Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,293
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 4

Malam yang makin dingin membuatkan Alisa tidak boleh tidur dan kepalanya yang berdenyut kuat selepas makan malam. Alisa tidak tahu kenapa akhir akhir ini Alisa kerap sakit badan dan muntah. Apa yang Alisa rasa ketika ini dirahsiakan daripada keluarga serta kawan karibnya. Alisa tidak mahu orang lain risaukan keadaan dirinya. Bagi Alisa dia hanya memerlukan rehat untuk seketika, mungkin akan kembali sembuh.

Alisa mengambil wuduk untuk menunaikan solat tahajud kerana dia tidak boleh tidur. Alisa berdoa agak dia beri kesihatan yang baik serta meminta pertolongan agar dijauhi dari segala benda buruk yang terjadi kepada keluarganya. Selepas mengadu segala kesakitan dan keresahan yang melanda dirinya dekat Maha Pencipta, Alisa terus baring ke katil kerana sakit kepala agak teruk tanpa Alisa sedar dia tertidur dengan kesejukan yang luar biasa malam itu.

Alisa tersedar dari tidurnya kerana Alisa merasa ada pergerakan disebelah kirinya. Perlahan lahan Alisa membuka mata dan melihat ibunya tersenyum manis terhadap Alisa sambil mnegusap kepalanya.

“Assalamualikum anak ibu, Good morning! Bangun solat subuh, ayah sudah tungga dibawah solat berjemaah.”kata ibu sambil mencium ubun ubun Alisa.

Alisa yang masih mamai dan mengantuk dek kerana tidur lambat malam tadi berusaha melawan syaitan syaitan yang bermain di matanya.

“Waalaikumusalam ibu. Baiklah lisa ambil wuduk dulu yea, by the way good morning ibuku.”jawab Alisa sambil mencium kedua pipi ibunya. Alisa akan mencium kedua dua pipi ibunya setiap bangun pagi, tanda dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersama keluarganya.

Setelah selesai solat berjemaah Ayah akan mengambil sedikit masa Alisa untuk memberi sedikit ceramah agar Alisa dan adik adiknya agar menjadi manusia yang berguna sementara ibu pula akan menyediakan breakfast mereka sebelum memulakan pagi mereka.

“Ibu.. nak lisa tolong apa apa tak?”sapa Alisa yang melihat ibunya yang sedang menyedok nasi goreng ke mangkuk yang lebih besar.

“Tak apa lisa, ibu boleh buat dah nak siap dah pun. Lisa tolong bawak dulang yang berisi karipap panas tu kedepan je.”arah ibu sambil tersenyum

Alisa hanya menurut apa yang disuruh oleh ibunya. Dulang yang berisikan air milo panas dan beberapa cawan berserta karipap panas untuk dihidang nanti.

“Alias Asyraf turun makan. Ibu dah siap hidang makanan nie haa” jerit Alisa dari tingkat bawah kerana adik adiknya masih berada diatas. Siap lambat mengalahkan perempuan betul.

Alias dan Asyraf turun dengan berpakaian sekolah yang membezakan mereka ialah Alias bakal menghadapi ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  hujung tahun nie manakala Asyraf akan menghadapi tahun hadapan. Mereka adalah segalanya bagi Alisa sehingga Alisa sanggup buat apa sahaja demi mereka.

“Good morning semua !!”ujar Asyraf dengan nada yang gembira.

“Morning ibu ayah kak”Alias menyapa dengan muka gembira dengan tangan yang masih sibuk membetulkan rambut.

Alisa hanya memandang wajah mereka terus kembali bersemangat untuk teruskan pagi ini walaupun dia rasa malas untuk hadir ke kuliah pagi ini.

“Morning jugak dah duduk makan nanti kak lisa hantarkan Alias dengan Asyraf sebab hari ni Ayah tak sempat nak hantar. Makan cepat sikit nanti lambat ke sekolah.” Kata Ayah setelah melihat anak anaknya menikmati sarapan yang disediakan oleh ibu

Alias dan Asyraf hanya mengangguk tanda faham dan kembali menyambung makan.

“Haaa lisa lepas hantar adik kamu , kamu terus ke college ke?” Tanya Ayah kepada Alisa. Risau anaknya pagi pagi sudah keluar.

“Mungkin lisa pergi rumah Syifa dulu sebab semalam Syifa nak tumpang naik kereta. Kereta dia baru nak ambil hari ni.”jawab Alisa dengan jujur agar Ayahnya tidak terlalu risau akan dirinya.

“Nanti bawak bekal kamu yee anak anak. Ibu dah sediakan dekat meja belakang, pinggan jangan lupa basuh sendiri.”pesan ibu bila melihat anaknya sudah habis makan setelah bertambah berkali kali.

Alisa yang sudah bersedia dengan tas di tangan kanan sambil menunggu kedua dua adiknya keluar. Jam yang sudah menunjukkan pukul 7:05 pagi masih tidak nampak batang hodung adiknya itu.

“Ya Allah lambatnya kamu ni, kang masuk sekolah lambat. Cepat sikit pakai kasut tu dalam kereta boleh sambung sembang.”membebal Alisa bila melihat adiknya yang suka melewat lewatkan sesuatu perkara. Alias dan Asyraf ni kalau dapat bersembang memang tak ingat dunia, tapi bagus jugak sebab mereka tigak terlalu sukakan gajet. Zaman sekarang budak budak umur 5 tahun pun dah pandai buka youtube. Bahaya betul zaman sekarang nie.

“Kak lisa nanti balik kak lisa ambik kitowg kan? Tapi hari ni kami balik lambat sikit.”ujar Alias yang dari tadi termenung tiba tiba bersuara.

“Iye akak dah tahu tadi Ayah ade bagi tahu akak. Lagipun hari ni akak hanya ada 1 class” jawab Alisa sambil memandu dengan selamat. Alisa perasan Asyraf hanya layan perasan dibelakang melalui cermin pandang belakang .

“Alias tengah pikir pasal awek ke? Kenapa awek merajuk ke apa nie? Jarang tengok adik akak termenung jauh nie.”tegur Alisa

“Mana ada akak. Alias nak termenung pun tak boleh. Sibuk je lah akak nie.”bebel Alias bila dia dapat tahu Alisa skodeng dia melalui cermin belakang.

Kereta Myvi berwarna merah sudah berada didepan pintu besar sekolah kedua adiknya tempat pukul 7:15 am. 10 minit sebelum pagar ditutup. Kelihatan ramai budak budak sekolah yang berjalan kaki dari rumah, ada jugak yang dihantar menaiki motor dan kereta.

“Terima kasih kakak .Hati hati kakak, bawak kereta bebaik tau.” Pesan Asyraf kepada Alisa sambil menyium tangan kakaknya diikuti dengan Alias yang berada di tempat duduk belakang.

Alisa yang hanya tersenyum sehingga menampakan lesung pipitnya dan melambai kearah kedua adiknya sebelum memulakan perjalanan kerumah Syifa.

Perjalanan Alisa dari rumahnya ke rumah Syifa tidaklah memakan waktu yang lama, disebabkan Alisa menghantar kedua adiknya ke sekolah perjalanan Alisa agak lari dari waktu yang dia jangka. Selama perjalanan Alisa ke rumah Syifa, Alisa menerima panggilan yang tertera di phone nya Syifa Bising tanpa melengahkan waktu Alisa menjawab panggilan mengunakan earphones.

“Assalamualaikum Lisa. Apahal lah kau nie susah sangat nak angkat call? Baik buang je phone tu.”bengang Syifa bila Alisa tidak mengangkat panggilannya dari tadi.

“Waalaikumusalam . Aku focus driving ni. Nak sampai dah rumah kau, sabar kejap boleh tak perempuan.”bidas Alisa kerana dia sudah masak dengan perangai kawanya yang tidak suka menunggu lama.

“Haa tahu pun apa aku nak tanya tadi. Kau pick up je, kita gerak terus ke college. Hari ni kau jadi driver aku. ”jawab Syifa dengan suara yang nyaring.

“Tut tut tut tut…”belum sempat Alisa berkata Syifa sudah mematikan phonenya.

“Syifa syifa” desis Alisa dalam hati.

Syifa mengenakan pakaian yang agak casual hari ni memandangkan dia mempunyai 1 class sama seperti Alisa. Syifa mempunyai keturunan Arab  membuatkan wajahnya kelihatan seperti anak orang arab, cantik, kening lebat, hidung mancung, kulit putih kemerah merahan cuma satu je tak sama dengan orang arab perangai yang teruk.

“Weyyy kau cuci kereta kau ke? Bersih semacam je.”peril Syifa.

‘Bapak aku yang bawak gi carwash sebab haritu dia ada pakai kereta aku, mungkin dia serabut terus dia cuci kereta aku.”jujur Alisa memang Ayahnya bawak keretanya pergi cuci akibat kotor.

Alisa yang hanya focus drive dan Syifa menyanyi tak ingat dunia dalam kereta disebabkan lagu kegemarannya keluar.

Bertahun lama

Dalam menyemai cinta

Terbakar saat kau nyalakan ia

Aku tidak berdaya

Tuk beri segalanya cinta

Selamat tinggal sayang

Ku ucapkan kepadamu

Pergi kau dari hidupku

Ku tak ingin disakiti

 

Tersedar dari mimpi

Langkah menyusur pergi

Melihat engkau bersama yang lain

Tersiksa jiwa ini

Terluka hati ini

Sayangku…

Selamat tinggal sayang

Ku ucapkan kepadamu

Pergi kau dari hidupku

Ku tak ingin disakiti


Secara tiba tiba Alisa turut menyanyi bersama Syifa dan menjadikan lagu tu semakin sedap di dengar kerana Syifa dan Alisa mempunyai suara yang sedap. Alisa jarang menyanyi depan orang kecuali sahabatnya kerana agak malu even Nazrul tahu hal nie lepas habis SPM.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee