Home Novel Kisah Hidup SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
SIAPAKAH AKU DIMATA MEREKA
Ashhhiee
22/11/2018 22:22:00
22,286
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 6

Sebaik sahaja class tamat Alisa mengajak Syifa untuk balik bersama kerana Alisa yang membawa Syifa menaiki keretanya. Kesian pulak Syifa kalau dia kena balik naik grab.

“Wey jom balik dah habis class ini, bukan kita ade urusan apa apa lagi pun lepas ini.”tegur Alisa yang melihat sahabatnya yang sedang bermain phone.

“Alisaa.. kau tak ingat ke aku ada janji dengan Nazrul tadi. Kau baliklah dulu aku boleh suruh Nazrul hantar aku lagipun rumah kitowg tak jauh mana.”jawab Syifa dengan perasan serba salah kerana telah berbohong dengan Alisa.

“Okay lah cakap dengan Nazrul aku pesan jaga kawan aku bebaik.”balas Alisa sambil tersenyum walaupun berasa pelik tetapi Alisa hiraukan perasaan itu. Lagipun kepala Alisa sudah mula berdenyut kuat. Alisa perlu balik secepat yang mungkin sebelum sakit kepala bertambah teruk.

Alisa pulang ke rumah terus kerana adik adiknya masih lagi berada dalam sesi persekolahan. Alisa menghidu bau yang menyengat lubang hidungnya sambil membuka penutup meja.

“Mana ibu aku nie petang macam nie dia ada kat rumah.”hairan Alisa bila ibunya tiada dirumah. Sejak dia balik dari college puas Alisa memanggil ibunya tapi tiada siapa yang menyahut.

Berkali kali Alisa cuba dail nombor ibunya tetapi masih gagal dijawab. Mungkin ini perasaan Syifa bila Alisa tidak menjawab panggilan dari Syifa. Akhirnya Alisa menerima message dari bunya melalui application Whatsapp.

Assalamualaikum lisa. Ibu ada dekat rumah kawan ibu ini maaf ibu terlupa tinggalkan pesanan.”

“Ya Allah ibu, risau lisa tau balik balik ibu takada dekat rumah. Bila ibu balik ini?”

Petang sikit kut ibu ada hal sikit dengan kawan ibu. Biar ibu je ambil adik kamu sebab ibu masih dilaur lagi ni.

“Tak apa ke ibu? Terima kasih ibu.”

“sama sama sayang. Nanti makan makanan ibu sediakan tu.

“okieee ibu!”

Setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ibu. Alisa meletakkan beg di sofa lalu memboloskan diri ke dapur untuk mencuci tangan sebelum menjamah makanan yang disediakan oleh ibunya.

“Sedap betullah masakan ibu,aku harap ibu boleh masak banyak banyak untuk aku.”desis Alisa dalam hati sambil memakan masakan ibunya.

Setelah habis mengemas dapur Alisa terus naik ke biliknya kerana tidak larat dia untuk berdiri lebih lama. Hari ni hari yang memenatkan bagi Alisa tetapi dengan melihat wajah Nazrul hilang segala kepenatan Alisa. Alisa yang terbongkok bongkok mencari sesuai dibawah katilnya akhirnya dia berjaya mengambil dan membuka kotak yang Alisa simpan segala tentang sahabatnya.

Alisa membelek satu per satu kertas dalam kotak tu. Terlihat segala surat yang ditulis oleh Alisa, Nazrul dan Syifa. Alisa membaca satu surat yang tertulis PERSAHABTAN. Lama ditenung Alisa akhirnya Alisa membuka surat lalu membacanya.

Kehadapan kawan aku Nur Alisa binti Mohd Zamri

Kitowg tulis surat nie bukan sebab nak bagi kau touching or whatsoever tetapi kitowg hargai segala benda yang telah kau bagi kepada kitowg. Pada harinie genap kau 17 tahun, tua sudah kawan kitowg ini. Weyy selama 10 tahun kita kenalkau lah kawan yang teramat sabar dengan perangai kitowang. Aku dengan Nazrul nak ucapkan terima kasih sudi jadi kawan yang terbaik buat kitowg. Terima kasih sebab banyak sabar dengan setiap perangai telatah kitowg, terima kasih dah susah senang dengan kami, terima kasih selalu ada buat kami tak kira waktu, tempat dan masa. Kau dah masuk 17 tahun kitowg nak pesan satu ja andai kau sambung study jauh nanti jangan lupakan kami. Kita takkan pernah lupakan kau. Kami akan ganggu kau setiap masa, tanda kami rindukan kau. Kalau kau sakit, kitowg sanggup jaga kau sampai kau sembuh bagi kitowg kau juga nyawa kami juga. Alisa kehilangan kau pasti akan meragut sebahagian dalam hidup kitowg. Pernah waktu dulu kau hampir kena langgar dengan kereta nasib baik Syifa ada selamatkan kau, waktu tu kitowg tak pikir apa dalam kepala otak kitowg ,kitowg pikir kau je saat tu. Kitowg doakan kau menjadi anak yang solehah, kawan yang baik untuk kami , menjadi manusia yang berguna dan tolonglahhh jaga diri kau dengan kesihatan kau buat family kau dan jugak kitowg ini. Akhir kata dari Syifa yang cantik dan Nazrul yang handsome HAPPY BIRTHDAY TO OUR BESTFRIEND !!!!!!!!!!! WE LOVE YOU SO MUCH!!!!!!!!!! Jumpa kitowg kat tempat biasa ada something special nak bagi ini.

Sahabatmu,

Syifa & Nazrul


Setiap kali Alisa membaca surat yang dikasih oleh 2 sahabat yang sentiasa berada dibelakangnya air mata Alisa akan mengalir laju kerana dia berbangga kerana mempunyai sahabat seperti Syifa dan Nazrul.

“Maafkan aku syifa, nazrul.. aku gagal tunaikan permintaan korang. Maafkanaku.”Alisa menangis tersedu sedu sambil memegang gelang yang dipakai Alisa yang diberikan oleh 2 sahabat karibnya.

(Throwback birthday Alisa ke 17)

Dengan mata yang agak sembab Alisa pergi ke tempat yang mereka selalu berkumpul setelah mendapat keizinan dari keluarganya. Alisa yang memakai tudung favourite iaitu tudung bawal hitam tersenyum apabila melihat sesuatu yang tak di jangkaan oleh Alisa.

“Weyyy.. korang ke buat semua nie? Hanya untuk aku ke?” Alisa yang sudah berhenti menangis kini kembali menangis bila melihat pondok mereka yang telah dihiasi oleh Syifa dan Nazrul.

“Suka tak ?? Ini khas untuk kau tau. Tak ada kat mana mana design macam ini.”peluk Syifa apabila melihat Alisa menangis. Nazrul yang hanya mampu memandang dua sahabatnya yang sedang buat sesi sinetron depan dia.

“Dah dah nangis tu takkan nak berdiri je duduklah. Aku ada beli cake untuk kau, mesti kau suka cake ini.”tegur Nazrul bila melihat sinetron tak berbayar depan matanya.

“Weyy naz kau suka membazir tau. Korang dah hias pondok kita pun dah buat aku bahagia.’balas Alisa yang tersenyum kepada Nazrul.

Nazrul membeli cake chocolate favourite Alisa sejak kecil. Mereka makan sambil berbual bual benda yang agak mengarut.

“Alisa kitowg ada something hadiah untuk kau.”kata Syifa sambil mengarah Nazrul keluarkan beg kertas yang mereka beli di shopping mall.

“Apa lagi lah benda yang korang nak bagi aku ini. Dah cukup dah semua ini untuk aku, aku tak mintak apa apa pun.”balas Alisa dengan nada yang emosi bila melihat sahabatnya banyak membuat kejutan dihati ulang tahunnya.

“Taaaadaaaaa!! Khas untuk kita bertiga. Tanda persahabatan kita selama 10 tahun dan aku harap persahabatan kita kekal sampai ke anak cucu cicit kita.”ujar Nazrul dengan penuh semangat.

Gelang yang terukir nama mereka bertiga. Alisa, Nazrul , Syifa. Alisa tersenyum sambil menangis kerana diberi hadiah yang sangat dia takkan pernah lupakan seumur hidupnya.

“Aku harap kau suka Alisa dengan pemberian yang tidaklah begitu mewah.”ujar Syifa yang sudah mula sebak bila melihat sahabatnya dari tadi tak berhenti menangis.

“Apa yang korang buat untuk aku adalah hadiah yang terlalu istimewa buat aku. Aku ada korang sebagai sahabat aku juga adalah yang terbesar dalam hidup aku.”balas Alisa dengan jujur sambil memandang kedua dua wajah yang amat Alisa sayangi. 

“Kita selfie jom!’ujar Syifa agar kesedihan Alisa tidak perpanjangan.

Gambar yang mereka ambil 3 tahun lepas semasa hari jadi Alisa masih elok dijaga oleh Alisa. Walaupun mereka mempunyai banyak gambar bersama, tetapi gambar ini adalah gambar yang paling Alisa sayang.

AlisA kembali meletakkan barang tadi didalam kotak dan meletakkan kotak dibawah katil. Alisa mengambil buku diarinya yang sudah lama Alisa tulis segala isi hatinya. Tiada siapa pernah tahu Alisa mempunyai sebuah diari yang sudah lama Alisa simpan dari pengetahuan keluarga dan kawannya. Lalu Alisa kembali ke katilnya untuk berehat sementara menunggu ibunya pulang.

Alisa terjaga dari tidur kerana bilik Alisa diketuk oleh seseorang. Dengan keadaan yang serabai Alisa membuka pintu untuk melihat siapakah gerangan yang cuba menganggu tidurnya itu.

“Heheh sorry kakak ganggu akak tidur tapi ibu suruh akak bangun tak elok tidur time waktu macam nie. Ibu pesan solat Asar terus.”kata Alias yang terpampang depan pintu bilik Alisa. Alisa hanya mengangguk tanda faham arahan yang disuruh oleh ibunya.

Tanpa membuang masa Alisa bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan menunaikan kewajiban sebagai umat Islam. Alisa akan mengambil masa lebih selepas solat Asar kerana Alisa suka membaca Al-Quran waktu Asar dan Maghrib.

Alisa turun ke bawah melihat jika ada benda yang patut dia buat tetapi tak ada satu benda pun yang perlu dibersihkan. Alisa mencari ibunya didapur dan di ruang baju kotor tetapi masih tidak dijumpai. Sesampai Alisa di halaman rumah dia terlihat ibunya yang memakai tudung sarung putih sedang menyiram pokok bunga kesayangannya.

‘Lahh ibu kat sini rupanya puas Alisa cari ibu kat dalam rumah.”sapa Alisa sambil memuluk ibunya dari belakang.

“Kenapa cari ibu?Rindu ibu ke. Baru beberapa jam sudah rindu anak perempuan ibu ini.”balas ibu sambil menepuk manja tangan Alisa.

“Saja je tak boleh ke? Ayah belum balik ke ibu? Selalu time macam ayah dah balik.”tanya Alisa sambil melihat garaj yang hanya ada 2 kereta.

“Belum sayang. Ayah balik lepas mahgrib ada urusan penting katanya.”balas ibu sambil tersenyum sambil matanya focus dengan pokok bunganya.

Alisa yang sudah melepaskan pelukan dari badan ibu menghampiri adiknya yang sedang bermain bola sepak.

“Alias macam sekolah tadi okay? Asyraf pun okay tak kat sekolah?”tanya Alisa

“Okay je kak .Tak ada problem pun”jawab Alias sambil bermain bola dengan Asyraf. Asyraf hanya mengangguk tanda dia jugak tidak mempunyai masalah. Alisa yang duduk di kerusi buaian memandang kearah langit yang membiru

Alisa yang dari tadi menonton televisyen selepas solat mahgrib terdengar enjin kereta tandanya ayah sudah balik. Alisa memperlahankan volume dan membuka pintu untuk ayah dan membawa tas tangan ayah.

“Ayah duduk dulu, lisa buatkan air untuk ayah. Ibu  masih lagi dibilik.”tegur Alisa sambil tersenyum  Jelas ketara di wajah Ayah penat dan memerlukan istirehat yang cukup.

“Boleh jugak. Terima kasih lisa.”balas ayah sambil tersenyum melihat Alisa sambil mengurut tengkuknya.

Alisa hadir dengan segelas cawan yang berisikan coffee panas. Ayah menerima dengan memberikan senyum yang manis kepada Alisa.

“Adik adik mana lisa?”tanya ayah kerana bingung rumah sunyi sepi je dari tadi.

“Ada ayah biasalah budak laki mesti main PS4 tu”jawab Alisa sambil matanya focus melayan cerita drama Tv3.

“Ayah nak tanya sikit boleh?”tanya ayah dengan nada yang agak serius membuatkan Alisa kembali focus terhadap ayahnya setelah mendengar nada serious ayah.

“Tanya apa ayah.”jawab Alisa sambil memandang ke wajah ayah.

“Ibu cakap dengan ayah yang lisa kerap sakit betul ke?”kata ayah sambil merenung tepi kedalam anak mata Alisa.

“Mana ada ayah. Ibu tu je pikir lain lisa penat sikit dengan college sebab tu lisa cepat penat. Ayah jangan risaulah.”jawab Alisa dengan yakin.

‘Betul ini.. Kalau sakit ke pening ke bagitahu ayah tau.”pesan Ayah kepada Alisa. Ayah gagal mencari kebenaran dimata Alisa yang di nampak hanya kesungguhan memberitahu dia yang Alisa baik baik sahaja.

Ayah meninggalkan Alisa bersendirian di ruang tamu kerana Ayah belum menunaikan solat maghrib. Alisa hanya mendiamkan diri dan membiarkan tv terpasang melihat Alisa. Bukan sekarang masanya untuk Alisa bagitahu cerita yang sebenar.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ashhhiee