Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,285
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 2

Setelah menunaikan solat subuh, setiap pagi Alisa akan duduk di meja belajarnya dan merenung gambar setiap ahli keluarganya yang sempat Alisa bawak bersama. Alisa terlalu merindukan keluarga

“Assalamualaikum ibu ayah dan adik kakak.. Alhamdulillah hari Alisa masih diberi peluang untuk menghirup udara segar dan mata Alisa masih mendapat melihat kebesaran ciptaan Tuhan .Kakak harap ibu ayah sihat sentiasa disana. Alisa selalu doa agar keluarga kita selalu berada di dalam keredhaan Allah. Jangan risau keluarga Alisa disini jaga Alisa dengan baik sekali. Alisa hanya rindukan ibu ayah dan adik.”tersenyum Alisa sambil memegang gambar ahli keluarganya.

Alisa melihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Bilik Alisa dan Sofie sebelahan dan berada di tingkat dua. Setiap pagi jika Sofie mahupun Alisa tidak cuti mereka perlu membangunkan orang yang sedang CUTI . Memandangkan yang cuti hari ni adalah Sofie, Alisa harus mengejutkan Sofie. Bukan kerana dia malas tetapi Sofie adalah sejenis manusia yang susah gila nak bangun tidur, sampai Alisa taktahu nak guna cara apa untuk menyedarkan sahabatnya itu.

Alisa mengetuk bilik Sofie lebih dari tiga kali masih tiada respon lalu Alisa menjergah masuk ke bilik yang digelar IM THE QUEEN tanpa menunggu waktu yang lama. Melihat Sofie yang masih nyenyak dibuai mimpi membuat Alisa tersenyum melihat cara Sofie tidur, mungkin Alisa pun begitu ketika tidur.

“Amiratul Sofie!!! Bangun dah pukul 7 pagi ni, kita ada class pukul 9:30 pagi . Bangunlah!!” Alisa yang mengoncang badan Sofie yang tidak memberikan sebarang reaksi yang ada hanyalah denguran halus yang datang dari Sofie.


“Ya Allah bertuah punya budak nie . Aku taktahulah macam mana bakal husband kau kejut kau nanti. AMIRATUL SOFIE BINTI MOHD HUSSIEN! kau bangun sekarang before aku simbah kau dengan air sejuk” jerit Alisa yang sudah berkali kali kejut Sofie tetapi masih dengan tidur matinya.

Hampir setengah jam masa habis hanya untuk mengejut gadis yang bernama Amiratul Sofie. Akhirnya Sofie bangun dengan rambut yang serupa orang tak betul dan tanya soalan yang membuatkan emosi Alisa tercabar.

“Kenapa kau tak kejut aku awal awal Alisa. Aduh tengok aku terlepas usha crush aku”membebel Sofie kerana dia terlepas usha crush nya yang setiap pagi akan keluar rumah untuk jogging.

“Aku tumbuk jugak muka kau Sofie. Aku kejut kau setengah jam lepas tu kau kata aku kejut kau lambat. Kau tu yang tidur mati, penat aku habiskan masa aku kat sini je”marah Alisa dengan sikap Sofie yang susah bangun pagi itu

“Oh yeke .. heheheh sorry sorry .Nak buat macam mana dah aku memang macam tu”jawab Sofie yang tersengih sengih macam kerang busuk.

“Sudah pergi mandi.  Aku dah siapkan air panas taktahu panas lagi ke tak tu”arah aku kerana aku masih ada tugas didapur untuk menolong Mama siapkan breakfast.

Setiap kali hendak turun ke bawah Alisa akan lalu depan bilik Abang Amir jadi Alisa tidak keberatan untuk mengetuk pintu Abang Amir supaya dia jugak bangun awal. Berbeza dengan Sofie, Abang Amir seorang yang bangun awal. Setiap kali Alisa ketuk Abang Amir akan terus buka tanda dia sudah bangun dari alam mimpi.

Papa yang sudah berada di meja makan sedang menunggu anak anaknya turun makan sekali sebelum dia berangkat pergi kerja yang biasanya di hantar oleh Pak Soleh.

“Goodmorning ! Mama mana pa? Awalnya hidang makan or Alisa yang lambat hari ni?”sapa Alisa kepada papa yang busy membaca surat khabarnya.

“Mama ada kat dapur engan bibik buat air kut papa pun tak pasti. Mama kamu bangun awal, so dia siapkan teruslah. Si Amir dengan Sofie dah bangun ke?”Tanya papa yg pelik hanya Alisa sahaja yang turun manakala 2 orang anaknya masih berada dimilik.

“Sudah papa.. jenuh Alisa kejut si Sofie tu hampir setengah jam jugak lah. Alisa ke dapur dulu ye tolong Mama apa yang patut.” Jawab Alisa sambil mengenyit mata tanda gurau.

Papa yang melihat telatah Alisa hanya mampu tersenyum dan kembali membaca surat khabar yang dibeli oleh Pak Soleh. Alisa melihat telatah mama yang sedang khusyuk melakukan kerjanya sehingga tidak perasan kehadiran Alisa disisinya.

“Naha anjeun sok ngalakukeun kuring ieu? Upami kuring nyeri haté naon anu bakal kajadian." (Alisa kenapa suka terkejutkan mama ni. Kalu mama ade sakit jantung dah lama mati tau) jawab omma yang mengurut dadanya akibat terkejut dek kehadiran Alisa tanpa pengetahuan dia.

“Entong nyarios kitu. abdi parantos didieu sakitar 5 menit anjeun mangrupikeun anu henteu perhatikeun kuring."(Jangan cakap macam tu, Alisa dah lama ada disebelah mama, mama je tak perasan) balasAlisa yang menolong menyusun cawan .

“anu hudang? Ayah anjeun parantos ngantosan anjeun pikeun dahar bareng" (Sofie dengan Abang dah bangun ke ? Papa dah tunggu lama kesian .)”balas omma sambil tersenyum melihat Alisa.

Sudah mama. ”balas Alisa sambil membawa dulang yang berisikan air tea panas ke depan .

Alisa melihat Sofie dan Abang Amir sudah pun duduk di tempat mereka sambil ketawa tak ingat dunia. Apalah benda yang kelakar sampai gelak pun macam tu. Alisa menuang air tea panas ke dalam setiap cawan kecuali Sofie kerana dia tak minum tea, so mama akan buat susu coklat buat Sofie setiap pagi.

“Next time kamu yang awal dong bangunnya kasihan Alisa bersihin sendirian.”bebal mama bila melihat Alisa menuangkan air untuk keluarganya sedangkan Sofie bersuka ria dengan abangnya.

“Alaaa tadi papa membebel sekarang mama pulak. Alisa tak kata apa apa pun kan? Lagipun Sofie cuti so sifat malas makin menjadi jadi.”jawab Sofie yang mempunyai beribu alasan dalam kepala otak dia. Biasalah anak bongsu dalam keluarga memang manja. Alisa dah masak dengan Sofie.

“I'm fine ma. Alisa dah biasa pun buat kerja nie. Lagipun dia cuti nanti dah habis Alisa pulak buli dia.”balas Alisa yang gelak besar bila dapat kenakan si sahabatnya.

Papa dengan Abang Amir yang melihat telatah kedua dua gadis dalam keluarganya hanya tersenyum dan berharap Alisa dan Sofie bakal menjadi sahabat dunia akhirat. Jarang buat papa melihat satu satu anak perempuan dia tersenyum indah seperti ini. Kehadiran Alisa dalam keluargnya merubah segalanya.

“Amir hari ni first day kerja kat syarikat papa kan? Papa harap kamu boleh berikan yang terbaik untuk Syarikat kita yee Amir.”ujar papa apabila melihat Amir yang dari tadi hanya tersenyum. Dia bangga mempunyai anak seperti Amir yang dapat mengalas tanggungjawab dengan sebaiknya.

Syafiq Amir sejenis manusia yang suka diamkan diri, tidak banyak cakap berbeza dengan adiknya iaitu Sofie. Tetapi apabila Abang Amir membidas kata kata, mahu seseorang berkecai jiwa dan raga kerana kata kata Abang Amir yang agak menusuk ke klabu.

“Haah papa hari ni first day Amir, doakan Amir pa. . Inshaallah Amir buat yang terbaik. Hari ni mama masak or Alisa yang masak?” Tanya Abang Amir kepada Alisa yang dari tadi dok sembang dengan Sofie yang tak ingat dunia macam lah tak jumpa.

“Hari ni mama yang masak bang,sebabkan adik abang nie lah susah benor nak bangunkannya.” Balas Alisa sambil ketawa melihat Sofie yang sudah mencebik mukanya bila namanya dipetik buat sekian kalinya.

“Dah lah tu Alisa. Kau nie tak habis habis kenakan aku pagi nie” merajuk Sofie bila Alisa dapat kenakan dia berkali kali akibat dia bangun lambat.

Alisa yang tahu yang Sofie akan merajuk terus dipeluk si Sofie, cara itu je berkesan lagipun Sofie satu satunya tempat Alisa bergurau senda. Sofie sudah tersengih macam kerang busuk bila diperlaku sebegitu oleh Alisa. Dasar Amiratul Sofie betul.

Pagi ini Alisa dan Sofie dihantar oleh Abang Amir. Terkejut juga si Alisa kerana jarang Abang Amir hantar mereka pergi Uni tapi apa apa pun Alisa masih berterima kasih kepada Abang Amir. Class pagi Alisa dan Sofie tidak sama kerana mereka mengambil subject yang berbeza. Sofie mempunyai class pukul 1100 pagi manakalah Alisa pada pukul 930 pagi.

Alisa memasuki class awal daripada biasa kerana hari ni dia mempunyai Accounting test, berkat Sofie ajar harap Alisa dapat menjawab test nanti. Sementara menunggu yang lain masuk, Alisa akan menghabiskan masa dengan mendengar lagu yang sudah pun dia setiap kali dengar lagu yang menarik . Alisa bukan lah seorang perempuan yang kurang bersosial cuma selepas kejadian 2 tahun lepas banyak perubahan yang berlaku terhadap Alisa.

“Heyy!! kumaha wani anjeun didieu. Ieu mangrupikeun bangsat abdi.! (Heyy !berani kau ambil tempat duduk aku? Dasar perempuan tak guna!)”bentak seorang gadis dengan pakaian sedikit terdedah dengan mencabut earphones yang sedang dipakai oleh Alisa.

“Eh kau dah kenapa rampas barang orang? takada adab ke? Sejak bila meja nie nama kau? banyak lagi kerus meja dalam class ni and tempat ni jugak kau nak. Tak perlu nak bajet cakap sunda kau ingat aku tak faham.”bidas Alisa sambil melihat gadis yang tidak cukup kain. Tayang sana sini, apa dia ingat ada orang nak tengok ke. Setiap kali class accounting berjumpa dengan minah acah bagus. Apa kau kaya sangat sampai boleh buli orang lain, salah orang Alisa mungkin nampak mudah tapi dia bukan lawan mudah.

“Heyy! kau setakat tumpang je kat sini, jangan nak berangan lah jadi princess kau ingat kau kat sini ada orang nak layan kau .Family kau sendiri pun buang kau!. One more thing this is my life,so it's depend on me to use what kind of language I wanna use.” balas Indy Pratiwi anak kepada kawan papa Sofie. Dia datang dari keluarga yang kaya, Alisa apalah sangat setakat duduk dengan keluarga Sofie.

Alisa yang terkesan dengan kata kata Indy akhirnya bangun mencari tempat baru dan membiarkan Indy mengambil tempatnya. Hati Alisa kini kembali sebak pabila terkenangkan apa yang Indy cakap “family kau pun buang kau” . Alisa hanya mendiamkan diri sehingga lecturer masuk dan memulakan Accounting test.

Sofie dengan dua orang gadis yang jugak kawan kepada Alisa berjalan menuju di tempat Alisa duduk, mereka mendapati Alisa hanya termenung jauh dari tadi sehinggakan kedatangan mereka tidak dirasai oleh Alisa. Alisa mempunyai kawan selain Sofie iaitu Aisyah dan Mira, mereka adalah sahabat yang sentiasa disisi Alisa tak kira tempat dan waktu kerana mereka adalah dari negara yang sama seperti Alisa.

“Assalamualaikum Alisa. Jauhnya kau termenung sampai kitowang sampai pun kau tak perasan eh”tegur Sofie yang masih melihat Alisa termenungkan sesuatu.

“Eh korang dah sampai .Waalaikumusalam. Tak ada apa apa pun, korang bukannya bukannya ada class ke time sekarang?Kenapa masih di café?” ujar Alisa yang melihat ketiga tiga sahabatnya yang masih memandang Alisa sambil tersengih sengih.

“Class cancel weyy aku pun apa lagi,hantar assignment and chaw lah tak nak aku lelama. Aku tak ada mood nak belajar harinie.”balas Aisyah yang sedang melilau sesuatu dicafe yang diharapkan boleh mengisi kekosongan di perutnya.

“Jom lah makan aku lapar ini, disebabkan kita takda class hari ni so kita pergi shopping. Aku tengok si Alisa nie ada yang kena ubah something, mana tahu ada orang melekat.” jawab Sofie sambil mengusap perutnya yang dari tadik berbunyi sehingga pecag gelak Mira sedangkan Mira bagitahu dia dah lahap 2 bungkus roti.

Sofie sudah terlebih dahulu meminta izin untuk keluar bersama Alisa, Aisyah dan Mirae untuk berjalan jalan hari ni. Mama memberikan sedikit wang untuk belanja untuk Sofie dan Alisa tapi berjimat cermat sebab sekarang mana ade benda murah semuanya mahal.

Sofie dan Mira adalah perempuan yang teramat gila kan make up. Ada satu hari itu Sofie belanja hampir mencecah 5 juta rupiah semata mata make up je, memang kena marah lah balik tu. Alisa yang hanya memerharti gelagat 2 sahabat baik dari jauh hanya tersenyun dan menggelengkan kepala.

“Alisaa!!! Sini kejap aku ada benda nak tunjuk kat kau”panggil mira yang excited nak tunjuk sesuatu kepada Alisa.

Alisa hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tiada minat dengan hal hal seperti itu. Mira yang tak suka bila dipanggil tapi kita mahu datang terus ke Alisa dan menarik perlahan tubuh Alisa, Alisa nak tak nak kenalah ikut kehendak kawanya. Sofie yang sudah mengagak apa yang Alisa sedang pikirkan terus mengeluarkan phone lalu menghantar seseuatu message.

Abang busy tak? Balik nanti ambil kami dekat mall berdekat dengan Institut Teknologi Bandung?

“Kenapa Sofie tak suruh Pak Soleh ambil je?”

Sofie rasa ada something yang terjadi dekat Alisa time Sofie takda dengan dia. Kalau abang tak busy balik nanti belikan kami tealive jugak. hehehhehe.

“Nanti abang belikan. Sofie cuba tanya Alisa kenapa dia macam tu. Nanti mama risau kalau korang balik dalam keadaan Alisa macam tu.”

Sofie menghantar emoji tanda dia faham apa yang abangnya katakan sebentar tadi. Sofie yang baru kembali bersama mereka setelah beberapa minit meninggalkan mereka sudah melihat 3 beg plastic yang sudah berada ditangan Mira dengan muka ada banyak senyum.

“Wey!! Kau gila ke beli make up banyak banyak ! Bulan lepas baru je kau beli, nie kau beli lagi. Koyaklah duit mak bapak kau”A isyah hanya dari tadi diam tetiba bising bila melihat 3 beg yang sudah berada di tangan Mira. Penat Aisyah membebal jangan beli akhirnya dia beli jugak . 

Sofie hanya memandang Mira yang dari tadi senyum sorang sorang, bukan dia tidak tahu perangai sahabatnya lagi satu .Kalau dia nak benda tu maksudnya dia nak jugak walauapa pun terjadi.

“Relax geng. Aku beli untuk Alisa dengan kau perempuan. Cubalah berubah kearah budak awéwé (perempuan) sikit, ni tidak macam lalaki lah aku tengok, masuk je Univeristy ”membebel Mirae bila kena marah akibat memboros terlalu banyak

“Buat apa beli untuk aku membazir bukannya aku pakai pun. Rimas aku”balas Aisyah.

“Yelah Mira tak payah lah keluarkan duit kau semata mata kitowg. Aku pun pakai make up Sofie je.”balas Alisa yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

“Ada nampak muka aku kesah? Nah kau ambil sekarang, lenguh tangan aku nie”membebal Mira sensorang. Bukan dia membazir tapi rezeki dia untuk belanja sahabatnya. Lagipun Mira fikir sudah tiba masa 2 sahabatnya berubah so why not dia belanja lagipun bukan selalu duit habis sebab mereka.

Aisyah nak tak nak ambil hadiah yang diberi oleh Miraa dengan membuat muka annoying kerana dia tahu kalau dia tak ambil dia akan di kiss kiss oleh Mira. Alisa seorang gadis yang tidak pernah menolak sesuatu bagi Alisa dia mahu menjaga hati semua orang. Mereka berpisah di pintu masuk mall kerana ayah Mira sudah jemput Mira dan Aisyah awal. Tinggal Alisa dan Sofie yang sedang menunggu grab car datang. Abang Amir tidak dapat jemput kerana ada meeting last minute so terpaksa membatalkan niat ambil adik adiknya.

“Alisa apa sebenarnya terjadi?”Sofie tanya terus terang tidak mahu berdalih lagi. Bagi Sofie, Alisa tidak boleh berdalih sebab dia a part of her family. Apa yang terjadi Sofie wajib tahu.

“Sofie apa salah aku sampai keluarga aku benci aku? Besar sangat ke perbuatan aku sampai sanggup tidak mahu aku tunjuk muka aku lagi? Kenapa diorang tak suka aku sampai buang aku jauh dalam hidup diowang!”akhirnya keluar segala isi hati yang Alisa pendam selama hari ni, Alisa sudah tidak kuat untuk menanggung semua dia luahkan segala benda yang terpendam. Pakcik grab yang perasan hal itu terus menguatkan volume radio agar Alisa tidak segan untuk menangis didalam kereta dia.

Sofie yang rasa segala kesakitan yang dialami oleh Alisa membuatkan air mata Sofie jugak turut menitis. Sofie tidak tahu kenapa secara tiba tiba Alisa berubah seperti ni. Selalu dia boleh kawal perasaan rindunya. Sofie hanya memeluk Alisa tanpa menjawab segala pertanyaan Alisa, Sofie tidak layak menjawab segala soalan yang diajukan.

Semenjak kehadiran Alisa dalam keluarga Sofie banyak yang berubah. Sofie perasan benda itu, keluarganya banyak menghabiskan masa bersama dirinya, tidak terlalu mementingkan perkerjaan demi anak anak. Sofie berterima kasih kerana mengembalikan keluarganya seperti dahulu tetapi anak mana yang tidak jealous jika ibubapa lebih risau dan khuawtir tentang anak orang lain. Walaupun Sofie sentiasa berada disisi Alisa tapi siifat jealous yang berada dalam dirinya membuatkan Sofie sedih dan mungkin akan melalukan sesuatu jika dia tidak dapat mengawalnya.

“Alisa.. Aku sayang kau, tapi aku jealous sebab ramai yang sayang kau dari aku, ramai yang risaukan kau dari risaukan aku.”ujar Sofie dalam hati. Biarlah dia terluka sedikit untuk sahabatnya yang sudah banyak melalui perkara yang membuatkan hati sahabatnya sakit.

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee