Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,286
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 9

Disebabkan Alisa diberi cuti jadi Alisa boleh bangun sedikit awal dari hari hari yang biasa. Alisa tidak mempunyai class pada hari sabtu dan ahad, dia kan menghabiskan waktunya menolong ibu ataupun menonton drama korea dibilik yang sudah dianggap syurga kecil bagi Alisa.

Waktu waktu pagi, dia akan mengambil masa untuk membersihkan biliknya walaupun bagi keluarganya bilik Alisa adalah tempat paling bersih kerana Alisa tidak suka satu kekotoran pun yang melekat.

Alisa yang baru sedar telephone nya yang berkali kali berbunyi kerana Alisa pasang lagu setiap kali mengemas supaya dia tak rasa boleh dan letih. Alisa melihat notification dari Syifa dan Nazrul yang suka spam Alisa. Alisa menghiraukan segala message dari mereka bagi Alisa hari ini hari dia dan dia malas nak layan sesiapa. Alisa membuka pintu biliknya kerana mendengar ketukan.

“Morning ! Jom teman Alias pergi beli buku nanti.”tanya Alias tanpa teragakagak.

“Eh kau ini. Ketuk pintu aku semata mata nak suruh aku teman kau beli buku je.”bebel Alisa bukan sebab dia marah cuma Alisa maals hendak keluar rumah.

“Emm tak apa lah kalau akak tak sudi .”Alias yang membuat muka sedih depan Alisa

“Yelah yelah nanti pukul 12 lebih kita keluar bawak si Asyraf sekali kang malam nanti adalah benda dia nak beli then akak jugak yang kena teman.”balas Alisa dengan tersenyum manis

“Okay kakakku.Thanks.”balas Alias sambil tersenyum lalu berlari ke bawah.

“Nasib baiklah korang adik aku, kalau bukan dah lama aku hempuk.”kataAlisa dalam hati.

Makan masa 1 jam Alisa mengemas segala benda yang berada di dalam biliknya. Kini Alisa yang sudah terbaring atas katil selepas menghabiskan masanya didalam bilik air sedang mengeringkan rambutnya secara semulajadi sambil melihat instagram.

Syifxaa

Sebab kau kawan aku, aku sanggup lepaskan dia walaupun aku masih sayangkan dia.

Alisa yang pelik baca story IG Syifa yang kebanyakkan ayat pasrah tetapi dia tertarik dengan ayat tadi seperti ayat itu tuju khas untuk dirinya. Alisa cuba berfikir positive mungkin Syifa ada masalah dengan kawan dia yang lain bukan Alisa seorang kawan dia. Alisa rasa serba salah kerana membiarkan Syifaa tertanya tanya kenapa Alisa seperti menjauhkan diri darinya. Alisa sebenarnya sudah tahu apa yang Syifa rahsiakan tapi dia hanya memerlukan kejujuran dari Syifa.

“Syifaa ohh Syifaa kau ada tak tu?” Alisa menunggu whatsaap dari Syifa dengan waktu yang agak lama.

“Kenapa Alisa? Sorry aku busy sikit lately nie next week kan aku nak short vacay.”

“Aku baca kau punya IG story terus aku cari kau . Kau okay tak ?”

“Jangan risaulah aku okay. Need to go . Inshaallah nanti aku whatsapp kau balik.”

“Okay then.”

Bingung Alisa dibuatnya apabila Syifa membalas seperti tiada minat untuk bercakap dengan Alisa. Alisa masih tidak puas hati dengan sikap Syifa seperti ingin menjauhkan diri dari diri Alisa. Laptop Samsung yang sudah lama dipasang oleh Alisa akhirnya mengeluarkan satu suara tanda movie yang ingin Alisa tonton sudah pun bermula. Tanpa berfikir panjang dan tak ingat berfikiran ngativeAlisa kembali melihat laptop nya.

Alisa menghabiskan masanya berada di bilik sehingga tengahari, barulah Alisa turun kebawah melihat ibunya yang tengah mengait baju sambil menonton tv. Alisa beredar ke dapur untuk ambil minuman kerana tekaknya haus seperti tidak minum 7 hari. Alisa yang melihat sesuatu yang tertampat dipintu refrigerator yang menarik perhatian Alisa kerana tada note kecil yang tertulis namanya.

Auntie nanti bagi cake nie dekat Alisa yea. Syifa serba salah sebab layan Alisa nak taknak. Syifa tak berani nak tegur Alisa lagi, nanti Syifa cuba call dia.

Thank you auntie”

Alisa terus membuka peti ais terlihat cake secret recipe yang masih elok didalam kotak. Alisa membawa cake ke depan untuk meminta penjelasan kepada Syifa datang kerumah without pengetahuan Alisa.

“Ibuu.. Ibuu.. Kenapa Syifa datang rumah ibu tak panggil Alisa?”tanya Alisa kepada ibunya yang tertumpu kepada drama.

“Kenapa? Syifa yang minta jangan bagitahu lisa. Lagipun dia cakap nak call Lisa nanti. Kamu ada bergaduh dengan Syifa ke?”balas ibunya yang menenunganaknya.

“Tak ada ibu. Alisa makan cake nie nanti Lisa call Syifa cakap terima kasih.”jawab lisa sambil berlalu pergi ke atas. Selera makan Alisa hilang secara tiba tiba. Tak lalu dia nak menjamu makan yang ada walaupun Alisa teringin nak makan.

Alisa termenung memandang cake tanpa disentuhnya lagi. Lalu dia mencapai dan memdail nombor yang dia amat rindukan ketika ini. Dengan keberanian yang Alisa ada tanpa berubah fikiran Alisa menekan nombor itu. Lama Alisa menunggu sehingga Syifa mengangkat panggilan darinya.

“Assalamualaikum Alisa.”sapa Syifa dengan nada serba salah.

“Waalaikumusalam Syifa. Terima kasih untuk cake ni”ujar Alisa sambil tersenyum memandang cake yang diberikan oleh Syifa.

“Welcome itu tanda aku mintak maaf sebab aku tipu kau selama ini. Nazrul dah bagitahu aku semuanya.”jawab Syifa.

Alisa hanya mendiamkan diri supaya Alisa boleh dengar segala penjelasan dari Syifa.

“Aku tak berniat pun nak pun nak sakitkan hati kau tapi bila tengok kau asyik gila gilakan Nazrul and kau tak berani tegur Nazrul. Aku wakilkan untuk pihak kau bagitahu dia yang kau suka Nazrul tapi time tu Nazrul tak cakap apa apa pun. Dia tak reject kau ataupun cakap apa apa. Aku syak time tu dia pun ada perasaan dengan kau.” Jelas Syifa agar Alisa tidak salah faham dengan dirinya lagi.

Syifa tak mahu kehilangan seseorang sahabat baiknya tetapi pada masa yang sama dia tak nak kehilangan Nazrul.

“Lupakan lah Syifa aku okay. Sebab kan kau aku tahu yang Nazrul pun sukakan aku. Aku nak berterima kasih selama nie kau banyak tolong aku. So kau janganlah serba salah sangat . Aku tahu apa yang kau buat just untuk happy kan aku .Now I'm really really happy.”balas Alisa untuk menyakinkan yang dirinya baik walaupun dia tahu hal sebenar.

“Terima kasih Alisa. I'm so happy to hear that. I'm really miss you right now, but we have another 1 weeks before final exam and were totally out from the hell!!”jawab Syifa dengan nada gembira walaupun hatinya menangis .

“See ya next week.! Thanks for the cake “jawab Alisa before dia mematikan telephone .

Syifa merasa lega akhirnya dia berjaya untuk berterus terang dengan Alisa.Syifa tahu sahabatnya bukanlah seorang yang suka menyimpan dendam. Syifa harus berterus terang dengan Alisa yang dia jugak menyimpan perasaan dekat Nazrul. Tapi Syifa buntu cara nak bagitahu Alisa perkara sebenarnya.

Nazrul yang leka bermain game tanpa dia sedari bahawa final exam bakal menjeelang dalam beberapa hari lagi. Computer yang dikasi oleh ayah Nazrul kerana berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang masih di jaga dengan baik sekali. Nazrul sedikit terganggu bila phone Nazrul berbunyi tanpa henti .Dengan terpaksa dia tangguhkan game dan membalas whatsapp.

“Manoi !! Manoi !! Balas lah weyy.” Haqiem

“Game ah mamat nie” Afiq

“Siot doh bila dengan Alisa laju balas dengan kita hampeh” Haris

“Korang nak ape doh ? Aku tengah main game yall.” Balas Nazrul dengan muka bengang kerana kawan kawan Nazrul spam ketika dia sedang leka bermain game.

Keluar jom ! Tempat biasa ah.” Afiq

“Haah before final nie. Kau tak bukak buku pun budak pandai biasanya main game.”

“Eh bodoh lah! korang setengah jam sampai ah .. lekjap” Nazrul

“Biasa lah Afiq budak budak Gifted nie tak payah datang class pun pandai. Hahahah” Haqiem

“Bodohlah diam ah. Jumpa sana chaw.”

Bagi Nazrul walaupun kebanyakan member dia annoying and playboy tapi diorang masih boleh diajak berkawan. Mereka selalu ada time Nazrul down dan perlukan seseorang untuk luahkan masalah. Nazrul terpaksa meninggalkan game dia.

Tinggal seminggu sebelum mereka menduduki peperiksaan. Alisa, Syifa dan Nazrul akan menghabiskan masa mereka di library bersama budak budak lain. Yelah dah last sem kena dapat pointer yang baik. Nazrul banyak beri tunjuk ajar kerana Nazrul yang lebih pandai dari mereka sebab bak kawan Nazrul cakap budak budak gifted kalau tak datang class pun boleh score.

“Weyy aku tak faham lah ajar ah slow slow, laju laju nak pergi mana.”sampuk Syifa yang tertekan kerana tak dapat tangkap apa yang Nazrul cuba sampaikan.

“Otak kau jangan simpan please fa , kita nie lagi bape hari je je tau.. focus ah sikit. Part mana aku tak faham aku ajar kau .”bebel Nazrul bila Syifa  sampuk bila dia tengah mengajar. Nazrul menyuruh Alisa mengajar kawan yang lain sementara dia mengajar Syifa yang lembab pusat.

Alisa yang focus belajar dari tadi mengalih tempat duduk agar dia selesa untuk tolong kawan yang lain. Alisa bukanlah tidak fahamkan subject itu tapi dia lebih suka jika dia dapat ilmu yang lebih dekat luar. Hampir 3 jam mereka membekukan diri mereka di library , mereka stop untuk lunch sebab perut mereka sudah bernyanyi bersama sama .

“Kita makan luar eh, pishang lah makan café.”ajak Syifa yang sudah bosan dengan makanan café yang asyik hidang benda yang sama.

Yang lain setuju dengan cadangan Syifa mereka terus bergerak tempat yang Syifa cadangkan. Mereka berpecah kepada dua kereta iaitu kereta Alisa dan kereta Haqiem, disebabkan Alisa yang tidak berapa sihat Syifa yang membawa kereta Alisa yang dinaiki oleh Alisa, Syifa dan 2 rakan class mereka iaitu Nisya dan Aufa manakala kereta haqiem dinaiki geng geng lelaki iaitu Nazrul ,Haqiem , Haris dan Afiq.

Perjumpaan antara kedua ibu bapa Syifa dan Alisa dirahsiakan dari pengetahuan Syifa dan Alisa. Mama Syifa yang teringin berjumpa dengan ibu Alisa untuk menceritakan masalah yang anak mereka lalui ketika ini, walaupun nampak baik dari segi luaran tetapi mereka kita tidak tahu apa yang mereka simpan didalam hati.

“Terima kasihlah luangkan masa dengan kami Kak Zalina dan Abang Zamri.Saya panggil kesini dan bincangkan tentang anak dara kita ini.”ujar Datin Syarifah bila mereka sudah bersedia .

“Kenapa dengan anak anak kita fah ?Saya tengok diorang bebaik je , haritu ada si Syifa datang rumah soh bagi cake dekat si Alisa.”jelas Zalina yang pelik dengan soalan Datin Syarifah yang tiba tiba menanyakan tentang hal hal anak mereka.

"Alisa taktahu lagi ke yang Syifa tu sukakan Nazrul jugak? Saya dah nasihatkan Syifa yang Alisa dah lama sukakan Nazrul bahkan dia yang tolong Alisa bagitahu Nazrul yang lisa sukakan Nazrul. Saya pelik kenapa Syifa sukakan Nazrul padahal kemain benci dengan perangai Nazrul.”tanya Datin Syarifah yang pelik kelakuan anak perempuan nya.

“Alisa tak ada pulak bagitahu hal ini dekat saya, kalau dia senyap tandanya semua masih dalam kawalan dia. Alaaa Syarifah jangan lah risau sangat tentang anak kita. Depa dah berkawan lama, lagi lama kita berkawan.”ujar Zalina sambil tersenyum untuk menyakinkan Datin Syarifah yang semuanya baik baik saja.

‘Bagus korang ada dekat sini, berbuih mulut saya bagitahu dia yang anak anak kita okay.”sampuk Dato Arif ayah kepada Syifa,

“Biasalah Arif , perempuan kalau tak complicated tak sah. Cuba tengok kaum lelaki tenang ke hadap semua masalah.”balas Zamri yang menyokong kata kata Dato Arif

Mereka terlalu risau kerana Syifa dan Alisa kalau mereka gaduh besar bukan masa dua tiga hari boleh berbaik , makan masa jugaklah nak pujuk mereka tu.  

 

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee