aku ada benda nak cakap sikit ini. Aku harap kau okay tak mati bila dengar ni tau."ujar Syifa untuk meyakinkan Nazrul

"Yelah apa dia cakap biar penuh."bebel Nazrul sambil mata focus pandang movie yang tayang di kedai mamak.

"Sebenarnya... Aku suka kan kau dari dulu lagi ."Ujar Syifa sambil memandang bawah kerana tidak kuat untuk dia memandang nazrul.

"A..a..apa yang kau merepek ini fa memalam buta ini."marah nazrul kerana mendengar pengakuan yang tidak pernah dijangka oleh Nazrul.

"Aku tak nak sakitkan hati Alisa sebab dia yang bagitahu aku dulu yang dia suka kau. Jadi aku berkorban lah sikit demi kawan aku."balas Syifa yang sudah mula sebak bila terkenangkan Alisa.

"Weyy kau tahukan perasaan aku kat siapa sekarang ini? Aku bukan nak sakitkan hati kau. Tapi aku hanya anggap kau tak lebih macam seorang adik itu je weyy. Lagi satu tadi aku dah bagitahu semuanya dekat Alisa, aku mintak maaf sebab buat plan kita lari. Bukan itu maksud aku sebenarnya." balas Nazrul untuk menyelesaikan segala salah faham antara mereka. Dia sayangkan kedua dua sahabatnya. 

"Kenapa kau tetiba berubah fikiran naz? Kau tak percayakan aku ke? aku... nie..." percakapan Syifa terhenti bila melihat Nazrul mengangkat tangan untuk order air tambahan kerana merasa tekaknya haus gila.

"Aku nak balik, hantar aku balik naz."Nazrul yang tadi niat nak order air terpaksa bayar kerana Syifa mengajaknya pulang. Dia tahu apa yang Syifa rasakan saat ini. Tapi hati dia pun keliru dan otak dia tak dapat menerimakan benda yang terjadi terlalu pantas.




Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee