Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,289
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
BAB 1

Melihat kanak kanak berlari bersama ibubapanya membuat Alisa rindu akan keluarganya yang sudah jauh disisi Alisa. Alisa bukan tidak mempunyai keluarga, tetapi ada suatu ketika dia terpaksa berundur diri agar tiada siapa yang terluka.

“Jauhnya sahabat aku nie termenung.” Sapa seorang gadis yang amat alisa sayangi

“Ya Allah .. terkejut aku pia . Bukan termenung tapi aku rindukan keluarga aku je. Kau rasa diorang rindukan aku tak?” jawab Alisa sambil tersenyum melihat telatah keluarga itu.

“Kau nampak tak budak budak yang sedang bermain bersama keluarganya?” Tanya Alisa kepada Sofie.

“Nampak. Kenapa dengan mereka?” jawab Sofie yang mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Aku jugak seperti mereka dahulu. Keluarga aku selalu bawak aku pergi jalan jalan, spend time masa bersama, shopping bersama, makan bersama. Tapi ada satu ketika membuat semuanya berubah. Adakah itu salah aku sampai aku terpaksa hidup sendirian tanpa family?” balas Alisa sambil tersenyum memandang Sofie yang dari tadi mendengar apa saja kata kata yang keluar dari mulut Alisa.

"Weyy.. Tak ada satu ibu atau ayah yang benci anaknya sendiri. Dah 2 tahun kau menetap kat sini, kau tak nak jenguk family kau ke ? Aku tahu kau merindukan mereka tapi turunkan ego kauuntuk berjumpa dengan mereka.” Jawab sofie sambil mengelap air mata yang gugur di pipi Alisa.

Sofie bukannya tidak faham apa sahabatnya lalui ketika ini. Sofie adalah sahabat yang ada bersama Alisa saat Alisa memerlukan seseorang unuk teruskan kehidupannya. Sofie sudah menganggap Alisa seperti kakaknya kerana walaupun Alisa suka memendam segala isi hatinya tetapi Alisa masih menjaga Sofie seperti adiknya.

Alisa hanya memandang kearah jalan raya yang sesak dengan kereta tanpa membalas apa yang dikatakan oleh Sofie. Bukan kerana dia ego untuk berjumpa keluarganya tetapi dia hanya takut andai keluarga masih tidak menerimanya sebagai anak perempuan yang pernah mereka sayangi dahulu.

Di Bandung, Alisa menetap bersama keluarga Sofie. Sofie mempunyai kacukan Sunda iaitu ayahnya dari Malaysia dan ibunya pula dari Bandung, Indonesia . Mungkin itu sebab kenapa Sofie fasih dalam bahasa melayu. Disebabkan Sofie mempunyai kacukan pernah sekali mama dan papa bergaduh disebabkan nama yang ingin diberi. Setelah mendapat persetujuan keluarga akhirnya diberi nama Amiratul Sofie, sesuai dengan perwatakan Sofie.

Alisa yang dari tadi termenung sejak balik dari berjalan bersama Sofie disapa mama kerana risau melihat Alisa yang kerap termenung akhir akhir ni.

“naha anjeun katingalina sedih pisan?" ( kenapa sedih ni ?) tanya mama kerana risau Alisa hanya termenung dari tadi

"abdi sono pisan ka kulawarga kuring." ( Saya hanya rindukan keluarga saya) jawab Alisa yang sedang menahan rindu kepada keluarganya. Entah kenapa malam ni Alisa terlebih emosi biasanya dia mampu kawal perasaannya sendiri.

Mama terfikir sesuatu yang bijak untuk membuat anak perempuan tersenyum kembali. Mungkin dengan plan seperti ini mampu membuat hati Alisa tersenyum

“Naha hoyong liburan sabtu minggu payun waktos?" ( Alisa nak pergi vacation for a week tak ?) Tanya omma sambil memeluk Alisa untuk menenangkan perasaan Alisa.

“dimana tempatna? Kulawarga anu sanés bade leres?" ( Dimana tempatnya? yang lain pun ikut jugak kan?) jawab Alisa sambil tersenyum. Tak mungkin omma akan bawak Alisa tanpa Sofie. Sofie adalah satu satunya permata hati didalam keluarga ini.

Mama hanya mengangguk menandakan ia betul dan meminta Alisa turun kebawah makan bersama.

Alisa sudah terbiasa cakap bahasa Sunda kerana mama suka bercakap dalam Bahasa Sunda. Mama juga akan ajar Alisa Bahasa Sunda jika ada sebutan yang salah atau tidak faham.

Alisa yang memakai tudung sarung warna hitam duduk bersebelahan Sofie yang dari tadi hanya berbual dengan abangnya iaitu Muhammad Syafiq Amir. Sofie harus menjaga auratnya kerana antara mereka hanyalah keluarga angkat.

“Lamanya mama dengan kau sembang. Aku baru je nak jerit panggil nama kau” tegur Sofie apabila melihat sahabatnya baru duduk disebelahnya.

“Takde sembang apa pun. Mama cakap nak bawak kita semua pergi holiday betul ke?” Alisa cuba tukar topik agar Sofie tidak menanyakan hal ni lebih dalam.

“Kau suka sangat tukar topik macam abang aku nie. Mama memang dah cakap tadi tapi taktahu pulak betul.” Jawab Sofie sambil memberi jelingan maut kepada ibunya. yang melihat mereka dari dapur.

“Eh abang pulak kena. Sudah sudahlah sembang pergi tolong mama kat dapur bawak makanan.”arah Amir yang dari tadi hanya memerhati kedua dua adiknya.

Makan yang sudah terhidang seperti biasa makanan melayu yang dimasak oleh mama dan pertolongan bibik gitu. Bibik jugak dijemput makan bersama kerana itu adalah adat mereka makan bersama. Hari ni hari Abang Amir baca doa kerana semalam papa sudah, mereka akan bergilir gilir baca doa maybe itu rules yang sudah papa tetapkan sejak mereka kecil.

Setelah selesai makan, biasanya Alisa akan mengambil tugas seperti biasa iaitu membasuh pinggan mangkuk . Walaupun Alisa tumpang disini tetapi dia tetap akan menolong keluarga Sofie kerana bagi Alisa, Sofie sudah banyak membantu dirinya.

Papa yang dari memanggil semua ahli keluarga ke ruang tamu. Mungkin ada sesuatu yang hendak dibincangkan. Alisa yang dari tadi didapur diarahkan untuk pergi ke ruang tamu untuk mendengar apa yang papa ingin sampaikan.

“Weyy asal kau kat sini lagi, tak dengar ke papa dah panggil suruh ke pergi depan. Yang kau masih basuh pinggan mangkuk kat dapur nie dah kenapa. Bibik tolong selebihnya ye?” bengang Sofie kerana Alisa masih didapur dengan pinggan mangkuknya sambil menyuruh bibik menyelesaikan tugas selebihnya dengan rasa hormat.

"Iya neng."jawab bibik yang sibuk mengelap pinggan yang sudh dibasuh oleh Alisa.

‘Papa panggil AHLI KELUARGA sahaja. Aku nie orang luar lah Sofie” jawab Alisa yang masih tekun membasuh pinggan mangkuk disingki sementara bibik hanya menggelengkan kepala melihat Alisa masih berdegil.

Sofie menutup paip air dan menanggalkan sarung tangan pink di tangan Alisa dan menarik tangan Alisa agar mengikuti apa yang disuruh oleh Sofie. Nak tak nak Alisa kena ikut kang tak pasal pasal esok dia pergi U seorang diri lagipun Sofie malas nak bertekak dengan Alisa malam ni.

“Papa memanggil kamu semua kesini bukanlah perkara yang remeh temeh tetapi perkara yang amat besar untuk Nur Alisa” ujar Papa atau nama penuhnya Mohd Hussein 

Alisa yang mendengar namanya keluar dari mulut Papa terkejut kerana Papa tiba tiba sahaja menyebut namanya tanpanya aku tahu perkara yang sebenarnya begitu juga dengan Sofie terkejut dengan perkara yang disebutkan oleh papa.

Sofie terfikir apa yang papa cuba sampaikan ? Adakah papa mahu hantar Alisa pulang ke negara kelahiranya atau bagaimana. Banyak persoalan yang bermain difikiran Sofie.

“Memandangkan Alisa masih orang luar dalam keluarga nie, Papa bercadang mahu mengambil Alisa sebagai anak angkat senang untuk kita pantau Alisa semasa dia masih menetap dengan kita. Lagipun sudah 3 tahun Alisa menetap dengan kita tidak elok untuk bagi Alisa untuk stay dengan kita seperti ini tanpa sebarang document. Hal tu papa boleh settle kan sendiri, so Alisa tak perlu pusing pusing untuk hal itu ya nak” kata Papa yang sedang memandang isterinya.

Mungkin Mama sudah mengetahui tentang hal ni sebab itu muka Mama nampak tenang bila papa bercakap tentang hal ni kecuali Sofie dan Abang Amir yang menunjukkan muka terkejut dan excited at the same time.

“Ermm papa. Tak apa lah saya boleh hidup sendiri lagipun tinggal beberapa sem sahaja saya selesai bachelor.”balas Alisa kerana dia tidak mahu menyusah sesiapa dalam hidup dia cukup menumpang di rumah keluarga Sofie sudah membuatkan dia bersyukur.

Papa hanya menggeleng tanda tidak setuju apa yang dikatakan oleh Alisa begitu jugak dengan mama. Alisa hanya diam membisu kerana tidak tahu berkata apa kepada orang yang sudah menjaga Alisa selama dia hidup sebumbung dengan mereka.

“Alisa, apa yang papa cakap ada betulnya. Kau dah lama stay dengan kami, kalau kau ada problem susah untuk kita handle problem tu. Aku harap kau fikir kan dengan baik okay. Abang Amir pun setuju dengan cadangan papa”tegur Sofie sambil menyuruh abangnya mengangguk.

“Baiklah. Bagi Alisa masa untuk fikirkan semua ini yee. Harap semua faham Alisa untuk waktu ini.”jawab Alisa dengan jujur agar tidak menguris hati mereka.

Malam itu malam yang paling serabut untuk Alisa berfikir, mungkin kerana beban yang dia tanggung ketika ini tanpa family disisi. Alisa berfikir panjang ditemani air mata yang membasahi pipi sehingga tanpa Alisa sedari dia tertidur bersama air mata.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee